Latihan Imbuhan 1. Adik sedang (baca) buku di beranda rumah. 2. Anjing itu (gonggong) tulang. 3. Ali (tendang) bola ke pintu gol. 4. Anak kecil itu (nangis). 5. Harga barang (turun) sejak akhir-akhir ini. 6. Ombak (putih) di pantai. 7. Suhu badannya semakin (naik). 8. Padi (kuning) di sawah. 9. Ibu (gulai) ikan yang dibeli pagi tadi. 10. Kakak (tumis) sayur untuk makan tengah hari. 11. Harimau itu (gaum) ketika hendak menerkam mangsanya. 12. Tikus (cicit) di sebalik almari kain. 13. Mata pencarian Pak Abu (rotan) di hutan. 14. Petani itu (rumput) di kebunnya. 15. Kapal terbang itu (darat) cemas di padang sekolah. 16. Sampan itu (tepi) ke pangkalan untuk mengambil penumpang. 17. Adiknya (ekor) sahaja ke mana di pergi. 18. Timbunan sampah yang tidak dibakar (bukit) di belakang rumah. 19. Setelah (janda) dia kembali tinggal bersama-sama ibu bapanya. 20. Pengantin baharu sedang (hias) 21. Budak-budak itu (sembunyi) di bawah katil. 22. Semalan Ali (tumbuk) dengan Ahmad. 23. Adik (kasut) baharu ke sekolah. 24. Aziz (duduk) sejenak setelah mendengar berita itu. 25. Samy (pijak) paku ketika bermain.