Konsep Ketuhanan Yahudi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Ketuhanan Yahudi as PDF for free.

More details

  • Words: 5,101
  • Pages: 22
PENGHARGAAN

‫بسم ال الرحن الرحيم‬ ّ‫ من يهده ال فل مضل‬،‫ ومن سيئات أعمالنا‬،‫ ونعوذ بال من شرور أنفسنا‬،‫ ونستغفره‬،‫ نمده ونستعينه‬،‫المد ل‬ ‫ أ ما‬،‫ وأش هد أن ممدا عبده ور سوله‬،‫ وأش هد أن ل إله إل ال وحده ل شر يك له‬،‫ و من يضلل فل هادي له‬،‫له‬ :‫بعد‬ Alhamdulillah, segala pujian penulis rafa’kan ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan inayahNya, dapatlah penulis menyelesaikan tugasan yang dipertanggungjawabkan iaitu "Konsep Ketuhanan Menurut Agama Yahudi". Terima kasih juga kepada Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti di atas tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan kajian penulis ini. Penulis telah ditugaskan mengumpulkan maklumat mengenai perkara-perkara asas berkenaan dengan konsep ketuhanan agama Yahudi. Di dalam tugasan ini, penulis telah memuatkan penerangan-penerangan umum mengenai asal-usul agama Yahudi, peringkat penyembahan Yahuah dan Yahudi dari sudut kacamata Islam. Secara umumnya, segala maklumat yang penulis bawakan adalah bersifat umum, mudah dan ringkas. Kajian ini hanyalah sekadar mengenengahkan kembali maklumat yang berupa fakta supaya maklumat ini dapat dikongsi bersama sidang pembaca sekalian. Fakta-fakta yang dibawa benar-benar membantu kita mengenali keadaan sebenar agama Yahudi khususnya dalam konteks ketuhanan mereka. Diharapkan para pembaca dapat memahami maklumat yang diberi dengan sebaiknya supaya dengan keterangan demi keterangan yang penulis bentangkan dalam hasil kerja ini benarbenar memberi kesan kepada pihak pembaca sekalian serta menambah kekuatan sidang pembaca agar usaha yang dibawa oleh para ulama’ dalam memantapkan akidah tidak terus terkubur begitu sahaja dalam menerangkan hal ehwal sesuatu agama supaya menjadi pemangkin serta menjadi benteng keimanan kepada generasi-generasi yang mendatang dalam menangkis keruntuhan akidah. Wallahu a’lam.

Agama Yahudi

Pengenalan

Perkataan Yahudi sebenarnya bukanlah perkataan yang dikhususkan untuk agama. Perkataan ini sebenarnya merujuk kepada salah satu nama bangsa iaitu bangsa Yahudi. Sesetengah pengkaji agama menyatakan bahawa perkataan Yahudi dikaitkan dengan anak Nabi Yaakub a.s. yang keempat iaitu Yahuda. Beliau adalah dari kaum Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas keruntuhan kerajaan Yahuda pada tahun 586 SM. Kemudian perkataan Yahudi dinisbahkan kepada bangsa ini yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Kaum Yahudi juga disebut dengan bangsa Israel atau Ibrani (Hebrew). Kaum Israel bererti anak-anak Israel. Dr. H.O.K. Rahmat S.H. menyatakan, dalam bahasa Ibrani, perkataan Israel bermaksud hamba Tuhan. Namun mengikut pendapat lain, perkataan Israel membawa maksud pahlawan Tuhan. Ia adalah gelaran Nabi Yaakub yang juga nenek moyang kepada kaum Israel. Makna perkataan Ibrani, mengikut sesetengah pendapat adalah nama puak yang sampai rantaian keturunannya kepada Sam Bin Nuh. Daripadanya terbentuk kaum yang besar yang dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri. Oleh itu, agama Yahudi adalah agama yang dibangsakan kepada bangsa Yahudi yang menjadi penganut kepada agama ini.1

Sejarah Ringkas Dan Perkembangan Agama Yahudi

1

Dr. H.O.K. Rahmat S.H., Dari Adam Sampai Muhammad : Sebuah Kajian Mengenai Agama-agama.,(1984), Pustaka Aman Press : Kota Bharu. hlm.349.

