Maafkan Aku,adam

  • Uploaded by: Shasabella
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Maafkan Aku,adam as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
Bermulalah kehidupan aku sebagai tunangan orang kepada Adam Harris.Dia adalah lelaki yang sangat baik dan tahu menghormati perempuan tapi sayangnya aku hanya sedar akan kebaikannya di kala hayatnya hampir ke penghujungnya.Pertama kali aku bertemu dengannya ketika satu insident yang boleh membuatkan sesiapapun berasa sakit hati dan marah akan tindakan aku.Kejadian itu berlaku pada beberapa hari yang lalu.’’Aduh,sakitnya’’.Keluhku. ’’Tak nampak ke jalan ni,main langgar je ke?” Sungguhpun aku berkelakuan biadab kepadanya,dia tidak langsung memarahi aku dan hanya meminta maaf padaku. Pada keesokan harinya,papa memperkenalkan aku dengan seorang engineer computer yang baru bertugas di syarikat papaku.Aku tidak sangka aku bertemu lagi dengannya.’’Maafkan saya,Adam kerana kebiadaban aku tempoh hari’’.”Saya sudah memaafkan awak ‘’Jawab Adam.Selepas kejadian itu, Adam sering mengajak aku keluar bersamanya dan rapat dengan keluarga kami.Papa sudah mula menyukai dia. ‘’Sherrin,papa rasa sudah sampai masanya kamu berfikir akan masa depan kamu.Sudah berapa banyak pinangan yang kamu tolak.Oleh itu,papa sudah menerima pinangan Adam untuk kamu.Papa yakin dia adalah lelaki yang terbaik untuk kamu’’.Jelas papaku.Aku terpaksa akur dengan keputusan papa.Setiap hari aku pasti menerima jambangan bunga ros putih yang menjadi bunga kegemaranku di atas meja.Adam memang pandai mengambil hatiku.Walaupun begitu,aku hanya mengendahkan kesemua bunga itu di atas mejaku.Aku hanya menanti bunga itu layu untuk aku membuangnya ke dalam tong sampah.

Perasaan aku kepada Adam berbelah bagi. Kadang-kadang aku jatuh hati kepadanya dan kadang-kadang aku berasa sangat benci melihat muka dia.Setiap kali dia mengajakku keluar akan ku tolak dengan banyak alasan.Kami hanya keluar bersama sesekali kerana aku berasa kesihan akannya.Aku dapat melihat air wajahnya yang berubah menjadi sangat kecewa setelah aku menolak untuk keluar dengannya.Hari jadiku yang ke 25 telah tiba.Adam turut datang ke majlis hari jadiku.1 Teddybear,1 jambangan bunga ros putih dan sedozen coklat Ferrero Rocher telah dihadiahkan kepadaku.Ramai orang memujiku dan mengatakan aku sungguh bertuah mendapat lelaki romantis seperti Adam.

Selang beberapa hari,pejabat papaku kelihatan sunyi tanpa kehadiran dia.Adam sudah lama menghilangkan diri dan aku tidak mengetahui apa-apa berita tentangnya.Aku dan papa dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa dirinya dan kami terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya.Keadaan Adam sangat teruk ditambah dengan wayar yang terpasang pada badannnya.Adam sempat memberitahuku sesuatu.’’Sherrin,Adam tetap sayangkan Sherrin sampai bila-bila dan Sherrin satusatunya kekasih hati Adam’’.Adam menghembuskan nafasnya yang terakhir.Air mataku jatuh berderai ke bumi.’’Maafkan Sherrin,Adam……

Related Documents

Maafkan
November 2019 37
Maafkan Aku
June 2020 22
Maafkan Ibu
December 2019 60
Tolong Maafkan Aku
April 2020 23
Maafkan Kami Guru.docx
August 2019 71
Maafkan Aku,adam
June 2020 20

More Documents from "Shasabella"

Maafkan Aku,adam
June 2020 20