Laporan Kajian Di Sekendi

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Kajian Di Sekendi as PDF for free.

More details

  • Words: 6,623
  • Pages: 51
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] 10

PENGENALAN

Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang. 1.1

Latar belakang

Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai sejarah, kemasyarakatan / perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni rumah anak yatim. Persembahan yang akan dilakukan perlu diteliti agar memberi kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan, persembahan adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita yang telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos 2007 baru-baru ini. Oleh itu, bagi membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, pelaksanaan ini mendedahkan kepada anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan kemerdekaan di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan tentang kemerdekaan. Persembahan turut mendedahkan kemahiran memberi sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan yang disampaikan. Nilai tanggungjawab dan kerjasama juga dipupuk kepada kalangan penghuni rumah anak yatim melalui sikap bekerjasama ketika menjawab soalan dan menyelesaikan susunan gambar bendera. Aktiviti juga 1

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] mewujudkan keberkesanan interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri. 1.2

Objektif

Objektif khidmat komuniti diadakan adalah; •

Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan, dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan pelaksanaan projek, fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan akademik.



Mendedahkan guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Kajian Sosial kepada aspek-aspek kegiatan luar dalam pengurusan program kebajikan.



Membina imej generasi muda yang dinamis dan rasional dalam menghadapi cabaran di alaf baru bersesuaian dengan kehendak dan tuntutan agama, masa dan negara demi menjamin masyrakat yang berakhlak.



Membentuk guru pelatih yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat setempat memperbaiki kemahiran dan tahap pendidikan mereka melalui khidmat bakti dalam program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang projek tersebut.



Memberi kesedaran dalam mengisi kemerdekaan negara ke arah yang lebih bermanfaat.



Menyemai rasa cinta pada negara.



Mendaulatkan kemerdekaan selama 50 tahun.



Menghayati kemerdekaan dan mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu.



Belajar bagaimana bangkit dari kemunduran kepada ke arah kemajuan.



Semangat perpaduan dan bersatu padu penting bagi mencapai kemerdekaan dan kejayaaan. 2

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

1.3

Skop pemilihan

Persembahan yang dijalankan meliputi aktiviti yang berunsur akademik sama ada mengenai sejarah dan kemasyarakatan / perpaduan. 1.4

Pelaksanaan aktiviti

Dalam projek Riang Ria Malaysia, terdapat dua aktiviti utama dalam projek ini iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses kemerdekaan dan menyelesaikan susunangambar-gambar bendera negara Malaysia. Para peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan dikendalikan seorang pengacara serta dibantu oleh fasilitator. Aras soalan yang disediakan adalah senang dengan menjawab apa yang dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab secara serentak semasa video ditayangkan. Bagi aktiviti menyelesaikan puzzle gambar bendera, aktiviti ini hanya akan diselesaikan oleh peserta di bawah umur 8 tahun sahaja. Aktiviti akan dibantu oleh fasilitator bagi memastikan puzzleakan berjaya disiapkan juga dalam masa 15 minit. Kelebihannya adalah peserta bawah umur 8 tahun akan mengenali bendera Malaysia. Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan, para peserta bersama fasilitator akan menyanyikan lagu patriotik dan lagu Negaraku. Bendera akan diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat semua peserta. Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan

3

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] negara. Hadiah serta cenderamata akan diagihkan kepada semua peserta dan pemenang sebagai tanda kenang-kenangan. 1.5

Cara pelaksanaan i.

Penghuni rumah anak-anak yatim akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan mencampurkan semua ahli kumpulan tidak mengambil kira peringkat umur.

ii. Kumpulan tersebut akan dibantu oleh 3 orang fasilitator bagi melancarkan lagi perjalanan aktiviti. iii. Sebelum aktiviti kuiz dijalankan, ceramah akan diberikan sekitar 10 minit sebagai peringatan kepada proses kemerdekaan Negara. iv. Setiap kumpulan akan diberi penerangan mengikut kumpulan masingmasing dan pastikan arahan yang disampaikan boleh difahami oleh semua ahli kumpulan. v. Puzzle akan diedarkan setiap kumpulan dan akan diselesaikan oleh kanak-kanak di bawah umur 8 tahun. vi. Bagi ahli kumpulan selebihnya akan menyelesaikan soalan yang disediakan secara beramai-ramai semasa tayangan yang disediakan. vii. Apabila telah bersedia, masa akan bermula dan masing-masing akan menjalankan tugas iaitu menyiapkan puzzle dan menjawab soalan. Masa yang diperuntukan adalah 15 minit. viii.Selepas tamat masa yang diberikan, semua kumpulan dikehendaki berhenti daripada menjawab soalan dan menyiapkan puzzle. ix. Sementara keputusan diketahui, para peserta akan diedarkan dengan bendera Jalur Gemilang dan menyanyikan beberapa buah lagu patriotik dan lagu Negaraku. x. Setelah keputusan diumumkan, hadiah serta cenderamata akan diberikan kepada para pemenang dan semua peserta yang terlibat

4

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.0

KERTAS CADANGAN AKTIVITI

INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

KHIDMAT KOMUNITI PROGRAM KEILMUAN ANAK-ANAK YATIM RIANG RIA MALAYSIA TEMPAT RUMAH ANAK YATIM SEKENDI SABAK BERNAM SELANGOR TARIKH 8 SEPTEMBER 2007 ANJURAN PELAJAR-PELAJAR 5

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2006 SEMESTER 3(E) 2.1

PENDAHULUAN

Kajian Sosial merupakan suatu mata pelajaran yang merangkumi pelbagai disiplin

ilmu.

warganegara

Penguasaan yang

bidang

bersemangat

ini

amat

patriotik,

penting

dalam

bertanggungjawab

persekitaran dan masyarakat yang berwibawa.