2

Penulis akan menerangkan berkenaan rentetan sejarah agama Yahudi secara umum supaya ia lebih mudah difahami. Zaman sejarah agama Yahudi dapat diklasifikasikan kepada empat zaman atau peringkat iaitu : 1. Zaman Biblical (2000 hingga 330SM) 2. Zaman Hellenic (330 hingga 70 SM) 3. Zaman Buangan atau Diaspora age (70 hingga 1947 M) 4. Zaman Penubuhan Negara Yahudi (1948M)

Zaman Biblical

Zaman Biblical (2000 hingga 330 SM) adalah zaman pertama. Ia dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu : •

Zaman asas kaum



Zaman Kan'an



Zaman kacau bilau

Zaman Asas Kaum

Zaman ini adalah zaman pengasas atau pemimpin terawal dalam sejarah Yahudi. Zaman ini boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti berikut. •

Zaman Nabi Ibrahim

Lebih kurang pada tahun 2000 SM, Ibrahim dan Siti Sarah dilahirkan di kota Ur daripada keturunan Kaldan (Iraq) dalam daerah kerajaan Babylon. Pada masa itu, kerajaan bangsa Kaldan jauh terpesong dan sesat dalam kepercayaan dan akhlak. Mereka menyembah berhala-berhala

3

yang diukir dengan tangan mereka sendiri. Selain daripada menyembah berhala ada yang menyembah matahari, dewa-dewa, bulan, bintang dan lain-lain lagi. Pendek kata akidah masyarakat ketika itu jauh menyimpang dan sesat. Bahkan raja yang memerintah ketika itu dianggap suci dan ada juga menganggapnya sebagai Tuhan. Mereka mengalami keruntuhan moral yang sangat teruk seperti binatang. Ada yang berpesta sambil minum arak dengan sewenang-wenangnya. Di samping itu, perzinaan, perjudian dan tenung nasib serta banyak lagi maksiat yang dilakukan dengan berleluasa tanpa kawalan. Oleh kerana kejahilan masyarakat pada masa itu begitu ketara, Nabi Ibrahim diutuskan oleh Tuhan untuk mengajak kepada kebenaran, cara hidup yang mulia dan kepercayaan yang betul. Namun begitu adalah lumrah bagi seorang rasul menerima dugaan dan pelbagai rintangan. Nabi Ibrahim menerima tentangan hebat daripada Raja Namrud yang sedang memerintah ketika itu. Antara penentangan yang dirancang Raja Namrud bagi menghentikan Nabi Ibrahim a.s. daripada meneruskan usaha dakwahnya ialah menghukum dibakar hidup-hidup ke atas Nabi Ibrahim.2 Namun rancangan jahat itu tidak berjaya kerana Tuhan menyelamatkan baginda dengan menukarkan api yang panas itu menjadi sejuk. Ini kerana, semasa Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api yang marak menyala, Tuhan menyatakan kepada api seperti yang terdapat di dalam bab al-Anbiyak, ayat 69 yang bermaksud, "Berkata kami (Tuhan), "Hai api, hendaklah engkau menjadi dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim". Namun di sebalik penentangan hebat yang diberikan oleh kaum jahiliah ketika itu, terdapat juga orang-orang yang mengakui dan membenarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Para pengikut Nabi Ibrahim ini juga tidak terlepas daripada berbagai ancaman daripada Raja Namrud. Oleh itu, Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah mencari kawasan yang lebih selamat dan jauh daripada gangguan masyarakat jahiliah. Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah menuju ke Kana'an (Palestin) dengan menggunakan jalan barat dan melintasi Sungai Furat (Eufrat). Kerana itu, mereka dikenali sebagai Ibrani3 yang bererti "orang yang menyeberangi atau berpindah".

2

K. H. Agus Hakim. Perbandingan Agama. Bandung : Penerbit CV. Diponegoro, 1996. hlm. 39.

3

Ibid. hlm.39.

