M7 Teori Pbljrn.pptx

  • Uploaded by: Ee Wen
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View M7 Teori Pbljrn.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,143
  • Pages: 26
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Teori Pembelajaran Konstruktivisme

1. Piaget 2. Vygotsky 3. Implikasi Teori terhadap PdP Dr. Mashira binti Yahaya EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

KONSTRUKTIVISME • Definisi Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan/pengalaman sedia ada kepada pengetahuan/pengalaman baru.

Sambungan…. “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”.

• Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana ilmu tersebut boleh diperoleh. • Pembentukan pengetahuan baru, lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. • Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hipotesishipotesis dan idea-idea baru. • Pandangan ini dijana daripada teori pembelajaran Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. • Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di bawah:

Sambungan….

KONSEP UMUM PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada. 2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. 3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. 4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. 5. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik. 6. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

CARTA ALIR PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Interaksi dengan objek atau idea

Pengalaman/ Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Menginterpretasi kan secocok dengan peraturan

Rajah 1 : Carta alir pembelajaran secara konstruktivisme

CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Menggalakkan & menerima daya usaha & autonomi murid Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran

Mengambil kira dapatan kajian bagaimana murid belajar sesuatu idea

Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru melalui penglibatan dalam dunia sebenar

Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid & guru

Menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambilkira sikap dan pembawaan murid

Menganggap pembelajaran sebagai suatu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME CIRI

PENERANGAN

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.

Faham

Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengaplikasikannya dalam semua situasi.

Ingat

Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep.

Yakin

Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Kemahiran Sosial Seronok

Kemahiran sosial diperoleh apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru. Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS JEAN PIAGET (1896 – 1980)

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat.

Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori.

1. SKEMA Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.

2. Adaptasi Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

3. Asimilasi Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada.

4. Akomodasi Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respons kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respons baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.

Teori ini menyatakan bahawa; Proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas dalam organisasi mental dinamakan skema. Oleh itu, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

Bagaimanakah pula pengetahuan dibina? - Maklumat baharu diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. - Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi.

Oleh itu, melalui proses adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS VYGOTSKY (1896 – 1935)

Faktor-faktor yg berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masy dan pengalamannya dlm masy.

VYGOTSKY -kemukakan konsep pembelajaran membina (konsrtrukvisme) berasaskan bantuan (construcvist concept of assisted learning)

LEV SEMANOVICH VYGOTSKY(1896-1934) Perkembangan fungsi ini adalah berkait rapat dgn konteks sosial dan budaya.

Menurut beliau – “fungsi mental tinggi” spt kebolehan menumpukan perhatian atau ingatan atau memikirkan simbol adalah unik kepada manusia dan perlu disampaikan melalui pengajaran.

Dlm pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self-guided learning). Amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMA (ZON OF PROXIMAL DEVELOPMENT - ZPD) - VYGOTSKY Tahap Perkembangan Potensi Penyelesaian masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan

ZPD Tahap Perkembagan Sebenar Penyelesaian masalah secara bersendirian

ZPD - VYGOTSKY

Konsep ini adalah “tahap jurang atau jarak yg dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dlm menyelesaikan masalah tanpa dibantu dgn tahap maksimum potensi perkembangan individu yg dibantu atau dibimbing oleh org dewasa atau yg dibimbing secara kolaborasi drpd rakan sebaya yg lebih pandai atau berpengalaman

PERANAN ORANG DEWASA (penyelia di sisi) Menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan.

ZPD- setiap individu boleh belajar dan perlu dibantu oleh orang dewasa utk meningkatkan drpd kebolehan maksimum yg boleh dicapainya secara individu. Kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian terendah mengikut kebolehannya apabila tanpa dibantu oleh orang lain, dan sebaliknya dia tidak boleh mencapai tahap pencapaian yg lebih tinggi, walaupun dibantu oleh orang lain jika telah mencapai kepada zon perkembangan proksima atau tertinggi.

*Kebolehan menghafaz

ZPD - VYGOTSKY

Kanak-kanak mempunyai kebolehan berbeza :-

*Menyelesai masalah

Belajar melalui bantuan guru dengan tunjuk cara, sokongan, pandu hala dan lain-lain.

Penerokaan melalui sokongan

IMPLIKASI DALAM BILIK DARJAH VYGOTSKY

Kolaborasi dengan rakan sebaya melalui pembelajaran koperatif dan bermain bersama.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Pembelajaran berpusat kepada murid. Murid belajar melalui membuat aktiviti. Oleh itu, guru hendaklah merancang PdP dengan teliti dengan mengambil kira keupayaan murid. 2. Guru hendaklah mengenal pasti ZPD murid melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan. 3. Pilih murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid yang belum menguasai. 4. Guru menyediakan banyak contoh dan BBM. 5. Penerangan guru perlu jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid.

penutup TAMAT

Related Documents

M7 Teori Pbljrn.pptx
December 2019 6
M7
May 2020 10
M7.docx
November 2019 16
Ncp M7
May 2020 6
M7-05-10
April 2020 2
Leica M7 Instructions
December 2019 11

More Documents from ""

December 2019 2
Beruas.pptx
December 2019 2
M7 Teori Pbljrn.pptx
December 2019 6
December 2019 4
Uratex Supplement Ad
November 2019 34