Lts Bm 011 Set1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lts Bm 011 Set1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,907
  • Pages: 10
Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

SULIT 011 Bahasa Melayu LTS 2006 Set 1 50 minit

011

JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

011 – BAHASA MELAYU Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2.

Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3.

Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4.

Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak

SULIT

SULIT

KERTAS 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1

Encik Zainuddin hendak __________ bil elektrik dan bil astro di pejabat pos. A B C D

jelas menjelas menjelaskan memperjelas

Gambar 1

2

__________ riangnya Muhammad Nordin apabila melihat kepulangan abangnya sekeluarga dari luar negara. A B C D

Agak Sering Betapa Demikian

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3

Puan Norehan menggubah dua __________ tuala untuk dijadikan gubahan berbentuk dua __________ cendawan. A B C

helai ... kaki bidang ... pokok keping ... pasang

Gambar 2

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

4

“Bukan __________ caranya hendak menjadi seorang murid yang cemerlang,” kata Puan Salmi kepada anaknya. A B C D

selalu begitu mudah pernah

Gambar 3

2

SULIT

KERTAS 011

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

5

Pak Samad __________ jalanya untuk menangkap udang galah di sungai itu. A B C D

membaling membuang menebar melabuh

Gambar 4

6

Sanak-saudara yang jauh mahupun yang dekat akan __________ semasa menyambut hari raya puasa. A B C D

tegur-menegur kenang-mengenang kunjung-mengunjungi pandang-memandang

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

7

Pak Cik Alias sedang __________ papan untuk dibuat dinding rumahnya. A B C D

meraut melarik mengetam menggosok

Gambar 5

8

Banyak pekerja di kilang elektronik itu telah __________ akibat kemelesetan ekonomi. A B C D

berhentikan diberhentikan menghentikan memberhentikan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

9

Razak meminta datuknya __________ buah durian kerana dia sangat suka __________rasanya. A B C D

membelah mengupas memotong mengopek

Gambar 6

3

… … … …

pada akan dengan tentang

SULIT

KERTAS 011

Soalan 10 berdasarkan Gambar 7

10

Harwan Singh sedang __________ gambar pemandangan di dalam biliknya. A B C D

melukis melakar melorek menconteng

Gambar 7

11

“__________ ada usaha dan kesungguhan, kita boleh berjaya dalam semua bidang,” kata Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gerik kepada peserta Kem Gerak Gempur. A B C D

Sementara Semenjak Sekiranya Semasa

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8

12

Budak lelaki itu sedang __________ jambatan gantung di kawasan hutan rekreasi itu. A B C D

menaiki melintasi merentasi mengharungi

Gambar 8

13

“Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah pula ada yang mengambil kesempatan untuk __________,” kata Cikgu Ali. A B C D

mandi peluh langkah kiri akal kancil curi tulang

Soalan 14 berdasarkan Gambar 9

14

Syahriman sedang __________ di kawasan air terjun pada cuti hujung minggu yang lalu. A B C D

bermadah bersantai bersenda bertapa

Gambar 9

4

SULIT

KERTAS 011

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

15

Raja Mahmud akan mewarisi takhta kerajaan Mahawangsa kerana baginda merupakan __________ negeri itu. A B C D

anak tunggal anak gahara anak manja anak emas

Gambar 10

16

Nawawi, Kim Seng, dan Nathan berusaha bersungguh-sungguh untuk __________ projek reka cipta itu. A B C D

mendirikan menyiapkan mengindahkan membangunkan

Soalan 17 berdasarkan Gambar 11

17

Pak Cik Dollah memegang se __________ anak padi. A B C D

gemal pokok batang rumpun

Gambar 11

Soalan 18 berdasarkan Gambar 12

18

Pihak polis __________ sijil penghargaan kepada Encik Ali kerana membantu polis menangkap seorang peragut. A B C D

menganugerahkan menghadiahkan menganugerahi menghadiahi

Gambar 12

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 13

19

Kereta lembu merupakan kenderaan yang ________ pada zaman dahulu. A B C

popular serasi antik

Gambar 13

5

SULIT

20

KERTAS 011

Kereta lembu masih boleh dilihat di negeri Melaka. Perkataan seerti bagi kereta lembu ialah __________. A B C D

beca lanca tandu pedati

Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21

Adakah peraturan sekolah ini akan kamu patuhi ? A B C D

Benar, peraturan sekolah mesti kita patuhi. Ya, kami akan mematuhi peraturan sekolah ini. Ya, saya akan mematuhi peraturan sekolah ini. Tidak pasti sama ada mereka akan mematuhinya atau tidak.

