Laras Bahasa.docx

  • Uploaded by: XFlee
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laras Bahasa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 379
  • Pages: 1
Secara ringkasnya, laras Bahasa bermaksud cara penggunaan sesuatu bahasa. Menurut Asmah Hj.Omar (1984), laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa boleh didefinasikan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa atau gaya penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa biasanya berubah berdasarkan keadaan dan situasi. Laras bahasa mempunyai beberapa ciri penting. Antaranya termasuklah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa atau perkataan yang digunakan. Setiap laras bahasa digunakan pada situasi yang berlainan. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai kepelbagaian bahasa yang digunakan yang berbeza berdasarkan kegunaan. Beliau menilai laras bahasa dari tiga dimensi iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.

Laras bahasa agama merujuk kepada teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal. Ini bermaksud kandungan laras agama meliuti aspek agama, perkara berkaitan agama, dana pa-apa jenis agama. Menurut Nik Hassan Basri b. NikAndul Kadir, laras agama juga dikenali sebagai laras doa. Ia menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam lisan dan tulisan yang berkaitan dengan keagaam dari segi istilah dan diksi. Pada zaman ini, bahasa bukan sahaja digunakan untuk membincangkan tentang perihal agama Islam semata-mata, bahkan turut digunakan oleh agama lain untuk membincangkan tentang agama mereka di dalam kitab masing-masing. Sebagai contoh, jika isi teks menceritakan tentang agama Islam, maka struktur ayatnya banyak dipengaruhi bahasa Arab iaitu bahasa yang digunakan di dalam qitab Al-Quran. Selain itu, laras bahasas ini juga digunakan untuk menjelaskan sebarang topik yang berkaitan dengan agama. Ini termasuklah perbincangan tentang akidah, kisah Nabi dan para sahabat, fiqah dan kadang-kala menyelitkan petikan daripada kitab suci Al-Quran dan Hadis. Laras bahasa agama sangat dipengaruhi oleh Nabi Muhammad SAW. Disebabkan agama Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu seorang khalifah yang berbangsa arab dan baginda menyebarkannya, maka bahasa yang menjadi medium pengantar penyampaian agama Islam ialah bahasa Arab. Bahasa ini juga sering menggunakan kias. Contoh pengunaan laras bahasa ialah “Sidang tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarangNya agar hidup kita sentiasa diredhai dan diberkatiNya.” Laras bahasa agama tidak bersifat teknikal seperti laras sains , undang-undang, dan teknologi. Sebaliknya, laras ini menggunakan bahasa umum yang mudah difahami dan istilah-istilah agama yang telah tersidia dalam Al-Quran. Laras bahasa agama lebih mengutamakan ketepatan maksud agar tidak menimbulkan salah tafsiran oleh pembaca yang menjerumus kepada kesesatan.

Related Documents

Laras Bahasa
November 2019 25
Laras Bahasa
April 2020 18
Laras Bahasa.docx
December 2019 19
Laras Bahasa
May 2020 13
Cover Laras Idk.docx
November 2019 19
Ragam Dan Laras Bahasa
December 2019 22

More Documents from "Binet Care"

Scribd.docx
December 2019 12
The King's Cat Script.docx
December 2019 12
Poem.docx
December 2019 9
Laporan Analisis.docx
December 2019 16
Essay.docx
December 2019 1