Lencana Sekolah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lencana Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,532
  • Pages: 25
Lencana Sekolah: Lencana sekolah ini direka cipta oleh Puan A.N.Nadarajah ( Pengetua pertama sekolah ini ) dan mula digunakan secara rasmi pada tahun 1970 dengan menggunakan nama Raja Perempuan Secondary School, Ipoh. Pada tahun 1980 nama sekolah di lencana ini ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Perempuan, Ipoh dan akhirnya nama sekolah di lencana itu dilengkapkan menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh. Perubahan ini.hanya dilakukan kepada nama sekolah sesuai dengan perubahan Dasar Pelajaran semasa.

Bentuk dan Tafsiran Lambang Yang Terdapat Dalam Lencana Sekolah 2.2.1(a) Lambang Ada dua kumpulan lambang yang terdapat dalam lencana sekolah iaitu: Suluh dan buku Bahagian yang pertama ialah buku dan obor menunjukkan sekolah ini mengutamakan kegiatan kurikulum dalam kegiatannya seharian. Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi penyuluh menerangi hidup manusia. Ilmu pengetahuan itu amat penting untuk hidup kerana ia membawa manusia dari alam yang jahil ke alam bijaksana, dari alam yang gelap gelita ke alam yang terang bercahaya. Buku dan obor ini diletakkan di atas warna kuning menunjukkan ilmu pengetahuan merupakan raja dalam kehidupan manusia. Lantaran itu ilmu pengetahuan letaknya di tempat yang paling tinggi dalam hidup manusia dengan penghormatan yang tinggi. Alat-alat permainan. Bahagian yang kedua ialah alat-alat permainan yang menunjukkan kegiatan kokurikulum merupakan elemen yang kedua pentingnya di sekolah ini. Berdasarkan itu permainan yang menjadi keutamaan di sekolah ini ialah hoki, bola jaring, softball, badminton dan ping pong. Untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini, pelajar mesti mempunyai sifat yang berani untuk mendepani cabaran dalam permainan tersebut.

Cogan Kata Cogan kata yang tertulis ialah Kejujuran, Pengetahuan, Bakti Menghasilkan Kesempurnaan. Kejujuran – Sifat yang seharusnya dimiliki oleh pelajar untuk membina budi dan akhlak diri dan akhirnya mencapai kesempurnaan hidup. Pengetahuan – Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu yang patut dicari oleh pelajar untuk mencapai kemajuan dan kebahgiaan hidup. Bakti – Ilmu yang dimiliki, kejujuran yang diamalkan merupakan kunci kepada sumbangan kepada orang lain. Hidup berbakti merupakan ciri insan kamil yang mahu dilahirkan oleh sekolah melalui aktiviti yang dijalankan. Menghasilkan Kesempurnaan – Kesempurnaan hidup merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap individu. Matlamat ini hanya dapat dicapai sekiranya seseorang itu jujur, berilmu pengetahuan dan sentiasa sedia berbakti.

Warna Sekolah dan Tafsiran Terdapat empat warna pada lencana sekolah iaitu: Kuning – Melambangkan kesultanan dan pemerintahan beraja. Coklat – Melambangkan sifat kewanitaan yang lemah lembut tetapi bersemangat berani untuk menghadapi semua cabaran hidup untuk menegakkan kebenaran Hitam – Melambangkan kecekalan hati dan keteguhan hasrat untuk mencapai kejayaan bagi memenuhi cita-cita murni. Putih – Melambangkan kesucian hati dan kejujuran dalam menjalankan usaha dan tanggungjawab demi kebaikan.

