Laporan Ajk Dokumentasi_1

  • Uploaded by: ஆனந்த ராஜ் முனுசாமி
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Ajk Dokumentasi_1 as PDF for free.

More details

  • Words: 430
  • Pages: 4
LAPORAN AJK DOKUMENTASI MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018 SEBELUM : Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018 telah ditubuhkan pada mesyuarat kali pertama di Bilik Kuliah A307 pada 21 Ogos 2018. Saya Anandha Raj A/L Munnusamy telah dipilih sebagai Ketua AJK Dokumentasi bagi program ini dalam mesyuarat tersebut. Pendokumentasian merupakan antara perkara yang penting dalam sesebuah aktiviti. Pengarah Projek membentangkan laporan bahawa Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018 akan diadakan pada 18 September 2018 pada pukul 2 petang bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tuanku Bainun. Tugas utama AJK Dokumentasi adalah mengumpulkan segala laporan daripada ketua AJK setiap biro dan mendokumentasikannya sebagai sebuah buku. Suatu gambaran ringkas berkenaan bidang kuasa AJK Dokumentasi telah dibincangkan. AJK kami terdiri daripada 4 orang dan ditugaskan untuk menyediakan satu laporan penuh tentang keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di SJK T Tuanku Bainun bagi tahun 2018. Kami juga ditugaskan untuk bekerjasama dengan AJK Fotografi bagi menangkap gambar dan merakam video untuk disertakan dalam laporan. Senarai Guru Anandha Raj Munnusamy Yugeswaran Puspanathan Santhiya Sevanatham Osai Nayagi Arumugam (Jadual 1 : Senarai AJK Biro Dokumentasi) SEMASA : Pada hari program, AJK dokumentasi telah dibahagikan tugas secara terancang. kami telah menggunakan kamera yang dibekalkan oleh AJK Fotografi untuk merakam video bagi acara-acara yang dijalankan sepanjang Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Seterusnya, kami ditugaskan untuk memastikan kelancaran perjalanan program kerana tiada kerja penting bagi AJK kami semasa program tersebut dijalankan. Selain itu, kami meminta semua Ketua AJK untuk menghantar laporan AJK mereka dalam masa dua hari setelah sahaja majlis ini tamat berlangsung. Beberapa orang AJK diarahkan untuk membantu AJK Protokol untuk menjalankan urusan mengiringi tetamu-tetamu kehormat semasa masuk ke dalam Dewan SJK T Tuanku Bainun.

Para pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu lagu-lagu Patriotik dimainkan.

Para pelajar menyaksikan tayangan multimedia yang dihasilkan oleh AJK Multimedia

SELEPAS : Selepas dua hari program ini dijalankan dengan jayanya, ketua AJK dokumentasi mengadakan satu perjumpaan dengan ahli-ahli bironya untuk mengumpul gambar-gambar dan video-video yang telah diambil sepanjang program ini dijalankan. Sesi memberikan refleksi mengenai tugasan yang dilaksanakan oleh AJK dokumentasi dalam program pesta ponggal juga dikumpulkan dan mendokumentasikan segala catatan, serta gambar dalam bentuk laporan. Laporan tersebut akan diserahkan kepada penyelaras projek bagi Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK T Tuanku Bainun Tahun 2018.

Ketua AJK Dokumentasi membetulkan format laporan dan kesilapan-kesilapan penting dalam laporan yang disediakan oleh Ahli Biro tersebut

Ahli AJK Dokumentasi menunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kepada Ketua AJK Dokumentasi

Laporan disediakan oleh,

……………………………..... ANANDHA RAJ A/L MUNNUSAMY Ketua AJK Dokumentasi Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018

Related Documents

Laporan Ajk Dokumentasi_1
October 2019 17
Ajk
July 2020 19
Ajk Kecil
May 2020 21
Tugas Ajk
June 2020 13