Tarikh
LAPORAN AKTIVITI ‘ICE BREAKING’ :14 Januari 2005 (Jumaat)
Masa
: 9.00 – 12.00 pm
Tempat
: Bilik Tayangan
Pada 14 Januari 2004 (Jumaat) sekali lagi saya bertindak sebagai ketua untuk mengendalikan aktiviti ‘ice breaking’ dijalankan pada sebelah malam selepas selesai solat Isyak berjemaah. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama AJK lain yang merangkap Fasilitator untuk sepanjang program ini. Antara lain tujuan ‘ice breaking’ini diadakan adalah untuk mengenali dengan lebih rapat lagi peserta dan mewujudkan hubungan yang mesra antara peserta dengan fasilitator. Selain itu tujuan ‘ice breaking’ ini dijalankan adalah untuk menggalakkan interaksi sesama peserta dan mewujudkan rasa hormat di kalangan peserta dan fasilitator. Seterusnya menggilap bakat yang ada di kalangan peserta. Semasa aktiviti ini dijalankan muzik dimainkan bagi menimbulkan semangat di kalangan peserta untuk mengikuti aktiviti ini. Peserta diminta untuk berada di dalam bulatan besar dan berjalan mengelilingi bulatan sambil diringi muzik. Semasa peserta kem berjalan, arahan disampaikan dan peserta diminta berkumpul mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selesai satu arahan para peserta akan berpecah dan berada dalam bulatan untuk berkumpul mengikut arahan seterusnya. Setiap arahan dikehendaki diselesaikan dalam tempoh seminit. Arahan yang terakhir adalah bertujuan untuk membentuk kumpulan yang akan digunakan sepanjang program ini berlangsung. Antara arahan yang diberikan ialah: 1. Peserta diminta berkumpul mengikut pangkal abjad pada nama. 2. Peserta diminta berkumpul mengikut bulan dilahirkan. 3. Peserta diminta berkumpul mengikut warna kegemaran. 4. Peserta diminta berkumpul mengikut hobi. 5. Peserta diminta berkumpul seramai 8 orang setiap kumpulan. Aktiviti ice breaking diteruskan lagi dengan mengumumkan Penghulu (ketua peserta lelaki) dan Penghuluwati (ketua peserta perempuan) yang mana telah dipilih semasa proses pendaftaran tadi. Antara lain perlantikan ketua ini adalah sebagai perantara
kepada peserta dan juga fasilitator terutamanya kepada ketua program.perlantikan ini juga adalah dijalankan secara demokrasi di mana peserta memilih secara suara ramai. Antara lain tugas ketua ini adalah untuk membantu fasilitator menguruskan para peserta. Seterusnya aktiviti ‘ice breaking’ini diteruskan dengan pengisian aktiviti yang terakhir iaitu ‘Tuan Tanah Vs Kontraktor’. Daripada sepuluh kumpulan tadi dibahagi kepada dua kelompok iaitu kelompok pertama akan bertindak sebagai Tuan Tanah dan kelompok kedua sebagai Kontraktor. Mereka diberi masa 30 minit untuk menyiapkan tugasan. Kontraktor disediakan sehelai kertas majong dan marker, mereka diminta untuk memajukan sebidang tanah yang dimiliki oleh orang kampung. Tanah tersebut terdapat hutan simpan, kawasan perkuburan, masjid, ladang dan kawasan penternakan. Tuan Tanah pula akan mempertahankan hak mereka dan akan bersetuju sekiranya pelan berkenaan memuaskan hati Tuan Tanah. Objektif aktiviti ini adalah untuk melihat perdebatan yang sihat di kalangan peserta. Selain itu adalah untuk mewujudkan perasaan berani tampil untuk menyuarakan pendapat dan ketidakpuashatian Tuan Tanah dan melahirkan keyakinan Kontraktor untuk menyampaikan plan mereka kepada Tuan Tanah. Hasilnya melalui aktiviti nampak peserta yang aktif dan yang pasif mula berani untuk kehadapan menyuarakan pendapat mereka. Keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar, walaupun wujud sedikit masalah teknikal iaitu pada awalnya kami dibekalkan dengan pembesar suara yang agak lewat. Seterusnya masalah dari segi tempat iaitu kami disediakan tempat yang sempit iaitu di kawasan belakang Dewan Makan Sekolah. Keadaan ini sebagai satu cabaran, namun kami dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya.
Disediakan oleh : ..................................... (AIME SAFRI BIN DAHLAN) Ketua Program Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Sek Men Keb Jengka 2, Pahang Darul Makmur.