Kpk0202 Guru Dan Dasar Negara

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kpk0202 Guru Dan Dasar Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 3,363
  • Pages: 22
KPK0202 GURU DAN DASAR NEGARA

NAMA

: LEONG CHEANG YENG

NO. K/P

: 820725-07-5266

KHUSUS

: KDP14M31

CREATIVE TEACHING IN SCIENCE( SR ) 1

PENSYARAH

: EN. ZAHARI BIN ZAINAL

SENARIO 1 Piagam pelanggan merupakan satu komitmen bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penjaminan keluaran atau perkhidmatan kepada pelanggan. Piagam ini merupakan jaminan jabatan/agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Sub tugasan a. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan langkah-langkah pelaksanaan piagam pelanggan di sekolah-sekolah.

2

Langkah-langkah pelaksanaan piagam pelanggan :

Pengetua atau Guru Besar mesti memastikan piagam pelanggan di sekolah masing-masing disemak semula agar piagam itu benar-benar menggambarkan kehendak sebenar pelanggan terhadap sekolah. Dalam menyemak kembali piagam pelanggan,, pihak sekolah hendaklah memastikan ketiga-tiga pelanggan utama sekolah ada disebutkan secara jelas dalam piagam itu, iaitu satu bahagian untuk pelajar, satu untuk ibu bapa dan satu lagi untuk guru. Apa yang patut diperolehi oleh ketiga-tiga jenis 3

pelanggan tersebut patut disebutkan secara terperinci. Piagam pelanggan patut diletakkan di tempat yang menjadi tumpuan para pelanggan sekolah seperti di depan dewan, di pintu masuk dan di laluan utama. Maknanya pelanggan boleh membacanya dengan mudah dan mengetahui apakah yang mereka bakal perolehi.

Berikut adalah Contoh piagam pelanggan Sekolah Kebangsaan Sendayan,Negeri Sembilan.

Kami warga Sendayan dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk: 1.

Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang

dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.

Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan

berakhlak mulia. 3.

Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan,

berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat guru sehingga ke taraf dunia. 4.

Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa/penjaga melalui saluran PIBG bagi

meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduan dan hubungan baik sejajar dengan slogan “Masyarakat Penyayang” 5.

Memastikan sekolah sebagai sebuah institusi ilmu yang peka dan prihatin

terhadap kehendak pelanggannya 6.

Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan

sebarang kesulitan samada dalam P & P , kokurikulum dan Negara. 7.

Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara sekolah dengan masyarakat

setempat dan agensi- agensi yang berkenaan.

4

b. Dengan merujuk kepada SATU situasi di sekolah, bincangkan bagaimana piagam pelanggan diaplikasikan dalam situasi tersebut.

Dalam soalan ini, saya telah memilih Skim Pinjaman Buku Teks sebagai situasi saya. Berikut adalah cara piagam pelanggan diaplikasikan.

PENGGUBALAN PIAGAM PELANGGAN Mengenalpasti pelanggan memperoleh buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri bertaraf dunia. Mengenalpasti buku teks dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. Menghasilkan buku teks bertaraf dunia  Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.  Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar  Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan

sepanjang hayat.  Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu. Menyediakan piagam pelanggan

5

PROMOSI DAN SISTEM PEMULIHAN Promosi piagam kepada pelanggan dengan menggunakan risalah dan poster Menyediakan sistem pemulihan keluaran atau perkhidmatan . a)Pemulihan secara reaktif b)Pemulihan secara proaktif

PENGESAHAN DAN PEMANTAUAN Menggunakan makanisma dalam jabatan yang sedia ada Mewujudkan sistem maklumbalas dan sistem respon yang berkesan .Contoh : peti cadangan , borang maklumbalas pelanggan

PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN Jawatankuasa pemandu kualiti dan produktiviti Pasukan-pasukan petugas Kumpulan-kumpulan meningkat mutu

Berikut merupakan contoh piagam SPBT Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang. VISI Menjelang tahun 2010, BBT berupaya menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.

6

MISI Membuat perolehan buku teks berkualiti yang menepati ciri-ciri bertaraf dunia dan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. MOTTO Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan

PIAGAM

PELANGGAN

• Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. • Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar • Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat. • Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu. OBJEKTIF 1.

