LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN SEJARAH DAN RUKUN NEGARA (PESEGAR) Pada tahun 2008, Persatuan Sejarah dan Rukun Negara baru ditubuhkan kerana sebelum ini persatuan ini telah digabungkan bersama Persatuan Geografi.Carta organisasi baru telah diwujudkan dan persatuan ini telah dibimbing oleh Pn.Zarina Bt.Ismail, Pn.Wan Sazila dan Pn.Jamilah. Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk dijalankan pada tahun ini pada perjumpaan pertama yang dilakukan di kelas Asas PMR Baiduri bertarikh 31 Januari 2008 seperti mengadakan jualan, request bunga-bunga tulip,mengadakan lawatan dan lain-lain lagi untuk mencapai objektifobjektif persatuan ini. Berikut adalah laporan mengenai aktiviti-aktivti yang telah dijalankan oleh Persatuan Sejarah dan Rukun Negara sepanjang tahun. Pada 21 Februari 2008, kami telah bersepakat untuk mengadakan jualan pada hari sukan SAKTI di Sekolah Sukan Bandar Penawar.Tujuan utama kami mengadakan jualan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan sempena lawatan yang akan kami jalankan.Kami telah menjual air tin-tin minuman sejuk dan buah-buahan potong seperti buah jambu batu dan tembikai susu.Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar berikutan cuaca yang agak terik pada hari itu. Setelah kami berhempas-pulas mengumpul dana, hasil berkat usaha guru-guru dan pelajar-pelajar persatuan ini, akhirnya kami berjaya juga melaksanakan salah satu aktiviti yang telah direncanakan dengan mengadakan lawatan ke Cameron Highlands dan Kuala Kangsar,Perak bertarikh 8 hingga 10 Julai 2008.Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami kunjungi ialah kilang MARIWASA, galeri Sultan Azlan Shah,kilang the Boh dan lain-lain lagi.Bak kata orang “luas perjalanan jauh permandangan”, kami banyak mengutip pengetahuan dan pengalaman manis sepanjang lawatan ini dijalankan. 19 Julai 2008
Disediakan oleh,
(Khairatul Salwa Bt.Abd.Jalil) Setiausaha Persatuan Sejarah dan Rukun Negara, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.