Jota

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jota as PDF for free.

More details

  • Words: 656
  • Pages: 4
Pengenalan Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober, disertai lebih 560,000 (angka 2007) pengakap. Ianya merupakan perhimpunan terbesar para pengakap setiap tahun. Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober. Pada tahun 2007, sempena JOTA kali yang ke 50, WOSM telah menetapkan bahawa masa yang diperuntukkan adalah selama 50 jam berbanding dengan 48 jam pada kebiasaan nya. Ianya akan bermula pada jam 10 malam 19 Oktober (Jumaat malam Sabtu) dan berakhir pada jam 12 tengah malam 21 Oktober (Ahad malam Isnin). Matlamat Jangka Panjang Matlamat jangka panjang program ini antara lainnya: • • • •

Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang komunikasi radio. Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang komunikasi terutama ketika bencana. Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun. Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.

Kalendar •

JOTA Malaysia

0900hrs 17hb Mei – 1700hrs 18hb Mei 2008.



JOTA Asia Pacifik

0000hrs 2hb Ogos – 2359hrs 3hb Ogos 2008



JOTA Dunia

0000hrs 18hb Oktober – 2359hrs 19hb Oktober 2008

Cadangan Aktiviti Berbagai program dan aktiviti boleh dijalankan sempena JOTA walaupun pada asasnya, perhubungan radio adalah teras kepada aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah: • Rumah Terbuka JOTA o Stesen beroperasi di sekolah atau tempat yang di tetapkan o Jemputan kepada semua pasukan berunifom yang lain dan juga orang awam (ibu bapa/ keluarga) o Adakan Pameran berkenaan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur o Adakan Ceramah Pengenalan JOTA, Pengakap dan Radio Amatur o Adakan permainan berkaitan Radio Amatur o Tidak Bermalam •

Perkhemahan JOTA o Adakan perkhemahan. o Bermalam o Aktiviti dan permainan berasaskan komunikasi  Komunikasi Radio Amatur (Kod Q dan lain-lain)  Komunikasi Bendera Semaphore  Komunikasi Kod MORSE  Dan sebagainya o Pertandingan berasaskan perkara di atas o Ceramah berkenaan radio amatur o Tayangan video berkenaan radio amatur o Perhubungan di setiap waktu (malam, awal pagi, pagi, tengahari, petang) o Jemputan kepada pasukan berunifom lain o Jemputan kepada ibubapa dan orang awam o Aktiviti kepengakapan yang lain – ujian lencana dan sebagainya.



Lawatan ke stesen radio amatur o Dalam kumpulan yang kecil o Membuat temujanji dengan pemegang lesen radio amatur o Berkunjung ke rumah beliau ketika JOTA berlansung o Membawa dokumen penerangan ini untuk ditinggalkan sesalinan kepada beliau o Mempelajari dengan bertanya kepada beliau tentang radio amatur o Mencuba berkomunikasi dengan kebenaran beliau o Bersopan, berunifom penuh dan peka terhadap adap-adap menjadi tetamu o Mengucapkan terima kasih, membawa cenderahati

Frekuensi Frekuensi JOTA yang akan digunakan adalah seperti berikut: Jalur 80-meter 40-meter 20-meter 17-meter 15-meter 12-meter 10-meter

SSB (phone) 3.740 MHz 7.090 MHz 14.290 MHz 18.140 MHz 21.360 MHz 24.960 MHz 28.390 MHz

CW (Morse code) 3.590 MHz 7.030 MHz 14.070 MHz 18.080 MHz 21.140 MHz 24.910 MHz 28.190 MHz

Untuk jalur 2m, frekuensi tempatan yang boleh digunakan untuk saluran panggilan (calling channel) ialah 145.300 (V24) dan Link Kebangsaan kepunyaan MARTS untuk kommunikasi seluruh negara. Frekuensi pancarulang terdekat dengan kawasan anda boleh didapati dari laman web http://www.marts.org.my/. Sila layari laman web kepunyaan persatuan-persatuan radio amatur yang lain untuk mengetahui frekuensi mereka. Callsign Stesen State/Location

Callsign

Perak Selangor - Sg Besar Pahang Kelantan

9M1CSA 9M1CSB 9M1CSC 9M1CSD

Johor -Muar

9M1CSF

Johor - Segamat Johor - Johor Bahru Kedah

9M1CSI 9M1CSJ 9M1CSK

Melaka Negeri Sembilan

9M1CSM 9M1CSN

Pulau Pinang Sarawak Perlis Sabah Terengganu

9M1CSP 9M1CSQ 9M1CSR 9M1CSS 9M1CST

Wilayah Persekutuan 9M1CSW Selangor - Cyberjaya 9M1CSY Selangor - Gombak 9M1CSZ

CARA CARA BERKOMUNIKASI MELALUI PERKHIDMATAN RADIO AMATUR CARA CARA MEMANGGIL STESYEN DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL (9M2DA) CONTOH: NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO DI SINI NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GANTI

Website Krew komunikasi PPMl: http://www.scouts.my/JOTA/ Website Krew Radio Amatur PPM Johor: http://josrac.blogspot.com

Related Documents

Jota
October 2019 25
Jota Quest
June 2020 13
Jota Aragonesa.pdf
December 2019 19
Acuan Jota-joti
May 2020 12