melahirkan terhadap

Tugasan berbentuk khidmat

komuniti dapat meningkatkan keupayaan dan kefahaman pelajar tentang kepentingan interaksi sosial dalam hidup bermasyarakat. Ini dapat membantu pelajar mengaitkan aspek teori dengan realiti kehidupan dan isu kontemporari. Hasil aktiviti pula dapat dijadikan salah satu sumber penting bagi memperolehi maklumat yang sahih dan tepat tentang sesuatu perkara. 2.2

LATAR BELAKANG

Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang. Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai sejarah, kemasyarakatan / perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni rumah anak yatim. Persembahan yang akan dilakukan perlu diteliti agar memberi kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan, persembahan adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan 6

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] selepas mencapai kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita yang telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos 2007 baru-baru ini. Oleh itu, bagi membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, pelaksanaan ini mendedahkan kepada anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan Kemerdekaan di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan tentang kemerdekaan. Persembahan turut mendedahkan kemahiran memberi sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan yang disampaikan. Nilai tanggungjawab dan kerjasama juga dipupuk kepada kalangan penghuni rumah anak yatim melalui sikap bekerjasama ketika menjawab soalan dan menyelesaikan susunan gambar bendera. Aktiviti juga mewujudkan keberkesanan interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri. 2.3

MATLAMAT

Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam mengurus, mengendali dan membuat aktiviti luar. Selain itu, program seumpama ini memberi peluang kepada pelajar dalam bekerjasama dan saling bertoleransi dalam melakukan aktiviti sama ada secara fizikal, emosi dan rohani. Melihat pada keupayaan yang dimiliki oleh guru pelatih dari kelas PPISMP 3E serta banyak membawa kebaikan, maka Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM) melalui pensyarah penasihat Kajian Sosial telah mengorak langkah untuk mencuba mengikuti aktiviti mencabar ini bagi meningkatkan keupayaan kecerdasan mereka. Pendedahan dan pengalaman yang akan diperolehi oleh guru pelatih ini amat berguna dan tidak ternilai buat persiapan mereka kelak jika berkhidmat di sekolah nanti.

7

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.4

TUJUAN •

Memupuk semangat saling membantu dan toleransi dalam kalangan guru pelatih.



Membolehkan guru pelatih memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan seperti mengendalikan sesuatu program berbentuk kebajikan

sebagai persiapan apabila bekhidmat di

sekolah nanti. •

Menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan guru pelatih merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti program kebajikan ini untuk memperkayakan pengalamannya apabila berada di sekolah nanti.



Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni amalan demokratis, disiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patrotisme dalam program sukan mendaki.



Memupuk sikap yakin dan percaya pada diri sendiri dan juga orang lain sepanjang menjalankan aktiviti.

2.5

RASIONAL •

Pendedahan untuk berhibur sambil belajar



Memberi pengalaman baru kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim Sekendi



Dapat

memupuk

semangat

kerjasama

melakukan sebarang aktiviti

8

dan

berkumpulan

dalam

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.6

OBJEKTIF •

Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan, dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan pelaksanaan projek, fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan akademik.



Mendedahkan guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Kajian Sosial kepada aspek-aspek kegiatan luar dalam pengurusan program kebajikan.



Membina imej generasi muda yang dinamis dan rasional dalam menghadapi cabaran di alaf baru bersesuaian dengan kehendak dan tuntutan agama, masa dan negara demi menjamin masyrakat yang berakhlak.



Membentuk guru pelatih yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat setempat memperbaiki kemahiran dan tahap pendidikan mereka melalui khidmat bakti dalam program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang projek tersebut.



Memberi kesedaran dalam mengisi kemerdekaan negara kearah yang lebih bermanfaat.



Menyemai rasa cinta pada negara.



Mendaulatkan kemerdekaan selama 50 tahun.



Menghayati kemerdekaan dan mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu.



Belajar bagaimana bangkit dari kemunduran kepada ke arah kemajuan.



Semangat perpaduan dan bersatu padu penting bagi mencapai kemerdekaan dan kejayaaan.

9

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.7

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PENAUNG: PENGARAH IPBMM PN. SORIAH BT. ABDULLAH PENASIHAT: TIMBALAN PENGARAH IPBMM PENSYARAH PENASIHAT: PN. KHALIJAH MAIMON AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI

: MOHD ZULHILMI MAT RAHIM

NAIB PENGERUSI : HUZAINI AMIR SETIAUSAHA

: NOR IZZATI ROHAIMI

BENDAHARI

: SUHAINITA MD ZAIN

AJK PERALATAN :MUHAMMAD RAIMI YUSUF AJK MULTIMEDIA :MUHAMAD KAMARUL ARIFFIN LOKMAN MOHD AMINILLAH MUSTAPHA AJK AKTIVITI DAN PERSEMBAHAN

: MOHD FAREEZ MAZLAN 10

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] MD AZRI SIDIK

AJK DISIPLIN DAN KEBERSIHAN

: NURZEHAN ZAKARIA NOR ROHAIZAH AHMAD HASNURFARISHA HASAN

AJK HADIAH: NURHAYATI MAHDZIR FATIN ADILA JAMIL NOOR HAFIZAH ALI ARINA ABD GHANI AJK KESELAMATAN : MUMTAZAH JOHAR SYAZA YASMIN ISMAIL * Pembentukan AJK ini berdasarkan aktiviti yang akan di jalankan dalam acara tersebut.

11

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.8

PROJEK

Nama Projek

:Riang Ria Malaysia

Program utama yang akan dijalankan ialah persembahan multimedia sambil menjawab soalan-soalan yang disediakan mengenai sejarah Malaysia. Secara rasionalnya program ini dapat memberi input serta maklumat kepada anak-anak yatim mengenai Sejarah Malaysia seperti kisah silam pejuang-pejuang Negara, susah senang Negara mendapatkan kemerdekaan, tokoh-tokoh kemerdekaan Negara. Tema Projek : Yang Jauh Didekatkan Yang Dekat Dimesrakan Sasaran

: Penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor

Anjuran : •

Pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perguruan kelas 3E.



Unit Kajian Sosial, Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.

