Koto Tinggi,johor

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Koto Tinggi,johor as PDF for free.

More details

  • Words: 391
  • Pages: 1
KOTA TINGGI,JOHOR Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor,.Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor.Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 km persegi.Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili.Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar,perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda.Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi.Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan,Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti.Selain daripada itu,sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian,Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan.Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong.Terdapat perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini.Terdapat banyak makam sejarah di sini,termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Makam Tauhid di Kampung Makam.Makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan.

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik,tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 15 km di barat laut bandar ini,merupakan destinasi pelancongan yang amat popular.Setinggi 36 m,air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 m.Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang.Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.

Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi.Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung Balau,Desaru,Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi.Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai

Teluk Sengat yang terletak 25 km di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong,khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura.Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai melalui Lebuh Raya Utara Selatan.Kota Tinggi tidak mempunyai laluan keretapi tetapi masih boleh berbuat demikian.Stesen KTM johor Bahru merupakan stesen terdekat.Jaraknya hanya 45 km sahaja dari bandar Kota Tinggi.

Related Documents

Koto
November 2019 18
Koto Notes
October 2019 28
Koto Tinggi,johor
April 2020 9
Iv Koto Pulau Punjung
October 2019 27