Laporan Aktiviiti Jota 9m4sju

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Aktiviiti Jota 9m4sju as PDF for free.

More details

  • Words: 1,260
  • Pages: 22
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 5th ASIA PACIFIC REGIONAL JAMBOREE ON THE AIR’ (JOTA)

TEMPAT:

BALAI CERAPAN, UTM SKUDAI TARIKH:

1-2 OGOS 2009 ANJURAN:

KELAB KELANASISWA UTMJB DENGAN KERJASAMA:

HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHEMAHAN 5th ASIA PACIFIC REGIONAL JAMBOREE ON THE AIR’ (JOTA) Seramai 112 orang mahasiswa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTMJB) telah menyertai program Perkhemahan 5th Asia Pacific Regional Jamboree On The Air (JOTA). Mahasiswa-mahasiswa berkenaan mengikuti program tersebut di bawah anjuran Kelab Kelanasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (HEP), Skudai di Balai Cerapan, UTM Skudai, Johor bermula dari 1 Ogos 2009 hingga 2 Ogos 2009. Pada 1 Ogos 2009 pukul 8.00 pagi, semua peserta dari dalam dan luar universiti Teknologi Malaysia berkumpul dipadang kawad palapis iaitu kawasan tapak perkhemahan bagi sesi pendaftaran peserta. Dalam sesi pendaftaran ini, peserta yang mendaftar akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Mereka diberikan nombor pengenalan masing-masing.Apabila selesai sesi pendaftaran peserta dikehendahi menyiapkan tapak perkhemahan. Setelah selesai mendirikan khemah, peserta akan dibawa naik ke Balai Cerapan dengan menaiki bas UTM bagi sesi ceramah. Ceramah yang dijalankan ini adalah untuk memudahkan peserta memahami terlebih dahulu memgenai radio amatur. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Den Bin Atan iaitu ketua stesen yang merupakan orang yang berpengalaman mengenai radio amator. Tajuk ceramah tersebut adalah pengenalan Radio Amatur dan cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang luar dengan menggunakan radio. Ceramah tersebut bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Apabila selesai sesi ceramah pengenalan Radio Amatur peserta berhenti rehat dan dijemput untuk makan tengahari dan solat zohor. Setelah selesai makan tengahari dan solat zohor, peserta diminta berkumpul dan diberikan penerangan oleh pengarah program. Aktiviti yang dirancangkan adalah mengikut jadual yang telah dirancang sebelum program. Para peserta diminta untuk merujuk buku program bagi memudahkan mereka mengikuti perjalanan aktiviti tersebut. Dalam hal ini mereka dibahagi kepada 15 kumpulan dan aktiviti dijalankan dalam 3 base yang berlainan. Peserta akan melakukan aktiviti dalam bentuk kumpulan dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan dalam base tersebut ialah komunikasi di udara yang diketuai oleh ketua stesen iaitu En. Den B Atan, cara membuat antenna diketuai oleh En Zulkepli B Abu Bakar dan bendera semaphore dan code morse diketuai oleh Nur Ain Bt Ayob. Disamping itu, bagi aktiviti komunikasi diudara, ketua stesen akan mengajar caracara untuk berkomunikasi dengan orang yang berada diluar kawasan dan jauh dari tempat kita. Sebagai contoh kita mencari frekuensi yang betul untuk QSO dengan negara Indonesia, setelah frekuensi dapat dikesan, ketua stesen akan memperkenalkan stesen yang sedang keudara seperti 9M4SJU dari Universiti Teknologi Malaysia yang sedang berinteaksi dengan orang di Indonesia. Selepas itu bagi aktiviti yang melibatkan kemahiran seperti menyiapkan antenna, En Zulkepli akan memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyediakan antenna. Jurulatih tersebut akan menerangankan berapakah ukuran yang diperlukan bagi setiap bahagian attenna tersebut. Selepas selesai sesi penerangan untuk menyediakan antenna, peserta dikehendaki untuk membuat antenna tersebut. Dalam setiap kumpulan akan menyiapkan satu attenna. Dengan ini ia akan menimbulkan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain. Bagi aktiviti

base ketiga iaitu bendera semaphore dan code morse, peserta diberi satu bendera dan perlu melakukan pergerakan dengan menggunakan isyarat-isyarat tertentu bagi menggambarkan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataann yang dibina. Setelah selesai aktiviti yang dirancangkan, peserta telah dibawa turun ke tapak perkhemahan dengan menaiki bas bagi mempersiapkan diri sebelum melakukan aktiviti pada malamnya. Aktiviti tersebut berakhir pada jam 6.00 petang dan disambung semula pada jam 9.00 malam. Setelah selesai para peserta menjamu selera, peserta diberi penerangan bagaimana untuk melakukan aktiviti pada malam tersebut. Aktiviti ini dikenali sebagai fox hunting dimana peserta akan menggunakan antenna yagi yang telah dibuat pada sebelah petang tersebut untuk digunakan pada malamnya bagi mencari barang yang telah disorokkan oleh jurulatih bagi menguji kepekaan peserta dalam mengawal frekuensi dan mengenalpasti arah bunyi yang disasarkan kepada sasaran dengan betul bagi mengesan pemancar yang telah disorokkan. Terdapat isyarat bunyi yang akan memberi isyarat kepada peserta bahawa pemancar tersebut berada disekitar kawasan itu dan peserta perlu mengawal frekuensi supaya dapat mengesan pemancar tersebut.frekuensi yang betul akan membuahkan hasil dalam mencari pemancar tersebut dimana frekuensi mestilah ”full bar” dan jika arah antenna yang dihalakan itu adalah frekensi yang berada dalam keadaan ”full bar” maka itulah arah sasaran barang yang tersembunyi. Permainan yang telah diaturkan ini banyak memberi manfaat kepada peserta dalam menggunakan sesuatu yang boleh membantu kita dalam kehidupan seharian. Aktiviti fox hunting berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Seterusnya para peserta dibenarkan pulang ke tapak perkhemahan dan tidur.