Tempat : Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor Tarikh : 8 September 2007-Program yang dirancang akan dilaksanakan selama 1 hari. Pengangkutan: Bas IPBMM 12

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Peralatan: Disediakan oleh pihak penganjur Pengisian : Dalam projek Riang Ria Malaysia, terdapat dua aktiviti utama dalam projek ini iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses kemerdekaan dan menyelesaikan puzzle gambar-gambar bendera negara Malaysia. Para peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan dikendalikan seorang pengacara serta dibantu oleh fasilitator. Aras soalan yang disediakan adalah senang dengan menjawab apa yang dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab secara serentak semasa video ditayangkan. Bagi aktiviti menyelesaikan puzzle gambar bendera, aktiviti ini hanya akan diselesaikan oleh peserta di bawah umur 8 tahun sahaja.Aktiviti akan dibantu oleh fasilitator bagi memastikan puzzleakan berjaya disiapkan juga dalam masa 15 minit. Kelebihannya adalah peserta bawah umur 8 tahun akan mengenali bendera Malaysia. Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan, para peserta bersama fasilitator akan menyanyikan lagu patriotik dan lagu Negaraku. Bendera akan diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat semua peserta. Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan negara. Hadiah serta cenderamata akan diagihkan kepada semua peserta dan pemenang sebagai tanda kenang-kenangan.

13

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Perlaksanaan Aktiviti : i.

Penghuni rumah anak-anak yatim akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan mencampurkan semua ahli kumpulan tidak mengambil kira peringkat umur.

ii.

Kumpulan tersebut akan dibantu oleh 3 orang fasilitator bagi melancarkan lagi perjalanan aktiviti.

iii.

Sebelum aktiviti kuiz dijalankan, ceramah akan diberikan sekitar 10 minit sebagai peringatan kepada proses kemerdekaan Negara.

iv.

Setiap kumpulan akan di beri penerangan mengikut kumpulan masingmasing dan pastikan arahan yang disampaikan boleh difahami oleh semua ahli kumpulan.

v.

Puzzle akan diedarkan setiap kumpulan dan akan diselesaikan oleh kanak-kanak dibawah umur 8 tahun.

vi.

Bagi ahli kumpulan selebihnya akan menyelesaikan soalan yang disediakan secara beramai-ramai semaasa tayangan yang disediakan.

vii.

Apabila telah bersedia, masa akan bermula dan masing-masing akan menjalankan tugas iaitu menyiapkan puzzle dan menjawab soalan. Masa yang diperuntukan adalah 15 minit.

viii.

Selepas tamat masa yang diberikan, semua kumpulan dikehendaki berhenti daripada menjawab soalan dan menyiapkan puzzle.

ix.

Sementara keputusan diketahui, para peserta akan dieadrkan dan menyanyikan beberapa buah lagu patriotik dan lagu Negaraku.

x.

Setelah keputusan diumumkan, hadiah serta cenderamata akan diberikan kepada para pemenang dan semua peserta yang terlibat.

14

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.9

PEMBAHAGIAN TUGAS

PENCERAMAH MOHD ZULHILMI MAT RAHIM HUZAINI AMIR MUMTAZAH JOHAR KUMPULAN 1 MOHD FAREEZ MAZLAN SUHAINITA MD ZAIN NURHAYATI MAHDZIR KUMPULAN 2 MUHAMAD RAIMI YUSUF ARINA ABD GHANI NOR ROHAIZAH AHMAD KUMPULAN 3 MOHD KAMARUL ARIFFIN LOKMAN NURZEHAN ZAKARIA HASNURFARISHA HASSAN KUMPULAN 4 MOHD AMINILLAH MUSTAPHA NOR IZZATI ROHAIMI NOOR HAFIZAH ALI KUMPULAN 5 15

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] MD AZRI SIDIK SYAZA YASMIN FATIN ADILA JAMIL 2.10

ANGGARAN PERBELANJAAN Program Keilmuan Anak-Anak Yatim “Riang Ria Malaysia 2007” Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia di Rumah Anak Yatim Sekendi

Jumlah peserta yang terlibat untuk program ini termasuk fasilitator adalah : 60 orang ( peserta ) + 18 orang ( fasilitator ) = 78 orang Kos yang terlibat bagi menjayakan program Riang Ria Malaysia 2007 adalah seperti berikut:

BIL

PERKARA

KUANTITI

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kad Manila Hadiah Maker Pen Belon Pengangkutan Pembalut Hadiah

20 Helai 5 Bungkus 1 Kotak 2 Pek 10 Helai

HARGA KUANTITI RM 0.50 RM 20.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 1.00 JUMLAH KESELURUHAN

Jadual 1: Anggaran perbelanjaan * Pengangkutan pelajar menggunakan bas IPBMM. * Alat tulis akan didapatkan daripada stor IPBMM.

16

PER

JUMLAH RM 10 RM 100 RM 10 RM 8 RM 10 RM 10 RM 148.00

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] Dana yang dapat dikumpulkan melalui kutipan daripada setiap fasilitator adalah seperti berikut: RM 10.00 X 18 = RM180.00 Selain itu juga, dana juga akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak tertentu yang prihatin dengan program kebajikan seperti : •

Kantin IPBMM



Pensyarah-pensyarah IPBMM



Badan-Badan Korporat



Ahli-Ahli Korporat



Individu-Individu yang prihatin

Sumbangan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi aktiviti kebajikan ini.

Penutup Diharapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat membentuk bakal guru yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai peribadi yang tinggi di samping dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar keluaran IPBMM. Diharap pihak institut dapat menimbangkan dan memberi kelulusan bagi memastikan kelancaran perjalanan program Khidmat Komuniti bersama anak-anak yatim ini dengan jayanya dan menjulang nama institut.

