Latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.:Puan Siti Norazlina
Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah. Latihan 1 Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan isi dalam ayat ini. 1. “Ramai sungguh pengunjung di Dataran Merdeka sempena Le Tour de Langkawi,”kata Norli kepada Azmi. 2. “Wah,hebat betul persembahan tarian kebudayaan itu!” kata Hakimi dan Aisyah kepada Amirul. 3. “Cikgu Ali akan berpindah ke Sepang?”Tanya Cikgu Azmi kepada Tuan Pengetua. 4. Norish:Tahniah Zaki, awak berjaya menjadi olahragawan pada tahun ini! 5. Mak Jah: Tolong jangan sepahkan buku sekolah kamu ini,Ariff. 6. Thurai: Ismail, kamu sudah mengulang kaji pelajaran untuk ujian nanti? 7. “Semasa berjoging pagi tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Saleh. 8. Kata Norman kepada Sarah, “ Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.” 9. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,”kata Erra. 10. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Alif tumbang dan menimpa rumahnya. Menukarkan Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk Latihan 2 Tukarkan ayat-ayat di bawah dalam bentuk ayat dialog. 1. Adi mengatakan bahawa hujan yang lebat telah membasahi baju dan seluarnya. 2. Zila dan Niza mengatakan bahawa mereka sudah kenyang dan mengucapkan terima kasih kerana dijemput. 3. Wan menasihati anaknya supaya berhati-hati ketika makan ikan terubuk kerana ikan itu mempunyai tulang yang banyak. 4. Kamil berkata kepada ayahnya bahawa mereka tidak berjumpa hampir lima tahun. 5. Izlan menerangkan bahawa Ramli telah melakukan kerja-kerja menangkap ikan sejak muda lagi. 6. Nana memberitahu bahawa gadis itu ialah kacukan Melayu dan India kerana mempunyai mata yang besar dan bulat. 7. Salman berkata bahawa emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya. 8. Ong Kai Seng menyatakan bahawa buah manggis itu sungguh manis. 9. Budak itu menanyai datuknya cara Hang Tuah dan rakan-rakannya dapat membunuh lanun-lanun itu. 10.Bapa saudaranya ingin tahu tentang masa Rabiah akan tamat pengajiannya di Universiti.
Latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.:Puan Siti Norazlina