Laporan_israk_mikraj_2014 (1).docx

  • Uploaded by: Anonymous fcMqyR
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan_israk_mikraj_2014 (1).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 465
  • Pages: 7
LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2014. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SEBERANG, LAWAS.

TARIKH : 27 MEI 2014 / 27 REJAB 1435 H (SELASA). MASA : 7.30 hingga 10.30 pagi TEMPAT : SURAU DAN BILIK MUZIK SEKOLAH

LATAR BELAKANG Program sambutan Israk Mikraj adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan An Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara. Melalui program ini murid dapat mengambil pengajaran daripada Peristiwa Israk dan Mikraj, yang mana peristiwa ini berlaku terhadap Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan menjadikan Rasulullah sebagai model dan rujukan utama untuk dicontohi sifat ketabahan dari segi menangani krisis dan cabaran dalam menyampaikan risalah Islam. Diharapkan agar program ini akan menjadi acara tahunan sekolah dan dapat ditambah baik pada tahun – tahun yang akan datang.

OBJEKTIF     

Menghayati sifat-sifat ketabahan dalam diri Nabi Muhammad dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Memberi ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa israk dan mikraj Memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati semua murid. Memberi pendedahan sirah, mukjizat dan perjuangan Nabi Muhammad dalam memperkembangkan agama Islam. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan

RINGKASAN MAJLIS Majlis dimulakan dengan perhimpunan di tapak perhimpunan sekolah. Penolong kanan 1, En. Mat Jakir bin Ludin telah memberikan taklimat ringkas dan seterusnya merasmikan majlis sambutan Israk Mikraj 2014 peringkat sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin beramai – ramai di surau sekolah. Bacaan surah Yasin tersebut diketuai oleh En. Mohamad Alias bin Harun. Seterusnya majlis sambutan Israk Mikraj diteruskan dengan acara kemuncak iaitu majlis ceramah Israk Mikraj. Sesi ini telah dikendalikan oleh Ustazah Rosni bt Osman. Sesi ceramah ini telah dapat menarik minat para pelajar dan menjawab segala persoalan yang timbul dikalangan mereka berkaitan peristiwa bersejarah ini. Sesi ceramah tersebut telah diakhiri oleh sesi kuiz Israk Mikraj. Semua murid mengambil bahagian kecuali murid – murid Pra Sekolah. Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi. Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Rajudin b Abd Kahar pada hari Isnin, 23 Jun 2014. Antara senarai pemenang: 1. Irfan 2. Aleya 3. Dhgw

GAMBAR-GAMBAR Majlis bacaan Yasin sempena majlis sambutan Israk Mikraj 2014.

Sekitar majlis ceramah Israk Mikraj 2014.

Aktiviti kuiz Israk Mikraj

PENUTUP Program ini diharap mampu menjana murid-murid ke arah pembagunan modal insan sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia serta untuk membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program ini juga diharap dapat dijalankan secara konsisten pada tahun – tahun yang akan datang.

DISEDIAKAN OLEH,

______________________ (MOHAMAD ALIAS HARUN) Panitia Pendidikan Islam, SK Kampung Seberang, Lawas.

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SEBERANG LAWAS

Related Documents


More Documents from "Kevin Bran"