Lawatan Ke Sekolah Sultan Alam Shah

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lawatan Ke Sekolah Sultan Alam Shah as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 2
LAWATAN KE SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Kami dengan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) pada pukul 7.40 pagi pada tarikh 18 Februari 2008. Selepas itu, kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak UITM untuk pergi ke destinasi kami yang pertama iaitu Sekolah Sultan Alam Shah(SSAS) yang berada di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Rombongan lawatan kami tiba di SSAS sekitar jam 9.45 pagi. Kami telah disambut dengan mesra oleh pihak sekolah di hadapan blok pentadbiran sekolah. Seadanya kami berada di sana, mereka mengadakan pameran mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapat di SSAS. Antaranya, Silat Gayung, Tae Kwan Do, Silat Cekak dan lain-lain. Kemudiannya, kami dibawa masuk ke Pusat Sumber SSAS. Selain daripada menyediakan buku-buku sebagai rujukan, terdapat juga televisyen yang mempunyai perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio iaitu ASTRO. Selain daripada perpustakaan, pada tingkat yang lain, terdapat juga bilik-bilik seperti makmal computer dan bilik tayangan. Kami kemudian dibawa ke Dewan Putra Perdana untuk mendengar ucapan alu-aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik SSAS, Encik Syahir Yassin Bin Yusoff. Diikuti dengan ucapan balas daripada ketua rombongan Kolej DPAH Abdillah, Encik Awang Kok Omar bin Awang Taib. Kemudian, kami dipertontonkan video mengenai SSAS. SSAS mempunyai empat bidang kebitaraan iaitu ragbi, wind orchestra, bahasa inggeris dan Matematik Tambahan. Di samping itu, kami juga diperkenalkan kepada AJK tertinggi Badan Pengawas SSAS.

Selepas bersuai kenal sesama sendiri, kami dibawa untuk melihat kemudahan infrastruktur SSAS yang serba lengkap dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum selaras dengan statusnya sebagai Sekolah Kluster Cemerlang. Antara tempat yang dilawat kami ialah Bilik Matematik Tambahan, Bilik Inggeris dan Galeri SSAS. Di dalam galeri tersebut terdapat segala perkara yang berkaitan dengan SSAS daripada sejarah penubuhan SSAS sehinggalah percapaian SSAS sekarang. Sekolah ini memiliki lima buah status iaitu Sekolah Berasrama Penuh(SBP), SBP Premier, Sekolah Bestari, Sekolah Showcase dan Sekolah Kluster. Pada waktu tengahari, kami dibawa semula ke Dewan Putra Perdana untuk menjamu hidangan yang telah disediakan olah pihak SSAS. Di samping kami menikmati hidangan, kami juga dihiburkan dengan persembahan Wind Orchestra SSAS. Sememangnya persembahan daripada mereka amat sesuai dengan tahap percapaian mereka yang sampai ke arena antarabangsa. Sebelum kami berangkat, sebuah sesi bergambar diadakan dihadapan Dewan Putra Perdana. Selepas itu, kami pun bersiap sedia untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

Related Documents