Konsep Profesion Dan Ya

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Profesion Dan Ya as PDF for free.

More details

  • Words: 465
  • Pages: 2
Konsep Profesion dan nilaitaranya Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION Konsep perguruan Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.[1] Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

KOD ETIKA GURU-GURU MALAYSIA Posted on Sunday, April 06 @ 13:10:43 MYT by raja

Perkara 1 : Komitmen Kepada Profesion Kami Guru-guru Malaysia akan: -Menumpukan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap profesion kami -Menyokong segala usaha untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar tanpa mengira agama dan keturunan. Perkara 2 : Komitmen Kepada Pelajar Kami Guru-guru Malaysia akan: -Mengekalkan hubungan profesional dengan pelajarsepanjang masa. -Melindungi dan meningkatkan minat serta peranan semua pelajar. ............ Perkara 3 : Komitmen Kepada Rakan Sejawatan Kami Guru-guru Malaysia akan: -Melindungi serta mempertahankan maruah rakan sejawatan. Perkara 4 : Komitmen Kepada Pihak Pengurusan Kami Guru-guru malaysia akan: -Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan secara berpatutan demi kepentingan Profesion Perguruan. Perkara 5 : Komitmen Kepada Ibubapa atau penjaga Kami Guru-guru Malaysia akan: -Mengiktiraf peranan ibu bapa dan sentiasa mempertahankan maruah profesion apadila berurusan dengan mereka. Perkara 6 : Komitmen Masyarakat Kepada Guru Masyarakat Malaysia akan : -Mengiktiraf perlunya guru diberi penghormatan yang sewajarnya dan dilayan secara adil pada setiap masa.

Related Documents