Laporan.docx

  • Uploaded by: redzuan
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,194
  • Pages: 5
1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan (2015), kepelbagaian ialah berbagai – bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak perkara sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Selain itu, budaya pula membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Maka, sosio-budaya membawa maksud amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat itu. Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik atau masyarakat yang lebih luas mempengaruhi perkembangan, kepercayaan, pegangan serta keperibadian seseorang. Hal ini bertepatan dengan Gollnick dan Chin (1990) yang berpendapat bahawa “Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels and behaves in society”.

Justeru,

kepelbagaian sosiobudaya ini pastinya memberi implikasi atau kebaikan terhadap pelbagai pihak. Dalam tugasan ini, saya telah menemu bual Puan Vijayaletchmy a/p Muniandy, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat berkaitan implikasi-implikasi program kepelbagaian sosiobudaya yang telah diadakan di insititut ini.

2.0 Implikasi Program Kepelbagaian Sosiobudaya Sistem pentadbiran di institut ini bukan sahaja berperanan untuk memberi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyemai sifat kepada pelajar berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai–nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.

Hal ini bertepatan dengan Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya

menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Perkara-perkara ini telah tercapai melalui dengan adanya program kepelbagaian sosiobudaya yang telah dilaksanakan di institut ini. Menurut Vijayaletchmy, melalui program yang telah diadakan di institut ini, murid dapat saling mengenali dan menghormati budaya kaum lain dengan terlibat secara sukarela dalam menjayakan aktiviti budaya bagi kaum lain. Sebagai contoh, persembahan lakonan dan tarian sewaktu sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Terdapat pelajar Melayu dan India juga menari bagi menjayakan persembahan tarian kipas tersebut.

1

Pelajar-pelajar tersebut

berpeluang menggayakan pakaian bagi kaum lain. Selain itu, majlis-majlis yang di sambut ini ini juga memberi peluang kepada pelajar bagi menjamu atau merasa makanan-makanan tradisonal bagi kaum-kaum lain. Dengan cara ini setiap pelajar dapat merasa makananmakanan bagi setiap kaum tanpa mengira latar belakang kelas sosial masing-masing. Menurut Rohan Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Hal ini kerana makanan yang disediakan sudah tentulah boleh dimakan oleh setiap orang di kampus tersebut. Oleh itu, apabila pelajarpelajar yang berlainan kaum dan budaya terlibat sama dalam aktiviti seumpama ini, mereka akan lebih mendalami sesuatu budaya kaum tersebut dan secara tidak langsung, pelajar juga mula belajar bagaimana sikap tolak ansur dan memahami dapat diterapkan dalam menerima budaya kaum lain. Antara implikasi yang dihadapi oleh pelajar disebabkan kepelbagaian sosiobudaya juga termasuklah kaum etnik. Pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara fikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan.

Kemungkinan proses penyesuaian diri

dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sesuatu yang sukar. Justeru, melalui program kepelbagaian sosiobudaya yang diadakan, Pelajar akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar dan mengetahui bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal. Malahan, pelajar akan lebih memahami sesuatu budaya tersebut secara praktikal dan bukan sekadar teori melalui pembacaan sahaja. Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang lain ialah pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut laras bahasa yang sesuai. Hal ini kerana aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertembungan dialek yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang dalam sesebuah kelas dapat diatasi dengan menggunakan satu bahasa pengantar dan bahasa perpaduan warga negara Malaysia iaitu Bahasa Melayu.

Semua pelajar dapat

menggunakan bahasa standard dalam pertuturan dan komunikasi dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berbahasa bagi pelajar yang bahasa pertamanya bukan bahasa Melayu dalam aspek percakapan mahupun penulisan.

2

Pelajar lebih peka terhadap perbezaan agama dan kepercayaan agama masingmasing. Malahan, pelajar perlu menerima seadanya nilai dan kepercayaan tersebut dan menjaga sensitiviti sesebuah agama. Sebagai contoh, pelajar bukan Islam memahami dan dapat menerima bahawa setiap pelajar Islam perlu menunaikan ibadah puasa pada bulan puasa.

Dengan cara ini, mereka akan lebih menghormati pelajar Islam yang sedang

berpuasa. Masyarakat Cina pula percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup didalam fenomenafenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena alam itu diklasifikasikan kepada yang dan yin. “Yang‟ merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya dan siang yang termasuk keaktifan. Manakala, “yin‟ adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif (Syed Ismail, 2010). Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negative. Berdasarkan temubual, Puan Vijayaletchmy ada menyatakan hal berkenaan program iftar perdana yang disambut oleh warga kampus ini. Program tersebut dapat menambah pengetahuan pelajar lain tentang puasa itu sendiri. Ketika program itu dijalankan, pelajar bukan Islam akan mendahulukan pelajar Islam untuk mengambil makanan kerana memahami keadaan pelajar Islam yang masih belum makan pada hari tersebut. Seterusnya, program kepelbagaian sosiobudaya seperti Pencak Bunian dan program Bakawali dapat memberi pendedahan awal kepada guru terhadap kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Malaysia bagi memudahkan guru pelatih berkhidmat sebagai guru kelak. Hal ini agar guru pelatih akan lebih berhemah dan lebih menghormati nilai setempat dalam berhadapan dengan murid yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya. Malahan, hal ini dapat emberi kesedaran terhadap tanggungjawab seorang guru dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid di sekolah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang persefahaman antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

3

3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, program kepelbagaian sosiobudaya yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah dalam mengenali dan mempelajari kepelbagaian budaya yang terdapat di negara kita.

Setiap

individu perlu memahami dan menerima kepelbagaian budaya ini dengan hati terbuka demi menjaga keamanan negara. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada pemahaman kepelbagaian budaya.

Penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian

pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari generasi ke generasi. Hal ini perlu dijaga dan dipelihara agar keunikan budaya di negara kita akan terus menjadi satu tarikan pelancong dan juga sebagai satu wahana perpaduan.

4

4.0 Rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gollnick, D. M. Chin, P.C. (1998). Multicultural Education in a Pluralistoc Society, 6th Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall. Meighan, R. (1986). A Case Study of Democratic Learning in Teacher Education in Educational Review 38,3. 1986 Mok Soon Sang. (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Syed Ismail. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

5

More Documents from "redzuan"

Folio Sje R
May 2020 38
Science Report
May 2020 39
Laporan
August 2019 120
16464662-folio-sje-r
May 2020 53
Laporan.docx
August 2019 71
How To Paint Fish Koi
December 2019 48