Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Apakah pembelajaran secara Konstruktivisme? “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”. Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesishipotesis dan idea- idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behavioris me kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di baw ah:
Behaviorisme
Kognitivisme
Konstruktivisme
• Menekankan tingkahlaku • Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran • Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan -boleh diukur • Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu
• Semua idea dan • Pengetahuan imej dalam dibina sendiri oleh minda individu murid secara aktif diw akili melalui berdasarkan skema pengetahuan sedia • Jika maklumat ada baru secocok, diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat pengubahsuaian skema
DEFINISI Konstruktivisme adalah satu faham an bahawa m urid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalam an sedia ada. Dalam proses ini, m urid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterim a dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
8
Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
Interaksi dengan objek atau idea Bermakna/tidak
Sintesis pengalaman & bentuk peraturan melalui refleksi
Menginterpretasi secocok dengan peraturan Pengalaman/ pengetahuan sedia ada
pengetahuan baru
OBJ EKTIF
Selepas menggunakan modul pembelajaran secara konstruktivis me dalam Pendidikan Seni Visual ini guru dapat membantu murid : 1. membina kefahaman dan pengetahuan baru. 2. menyelesaikan masalah berkaitan tugasan melalui kefahaman tentang konstruktivis me. 3. membuat interpretasi berkaitan maklumat yang sedia ada dan maklumat baru diterima. 4. mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kerja seni yang berkaitan. 5. membina kefahaman sendiri dalam pembelajaran seni visual.
9
Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Menggalakkan soalan/idea yang dimul akan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
Menggalakkan & menerima daya usaha & autonomi murid
Mengambilkira dapatan kajian bagaimana murid belajar s esuatu idea
Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme
Menggalakkan proses inkuiri murid mel alui kajian dan eks perimen
Berfikir
KEL EBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Faham
Ingat Yakin
Kemahiran sosial Seronok
Memberi peluang kepada murid membi na pengetahuan baru mel alui penglibatan dalam duni a sebenar
Menggalak kan murid bertanya dan berdialog dengan murid & guru
Menyokong pembel ajaran secara koperatif
Mengambilkira sikap dan pembawaan murid
Menganggap pembel ajaran sebagai s uatu proses yang sama penti ng dengan hasil pembel ajaran
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi. Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep. Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru. Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.
10
Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
STRAT EGI-STRAT EGI PENGAJARAN GURU
• • • • •
• • •
• • • •
Menggalak, menghor mati idea-idea, menggalakkan fikiran bebas murid dan menerima autonomi serta initiatif murid. Membantu murid memperoleh identiti intelek dan memupuk perasaan hak milik (ow nership) mereka sendiri. Menggunakan data mentah dan sumber-sumber asas bersama dengan manipulatif-manipulatif, bahan-bahan interaktif dan fizikal. Menggunakan ter minologi kognitif seperti ‘klasifikasi’, ‘analisis’, ‘meramal’ dan ‘mencipta’ dengan berleluasa bila hendak merangkakan sesuatu tugas. Membenarkan murid memberi sambutan kepada pelajaran gerakan (drive lesson), mengalik strategi-strategi yang bersifat ajaran atau bimbingan serta mengubah kandungan pelajaran. Menggalak murid terlibat dalam dialog dengan guru dan sesama rakan dan membina pengetahuan personal. Menggalak murid membuat siasatan melalui soalan-soalan yang penuh dengan fikiran (thoughtful) dan tidak terhad (open-ended) . Melibatkan murid dalam pengalaman yang akan mencabar atau bercanggah dengan hipotesis-hipotesis per mulaan mereka dan menggalakkan perbincangan serta belajar daripada kesilapan diri. Memberi peluang kepada mur id berfikir bagi membina hubungan-hubungan dan mencipta metafora-metafora antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Menekankan pembelajaran berpusatkan murid melalui konsep-konsep pendedahan, ramalan, penyelidikan serta penyiasatan. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai sesuatu konsep. Pengajaran guru harus diseimbangkan dengan pengetahuan sedia ada murid.