FALSAFAH SEKOLAH Mendapat pendidikan melalui sekolah adalah hak asasi rakyat kesempurnaan didikan menghasilkan insan yang jujur dalam berbakti Manusia adalah makhluk yang sempurna yang mampu mencapai tahap intelek yang tinggi Pencapaian manusia dalam segenap bidang berasaskan nilai semula jadi kendiri dengan persekitaran Mengakui hakikat ketentuan Tuhan dalam setiap usaha yang dilakukan

PIAGAM SEKOLAH Kami warga Sekolah Menengah Raja Perempuan, Ipoh dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk: •

memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara



membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondunsif, sihat, bersih, ceria dan penyayang



Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan



Memberi perkhidmatan yang mesra dan cepat kepada ibu bapa yang cekap



Sentiasa peka dan reponsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan Jabatan Pendidikan Perak



Sanggup menerima cadangan dan teguran secara positif untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecermelangan akademik serta kokurikulum

PETA LOKASI SEKOLAH

PETA LOKASI KELAS

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

Asal usul nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan , Ipoh , yang pada awalnya dikenali sebagai Government English Girls telah ditubuhkan pada tahun 1951. Pada mulanya ia mempunyai sebuah kelas Primary 1 sahaja, yang menumpang di Sekolah Anderson, Ipoh. Kelas ini diadakan pada sebelah petang kerana masalah kekurangan tempat. Pada tahun 1952, dua buah kelas lagi iaitu Primary 2 dan kelas “ Special Malay Class One ” telah dibuka dan kelas ini di tempatkan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar. Apabila bilangan pelajar terus bertambah, sekolah ini dipindahkan ke sebuah rumah yang mempunyai kedudukan yang berpusat iaitu di sebuah banglo di No. 61, Jalan Chamberlain Hulu, Ipoh. Rumah banglo ini dimiliki oleh DYMM Raja Perempuan Taayah.

Sebab – sebab nama dipilih

Sekolah ini diberi nama Raja Perempuan School sempena dengan nama DYMM Raja Perempuan Taayah. Tarikh nama mula digunakan Tarikh nama ini mula digunakan ialah pada Febuari 1953. Perasmian sekolah Sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Raja Perempuan Taayah. Bangunan Blok Pentadbiran pula telah siap dibina pada tahun 1965. Bangunan ini terdiri daripada pejabat dan bilik guru. Lantaran itu pada 12 Mac 1966 Blok Pentadbiran tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada masa. Pada tahun 1972, sekolah ini telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hussein bin Onn, Menteri Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun majlis tersebut terpaksa diadakan di padang sekolah kerana ketiadaan dewan sekolah.

Infrastruktur

Bangunan asal Tapak tetap sekolah ini telah didapati, iaitu di Jalan Batu Bungkal, Ipoh. Pada tahun 1962, Blok A telah siap dibina yang mengandungi 11 buah bilik darjah dan sebuah makmal sains. Sebahagian daripada penuntut telah dipindahkan ke bangunan baru. Blok B pula telah siap dibina pada tahun 1964. Bangunan ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah bilik sains rumah tangga. Keistimewaan dua buah blok bangunan ini ialah mempunyai bumbung yang rata. Pada tahun yang sama kantin sekolah telah dibina. Apabila kantin sekolah siap semua pelajar sekolah menengah di Jalan Chung Thye Phin dipindahkan ke bangunan di Jalan Batu Bungkal. Bangunan sekolah menengah di jalan Chung Thye Phin kemudiannya menjadi bangunan tambahan kepada sekolah rendah. Bilangan pelajar sekolah menengah waktu itu ialah seramai 446 orang sahaja. Pada tahun 1973, bangunan Blok C telah siap dibina. Bangunan ini mengandungi 3 makmal sains tulin, 2 buah bilik masakan, sebuah bilik jahitan dan lima buah bilik darjah. Dua buah bilik darjah telah dijadikan Bilik Sumber dan tiga buah lagi dijadikan dewan sementara.

