Kop

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kop as PDF for free.

More details

  • Words: 696
  • Pages: 4
Koperasi awalan yang terkenal adalah Rochdale Cooperative yang ditubuhkan di Rochdale, England pada tahun 1844. Walaupun bukan koperasi yang terawal, tetapi ianya merupakan koperasi pertama yang berjaya pada suatu masa. Faktor utamanya ialah prinsip operasi mereka yang dikenali sebagai Prinsip Rochdale. Prinsip-prinsip ini masih dijadikan asas penubuhan sesebuah koperasi sehinggalah ke hari ini. # Pendidikan, latihan dan maklumat Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai- terutama golongan muda dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi. Program, Latihan serta Bimbingan Di bawah satu pengkaedahan pelbagai bidang atau sektor yang boleh di ceburi oleh usahawan itu sendiri, antara bidang yang mendapat keutamaan dari segi bantuan dari kerajaan ialah: - sektor bioteknologi dan herba - sektor makanan halal - sektor pertanian moden - sektor famaseutikal - sektor teknologi maklumat dan komunikasi - sektor petrokimia - sector elektrik dan elektronik - sektor automotif - sektor pelancongan - sektor pengangkutan - sektor perkhidmatan - sektor perundingan dan profesional - sektor aeroangkasa Merujuk kepada topik pokok di atas di senarai beberapa program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta dalam sama-sama mengemblengkan tenaga memajukan usahawan. Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN Program Usahawan Muda (PUM) Program Usahawan Muda telah dikendalikan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing sejak tahun 1998 untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan generasi muda. Melalui program ini pelajar-pelajar sekolah menengah akan mengikuti kursus-kursus kefahaman dan didedahkan secara amali tentang aspek-aspek pengurusan perniagaan seperti penubuhan syarikat, pengendalian perniagaan serta pembubaran syarikat.Pada tahun 2004, sebanyak 25 buah sekolah telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyertai program ini. Semenjak tahun 1998 hingga kini, Program Usahawan Muda telah melibatkan seramai 3100 orang pelajar dan 197 guru dari 33 buah Sekolah Program Pembangunan pembudayaan keusahawanan di IPTA kini telah berkembang kepada 4 program iaitu: - PROGRAM PEMBANGUNAN USAHA SISWA (PPUS) LATIHAN KEUSAHAWANAN SISWA (LKS) - KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWA (KAKS) - STUDENT IN FREE ENTERPRISE (SIFE) Latihan Program Mentor Latihan Program Mentor adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan jaringan di kalangan mentee-mentee yang menyertai Program Mentor di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Latihan juga sebagai pelengkap bimbingan oleh mentor serta sebagai persediaan memantapkan mentee untuk berdikari selepas tempoh bimbingan mentor. Latihan Asas Perniagaan (LAP) Latihan Asas Perniagaan ialah bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal usahawan bagi membolehkan mereka melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan. Ia memberi pendedahan berkaitan dengan jenis dan bentuk perniagaan, pengurusan perniagaan dan penyediaan rancangan perniagaan. Latihan Keusahawanan Siswa Skim usahawan siswazah adalah satu program yang dirancang bagi menawarkan pilihan kepada siswazah untuk berkecimpung di dalam bidang perniagaan.

Melalui program ini diharap peserta dapat memahami kaedah memulakan perniagaan pada asas yang betul dengan amalan perniagaan yang baik dan sistematik. Program Latihan Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisor Program latihan akan merangkumi metodologi francais, faktor-faktor kritikal kejayaan dan kegagalan, pertimbangan kewangan, mengkonsepkan idea francais, menyediakan rancangan perniagaan francais sendiri, merekabentuk program francais sendiri, kontrak francais, harta intelek, bekerja dengan orang untuk mendapatkan komitmen dan hasil serta bagaimana mendapatkan hasil francais. Program ini adalah secara Kajian Kes Interaktif.

Rujukan A.Aziz Deraman.2005. Intelektualisme Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan.1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Fadzilah Abdullah.1993. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam Yusuf Ismail & Khayati Ibrahim (ed.) Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur : A.S. Nordeen. Federico R.C & Whitaker W.H.1997. Social Welfare in Today’s World. New York : MMcGraw-Hill. Second edition. Ibnu Khaldun.1993. Mukadimah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Ibrahim Ahmad Bajunid.2005. Pendidikan Sepanjang Hayat; Cabaran Revolusi Cara Fikir dan Cara Hidup Kualiti Tinggi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kongres Pendidikan Melayu Ke-2, Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu. Kuala Lumpur. Mahathir Mohamad.1991. Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur: Pecetakan Nasional. Mohamad Zahir Zainudin.2005. Memperkasa Pendidikan D

Related Documents

Kop
June 2020 59
Kop
June 2020 70
Kop Sop & Kop Surat.docx
April 2020 72
Kop Surat.docx
October 2019 31
Kop Surat.docx
November 2019 39
Kop Amplop.docx
December 2019 30