SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR.
MINIT MESYUARAT UNIT PENCEGAHAN DAN PENDIDIKAN DADAH (PPDa) KALI KETIGA 2016
TARIKH
: 10 NOVEMBER 2016
HARI
: KHAMIS
MASA
: 3 PETANG
TEMPAT
: BILIK MESYUARAT SEK. KEB SERI UTAMA
KEHADIRAN GURU
: 1. GURU BESAR – EN. ZULKIPLI BIN SARBINI (PENGERUSI) 2. GPK HEM – EN. MOHAMAD BIN ASMARA (NAIB PENGERUSI) 3. PN. NOR AMALINA BT HAMZAH (SETAUSAHA)
AHLI JAWATANKUASA : 1. CIK. HUZAIMAH BT MOHD BAHARUDIN 2. PN. ROZIHAN BT ISMAIL FATHI 3. EN. ANAS B ABDUL AZIZ 4. PN. NURLIHA BT ARSHAD 5. PN. TILAGAWATHI A/P SELVARAJA 6. EN. ADAM MALEK B EHSAN 7. EN. MOHD ZAWADI B HUSSAIN 8. EN. HAFIZAN B MUNIER
Agenda 1. Ucapan Pengerusi – En. Zulkipli B Sarbini (Guru Besar) 1.1 Memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al-Fatihan agar mesyuarat kali pertama berjalan lancar dan mendapat berkat daripada Allah swt. 1.2 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat dalam unit PPDa. 1.3 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama pada unit masing-masing agar semua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.
2. Ucapan Naib Pengerusi – En. Mohamad B Asmara (GPK HEM) 2.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran Tuan guru besar kerana dapat bersamasama menghadiri mesyuarat Unit PPDa bagi kali kedua tahun 2016.
3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat. 3.1 Pn. Amalina selaku setiausaha membentangakan minit mesyuarat yang ketiga bagi tahun 2016. 3.2 En. Hafizan mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan En. Kamarul Fitri menyokongnya.
4. Perkara berbangkit. 4.1 En. Mohammad bertanya tentang cadangan sudut PPDa berpindah ke tempat baru. Ini adalah kerana beliau berpendapat sudut PPDa yang sedia ada kurang bersesuaian bukan menjadi laluan murid untuk melihatnya. 4.2 beliau juga berpendapat bilik khas untuk PPDa jarang digunakan oleh para murid dan ia akan menyebabkan pengetahuan tentang PPDa tidak akan sampai kepada para murid. 4.2 Menjawabnya soalan tersebut Cik.Huzaimah berpendapat tempat yang ada hanyalah papan kenyataan untuk Sudut PPDa dan akan melantik ajk untuk menghiaskan berserta menaiktarafkan bilik PPDa pada masa akan datang. 4.3 berkaitan Fail PPDa diharap dikemaskinikan untuk tahun 2016.
5. Pelaksanaan Perancangan 2017 5.1 Menyiapkan Perancangan Tahunan PPDa 2017. Tindakan : Setiausaha 5.2 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu didokumentasikan dan disimpan di dalam fail PPDa. Tindakan : Setiausaha 5.3 Mengemas dan menambah baik sudut PPDa sekolah yang baru agar nampak lebih ceria dan memberi pengetahuan kepada murid tentang bahaya rokok dan dadah. Tindakan : AJK
6. Hal-hal lain. 6.1 Cik.Huzaimah mencadangkan agar ada penglibatan pihak luar seperti AADK, Jabatan Kesihatan atau pihak polis dalam memberi penerangan kepada murid tentang bahaya dadah dan rokok kepada murid-murid dan orang ramai semasa pihak sekolah menganjurkan karnival usahawan.
7. Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.
Disediakan oleh,
…………………………… (PN. NOR AMALINA BT HAMZAH) Setiausaha PPDa
Disemak oleh,
………………………………… (EN. MOHAMAD B ASMARA) GPK HEM