Lts Bm 011 Set3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lts Bm 011 Set3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,127
  • Pages: 11
Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

SULIT 011 Bahasa Melayu LTS 2006 Set 3 50 minit

011

JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

011 – BAHASA MELAYU Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2.

Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3.

Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak

SULIT

SULIT

KERTAS 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1

Mak Cik Azizah sedang __________ tikar mengkuang untuk dijual di pasar tani. A B C D

memilin menenun menyulam menganyam

Gambar 1

2

Syarikat telekomunikasi yang terkenal itu melabur berjuta-juta ringgit bagi menyediakan rangkaian __________ perhubungan ke seluruh negara. A B C D

pekerjaan perjalanan perdagangan perkhidmatan

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3

__________ Liza mendapat hadiah sagu hati, __________ dia telah memberikan persembahan yang terbaik. A Walaupun … namun B Sungguhpun … oleh itu C Meskipun … sebaliknya D Kendatipun … walaupun begitu

4

Peniaga itu sedang memasang se __________ payung berhampiran dengan sebuah meja.

Gambar 2

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

A B C D

tangkai batang bilah kaki

Gambar 3

2

SULIT

KERTAS 011

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

5

Cabai burung dan bawang merah itu ditumbuk oleh Mak Cik Hasnah sehingga __________. A B C D

hancur lumat leper lebur

Gambar 4

6

Air sungai di kawasan sawah padi Kerian Sungai Manik menjadi __________ kerana musim kemarau yang berlarutan. A B C D

jernih keruh deras tohor

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

7

Terdapat dua __________ rumah dan tiga __________ pokok kelapa di kawasan bendang itu. A B C

pintu ... pohon buah ... batang deret ... rumpun

Gambar 5

8

Wau dan gasing adalah __________ permainan tradisional yang sangat digemari oleh penduduk di pantai timur. A B C D

umpama seperti antara bagi

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

9

Firdaus berdiri Ramachandran. A B C D

di belakang di sebelah di antara di tepi

Gambar 6

3

__________

Razman

dengan

SULIT

KERTAS 011

Soalan 10 berdasarkan Gambar 7

10

Abdul Razak _____________ simbal mengikut rentak lagu yang rancak itu. A B C

memetik memukul menghentam

Gambar 7

11

Polis trafik telah menahan pemandu lori yang membawa buah kelapa sawit itu kerana dia tidak memiliki __________ memandu. A B C D

permit lesen tiket kad

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8

12 Pak Wahid sedang __________ beberapa batang lemang untuk dijual di pasar malam. A B C D

menyalai memasak membakar memanggang

Gambar 8

13

Abang Muhammad Aminuddin __________ lubang yang terdapat di belakang rumahnya. A B C D

menutup mengorek menimbus menyumbat

Soalan 14 berdasarkan Gambar 9

14

Encik Hamdan __________ tali lehernya dengan kemas sebelum masuk ke bilik mesyuarat. A B C D

membelit mengikat memasang mengantung

Gambar 9

4

SULIT

KERTAS 011

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

15

Puan Maimun __________ sedulang air sirap untuk para tetamu yang hadir dalam majlis itu. A B C D

mengelek menatang menjinjing mengusung

Gambar 10

16

Kerja-kerja __________ mangsa banjir itu masih diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat. A B C D

terselamat keselamatan diselamatkan menyelamatkan

Soalan 17 berdasarkan Gambar 11

17

Sejak terlantar di hospital, badannya semakin __________ kerana hilang selera makan. A B C D

kecil nipis susut kempis

Gambar 11

18

Ayah membeli beberapa untai __________ di Tanah Suci Mekah sebagai buah tangan kepada rakan-rakannya. A B C D

serban kopiah tasbih jubah

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 12

19

Sungai itu telah __________ akibat sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. A B C D

dicemari tercemar dicemarkan mencemarkan

Gambar 12

5

SULIT

20

KERTAS 011

Perkataan berlawan bagi gambar situasi sebatang sungai yang terdapat di negara kita seperti gambar di atas adalah __________. A B C D

bersih kotor indah lesu

Soalan 21 berdasarkan Gambar 13

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21

Apakah yang dilakukan oleh Encik Raju? A B C D

Encik Raju berkunjung ke rumah keluarganya. Encik Raju menunggu ketibaan rakan-rakannya. Encik Raju menghidangkan juadah yang istimewa. Encik Raju mempelawa tetamunya menikmati juadah.