11
Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
Contoh pertam a: Tingkatan 4
Contoh: Kandungan – Reka Bentuk Hiasan Dalam an Definisi ruang dalam an (interior space)
Reka Bentuk Hiasan Dalam an
Ruang dalam diertikan sebagai ruang kongkongan (dw elling) yang terbina melalui unsur-unsur asas seperti tiang, dinding, siling dan atap yang dikenali sebagai ‘Architectural Design of Ruang kediaman Building’. Konsep ‘interior design’ bertujuan menggunakan Ruang awam elemen-elemen hiasan untuk mengubah dan menaikan status Pengalaman sedia ada: ruang yang didiami, ter masuk ruang anjung kediaman. Susunan • Pengetahuan fizikal ruang dan gubahan rekaletak hiasan dalaman serta tentang unsur aksesori yang sempurna akan memberikan kepuasan fizikal dan seperti garisan, emosi, keselesaan serta keselamatan penghuninya.
•
ruang, warna, dan prinsip rekaan seperti imbangan, kontra, harmoni, ke satuan dan reka letak. Kemahiran melakar atau melukis dengan perspektif sebenar.
Pengetahuan yang diterima: • Konsep reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang terpilih. Pengetahuan baru: • Mengolah dan menyusun objek utama dan juga aksesori secara terancang. • Membuat keputusan • Menggubah satu reka bentuk hiasan dalaman yang mengambilkira pelbagai faktor estetik dan fungsional termasuk faktor ergonomik.
Konsep aw al yang mereka akan bentuk dalam fikiran mereka ialah: •
apakah elemen dan prinsip yang mempengaruhi reka bentuk hiasan dalam an?
Dalam hal ini murid akan mengaitkan pengalaman tentang prinsip rekaan dalam pemikiran mereka untuk menggubah reka bentuk hiasan dalam yang ditugaskan guru. Antaranya murid tentu akan fikirkan tentang im bangan. Bagaimana mereka mengolah dan menyusun idea untuk mendapatkan imbangan (sama ada simetri atau asimetri) dalam reka bentuk hiasan dalam rumah di ruang-ruang tertentu. Lakaran idea diterjemahkan dalam bentuk visual dengan pelbagai sudut pandangan. Interpretasi mereka perlu secocok dengan disiplin reka bentuk hiasan dalaman itu sendiri.
Mungkin begini………………. Imbangan asimetri mengguna dan menggabungkan serta menyusun ele men hiasan yang tidak serupa sama ada dari segi je nis, saiz dan kualiti.
12
Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
Im bangan asimetri Dalam masa yang sama, sewaktu konsep imbangan dipelajari, lakaran murid turut boleh diarah kepada nilai garisan, ruang dan rupa menggunakan pengetahuan dan kefahaman berkaitan perspektif. Dengan ini murid bukan sahaja cuba memahami pengertian imbangan malah mengukuhkan kefahaman lain yang berkait dengan reka bentuk hiasan dalam itu sendiri. Dalam hal ini guru perlu memahami ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa menimbul sebarang rasa tercabar peranan guru sendiri. Satu lagi perkara yang berkait dengan reka bentuk hiasan dalaman ialah pr insip penegasan. Seperti imbangan, penegasan juga per lu difahami konsepnya. Dengan bantuan guru, murid mungkin diminta mendapatkan beberapa contoh berkaitan kefahaman mereka mengenai penegasan (emphasis). Secara amnya, titik penegasan dapat diw ujudkan melalui perbezaan saiz, rupa, w arna dan nilai. Tanpa elemen ‘unggul’ sesuatu rekabentuk akan membosankan. Kontras rupa boleh menarik perhatian pada sesuatu komposisi. Sesi penerangan guru boleh menggunakan bahan sokongan bagi memudahkan murid membuat tanggapan ber kaitan konsep yang ingin ditonjolkan. Mungkin gambar di baw ah boleh membantu murid membuat refleksi terhadap keadaan sekitar dan pengalaman sedia ada mereka untuk menjana idea bagi memperolehi pengetahuan baru berkaitan penegasan dalam hiasan dalaman.
13