4

Pada peringkat ini, Nabi Ibrahim membuat perjanjian dengan Yahweh (Tuhan). Kesimpulan daripada perjanjian tersebut adalah : 1. Nabi Ibrahim dan keturunannya berjanji akan hanya menyembah dan patuh kepada Tuhan yang Satu. 2. Tuhan menjanjikan Nabi Ibrahim dan keturunannya suatu tempat yang dikenali sebagai "Tempat yang Dijanjikan" iaitu Palestin. 3. Ekoran daripada perjanjian ini, kaum Israel dipilih sebagai "kaum yang terpilih". Hasil daripada perjanjian itu, semua pengikut Nabi Ibrahim bersetuju mematuhi segala perintah Tuhan. Selain itu, Nabi Ibrahim juga dianggap sebagai pengasas bangsa baru. Menurut sejarah, Nabi Ibrahim mengahwini dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. Sarah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Ishak manakala Siti Hajar melahirkan anak lelaki yang diberi nama Ismail. Kedua-dua putera Nabi Ibrahim ini juga adalah Nabi dan utusan Tuhan. Perbincangan di sini hanya tertumpu kepada sejarah hidup Nabi Ishak sahaja. Menurut sejarah, kaum Yahudi tidak mengiktiraf Nabi Ismail sebagai nabi mereka. Ini kerana Nabi Ismail dilahirkan oleh Siti Hajar yang berketurunan Mesir dan bukannya Yahudi. Orang-orang Yahudi sangat angkuh yang mana mereka hanya patuh kepada nabiyang dibangkitkan daripada bangsa Yahudi sahaja.



Zaman Nabi Ishak & Nabi Yaakub

Tanggungjawab memimpin kaumYahudi diteruskan oleh Nabi Ishak selepas Nabi Ibrahim wafat. Selepas Nabi Ishak wafat tugas memimpin kaum Yahudi diteruskan pula oleh putera beliau iaitu Nabi Yaakub. Di bawah pimpinan Nabi Yaakub ini, perkataan Israel mula digunakan baut julung kalinya. Israel adalah perkataan Ibrani yang membawa maksud ' kamu mengalahkan Tuhan'. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub selepas beliau berjaya mengalahkan 'Tuhan' dalam pergaduhan antara mereka berdua4.

4

Mohd Rosmizi Abd. Rahman. 4 Agama Monoteisme. Pahang : PTS Publications. 2004. Hlm. 23.

5

Nabi Yaakub mengahwini 4 orang isteri yang melahirkan 12 orang anak lelaki. Daripada mereka lahirnya 12 keturunan Israel. Semua keturunan itu dinamakan sebagai kaum Israel (anak cucu Israel). Isteri-isteri dan anak-anak lelaki beliau adalah: 1.

Laiah (anak sulung kepada bapa saudaranya). Melahirkan 6 orang anak lelaki iaitu; Rubin Syam'un, Lawai (Lewi), Yahuda, Yashaki dan Zebulon.

2.

Rahil (adik kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Yusuf dan Bunyamin.

3.

Zalfah (hamba kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Jadd dan Ashir.

4.

Balhah (hamba kepada Rahil). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Dann dan Naftali.

Keturunan yang paling banyak berkembang dengan pesat adalah keturunan Yahuda iaitu anak Nabi Yaakub yang keempat yang dilahirkan oleh Laiah. Oleh kerana banyaknya keturunan Yahuda, maka keturunan-keturunan yang lain lebur dan bergabung dengan keturunan Yahuda dan kerana itu mereka dikenali sebagai bangsa Yahudi sehingga sekarang.



Zaman Nabi Yusuf

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa adik-beradik Nabi Yusuf kecuali Bunyamin telah melakukan hasad dengki kepada saudara mereka sendiri disebabkan sifat cemburu yang terlalu tinggi akibat daripada pengetahuan mereka tentang nasib Nabi Yusuf pada masa akan datang. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf dan perkara ini berlarutan sehinggalah Nabi Yusuf menjadi Pembesar Mesir. Pada suatu hari, saudara- saudara Nabi Yusuf ini datang hendak meminta bantuan makanan. Peluang yang ada ini, Nabi Yusuf berjaya membawa Nabi Yaakub dan anak-anaknya berpindah ke Mesir dan mereka tinggal bersama-sama sehinggalah beberapa generasi. •

Zaman Nabi Musa

Kaum Israel yang mula-mula pindah dan menetap di Mesir, disambut baik oleh raja dan penduduk Mesir. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun tidak beberapa lama