Soalan 22 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 22

Saya menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari. A B C D

Bilakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu? Bagaimanakah kamu menyiapkan projek reka cipta itu? Benarkah kamu menyiapkan projek reka cipta itu selama tiga hari? Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek reka cipta itu?

Soalan 23 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23

A B C D

Cili Sos Aminah Hassan memang lazat. Goreng pisang Mak Cik Lijah sungguh rangup. Mereka telah menyertai pertandingan Pop Kuiz baru-baru ini. Estet mini diwujudkan bagi membantu golongan miskin mengusahakan tanah mereka.

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24

I II III IV

Emak membeli bahan untuk membuat kek lapis. Fahmi mencari bahan untuk berhujah dengan pihak lawan. Farah Dila belajar menggunakan bahan perhiasan daripada kakaknya. Bahan perbicaraan kes penyeludupan kereta import itu dihadapkan di mahkamah.

A B C D

I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

6

SULIT

25

KERTAS 011

I II III IV

Karmila telah melancarkan lukisannya di bilik darjah. Kerajaan telah melancarkan kempen anti merokok baru-baru ini. Pasukan tentera darat telah melancarkan serangan ke atas kubu-kubu pengganas. Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu mengadakan perjumpaan setiap hujung minggu untuk melancarkan lagi perjalanan persatuan.

A B C D

II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26

“Saya tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu,” kata Faris kepada Hashim. A B C D

27

Faris memberitahu Hashim tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu. Faris memberitahu Hashim bahawa dia tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu. Faris berkata kepada Hashim bahawa dia tidak akan membeli kasut sukan yang mahal itu. Faris menjelaskan kepada Hashim apabila dia tidak mampu membeli kasut sukan yang mahal itu.

Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dapat diatasi jika mereka tidak memilih kerja. A B C D

Jika tidak memilih kerja semua siswazah tidak akan menganggur. Kalangan siswazah jangan memilih kerja, kelak berlaku pengangguran. Jika para siswazah tidak memilih kerja, masalah pengangguran dapat diatasi. Pengangguran berpunca daripada sikap kalangan siswazah yang memilih kerja.

Soalan 28 dan Soalan 29 Pilih ayat-ayat yang betul. 28

I II III IV

Aduhai, sakitnya luka ini! Amboi, cantiknya lukisan kamu! Wah, pandainya kamu berlakon! Cis, berani sungguh dia mencabar saya!

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

7

SULIT

29

KERTAS 011

I II III IV

Pantun ini kami tujukan khas untuknya. Mak Cik Safiah menjunjung bakul yang berisi padi. Keempat-empat orang itu adalah pegawai perangkaan. Kesihatan mereka diawasi daripada semasa ke semasa.

A B C D

I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja

Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 30

A B C D

Di hari minggu, ayah membawa kami bersiar-siar. Burung-burung terbang di sarang apabila senja tiba. Para-para peserta dikehendaki melaporkan diri pagi esok. Budak itu hanya tersengih apabila dipuji oleh kawan-kawannya.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hingga ke saat ini hembusan bayu menerjah tubuhku yang kerdil namun langkahku tetap bersemangat mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta. Anak isteriku tetap menanti rezeki yang kubawa penuh resah dan gelisah yang tersembunyi di lubuk hati namun pasrah pada ketentuan Ilahi. Kuredah lautan yang ganas tanpa teman tanpa rakan nyawa menjadi pertaruhan demi memenuhi harapan keluarga. Jauh di sudut hati azamku terus membara melihat anak-anak menggapai kejayaan

8

SULIT

31

Penulis menyara keluarganya dengan cara A B C D

32

dia perlu menyara keluarganya. dia seorang yang tabah dan berani. dia ingin meningkatkan taraf hidupnya. dia dan keluarganya berada dalam kelaparan.