17

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

18

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

3.0

LOG PELAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH / HARI 25 JULAI 2007

MASA 4.00-6.00

TEMPAT DEWAN

RABU

PETANG

ABDUL

kursus yang perlu di lakukan oleh pensyarah Kajian Sosial, Puan

RAHIM

Khalijah Maimon



PERKARA Menerima penerangan awal dan secara kasar mengenai kerja

KAJAI



Melantik ahli jawatankuasa tertinggi program yang akan dijalankan

31 JULAI 2007

9.00-11.00

KELAS



di Rumah Anak Yatim Sekendi Perlantikan ahli jawatankuasa sampingan untuk program

SELASA

PAGI

PPISMP



Pembahagian

3E

pelaksanaan

tugasan

kepada

setiap

ahli

jawatankuasa •

Perbincangan mengenai pengisian program yang akan dijalankan

13 OGOS 2007

11.00-1.00

DEWAN



pada hari pelaksanaan Penerimaan kerja kursus Kajian Sosial dari pensyarah

ISNIN

TENGAHARI

HAMZAH



Persediaan untuk untuk membuat pra persembahan

FANSURI

19

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

15 OGOS 2007

4.00-6.00

DEWAN

RABU

PETANG

ABDUL



Pra Persembahan oleh pelajar PPISMP Kumpulan C dan PPISMP Kumpulan D

RAHIM 27 OGOS 2007

11.00-1.00

KAJAI DEWAN

ISNIN

TENGAHARI

HAMZAH

Kumpulan E. Penerangan ringkas mengenai keadaan dan suasana

FANSURI

di Rumah Anak Yatim Sekendi

3 SEPTEMBER

11.00-1.00

DEWAN

2007

TENGAHARI

ABDUL

ISNIN

RAHIM

5 SEPTEMBER

4.00-6.00

KAJAI DEWAN

2007

PETANG

ABDUL

RABU



Pra Persembahan oleh pelajar PPISMP Kumpulan B dan PPISMP



Taklimat tambahan oleh En. Ramli sebelum hari pelaksanaan



Taklimat akhir oleh pensyarah Kajian Sosial, Pn. Khalijah Maimon mengenai persiapan akhir sebelum hari pelaksanaan program

RAHIM KAJAI

7 SEPTEMBER

9.30-10.30

ASRAMA



Persiapan barang-barang yang akan dibawa

2007

MALAM

BUKIT



Pemeriksaaan dan pengumpulan barang

JUMAAAT

PANTAI 20

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

8 SEPTEMBER

6.30 PAGI-

RUMAH

2007

6.00

ANAK

PETANG

YATIM SEKENDI SABAK BERNAM

6.30 pagi - Bertolak dari IPBMM ke Rumah Anak Yatim Sekendi 10.15 pag i- Sampai ke destinasi iaitu Asrama Anak Yatim Sekendi Satu taklimat ringkas diberikan oleh pensyarah Kajian Sosial, En. Johari Joned mengenai keadaan di rumah anak yatim Sekendi. Sedikit taklimat mengenai perjalanan program sepanjang hari tersebut turut di berikan. 10.30 pagi - Minum pagi bersama anak-anak yatim dan para pensyarah 11.00 pagi - Bergerak ke kawasan masing-masing untuk aktiviti gotongroyong. 1.00 tengahari - Para pelajar, para pensyarah dan semua penghuni rumah anak yatim makan tengahari bersama-sama dan berehat untuk solat Zohor 2.30 petang - Bersiap sedia untuk persembahan kumpulan oleh Pelajarpelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. - Empat buah persembahan dipersembahkan bagi memenuhi skop projek khidmat komuniti ini. 5.00 petang - Upacara penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh seorang dari wakil pelajar, wakil pensyarah dan pemilik 21

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

rumah anak yatim 6.00 petang - Bertolak pulang ke IPBMM

22

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] 4.0

LAPORAN PERSEMBAHAN (secara kelas)

Program yang dijalankan memerlukan kami merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai sejarah, kemasyarakatan/ perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni rumah anak yatim. Pada hari pelaksanaan kami

telah

mengendalikan

aktiviti

dengan

menunjukkan

kolaborasi,

keberkesanan dan kreativiti persembahan. Persembahan yang dilakukan memberi kesan dan impak kepada penghuni rumah anak yatim itu. Melalui persembahan yang dilaksanakan, persembahan adalah merangkumi aspek mengenai Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim mengenai

konsep

sejarah

detik-detik

sebelum

dan

selepas

mencapai

kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita telah yang telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun pada 31 Ogos 2007 baru-baru ini. Pelaksanaan ini mendedahkan kepada anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan Kemerdekaan dimana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan tentang kemerdekaan.

23

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] Gambar 1: Pengendalian persembahan oleh PPISMP 3E yang bertemakan Kemerdekaan. Persembahan turut meliputi pendedahan mengenai kemahiran memberi sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan yang dipersembahkan. Aktiviti juga mewujudkan keberkesanan interakasi dan komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri. Muhd Zulnilmi selaku pengerusi bagi aktviti persembahan ini telah megambil peranan sebagai Ketua Fasilitator dan bertindak sebagai pengacara program. Dia di bantu oleh ahli-ahli lain yang bertindak sebagai fasilitator kepada penghuni rumah anak yatim tersebut. Terdapat dua aktiviti utama dalam projek ini iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses kemerdekaan dan menyelesaikan susunan gambar bendera negara Malaysia. Para peserta yang terdiri dalam kalangan anak-anak yatim itu sendiri dibahagikan kepada lima kumpulan dengan dikendalikan seorang pengacara serta dibantu oleh fasilitator. Kumpulan di bahagikan mengikut peringkat umur di mana dua kumpulan dari sekolah menengah dan tiga kumpulan adalah kumpulan kanak-kanak. Dua kumpulan dari peringkat sekolah menengah menjawab soalan kuiz dan tiga kumpulan lagi menyelesaikan susunan gambar bendera.