6

selepas itu, tampuk pemerintahan ketika itu digantikan dengan seorang raja yang zalim. Firaun yang zalim itu dikatakan hidup sezaman dengan Nabi Musa. Pelbagai peristiwa yang berlaku, antaranya bangsa Yahudi dijadikan sebagai hamba abdi dan dipaksa melakukan pekerjaan yang berat dan hina kerana Firaun sangat membenci kaum tersebut disebabkan dia mencurigai sifat-sifat orang Israel yang suka menyendiri dan menyisihkan diri daripada masyarakat sekeliling. Di samping itu, Firaun membenci agama yang diamalkan bangsa Yahudi kerana ia bertentangan dengan agama beliau sendiri yang lebih suka menyembah berhala dan dewa bahkan beliau sendiri sudah mengakui bahawa dirinya sebagai Tuhan. Pada zaman inilah Nabi Musa diutuskan untuk memimpin Bani Israel dan mengajak Firaun kepada ajaran agama yang benar iaitu menyembah Tuhan yang Esa. Antara nabi yang turut terlibat adalah Nabi Harun.

Konsep Ketuhanan Yahudi

Menurut fakta-fakta sejarah, amat jelas bahawa kaum Bani Israil telah mengabaikan sumber akidah yang hakiki iaitu sumber yang datang dari langit, dan sebaliknya mereka mengikuti sumber yang lain. Sepanjang masa dalam sejarah, kaum Bani Israil tidak pernah konsisten menyembah Tuhan Yang Esa sebagaimana diajarkan oleh para Nabi. Kecenderungan dan kesukaan mereka terhadap Tuhan yang ditajsimkan (bertubuh) dan animistis (lebih dari satu) nampak jelas di dalam segala aspek sejarah mereka. Kefahaman kuno di dalam agama tetap menjadi pokok kepercayaan mereka walaupun mereka mempunyai pertalian hubungan kekeluargaan dengan Nabi Ibrahim melalui salasilah keturunan mereka yang bersambung sehingga sampai kepada baginda.5 Salah satu bukti yang konkrit akan sikap mereka yang selalu berbalik dari keimanan dan syirik kepada Allah adalah dengan jumlah para Nabi yang ramai, yang telah diutuskan kepada mereka. Oleh hal yang demikian, perlulah didatangkan sejumlah para Nabi lagi untuk 5

Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Drs. A.Wijaya, Perbandingan Agama-Agama Yahudi, Jakarta: Bumi Aksara, 1991. Hlm. 169.

7

memperbaharui seruan kepada tauhid dan mengesakan Allah. Walaupun begitu, seruan tersebut tidak langsung mendatangkan kesan kepada mereka kerana mereka muncul sebagai kaum yang menyembah roh-roh dan patung-patung, dan kadang-kadang meniru cara ibadat bangsa-bangsa yang berjiran dengan mereka di mana kebudayaan dan pemikiran mereka telah ditiru oleh kaum Yahudi.6 J.Shotwell berkata: “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi itu sejak awal-awal mereka muncul di dalam sejarah dunia, merupakan penghuni gurun yang suka berpindah-randah, sangant terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran kuno seperti takut kepada hantu (syaitan-syaitan) dan percaya kepada roh-roh. Mereka menyembah batu-batu. Kambing-kambing dan menyembah pokok-pokok.”7 Selain itu Reinach berkata: “Orang-orang Yahudi itu meletakkan patung-patung berhala kecil di dalam rumah-rumah mereka untuk di sembah, dan berhala itu akan selalu dibawa mereka jika mereka berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain”. Kepercayaan tersebut tetap menjadi pegangan bagi kaum Bani Israel sehingga Musa dating dan membawa mereka keluar dari Mesir.8 Sesudah zaman Musa, kaum Bani Israil sangat terpengaruh dengan tuhan-tuhan yang disembah oleh bangsa Kana’n. Kent menerangkan bahawa Tuhan Kan’an yang bernama Kan’an itu telah diambil menjadi tuhan oleh Kaum Bani Israil di beberapa perkampungan mereka. Selain itu, golongan itu mempunyai tempat sembahyang yang sama, di mana di dalamnya terdapat patung berhala Yahuah dan lain bagi Baal. Kadang-kadang sampai keliru, berhala Yahuah dipanggil Baal. Hal demikian berlanjutan sehingga zaman Yusha’ (Joshua).9

Yahuah Dan Penyembahannya

6

Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Dr. Fuad Muhammad Fakhruddin Muhammad Labib, Agama Masehi, Singapura: Pustaka Nasional, 1978. Hlm 204. 7

Op.Cit, Hlm. 170

8

Ibid. Hlm. 170.