Gambar 13

Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22

Anak saya yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping. A B C D

Di manakah anak kamu yang kedua bersekolah? Mengapakah anak kamu yang kedua itu masih bersekolah? Siapakah yang masih bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping? Bilakah anak kamu yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping?

Soalan 23 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23

A B C D

Dia adalah pengurus projek kondominium mewah itu. Kebakaran itu ialah berpunca daripada litar pintas elektrik. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup esok. Alat permainan video itu ialah hadiah istimewa daripada ayah untuk adik.

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 24

Lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu dicipta oleh komposer terkenal. A B C D

Komposer terkenal mencipta lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu. Lagu ciptaan komposer itu dinyanyikan oleh biduanita yang terkenal. Lagu ciptaan biduanita itu dinyanyikan oleh komposer terkenal. Lagu terkenal nyanyian biduanita itu dicipta oleh komposer.

6

SULIT

25

KERTAS 011

“Nani, kalau awak ke pasar raya, belikan saya ubat gigi,” kata Hasni kepada Nani. A B C D

Nani hendak ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi. Hasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar raya. Hasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia ke pasar raya. Nani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26

27

I II III IV

Air bah itu sampai ke paras pinggang saya. Semua peragawati mempunyai paras yang cantik. Bangunan yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya. Tok Sidang mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja

I II III IV

Sikap kepala besar menjadi punca dia disisih oleh rakan-rakannya. Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar dan simen. Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah amanah tersebut.

A B C D

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja

Soalan 28 dan Soalan 29 Pilih ayat yang betul. Soalan 28 berdasarkan Gambar 14

28

A B C D

Nah, betapa gembiranya mereka hari ini! Aduh, cantiknya pasangan pengantin baru itu! Cis, akhirnya mereka bertemu di jinjang pelamin! Wah, ramainya tetamu yang hadir dalam majlis itu!

Gambar 14

7

SULIT

29

A B C D

KERTAS 011

Dia beritahu tentang kemalangan itu ke ibu bapanya. Pertolongan yang kamu hulurkan itu amat saya hargai. Saya mendapat perkhabaran yang Naidhu telah dimasukkan hospital. Adakah pengakuan kamu itu dibuat bersungguh-sungguh atau kerana paksaan?

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 30

I II III IV

Kereta itu melanggar pokok lalu menjunam ke dalam gaung. Beberapa orang anggota jawatankuasa mempertikaikan keputusan itu. Mereka menyerahkan bungkusan plastik itu pada polis yang bertugas. Saya belum pernah berjumpa dengan orang yang sombong seperti awak.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bola sepak, kelihatan Aiman bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam Ujian Pengesanan Matematik sedang berlari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Setelah menjalani hukuman, Aiman masuk ke dalam kelas Enam Mawar dengan muka mencuka. Hatinya bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelas mengejek-ngejeknya. Sewaktu Aiman melayani perasaannya pada suatu petang, tiba-tiba matanya terpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh berdekatan dengan pangkin tempat dia berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok pisang. Apabila tiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cuba memanjat pokok itu sekali lagi tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi itu akhirnya berjaya juga sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakan pucuk pisang tersebut. Lahirlah perasaan insaf di hati Aiman setelah melihat kesungguhan siput babi itu. “Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik,” janji Aiman kepada dirinya. Rentetan peristiwa itu, Aiman telah mengubah sikapnya. Aiman rajin menghadiri kelas bimbingan pada sebelah petang. Aiman juga rajin membuat latihan Matematik. Dia berasa gembira kerana kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran lain telah meningkat. Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. “Tahniah, Mohd Aiman, kamu berjaya mendapat 5A!” ujar Cikgu Harun sambil menghulurkan slip keputusan UPSR. Aiman bertuah kerana sedar sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih. Bak kata pepatah, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulah penjelasan serba ringkas daripada Aiman apabila ditanya oleh kawan-kawannya.

