Lumba Haram

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lumba Haram as PDF for free.

More details

  • Words: 957
  • Pages: 4
Lumba haram Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian. Isi kandungan [sorok]



1 Jenis perlumbaan haram



2 Ubahsuai kenderaan yang dilarang



3 Punca lumba haram



4 Akibat lumba haram



5 Usaha mencegah lumba haram



6 Lihat juga

[sunting]Jenis 

perlumbaan haram

Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut

di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ. 

Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan

sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut.



Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba.

Kawasan lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat. 

Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang

digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut. [sunting]Ubahsuai

kenderaan yang dilarang

Kenderaan yang terlibat dalam lumba haram sering melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka, di mana kebanyakannya adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang jalan raya. Antara ubahsuai kenderaan yang dilarang termasuklah:

menukar enjin tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), misalnya

memasang enjin 4G63 dari kereta Mitsubishi Lancer Evolution pada kereta Proton Iswara. 

memasang pengecas turbo tanpa kebenaran JPJ.



memasang sistem ekzos yang bising dan melebihi paras bunyi yang dibenarkan oleh JPJ

serta mempunyai paras asap yang melebihi paras yang dibenarkan olehJabatan Alam Sekitar. 

memasang cermin gelap melebihi paras dibenarkan.



menggelapkan lampu-lampu kenderaan.



memasang sistem nitrus oksida.

[sunting]Punca

lumba haram

Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:

Pengaruh rakan sebaya.



Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast and

the Furious. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak

meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut. 

Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D.



Majalah kenderaan ubahsuai.



Permainan video seperti Need for Speed: Underground dan Need for Speed: Most

Wanted. 

Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal

berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada). 

Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang

membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut. [sunting]Akibat 

lumba haram

Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba

haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya. 

Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di

kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri. 

Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan industri

automotif berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta pengubahsuaian kenderaan. Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri. 

Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan

kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang. [sunting]Usaha

mencegah lumba haram

Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram terutamanya di kalangan remaja seperti berikut:

Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Cub

Prix dan Pesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut penganjur perlumbaan mengenakan bayaran penyertaan yang rendah serta subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja menyertainya. 

Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk membolehkan

pihak polis membanteras gejala lumba haram dengan lebih berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau motosikal yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju untuk mengejar pelumba haram. 

Mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan awam.



Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih berat

terhadap pesalah lumba haram. [sunting]Lihat

juga



Perlumbaan bermotor



Mat Rempit

Kategori: Jenayah | Perlumbaan bermotor

Related Documents

Lumba Haram
June 2020 9
Ugi Si Lumba-lumba
May 2020 10
Onik Lumba
November 2019 10
Makanan Haram
April 2020 29
Dagan Sa Lumba
July 2020 7