Memastikan perolehan buku teks untuk kegunaan di sekolah adalah berkualiti.

2.

Memastikan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dibekalkan

secukupnya ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. FUNGSI 1.

Mengurus hal-hal dasar buku teks.

2.

Mengurus pemerolehan buku teks.

3.

Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan pasaran

terbuka. 4.

Mengurus hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan

kewangan. 5.

Mengurus aktiviti meningkatkan penggunaan buku teks.

6.

Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks.

7.

Mengurus program-program dan aktiviti-aktiviti Bahagian dan Kementerian

Pelajaran Malaysia.

7

Tujuan Piagam Pelanggan diaplikasikan 1.

Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik seperti yang

dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. - Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. - Menyediakan buku teks yang mencukupi demi kecemerlangan pelajar - Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan dan pendidikan sepanjang hayat.

2.

Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu, beramal dan

berakhlak mulia. - Melahirkan pelajar yang berwibawa, berwawasan, dan cintakan ilmu.

3.

Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan,

berdisiplin dan sedia menyahut cabaran sehingga ke taraf dunia. - Guru bertanggungjawab mengurus hal-hal dasar buku teks termasuk pemerolehan buku teks.

4.

Menjalin hubungan yang akrab lagi ikram antara sekolah dengan masyarakat

setempat dan agensi- agensi yang berkenaan.

- Berupaya

menghasilkan buku teks bertaraf dunia yang dapat melahirkan insan berpendidikan cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.

8

SENARIO 2 Dasar Pendidikan Negara digubah bagi membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Sub tugasan: a. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah perpaduan rakyat ini dapat dicapai melalui Dasar Pendidikan Negara. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang berwawasan, kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Antaranya ialah: Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pendidikan Negara yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Pelajar-pelajar sering bergaul antara pelbagai kaum semasa kegiatan ko-kurikulum, aktiviti

luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dasar

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama 9

Berdasarkan Akta Pelajaran, 1961

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Pada asasnya Penyata Razak, 1956 mencadangkan sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). Satu jenis sekolah menengah sahaja

yang

menggunakan

Bahasa

Melayu

dan

Bahasa

Inggeris

sebagai

matapelajaran wajib. Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran Sistem Sekolah satu aliran membantu mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum . Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh kawan-kawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Kurikulum Yang Sama Berdasarkan Akta Pelajaran, 1961. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya. Segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga 10

berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Sukatan Pelajaran Yang Seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak, 1956 adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral

dan Kajian Tempatan memainkan peranan

penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Peperiksaan Yang Seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan Sistem persekolahan yang sama diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing juga dihargai.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan diwujudkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Sekolah Wawasan adalah sekolah 11

rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar berbagai kaum.

12

b. Cadangkan TIGA langkah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah oleh guru dalam mewujudkan perpaduan kaum. Langkah-langkah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah oleh guru dalam mewujudkan perpaduan kaum: 1. Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina Bangsa / budaya, Debat Perpaduan, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Lagu Patriotik, Kem Padu Anak Malaysia, Mantor-mentee, Kawat kaki (Kelab dan Persatuan), Homestay, Perhimpuan / nyanyian dan Lawatan Integrasi / Anak Angkat / Pesta. 2. Program memupuk nilai diadakan pada setiap akhir P&P. Nilai-nilai murni seperti cinta kepada Negara, tolerensi, hormat-menghormati harus ditekankan pada setiap akhir pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan memainkan peranan penting ke arah matlamat perpaduan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Guru harus memastikan murid-murid memahami definisi dan ciri–ciri nilai sejak dari sekolah rendah. Guru boleh mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum semasa aktiviti P&P dijalankan. 3. Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan kepada pelajar agar kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini adalah seperti Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan, Majalah / Buletin Perpaduan, Bulan Perpaduan (bulan Mei), Brosur dan Segmen di Media.