8

SULIT

31

Aiman dan kawan-kawannya berlari mengelilingi padang kerana A B C D

32

didenda berlari mengeliling padang. diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya. melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang. dinasihati oleh ibu bapanya.

Yang berikut merupakan faktor yang membawa kejayaan kepada Aiman, kecuali A B C D

35

bijak dalam pelajaran. berubah sikap setelah didenda oleh gurunya. seorang murid yang keras hati dan sukar untuk berubah. mudah terasa apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

Aiman insaf setelah dia A B C D

34

mereka didenda oleh guru Matematik. mereka tidak menyiapkan kerja sekolah. mereka sedang menjalani latihan sukan. masa itu ialah waktu Pendidikan Jasmani.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang Aiman kecuali A B C D

33

KERTAS 011

culas. rajin. tekal. gigih.

Pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” sesuai digantikan dengan A harapkan pagar, pagar makan padi. B enggang sama enggang, pipit sama pipit. C belakang parang jika diasah lagikan tajam. D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

9

SULIT

KERTAS 011

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Jalan Astana, 93500 Petra Jaya, Kuching. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Jalan Astana, 93500 Petra Jaya, Kuching.

14 FEBRUARI 2006.

Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kota Samarahan Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kajian Tempatan memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Samarahan. 2. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program tahunan persatuan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota persatuan tentang sektor pertanian yang dijalankan oleh penduduk setempat dan cara kehidupan seharian mereka. 3. Kota Samarahan juga sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk setempat sebagai sebuah kawasan penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia. 4. Untuk makluman tuan, kami telah merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar tersebut seperti maklumat di bawah ini. Tarikh lawatan Hari Peserta Guru Pengiring

: : : :

20 Mei 2006 Sabtu 45 orang murid 4 orang

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan tersebut. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Farhana Aqilah

(FARHANA AQILAH BINTI FAUZI) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Jalan Astana, 93500 Petra Jaya, Kuching.

10

SULIT

36

Persatuan Kajian Tempatan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke A B C D

37

Kota Setia. Kota Belud. Kota Bharu. Kota Samarahan.

Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberikan A B C D

38

KERTAS 011

pendedahan tentang sektor pertanian. pengajaran tentang kehidupan para petani. penerangan cara menanam nanas Sarawak. pendedahan tentang kehidupan penduduk di Sarawak.

Apakah sumbangan sektor pertanian di Kota Samarahan kepada negara? A B C D

Menyumbang kepada ekonomi negara. Memberikan perkhidmatan pertanian kepada negara. Membuka peluang kepada petani untuk bercucuk tanam. Menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

39

Jika bilangan murid lelaki yang menyertai lawatan itu seramai 22 orang, berapakah bilangan murid perempuan? 21 orang. A 22 orang. B 23 orang. C 24 orang. D

40

Kota Samarahan terkenal dalam kalangan penduduk kerana kawasan tersebut merupakan kawasan A pertanian yang terbesar di Malaysia. B penempatan penduduk yang terdiri daripada petani. C pertanian yang subur dan kaya dengan hasil ekonomi. D penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Related Documents

Lts Bm 011 Set3
May 2020 9
Lts Bm 012 Set3
May 2020 14
Lts Bm 011 Set1
May 2020 6
Lts Bm 011 Set2
October 2019 24
Jsi Bm 011 Set3
May 2020 9
Lts Bm 012 Set1
May 2020 10