24

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 2: Aktiviti menjawab soalan kuiz

Gambar

3: Susunan gambar bendera

25

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] Aras soalan yang disediakan adalah mudah dengan menjawab apa yang dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab secara serentak semasa video ditayangkan. Bagi aktiviti menyelesaikan susunan gambar bendera, aktiviti ini hanya diselesaikan oleh peserta di bawah umur 12 tahun sahaja iaitu yang masih bersekolah rendah. Aktiviti dibantu oleh fasilitator bagi memastikan susunan berjaya disiapkan juga dalam tempoh masa 15 minit.

Kelebihannya adalah

peserta akan mengenali bendera Malaysia dan menegetahui rupa bentuk bendera Malaysia. Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan, para peserta bersama fasilitator menyanyikan lagu patriotik dan lagu Negaraku. Bendera diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat semua peserta. Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan negara. Tayangan video lagu Wajah nyanyian penyanyi tanah air di perdengarkan kepada penonton dan penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi bagi mengakhiri persembahan dari kumpulan kami.

26

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 4: Sewaktu pengendalian persembahan

5.0

LAPORAN

KESELURUHAN

PROGRAM

KHIDMAT

KOMUNITIDI

RUMAH ANAK YATIM SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar 27

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI] perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang. Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai sejarah, kemasyarakatan serta perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni rumah anak yatim. Pelaksanaan persembahan ini mendedahkan kepada anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan Kemerdekaan di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan tentang kemerdekaan. Aktiviti juga mewujudkan keberkesanan interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri. Oleh itu, sebelum bertolak ke tempat tersebut, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya termasuklah mesyuarat pembentukan ahli jawatankuasa, pembahagian tugas dan perbincangan mengenai peralatan yang perlu dibawa ke tempat

tersebut.

Mesyuarat

pertama

diadakan

adalah

bertujuan

untuk

membentuk ahli jawatankuasa bagi setiap bidang tugas masing-masing. Pelajarpelajar yang dipilih kebanyakannya berdasarkan kepada kemahiran dan kepakaran mereka dalam bidang tugas yang telah diberikan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua peserta yang terlibat dengan khidmat komuniti yang bakal diadakan. Setelah selesai memilih AJK, Pengerusi dan Naib Pengerusi telah memberi sedikit gambaran mengenai bidang tugas dan perlaksanaan aktiviti yang bakal berlangsung. Setelah selesai perkara berikut, mesyuarat telah ditangguhkan. Berikut adalah Jawatankuasa Induk Projek Komuniti Masyarakat Kajian Sosial PPISMP Semester 3 Ambilan Julai 2006;

28

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

JAWATANKUASA INDUK PROJEK KOMUNITI MASYARAKAT KAJIAN SOSIAL PPISMP AMBILAN JULAI 2006 Pengerusi Mohd. Zulhelmi b. Mat Rahim Naib Pengerusi Shafiq Ikhwan b. Mohamad Setiausaha Muhammad Safwan b. Mohd. Noor Azmi Naib Setiausaha Zainab bt. Zahari Bendahari Nor Izzati bt. Rohaimi Naib Bendahari 29

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Nuramalina bt. Hamzah

Ahli Jawatankuasa Kecil Sumbangan dan Derma Mawardi b. Yusof (K) Norfarehan bt. Fadzin Mohd Hafiz b. Samsuddin Norhafezah bt. Ali Multimedia, Teknikal dan Peralatan Muhammad Naim b. Roslee (K) Mohd. Ikhsan b. Ghafar Amirul Faiz b. Abdul Raof 30

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Mohamad Raimi b. Yusof Azrizal b. Zaini Mohd. Ashrar Ikhwan b. Rosli Mohd Syukri b. Ishak Jamuan Julia bt. Ehmawai (K) Norkamalia bt. Muhamad Razali Jacques Tadong ak Joannis Arina bt. Abd Ghani Siti Roedah bt. Md. Jemary Suhainita bt. Md. Zain Cenderamata Nurhayati bt. Mahdzir (K) Nor Akmal bt. Kamarudzaman Mohd. Safrul Mizuan b. Mohd. Isa Norlinda bt. Ramli 31

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Pengangkutan Muhammad Aminnillah b. Musthapa (K) Mohd. Hakimi b. Mohd. Nor Mohamad Fadzli b. Asmarani Mohd. Hafiz b. Zakaria Md. Azri b. Sidik Gotong Royong Mohd. Ruzaiman b. Abdullah Halim (K) Hasnurfarisha bt. Hassan Youhan b. Yon Siti Zaharah bt. Muwaaz Siti Mazlizawati bt. Zakaria Perpustakaan Mini Muhammad Fitri b. Mohd Taufik (K) Nor Rohaizah bt. Ahmad Nursyazwani bt. Abdul Latif Afifah bt. Mohd Rosli 32

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Nur Hidayah Nabila bt. Ripin Harzunika bt. A. Hamid Kebajikan Fatin Adila bt. Jamil (K) Mohd. Ashrah b. Razali Muhamad Sahid b. Abu Bakar Najwa bt. Mohd Rozmi Anas b. Abd Aziz Nurzehan bt. Zakaria

Disiplin dan Kebersihan Mohd Fauzi b. Abdul Latib (K) Mohd. Hafiz Hafifi b. Hafhas Syaza Yasmin bt. Ismail Firdaus b. Bakri Najihah bt. Zakaria 33

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Kain Rentang Muhammad Kamarul Ariffin b. Lokman (K) Nurul Syazwani bt. Abu Hasan Sazali Siti Shuhada bt. Lukman Izhar Raihan b. Muhammad Yazid Soal Selidik Juaini Amalina bt. Jamaludin (K) Noor Zulaikha binti Kassnan Mumtazah bt Johar Nurhaslina bt. Hasnan Sebelum hari pelaksanaan itu juga, kempat-empat kumpulan PPISMP Semester 3 Kajiian Sosial perlu melakukan pra persembahan sebelum disampaikan kepada anak-anak yatim di Asrama Anak-anak Yatim Sekendi itu nanti. Pra persembahan yang dilakukan dinilai oleh pensyarah dan jika persembahan yang akan disampaikan tidak bersesuaian dengan konsep yang diminta, ahli kumpualan perlu membaiki persembahan mereka agar persembahan yang disampaikan bersesuaian dan mudah difahami oleh anak-anak yatim yang tinggal di situ. Mesyuarat kali kedua telah diadakan di Bilik Rehat Asrama Bukit Pantai bertujuan untuk mendengar laporan daripada setiap AJK mengenai hasil dapatan berdasarkan bidang tugas masing-masing. Pada mesyuarat tersebut semua 34

