KTB B6 Tajuk: Masyarakat sering beranggapan bahawa sampah sarap merupakan bahan buangan namun tanggapan tersebut mulai berubah dengan adanya Program Kitar Semula. Huraikan kepentingan-kepentingan Program Kitar Semula. Pendahuluan: Kitar semula bermaksud mengolah semula barang terpakai menjadi barang baharu - oleh hal demikian, kitar semula mendatangkan pelbagai faedah. Isi-isi Penting: Mengurangkan pencemaran alam sekitar - pembuangan sampah yang tidak terkawal boleh menjejaskan kualiti alam sekitar -contohnya pembuangan sampah di sungai dan sebagainya - sampah untuk dikitar semula dibuang di tempat yang sepatutnya - tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Menghasilkan sumber tenaga alternatif -sisa buangan pepejal boleh diproses untuk menghasilkan tenaga baharu - contohnya sumber tenaga bahan api fosil seperti biomas - sampah tidak dibuang atau disia-siakan begitu sahaja - mempunyai kegunaan lain. Mengurangkan penebangan hutan - kilang kertas - kitar semula dapat membantu keperluan kertas dalam pasaran – oleh hal yang demikian,tidak perlu penebangan hutan yang lebih banyak untuk tujuan mendapatkan kertas. Menjimatkan kos dan ruang - tidak perlu melupuskan sampah - kosnya tinggi -tapak pelupusan sampah memakan ruang yang banyak - lebih mudah diurus berbanding dengan pembuangan sampah dengan cara yang tidak terkawal. Penutup: Semua pihak mesti menyokong usaha untuk menyelamatkan alam sekitar - kitar semula merupakan satu langkah untuk mencapai matlamat ini.
1