Bangunan tambahan Di samping itu, sebuah blok asrama untuk pelajar bumiputera dari luar bandar di bawah Skim Rancangan Khas telah dibina. Bangunan ini dapat menempatkan 200 orang pelajar termasuk pelajar Rancangan Khas dari Sekolah Menengah Methodist dan ACS. Untuk menampung jumlah pelajar luar bandar yang semakin meningkat dalam Rancangan Khas ini, sebuah blok asrama telah dibina pada tahun 1980. Pada 1 Febuari 1983, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A. Disebabkan kelas-kelas masih tidak mencukupi untuk menampung murid yang begitu ramai, bangunan Blok D dan Blok E siap dibina pada akhir tahun 1984. Bangunan Blik D mengandungi tidak buah makmal sains, 2 bilik darjah, sebuah Pusat Sumber yang lengkap dan sebuah bilik APD. Blok E pula mengandungi 14 buah bilik darjah dan sebuah Bilik Sembahyang. Pada tahun 1991, Blok F telah dibina. Blok ini mengandungi 10 buah bilik darjah dan bilik Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1992, bengkel Kemahiran Hidup pula siap dibina. Pada tahun 1994 blok A dan Blok B telah dibaikpulih dan pada tahun 1995, sekolah ini telah dipilih untuk pembinaan prototype Bilik Guru yang serba moden. Pada tahun 2003 impian warga sekolah ini untuk memiliki dewan telah menjadi kenyataan. Pembinaan dewan terbuka ini merupakan usaha Persatuan Bekas Pelajar sekolah ini dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru menjalankan usaha mengumpulkan dana pembinaan tersebut. Kini sekolah ini juga telah memilik sebuah Makmal Komputer dan bilik-bilik khas sedang dan siap dibina. Usaha yang masih dalam proses ialah menaik taraf kelas kepada sebuah Dewan Kuliah. Sekolah ini juga telah memiliki sebuah gimnasium untuk kegunaan seluruh warga sekolah ini terutama pasukan hoki dan bola jarin

PUAN NADARAJAH [1953 - 1978]

PN ROBEAHTUN BT AHMAD DAMANHURI [1978-1980]

PN RABITAH BT BASIR [1980-1981]

PN PUTERI ASMA BT MEGAT RAMLI [1983-1989]

PN SALMIAH BT HJ ABDUL RAHMAN [1989-1999]

PN HJH MAYMON BT HAJI ARIF [1999-2000]

PN. HJH. BIBI SABARIAH BT. HJ. YUSOFF, AMN [2000 – 2007]

VISI Menjulang kecermelangan dipersada marcapada

MISI Menjadikan sekolah bersedia menghadapi cabaran semasa melalui pendidikan yang berterusan untuk : • • • • •

memaksimumkan prestasi akademik membina keperibadian pelajar yang selaras dengan jiwa Rukun Negara menjana potensi pelajar dalam pelbagai kebudayaan menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa memupuk permuafakatan dengan komunti dan agen luar

Persekitaran sekolah Persekitaran sekolah dulu dan sekarang...

Menu Utama

Lagu sekolah Sekolah Raja Perempuan Jadi bangaan kami Teruslah maju sepanjang zaman Sebagai sinaran cahaya Dalam mengejar ilmu Tabah hati selalu Di bidang sukan persefahaman Disiplin jangan abaikan Kejujuran menghasilkan Kesempurnaan bakti Menjadi pedoman kami Tetap diikuti Mari penuntut semua Berusaha hingga jaya Harumkan nama Tinggikan cita Sekolah Raja Perempuan

Bil 1

2.

3

Perkara Bahagian – A Latar Belakang Sekolah a)asal-usul nama sekolah b)sebab-sebab nama dipilih c)perasmian sekolah d)infrastruktur -bangunan asal -bangunan tambahan e)bekas pengetua f)pentadbir sekolah g)carta organisasi h)peta lokasi sekolah i)peta lokasi kelas Bahagian –B Nama dan lambang kemegahan sekolah a)lencana sekolah b)bentuk dan tafsiran lambang yang terdapat dalam lencana c)lagu sekolah d)visi dan misi sekolah e)falsafah sekolah f)piagam sekolah Lampiran

Muka surat 1 2 3 3 4 4 5 6-7 8 9 10 11 12 13 14-16 17 18 19 20 21-24

Related Documents