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

laporan telah disampaikan oleh setiap AJK mengenai bidang tugas mereka. Menyuarat kedua itu tamat setelah kesemua AJK membentangkan hasil laporan masing-masing. Selain daripada kedua-dua mesyuarat tersebut, kami bersama rakanrakan kelas yang lain membuat beberapa perjumpaan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan dengan lebih teliti dan baik. Kami juga turut menyenaraikan alatan-alatan yang perlu dibawa ke Asrama Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam. Semua barangan dan peralatan yang perlu digunakan itu telah disenaraikan di dalam borang peralatan sebelum ditunjukkan kepada Puan Khalijah untuk diambil tindakan selanjutnya. Setiap ahli dalam AJK kami telah menunjukkan komitmen yang baik. Setelah bertemu pensyarah, terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan pada kertas kerja untuk program kami agar dapat mengikut kesesuaian program. Contohnya, penerangan mengenai aktiviti yang bakal dijalankan perlu diceritakan dengan lebih teliti lagi di dalam kertas kerja tersebut. Setelah selesai semua perkara mengenai aktiviti kumpulan dan peralatannya, kami telah melengkapkan borang yang diberikan oleh ketua peralatan iaitu Saudara Mohd Raimi Yusof, untuk meminta peralatan yang berkaitan. Borang itu telah dihantar setelah kesemuanya siap diisi dan disemak. Kami telah pergi ke Stor Peralatan untuk memastikan peralatan yang telah diminta sudah tersedia. Walau bagaimanapun kebanyakan barangan yang diminta tersebut tidak dapat diambil sepenuhnya atas alasan stor kekurangan barang-barang tersebut Pada 7 Ogos 2007, sehari sebelum program dijalankan, beberapa orang peserta telah berkumpul di Bilik Rehat Asrama Bukit Pantai untuk memastikan kesemua persediaan aktiviti yang dirancang telah dilakukan dengan sebaiknya. Pada hari tersebut juga kami telah membuat raptai aktiviti yang bakal dijalankan itu. Setelah beberapa kali sesi raptai, akhirnya aktiviti tersebut berjaya dilakukan dengan baik sekali. 35

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Pada 8 September 2007, semua peserta yang terdiri daripada pelajar Persediaan Ijazah Sarjana Muda semester tiga dari kelas 3B, 3C,3D dan 3E yang mengambil mata pelajaran Kajian Sosial telah mengikuti satu aktiviti Khidmat Komuniti bagi subjek Kajian Sosial. Aktiviti khidmat sosial ini diadakan di Rumah Anak-anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam. Aktiviti ini berlangsung selama satu hari dengan pelbagai perisian aktiviti yang telah dirancang dengan lebih awal. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi khidmat komuniti kepada rumah kebajikan tersebut. Terdapat sedikit Info Ringkas Asrama Anak-anak Yatim Islam, Sekendi yanag telah di perolehi dari laman web di internet. Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman yang berusia lebih 40 tahun dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama yang lain untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 60 orang yang berusia dari 6 tahun hingga 16 tahun. Dianggarkan 70% daripada jumlah penghuninya adalah perempuan. Kemudahan yang ada amat terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari syuarikat-syarikat pengeluaran buku dan buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan. Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta. Pendapatan sampingan asrama ini diperolehi dari membela itik, ayam, kambing dan lembu.

36

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 5: Penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi Sebelum aktiviti khidmat komuniti ini diadakan,guru-guru pelatih telah bekerjasama mencari sumbangan daripada masyarakat umum

untuk meringankan beban masyarakat di rumah anak-anak yatim di Sekendi. Guru-guru pelatih

mencari sumbangan mengikut pelbagai cara yang sesuai dan di antaranya sesetengah mereka menjual barang yang terpakai,menjual surat khabar lama dan mencari sumbangan ikhlas dari syarikat-syarikat swasta atau orang persendirian. 37

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Selain itu,guru-guru pelatih ini juga telah bersama-sama berganding bahu menyediakan persembahan yang bertemakan nasionalisme mengikut kelas masing-masing serta mempunyai kreativiti tersendiri. Persembahan yang akan diadakan ini juga adalah salah satu pengisian program di rumah anak-anak yatim. Pada tarikh 5 September 2007, pensyarah penasihat projek, Dr. Ramli bin Sa’adon telah memberikan penerangan yang terakhir kepada guru-guru pelatih tentang situasi kehidupan masyarakat di rumah anak-anak yatim di samping pembahagian jawatankuasa kecil aktiviti khidmat komuniti di rumah anak-anak yatim diagihkan oleh Pengerusi Program. Pada awal pagi tersebut, iaitu pada jam 6.15 pagi, para peserta bersama AJK Peralatan telah bekerjasama membawa barangan dan peralatan yang hendak dibawa ke tempat menunggu. Semua peralatan dan barangan diletak di satu tempat sementara menanti ketibaan bas. Pada jam 6.30 pagi, setelah semua barangan dan peralatan telah dimasukkan ke dalam bas, kami telah bertolak ke destinasi dengan menaiki dua buah bas yang menampung para peserta seramai 78 orang beserta empat orang pensyarah. Setelah melalui perjalanan jauh yang memakan masa lebih daripada tiga jam, kami telah tiba ke destinasi iaitu Asrama Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam pada jam 10.15 pagi. Sebaik sahaja tiba ke destinasi, kami bersama-sama menurunkan barangan dan peralatan daripada dalam bas ke dalam sebuah bangsal. Kami menyusun semua barangan tersebut agar memudahkan kami untuk mengambil barangan tersebut. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh pensyarah Kajian Sosial, Encik Johari Joned mengenai keadaan di asrama tersebut dan tugasan serta kerja-kerja yang perlu kami lakukan sepanjang hari tersebut. Selepas taklimat diberikan, sedikit jamuan ringan diadakan bersama penghuni Asrama Anak Yatim serta para pensyarah. 38