9

Ibid. Hlm. 172

8

A- Asal-usul perkataan Yahuah Al-Ustaz Abbas Mahmud al-Aqqad mengatakan, bahawa perkataan “Yahuah” tidak diketahui dengan tepat dari mana asal-usul atau sumbernya. Boleh jadi perkataan itu diambil dari sumber sesuatu panggilan kepada orang ketiga (ghaib), dalam bahasa Arabnya “ Ya Hua” yang bermaksud “Wahai si Dia”, kerana Musa telah mengajarkan kepada kaum Bani Israil supaya takut apabila disebut nama (Yahuah)-nya sebagai satu penghormatan kepadanya. Maksud yang sama juga dipakai oleh Smith, tetapi ia menambahkan kemungkinan ada penambahan maksudnya yang membawa erti yang lain, iaitu satu perkataan dalam bahasa Ibrani yang maksudnya sama dengan perkataan “Lord” (tuan). Bahasa Ibrani mula-mula ditulis dengan menggunakan huruf saksi hingga tahun 1500 M, baru kemudian dimasukkan huruf-huruf saksi ke dalam bahasa itu. Oleh itu perkataan “Yahuah” pun menjadi “Jehovah” yang ertinya “tuan” dan “Tuhan”.

B- Sifat-sifat Yahuah Bagi Tuhan, tentu mempunyai pelbagai macam nama sesuai dengan pelbagai jenis bahasa yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Dalam bahasa Arab dipanggil “Allah Yang Maha Esa”. Dalam Bahasa Inggeris disebut “God”, dalam bahasa Indonesia dan Melayu dipanggil “Tuhan” dan seterusnya. Tetapi apakah perkataan “Yahuah” itu nama bagi Tuhan orang-orang Yahudi atau dalam bahasa Ibraninya?. Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Hal ini kerana sifat-sifat yang disebutkan oleh orang-orang Yahudi bagi Tuhan Yahuah itu jauh berbeza dari sifat-sifat Tuhan yang dimilki oleh golongan manusia yang beragama. Sifat-sifat tersebut juga tidak dapat melayakkannya sebagai pemberi hidayat tetapi sebaliknya menjadikannya sebagai cermin yang menghancurkan watak-watak dan arah tujuan mereka sendiri.10 Will Durant berkata: Ada kemungkinan bahawa tentera-tentera Yahudi yang telah menakluki negeri-negeri baru itu telah terpengaruh oleh salah satu dari Tuhan-tuhan kaum Kana’n, lalu merekapun menyembahnya mengikuti cara orang-orang Kan’an. Kemudian mereka menjadikannya sebagai Tuhan pula. Hal ini terbukti dengan penemuan barang-barang peninggalan sejarah yang terdapat di negeri Kan’an pada tahun 1931, berupa beberapa patung 10

Ibid. Hlm. 173.

9

tembikar yang berasal dari zaman peradaban purba (Bronze Age) dianggarkan pada tahun 3000 S.M. Tembikar itu bertulis nama Tuhan Kan’an yang dipanggil “Yah” atau “Yahu”11 Maka Yahuah itu bukan yang menjadikan mereka, sebaliknya mereka yang mencipta Yahuah. Yahuah tidak memerintah tetapi mengikuti segala kemahuan mereka malah seringkali tunduk di bawah perintah-perintah kaum Yahudi . Bagi mereka, Yahuah bersifat dengan sifatsifat peperangan, dan jika kaum yahudi hendak berperang, atau bersifat dengan sifat-sifat yang merosakkan, hal itu adalah kerana sifat kaum Yahudi itu sendiri yang memang suka menghancurkan, bukan kerana dakwaan mereka yang mengatakan bahawa perkata itu adalah sifat Tuhan Yahuah. Bagi mereka juga Yahuah lah yang menyuruh kaum Yahudi itu mencuri, sekiranya orang-orang Yahudi itu hendak mencuri. Yahuah juga menerima pemberitahuan mereka tentang apa yang mereka inginkan dia untuk mengetahuinya.

