Lencana Sekolah Puteri Wangsa

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lencana Sekolah Puteri Wangsa as PDF for free.

More details

  • Words: 262
  • Pages: 2
MAKSUD LAMBANG YANG TERDAPAT DI LENCANA

SMK PUTERI WANGSA - Nama sekolah yang diambil sempena nama taman setempat. *2002* - Tahun sekolah dibuka. OBOR - Lambang cahaya yang menerangi masa hadapan pelajar. BULATAN - Di samping akademik, sukan juga memainkan peranan penting kerana selain daripada mencungkil bakat pelajar yang berpotensi dalam arena sukan, sukan juga dapat memupuk sikap kerjasama dalam satu kumpulan dan menjadikan pelajar cergas dan cerdas. LAMBANG KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC) - Kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) memerlukan guru dan pelajar supaya sentiasa meneroka dan mengemaskini ilmu pengetahuan mengikut peredaran masa. BUKU - Dengan membaca, pemindahan ilmu dan pengalaman akan berlaku. Minda dapat mencerna maklumat baru, menjananya dan mencetuskan gagasan baru yang berguna kepada kehidupan manusia.

COGANKATA - BERDISIPLIN, BERILMU, BERJASA - Berdisiplin - individu yang berdisiplin akan mudah mencapai kejayaan. Walau apa jua bidang yang diceburi, disiplin memainkan peranan yang penting. - Berilmu - Penguasaan ilmu menjadikan pemikiran pelajar sentiasa berkembang. Masyarakat berilmu merupakan penggerak kemajuan negara. - Berjasa - Dengan ilmu dan disiplin diharapkan pelajar dapat mencurahkan usaha dan jasa mereka kepada agama, bangsa dan negara. BENTUK LENTURAN DI KIRI DAN KANAN LENCANA - Melambangkan rebung buluh. Pelajar diibaratkan seperti rebung yang mempunyai potensi tersendiri dan sekolah berperanan mewujudkan pelajar yang berpotensi selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. WARNA PADA LENCANA KUNING - Warna Diraja - Warna Ceria - Sesebuah sekolah sewajarnya menyediakan prasarana yang ceria. BIRU - Lambang perpaduan kerana SMK Puteri Wangsa mempunyai pelajar yang mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. MERAH - Berani menghadapi cabaran untuk bersaing meraih kejayaan.

Related Documents

Lencana Sekolah
June 2020 12
Puteri
May 2020 33
Puteri
May 2020 27