NAMA : NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH KAD PENGENALAN : 911125025496 KUMPULAN : PPISMP ( JULAI 2009 ) OPSYEN : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI NAMA PENYSARAH : EN . MAD NOOR
S U L A H SENI ISAN LUK
LUKISAN Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
SEJARAH LUKISAN Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
MEDIA LUKISAN Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
TUJUAN PENGHASILAN
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
JENIS LUKISAN
Lukisan Figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia
VIDEO LUKISAN FIGURATIF
Lukisan Fantasi Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan
VIDEO LUKISAN FANTASI
Lukisan Ilustrasi Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.
Lukisan Kajian Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci
Lukisan Kontour
Lukisan Gesture
a.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.
b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik. c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
VIDEO LUKISAN GESTURE
Lukisan Teknikal Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.
VIDEO LUKISAN TEKNIKAL
Lukisan Kartun
a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun. b. Digambarkan melalui tema jenaka
VIDEO LUKISAN KARTUN
BAHAN DAN MEDIA
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.
PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.
FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.
KARYA LUKISAN
Albrecht Durer-‘Head of an Apostle’
TAMAT