LAPORAN JAWATANKUASA PENGANKUTAN BAGI PROGRAM HARI INTERAKSI JABATAN SAINS SOSIAL TAHUN 2016 OLEH: MOHAMAD FAHMIE BIN HALIM Pada 29 Januari 2016, Jabatan Sains Sosial telah mengadakan hari interaksi sesama ahli Jabatan Sains Sosial untuk menyempurnakan lagi majlis tersebut. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya program ini dapat juga diteruskan walaupun cuaca pada hari berlansungnya program agak tidak menentu. Program hari interksi Jabatan Sains Sosial ini diadakan di ---- . alhdulillah program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Saya Mohamad Fahmie bin Halim ingin melaporkan kerjabuat saya sebagai Jawatankuasa pengankutan bagi program hari interaksi Jabatan Sains Sosial. Kekuatan yang saya dapat melalui program tersebut adalah setiap pelajar yang menyertai program hari interaksi ini dapat sampai kedestinasi dan pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) dengan selamat. selain itu, melalui program ini kami dapat meluangkan masa bersama-sama bukan sahaja pelajar sesama pelajar, bahkan pensyarah sesama pelajar untuk sendiri. Hal ini demikian kerana program yang dijalankan ini adalah amat sesuai untuk setiap lingkungan umur. Antara peluang yang dapat saya capai sebagai Jawatankuasa kemderaan ini adalah saya berpeluang untuk berkorabulasi dengan pihak pejabat dan pihak pengangkutan di IPGKDRI. Setelah saya diberi peluang untuk menjadi Jawatankuasa pengankutan ini, saya telah mendapat imput dan pengalaman baru dalam bidang pengurusan. Hal ini kerana untuk menguruskan pengangkutan, Jawatankuasa yang terlibat perlu membuat beberapa langkah untuk mandapatkan pengankutan. Jika document atau lampiran yang disediakan tidak lengkap, maka akan terdapat permasalahan untuk memohon pengankutan daripada Institut. Kelemahan yang yang saya peroleh ialah apabila terdpat beberapa masalah berkenaan pengankutan tersebut. Pihak kami hanya menerima sebuah bas sahaja setelah memohon untuk dua biji bas. untuk pengankutan ke destinasi yang dituju. Setelah berbincang dengan pensyarah penasihat, pihak kami telah mengambil langkah lain untuk menyelasaikan masalah tersebut. Pihak kami mengambil keputusan untuk memilih tiga unit
sahaja untuk menaiki bas seterusnya tiga unit yang lain perlulah mengusahakan kenderaan untuk ke program tersebut. Alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat diatasi dengan baik. Kesimpulannya, saya wakil Jawatankuasa pengangkutan program hari interaksi Jabatan Sains Sosial ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jwatankuasa yang lain bagi menjayakan program tersebut. Saya juga cukup berpuas hati kerana dapat menjadi salah seorang AJK yang penting juga dalam program ini.