Program ini berakhir pada 2 Ogos 2009 dalam keadaan yang lancar dan sempurna. Pada sebelah paginya, masih lagi dijalankan aktiviti seperti hari sebelumnya. Para peserta kelihatan seperti tertarik dengan setiap aktiviti yang dijalankan sehinggakan mereka melakukan aktiviti tersebut secara berulang kali. Aktiviti tersebut berakhir pada jam 10.30 bagi melakukan raptai dan persediaan majlis perasmian penutupan. Para peserta diminta untuk bersiap sedia bagi menjayakan majlis tesebut. Pada jam 11.15 pagi, ketibaan Prof. Dr. Mohd Tajudin Hj. Ninggal iaitu Timbalan Naib Canselor (HEP& ALUMNI) UTM bagi merasmikan majlis perasmian penutupan. Sebelum majlis perasmian tersebut dijalankan, TNC telah melawat kawasan aktiviti dan mencuba aktiviti komunikasi di udara. Selepas selesai melawat tapak aktiviti, jemputan vip telah dibawa ke bilih mesyuarat bagi membincangkan pekara-pekara yang berkaitan denngan program tersebut sambil menjamu selera (KUDAPAN). Setelah selesai, jemputan dan perasmi majlis telah dibawa ke bilik seminar bagi merasmikan majlis perasmian penutupan bagi program JOTA tersebut. Setelah selesai merasmikan majlis tersebut, jemputan dijemput untuk menjamah sedikit jamuan yang disediakan. Apabila selesai segalanya, para peserta dan urusetia telah bekerjasama dalam membersihkan kawasan yang telah digunakan bagi menggelakan berlakunya pencemaran dan mengotorkan kawasan tersebut. Pada jam 3 petang semua peserta telah bersurai dari tapak program.

Yang Benar,

…………………………….. ( Nor Shafiza Mohamad Safee) Setiausaha Program, Perkhemahan 5th ASIA PACIFIC REGIONAL JAMBOREE ON THE AIR’ (JOTA), Pengakap Kelanasiswa, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Tel: 012-4049872

TENTATIF PROGRAM TARIKH

MASA

AKTIVITI

1 Ogos 2009

8.00 a.m

Pendaftaran Peserta

8.30-9.30 a.m

Mendirikan Khemah

9.30-10.00 a.m

Minum Pagi

10.00 a.m -12.30p.m

Ceramah Pengenalan Radio Amatur dan Cara Berkomunikasi Penceramah: En Den Bin Atan 9M2DA Station Master

12.30-2.00 p.m 2.00-4.00 p.m

Makan Tengahari dan Solat Aktiviti-Aktiviti Base 1 Base2 Base 3

4.00-5.00 p.m

5.00-7.00 p.m

Komunikasi Di Udara Cara Membuat Attenna Bendera Semaphore & Code Morse

7.00-9.00 p.m 9.00p.m-12.00 a.m

Minum Petang dan Solat Aktiviti-Aktiviti

12.00-5.30 a.m

Base 1 Base2 Base 3 Komunikasi Di Udara Cara Membuat Attenna Bendera Semaphore & Code Morse

Mandi Solat dan Makan Malam FOX HUNTING Tidur

2 Ogos 2009

5.30-6.45 a.m

Bangun Pagi Mandi dan Solat

6.45-7.15 a.m

Senaman Pagi

7.15-8.00 a.m

Sarapan Pagi

8.00-10.30 a.m

10.30-11.30 a.m 11.30 a.m-1.00 p.m 1.00-2.00 p.m

Aktiviti-Aktiviti

2.00 p.m

Base 1 Base2 Base 3 Komunikasi Di Udara Cara Membuat Attenna Bendera Semaphore & Code Morse

Raptai dan Persiapan Majlis Perasmian Penutup Majlis Perasmian Penutup Jamuan dan Meruntuhkan Khemah Sayonara

Tentatif Majlis Perasmian Tarikh

Masa 11.00 pagi

Tentatif - Ketibaan TNC HEP&A UTM

11.15 pagi 11.30

- Lawatan ke booth pameran JOTA. Lawatan TNC ke tapak JOTA 2009 - TNC mencuba Radio Amatur . VVIP Berangkat ke dalam Dewan Perasmian Penutupan. Majlis Perasmian Penutupan - Nyanyian lagu kebangsaan - Nyannyian Lagu Pengakap - Persetiaan Pengakap - Bacaan Doa. - Ucapan oleh Seminar oleh En. Rusdi - Ucapan oleh Penasihat Kelana Siswa - Ucapan Perasmian Penutupan oleh TNC HEP&A.

2.Ogos. 2009

12.00 tgh 12.15 tgh

1.30 tgh 2.00 tgh hari

Pembahagian cendehati dan sijil - Penyerahan Sijil penyertaan - Penyerahan Hadiah dan cenderahati.. Jamuan Tengahari

Penerangan dari En. Zulkiple Mengenai cara membuat attena

Membuat attenna

Melakukan aktiviti fox hunting

Timbalan Naib Canselor (HEP&ALUMNI) sedang berkomunikasi di udara

Majlis perasmian penutupan

Code Morse

Related Documents

Jota
October 2019 25
Jota Quest
June 2020 13
Jota Aragonesa.pdf
December 2019 19
Acuan Jota-joti
May 2020 12