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 6: Pensyarah penasihat memberi taklimat sebelum agihan tugas dilakukan Selepas taklimat selesai, Pengerusi Program, Saudara Mohd Zulhelmi serta AJK Gotong-royong telah membahagikan kumpulan kami kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan gotong-royong. Pembahagian tugas telah dilakukan mengikut kumpulan. Kumpulan-kumpulan kecil ini telah dibahagikan tugas dan masing-masing telah ditugas untuk membersihkan bilik-bilik asrama, mencuci tandas dan longkang, membersihkan surau dan kawasan 39

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

sekitarnya, dan AJK Perpustakaan Mini pula mengemas dewan dan membina serta melengkapkan perpustakaan mini yang terdapat di dalam dewan. Banyak perkara yang perlu kami lakukan. Keadaan asrama yang tidak terurus dan kotor menyukarkan tugas kami. Pakaian kelihatan bertaburan di dalam sebuah bilik stor dan dilonggokkan tanpa dilihat serta disusun dengan kemas menunjukkan penghuni asrama ini seperti tidak tahu menguruskan diri masing-masing serta menguruskan asrama mereka. Selain itu, terdapat juga najis-najis kucing kelihatan di atas tilam dan juga di atas lantai. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan keadaan persekitaran mereka yang kotor. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan tiadanya pemantauan dari pihak pengurusan asrama itu sendiri. Anak-anak yatim tersebut tidak didedahkan dengan cara mengurus diri yang betul. Oleh itu, kami dapati pengurusan diri mereka agak tidak terurus.

40

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 7: Lambakan pakaian yang tidak diurus dengan baik dan teratur Pada jam 1.30 tengah hari, setelah semua kerja-kerja pembersihan selesai, para peserta, para pensyarah dan semua penghuni Asrama Anak Yatim Sekendi makan tengah hari bersama-masa.Selepas makan, kami memperuntukkan masa yang diberikan untuk berehat dan solat Zuhur. 41

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Selepas selesai solat Zuhur dan pengurusan diri, kami bersiap sedia untuk melakukan persembahan kumpulan mengikut kelas masing-masing. Terdapat empat buah persembahan telah dipersembahkan bagi memenuhi skop projek khidmat komuniti. Keempat-empat persembahan ini masing-masing mempunyai tema tersendiri. Persembahan yang dilakukan telah diteliti agar memberi kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan, persembahan adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Persembahan pada petang tersebut di kulakan oleh kumpulan pelajar PPISMP 3E. Persembahan ini menjurus ke arah kemerdekaan di mana anak-anak yatim diberikan kuiz mengenai sejarah kemerdekaan dan juga kenali bendera Malaysia. Sebelum kuiz diadakan, setiap pelajar diberi bendera dan bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan sambil menyanyikan lagi patriotik. Setiap soalan dijawab mengikut kumpulan yang telah diagihkan oleh fasilitator yang membantu dan pemenang diberi hadiah pada akhir program khidmat komuniti ini. Setelah 20 minit Kumpulan PPISMP 3E membuat persembahan, anak-anak yatim dihiburkan pula mengenai aktiviti yang melibatkan kesihatan. Persembahan kedua ini disampaikan oleh pelajar-pelajar PPISMP 3B di mana mereka telah menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan dan gaya hidup sihat. Taklimat ini menjadi lebih berkesan apabila guru-guru pelatih PPISMP 3B telah menggunakan LCD untuk mempamerkan dan menerangkan lebih teliti mengenai perkara yang dibincangkan di samping pelajar mudah menyalin perkara-perkara penting tentang budaya hidup sihat. Kemudian, slot ini dimeriahkan lagi dengan soalan kuiz berdasarkan taklimat ringkas tentang cara pemakanan yang betul dan budaya hidup sihat. Beberapa langkah senaman juga turut dilakukan oleh anak-anak yatim diiringi muzik yang telah dipasang.

Seterusnya ialah persembahan ketiga adalah persembahan dari pelajar-pelajar

PPISMP 3C. Persembahan mereka lebih mendedahkan penghuni rumah anak yatim agar mereka mempunyai keyakinan 42

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

diri yang tinggi untuk menyampaikan maklumat di khalayak ramai. Penghuni rumah anak-anak yatim telah diberikan kepada empat kumpulan dan mereka semua diminta untuk melukiskan benda atau binatang yang paling digemari dan juga yang tidak disukai. Penghuni rumah anak-anak yatim diberi masa 10 minit untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Setelah itu, setiap kumpulan menghantar wakil untuk memberikan alasan dan pendapat serta menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pengacara majlis. Persembahan terakhir pada petang itu adalah persembahan dari kumpulan PPISMP 3D. Kumpulan PPISMP 3D telah menyampaikan satu sketsa yang menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan anak yatim. Guru-guru pelatih dari kelas PPISMP 3D telah melakonkan watak yang berkesan dan memberikan persembahan sketsa yang mengandungi penuh dengan unsur-unsur pengajaran. Sketsa yang menyayat hati ini berjaya menarik perhatian penghuni rumah anak-anak yatim dan berjaya menanam nilai-nilai murni serta dapat memberikan pengajaran dan kenangan manis untuk penghuni rumah anak-anak yatim di Sekendi ini. Walaupun penuh dengan unsur emosi serta menyentuh hati, guru-guru pelatih dari kelas PPISMP 3D ini berjaya menceriakan suasana di akhir slot mereka dengan chicken dance. Selesai sahaja slot terakhir dari kumpulan guru-guru pelatih dari PPISMP 3D, maka berakhirlah program kedua ini. Semua penghuni asrama ini kelihatan begitu terhibur dengan persembahan yang dilakukan. Ada juga para peserta yang terharu dengan persembahan sketsa yang disampaikan sehingga ada peserta yang dilihat menitiskan air mata. Semua persembahan berakhir pada jam 5.00 petang. Upacara penutupan dan penyampaian hadiah diadakan setelah semua aktiviti berakhir. Dalam upacara penutupan ini, seorang wakil pelajar, wakil pensyarah serta pemilik asrama berkenaan telah menyampaikan ucapan penghargaan. Wakil pensyarah iaitu Encik Ramli telah memberi sedikit komen mengenai aktiviiti yang dijalankan sepanjang hari tersebut dan beliau juga merasmikan majlis penutup pada 43