SENARIO 3 13

Pada hari ini didapati kebanyakan pelajar remaja kita suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak di

pusat membeli-belah, bermain permainan komputer di kafe siber,

berbual kosong di kedai “fast food” sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam perlakuan negative yang boleh mengancam masa depan Negara. Sub tugasan: a. Berdasarkan pernyataan di atas mengapakan budaya yang dipaparkan

dalam senario di atas diamalkan oleh sebilangan remaja Malaysia hari ini? Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Antara perbicaraan hangat isu remaja adalah berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral, lepak, bohsia, vandalisme, jenayah dan pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat. Akhir-akhir ini masalah ini dipandang serius kerana tekut merosakkkan nilai serta keperibadian remaja, di mana remaja menjadi aset penting kerana remaja adalah pemangkin kepimpinan negara di masa akan datang. Isu lepak semakin kerap diperkatakan sekarang. Tingkahlaku remaja yang suka menghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli belah, perhentian pengangkutan awam dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak. Menurut Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan Kuala Lumpur: Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama Universiti

tempatan telah merumuskan beberapa punca

timbul tingkahlaku melepak di kalangan remaja diantaranya :

kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga 14

Kebanyakkan remaja berhijrah ke kota akibat mencari sumber

rezeki, melanjutkan

pelajaran dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Hidup mereka menjadi bebas tanpa kawalan dari ibu bapa atau penjaga. Tambahan dengan

tekanan hidup, sikap

mengejar kemewahan turut menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara-perkara seperti bohsia,jenayah dan sebagainya. Keadaan rumah yang kurang kasih sayang Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang asyik sibuk dengan kerja kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak sebagai bahan ganti kasih sayang . Ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah

ada yang jarang bersua muka. Perbuatan ini

menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka dan meterialistik. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat

tentang kelakukan dan pergaulan anak

remaja

mendorong pada kerosakkan ahklak. Kelonggaran dalam instutusi keluarga seperti bebas tiada kawalan, kurang prihatin terhadap remaja. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam masalah sosial terdiri dari latarbelakang keluarga yang hancur.

Ibu bapa sering berkonflik atau mungkin bercerai berai.

Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ juga semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi ibu bapa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan

15

masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial. Ketidakharmonian alam rumah tangga Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Sikap remaja yang mengagongkan konsep “ Kebebasan dalam masyarakat” yang telah diterapkan oleh remaja barat. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Tidak dapat dinafikan, filem-filem barat terus menjadi salah satu punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Golongan remaja terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan dalam filem-filem barat yang tepu dengan unsur-unsur ganas, seks dan aksi yang kurang bermoral. kepincangan didikan agama Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosiol seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit dalam anasir tadi tanpa memahamkannya. Trauma Pengalaman pahit yang pernah melanda kehidupan remaja bermasalah menjadikan mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Misalnya pada masa dahulu 16

kehidupan mereka yang

sering mengalami penderaan secara fizikal dan mental

,gangguan seks dan sebagainyaturut menjadi punca mereka mula memberontak dan mula terjebak dengan kancah sosial yang negatif. Mudah berjumpa kawan. Tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakan remaja yang terlibat dalam kancah yang negatif ini. Dalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa menghadapi masalah penyesuaian. Penyesuaian ini sering kali menyebabkan remaja melakukan tindakan anti -sosial yang seterusnya menyebabkan masalah kena-kalan remaja seperti melepak. Oleh itu didapati sesetengah remaja melepak disebabkan hendak berjumpa dengan kawan-kawan. Trend Remaja Masa kini. Mengikut seorang ahli psikologi Robert J. Havighurst, salah satu daripada tugas penting bagi remaja yang perlu diberi perhatian ialah membentuk perhubungan baru dan lebih matang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara perseorangan tetapi mereka melepak secara kumpulan. Analisis mengenai perhubungan mesra dengan rakan sebaya memperolehi dapatan yang menggalakkan iaitu 64.8% . Oleh itu cara berinteraksi seseorang remaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahliahli kumpulan tersebut mempunyai minat serta kegemaran yang sama. Selain daripada itu ,menurut Manja (1990), apabila seseorang remaja itu sudah yakin dengan pemikiran dengan rakan-rakan sebaya yang sama minat, maka hubungan mereka menjadi lebih erat. Apa yang rakan lakukan maka ia juga akan turut melakukannya. Menurut Mohd Salleh (1999) Pengaruh media khasnya TV , kadang-kadang boleh memberi kesan yang buruk kepada pembentukan peribadi remaja, khasnya aktiviti melepak. b. Cadangkan SATU pendekatan oleh pihak sekolah dan SATU pendekatan