Sifat-sifat Yahuah

1-

Orang-orang Yahudi telah menggambarkan Tuhan Yahuah sebagai satu gambaran yang

benar-benar menyerupai sifat-sifat manusia.12 Gambaran tersebut akan menjadi lebih jelas lagi bila kita melihat kepada keterangan-keterangan yang didakwa oleh orang-orang Yahudi terhadap Yahuah. Menurut orang-orang Yahudi, sifat-sifat lahiriah Tuhan Yahuah, ialah bahawa ia pernah berjalan bersama-sama rombongan Bani Israil dalam bentuk sekelompok awan.13 Hal ini dapat ditemui di dalam kitab perjanjian lama di mana sifir Khuruj pun menceritakan.: Dan mereka pun (Bani Israil) berpindahlah dari Sukkut untuk menetap di Itsam di 11

Ibid. Hlm. 174.

12

Ibid. Hlm. 174.

13

Ibid. Hlm. 175.

10

penjuru gurun pasir, dan yang berjalan di hadapan bersama-sama mereka ialah tuhan; pada siang hari menjelma seperti sekelompok awan sebagai pedoman dalam perjalanan, malah pada waktu malam hari dia menjelma seperti sekelompok api untuk menerangi perjalanan mereka. J.Smith mengatakan, bahawa semenanjung Sinai merupakan suatu kawasan gunungganang berapi yang selalu berasap. Ada kemungkinan bahawa kelompok-kelompok awan yang diikuti oleh rombongan-rombongan Bani Israil itu telah disangka sebagai tuhan yang berjalan bersama-sama mereka, sedangkan pada hakikatnya ia tidak lain melainkan kepulan asap yang dibawa angin ke hadapan yang berpunca dari gunung-gunung berapi itu.14

2-

Yahuah bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan sepertimana yang disebutkan oleh Taurat:

“ Kemudian naiklah Musa, Harun, Nadab, Abihu dan 70 ketua-ketua Israil dan mereka telah melihat Tuhan Israil yang dibawah kedua kakinya terdapat semacam potongan batu akik biru yang jernih, jernihnya seperti kejernihan langit layaknya, akan tetapi Tuhan itu tidak menghulurkan tangannya kepada pembesar-pembesar Bani Israil itu”15

3-

Yahuah tidak pernah mengaku bahawa dirinya pandai dan meminta kepada orang-orang

Bani Israil agar mereka menunjukkan sesuatu perkara kepadanya. Tatkala orang-orang Bani Israil masih berada di Mesir, Tuhannya telah membuat keputusan “hendak menerobos bumi mesir malam ini dan memukul (membunuh) setiap anak sulung manusia dan binatang di negeri itu”, tetapi Yahuah tidak menjatuhkan pukulan-pukulannya kepada Bani Israil. Untuk itu kaum Yahudi diminta agar memberi tanda pada rumah-rumah mereka dengan darah kibas yang dikorbankan, kemudian menyapukan darahnya pada kedua tiang dan bendul rumah mereka.16

4-

Yahuah juga tidak terlepas dari melakukan perbuatan dosa. Dia sering kali bersalah dan

mnyesal atas perbuatannya itu. Teks dalam Taurat berbunyi: “Maka menyesallah Tuhan di atas 14

Ibid.

15

Ibid.

16

Ibid. Hlm. 176.

11

kesalahannya atas apa yang dilakukannya ke atas rakyatnya. Dan dalam teks lain dikatakan lagi: “ Maka berkatalah Tuhan kepada Samuel: “Aku menyesal setelah aku menjadikan Saul raja, kerana dia telah berpaling dan tidak menjalankan perintahku”.17

5-

Tuhan Yahuah telah menyuruh mencuri. Hal ini berpandukan satu teks Taurat yang

menyebut bahawa Yahuah telah memerintahkan orang-orang Bani Israil, “ Tiap-tiap orang perempuan mereka disuruh meminta barang-barang kemas emas, perak, dan pakaian dari jiran dan tetamunya, kemudian disuruh pakaikan kepada putera-petera dan puteri-puteri mereka. Demikianlah seharusnya mereka merampas harta orang-orang mesir itu”18 6-