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

petang tersebut serta menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada penghuni rumah anak-anak yatim. Beberapa hadiah dan saguhati juga telah diberikan di akhir upacara ini sebagai tanda ingatan dan sumbangan ikhlas daripada para peserta. Akhirnya pada jam 6.00 petang, setelah selesai aktiviti mengemas peralatan dan barangan yang di bawa masuk kedalam bas, semua pelajar bersalam-salaman dengan anak-anak yatim dan menasihati mereka agar sentiasa kuat mengharungi kehidupan seterusnya dan menasihati mereka supaya rajin belajar dan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Beberapa minit selepas itu, kami bertolak pulang ke IPBMM.

5.1

Hasil temubual Temubual bersama Penghuni Anak-anak Yatim,Sekendi,Sabak Bernam 44

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Tarikh / hari

: 8 September 2007 / Sabtu

Tempat

: Dewan rehat asrama Anak-anak Yatim Sekendi.

Masa

: 5.00 petang

Penemuramah

: Nor Izzati

Responden

: Mohd Izat

Penemuramah:

Selamat petang adik. Boleh akak tahu berapa umur adik dan

Responden:

adik berasal daripada mana? Umur saya baru mencecah usia 11 tahun dan saya tinggal di

Penemuramah:

sekitar Sabak Bernam juga. Sejak bila adik menghuni rumah anak-anak yatim Sekendi

Responden:

ini? Saya tidak berapa ingat, tetapi saya datang ke sini dulu saya masih kecil dan ketika itu saya datang bersama adik dan kakak

Penemuramah:

saya. Kakak dan adik saya ada di sini bersama saya. Jadi,adik menetap di rumah anak-anak yatim ini

tiga

beradiklah. Bagaimana pula dengan pengisian program di Responden:

hujung minggu? Hujung minggu selalunya saya akan pulang ke rumah. Saya bukanlah yatim piatu,tetapi saya mempunyai ibu. Disebabkan 45

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

ibu tidak dapat menanggung perbelanjaan kami,kami dihantar ke rumah-rumah anak yatim. Kadang-kadang,saya duduk di sini setiap hujung minggu kerana ada lawatan seperti melawat Penemuramah:

tempat bersejarah. Baiklah,adik selalu tak menerima bantuan atau tidak dari

Responden:

mana-mana pihak atau orang ramai? Ohh, selalu juga saya dengan yang lain menerima sumbangan

Penemuramah:

dari orang ramai. Oklah adik. Yang tu sahaja yang kakak nak tanya. Terima

Responden:

kasih banyak ya adik. Ya, sama-sama.

46

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

60

RUMUSAN 47

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Kesimpulan yang dapat kami rumuskan daripada keseluruhan program yang kami jalankan ini ialah kami dapati program ini memberi kami pengalaman berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak yatim. Ia juga dapat mengukuhkan kemahiran sosial kami dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat. Kesan daripada program yang dijalankan juga, kami merasakan timbulnya semangat penyertaan dalam masyarakat dan keperihatinan terhadap masyarakat. Oleh itu, program ini menyumbangkan pendidikan terhadap bakal guru untuk menjadi seorang individu yang seimbang. Program yang kami ikuti ini juga dapat memupuk sikap yakin dan percaya pada diri sendiri dan juga orang lain sepanjang menjalankan aktiviti serta memupuk semangat saling membantu dan toleransi dalam kalangan guru pelatih. Selain itu juga aktiviti persembahan dan gotong-royong yang dijalankan membolehkan guru pelatih memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan seperti mengendalikan sesuatu program berbentuk kebajikan sebagai persiapan apabila bekhidmat di sekolah nanti. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan pelajar dan kami sendiri menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan guru pelatih merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti program kebajikan ini untuk memperkayakan pengalaman apabila berada di sekolah nanti. Setelah menjalankan program, kami dapati banyak perubahan yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap pengurusan anak-anak yatim di Asrama Anak-anak Yatim Sekendi Sabak Bernam itu. Tahap kebersihan dan disiplin penghuni juga perlu di ambil kira bagi melahirkan generasi yang sihat dari segala aspek termasuk aspek kesihatan tubuh badan dan peribadi diri mereka. Keadaan tempat tinggal dan tempat tidur juga harus dititikberatkan supaya mereka hidup dalam keadaaan selesa dan jauh dari segala kekotoran dan pencemaran bagi mengelakkan sebarang penyakit. Kami 48

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

dapati selepas mengikuti program di Rumah Anak-anak Yatim Sekendi ini, apa yang perlu diubah dan ditingkatkan adalah dari aspek pengurusan anak-anak yatim itu sendiri. Mereka perlu sentiasa dipantau. Kesimpulannya, aktiviti ini memberi banyak pengalaman kepada kami walaupun banyak halangan yang perlu kami tempuhi. Secara positifnya, ia sangat memberi kebaikan kepada kami kerana dari situlah datangnya pengalaman yang berharga

49

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

6.2 Rujukan •

www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?



www.salam.org.my/kandungan/bekerjasama/anakyatim.htm



dir.home.net.my/result/SOC/ORP/SEL/SEL - 55k –



Faizah Yunus (2006), Khidmat Sosial Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 50

September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

51

Related Documents