Keluarga penulis berada dalam keadaan resah dan gelisah kerana A B C D

35

luruh. bunga. kemarau. tengkujuh.

Penulis terpaksa ke laut walaupun rakan-rakannya tidak berbuat demikian kerana A B C D

34

menangkap ikan. menternak ikan. menjual ikan. meraih ikan.

Suasana yang digambarkan oleh pemuisi dalam sajak di atas jelas menunjukkan bahawa pada masa itu musim A B C D

33

KERTAS 011

risau akan penulis lewat pulang. bimbang akan keselamatan penulis. risau akan keadaan laut yang bergelora. bimbang akan penulis tidak mendapat hasil tangkapan.

Manakah antara yang berikut tidak benar tentang puisi di atas? A B C D

Penulis tidak ada kerja lain selain daripada mencari rezeki di laut. Penulis telah karam di laut akibat dipukul ombak yang tinggi dan ganas. Penulis terpaksa ke laut walaupun dia tahu bahawa keadaan di laut berbahaya. Penulis yang hidup dalam kemiskinan sanggup menggadai nyawa demi keluarganya.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bot yang kutunggu sudah tiba. Penumpang berebut-rebut memasukinya. Perut bot itu hanya boleh memuatkan dua belas orang tetapi kini terdapat tujuh belas orang penumpang di dalamnya. Semua penumpang tidak mahu beralah walaupun pemandu bot mengatakan bot sudah terlebih muatan. Pemandu bot terpaksa memulakan perjalanan. Bot tidak dapat bergerak laju kerana menanggung muatan yang berlebihan. Aku membatukan diri walaupun perasaanku resah. Aku memakai jaket keselamatan. Namun ada juga penumpang yang tidak berbuat demikian kerana jaket yang disediakan tidak mencukupi. Laut mula bergelora. Aku semakin resah apabila bot terumbang-ambing dipukul gelombang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penumpang yang menjerit ketakutan.

9

SULIT

KERTAS 011

Tiba-tiba bot terbalik akibat pukulan ombak dan gelombang yang sungguh kuat. Aku dan penumpang bot yang lain tercampak ke laut. Aku bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan. Kami berenang mencari pantai dalam keadaan laut yang bergelora. Mujurlah ada sebuah bot yang kebetulan lalu di kawasan itu dan menyelamatkan kami. Kami dibawa balik ke jeti. Walau bagaimanapun, dua orang penumpang mati lemas. Pengalaman ngeri itu sukar untuk aku lupakan. Aku berharap agar tragedi itu tidak berulang lagi.

36

Bot itu tidak dapat bergerak laju kerana A B C D

37

38

Apakah yang terjadi kepada penumpang apabila bot terbalik? Berenang mencari pantai. Menjerit meminta tolong. Menangis ketakutan. Terhumban ke laut.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A B C D

40

.

Apakah yang menyebabkan “aku” begitu resah? Lambat sampai di destinasi. A Takut akan ombak yang ganas. B Tidak menyukai penumpang yang lain. C Bimbang penumpang tidak memakai jaket keselamatan. D

A B C D 39

terlebih muatan. laut bergelora. enjin bot rosak terlanggar beting pasir.

Keadaan dalam bot terlalu padat. Lima belas orang penumpang bot itu terselamat. Bot itu dinaiki oleh dua belas orang penumpang. Terdapat penumpang yang tidak memakai jaket keselamatan.

Perkataan tragedi dalam petikan di atas bermaksud A B C D

cerita. sejarah. salasilah. peristiwa.

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Related Documents

Lts Bm 011 Set1
May 2020 6
Lts Bm 011 Set3
May 2020 9
Lts Bm 012 Set1
May 2020 10
Lts Bm 011 Set2
October 2019 24
Jsi Bm 011 Set1
May 2020 5
Lts Bm 012 Set3
May 2020 14