oleh ibu bapa bagi mengurangkan gejala ini dalam kalangan remaja. Sebagai ibu bapa seharusnya

dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita

menjalankan kewajipan dengan merancang

aktiviti, mengenal pasti 17

masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. Pendekatan oleh pihak sekolah: Peranan guru bukan setakat menyampaikan pengajaran tetapi mereka haruslah mampu membentuk kefahaman dan cara fikir pelajar berteraskan nilai adab dan ahklak serta berpandukan prinsip keagamaan yang tinggi. Sebagai contoh, guru dilantik sebagai guru disiplin, sistem perundangan di sekolah dapat mengawal disiplin pelajar. Selain itu, guru juga sebagai kaunselor dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan membantu remaja mengatasi masalah mereka. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Pendekatan oleh ibu bapa: Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa

hendaklah sentiasa mengetahui dan 18

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anakanak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak seawal yang mungkin kerana pendidikan bermula di rumah.Ibubapa hendaklah menunjukkan tingkahlaku dan teladan yang baik kepada anak-anak seterusnya menjadi ‘role model’ kepada mereka.

BIBLIOGRAFI Abdullah Ahmad Badawi “ Ada Kumpulan Dikesan Pesongkan Aqidah Remaja” dalam. Berita Harian, 17 Ogos 2001 . Ahmad Lisot (1988). Peranan Ibubapa Yang Berkesan. Kertas Kerja Konvensyen Perkara Ketiga Di Subang. 19

Aishah K. Ahmad . “ Rumah sempit punca remaja berpeleseran “ dalam. Ummi Ogos 1993, halaman 50 – 51. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Havinghurst, R.J. (1952). Developmental Tasks And Education. New York : Longman Green. Majalah Remaja, “Ponteng Sekolah Gejala Semasa” bil : 357 1 Julai 2001. Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mansor Abu Talib . “Perkembangan remaja melibatkan Tiga Domain” dalam. Mingguan Famili, Ogos 2001, Halaman 24-26. Mohd Salleh (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Publications and Distrubutors Sdn. Bhd. Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Noor Shakirah Mat Akhir. “ pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak” dalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26. Ahmad Yani Abdul Manaf. (2000, Okt.) Perintis Sekolah Wawasan Negara. Dewan Masyarakat, 24-25 Azhar Abu Samah. (7/12/2000). MCA Mula Terikut Rentak Dong Jiao Zhong. Berita Harian, 27. Aziz Ishak. (2000, Dis, 9-15). Mendepani ‘Kuasa’ Dong Jiao Zhong. Massa, 17

BIBLIOGRAFI http://e-spbtsmtsppp.blogspot.com/ http://mozac.edu.my/index.php?page=piagam-pelanggan 20

http://sksendayan.zoom-a.com/PIAGAMPLANGGANSKS.html http://sammps.wordpress.com/piagam-pelanggan/ http://www.lightzenith.net/viewthread.php?tid=17786# http://sk-sungaigalah.blogspot.com/2008/01/piagam-pelanggan-sksg.html http://www.jpa.gov.my/info/piagam-pelanggan/ http://gurubashid.com/blog/komuniti-sekolah/menyemak-semula-piagam-pelanggansekolah.html http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/03/22/masalah-sosial-di-kalangan-remajapunca-dan-penyelesaian/ http://ahmedbadri.wordpress.com/2007/07/05/perpaduan-nasional-melaluikeseragaman-pendidikan-kebangsaan/ www.geocities.com/cominglucky/dpn.htm http://ganhongsu.blogspot.com/2009/06/blog-post.html http://www.geocities.com/kavyan_kavya/raman0301.htm http://www.geocities.com/kavyan2004/minda0401.htm

21

LAMPIRAN

22

Related Documents