Yahuah adalah tuhan yang bersikap keras , perosak dan fanatik terhadap kepentingan

rakyatnya, sebab ia bukan tuhan semua bangsa, dia hanya tuhan bagi Bani Israil sahaja. Dengan demikian dia adalah musuh kepada tuhan-tuhan yang lain. Sedangkan bangsanya juga menjadi musuh kepada bangsa-bangsa yang lain. Buku-buku rujukan yang mebincangkan soal ini telah memberikan satu gambaran bahawasanya ia mempunyai kaitan dengan satu komplot jahat Yahudi. Katanya: “ Apabila Tuhan membawamu ke bumi yang kamu masuk supaya kamu memilikinya, dan Tuhan menghalau banyak bangsa lain dari depanmu, bangsa Hattite, Jarjasyi, Amuri, Kan’ani. Firizi, Hiwiyi dan Yabusi, tujuh bangsa yang lain yang lebih banyak jumlahnya dan yang lebih kuat dari kekuatanmu. Dan hendaklah engkau halangi dan batasi mereka, jangan membuat janji dan jangan engkau kasihan kepada mereka.19

Peringkat Penyembahan Terhadap Yahuah

Penyembahan Yahuah terbahagi kepada 3 peringkat yang besar iaitu : 17

Ibid.

18

Ibid.

19

Ibid. Hlm. 177

12

1. Penyembahannya sebelum didirikan rumah Ibadat Haikal. 2. Penyembahannya di dalam Haikal. 3. Penyembahannya setelah kehancuran Haikal.

1. Tuhan Yahuah Sebelum Didirikan Haikal. Penyembahan Yahuah pada peringkat ini dimulai tatkala Musa menyeru kepada Bani Israel agar beriman kepadanya dan menurut Musa Yahuah itu adalah Tuhan yang satu-satunya. Tetapi orang-orang dari Bani Israel tidak menyambut seruan itu sebagaimana diharapkannya, bahkan mereka terlalu cepat menukar penyembahan mereka kepada anak lembu sejak Musa masih hidup hingga baginda wafat. Pada masa kekuasaan para Hakim, kaum Bani Israel kembali lagi melakukan kejahatan terhadap Tuhan. Mereka menyembah Baal, Ashtart dan Tuhan-tuhan Aram, Tuhan-tuhan Sidom, Tuhan-tuhan Moab, Tuhan-tuhan Amon dan Tuhan-tuhan orang Palestin serta membelakangkan dan meninggalkan penyembahan terhadap Tuhan yang sebenarnya. Ini dapat dibuktikan lagi iaitu pada permulaan zaman raja-raja, Kitab Suci mengesahkan bahawa Mikal, isteri Nabi Daud, pernah menyembah patung berhala yang direka bentuk manusia yang dilambangkan sebagai Allah. Bagi mengelirukan musuh-musuh Daud yang hendak membunuhnya, Mikal mengambil Travima, salah satu daripada berhala-berhala itu, lalu diletakkanya di atas tempat tidur, agar musuh-musuh Daud menyangka bahawa orang yang tidur di tempat tidur itu adalah Daud. Sedangkan Daud dibawa lari oleh Mikal dari pencarian orangorang Saul yang hendak membunuhnya.

2. Yahuah Dengan Haikal Pada peringkat ini Nabi Daud telah sampai di kota Jerusalem dan menjadikan kota itu sebagai ibukota kerajaannya. Kemudian dilanjutkan oleh pemerintahan Sulaiman, maka dibuatlah Haikal di kota itu. Sesudah itu terpusatlah akidah dan kepercayaan Bani Israel di sekitar rumah ibadat Haikal itu dan mereka pun menganggapnya sebagai rumah Tuhan yang 13

selama ini selalu diperkatakan oleh para Nabi, dan yang diberi nama Yahuah atau Jehovah. Sementara usaha untuk memperbaharui, membentuk dan mempercantikkan Haikal itu menjadi suatu tanda mulai tumbuhnya kecenderungan pada diri mereka kepada Tuhan yang selama ini telah disia-siakannya. Oleh demikian, Haikal itu sebenarnya menjadi simbol dari segala Tuhan yang pernah mereka sembah dan masih belum hilang lagi dari ingatan mereka. Mereka menganggap bahawa Yahuah itu tidak banyak perbezaannya dengan batu-batu berhala dan patung-patung, sebab disitulah tempat tertumpunya semua roh-roh dan di situ pula tempat mempersembahkan sembelihan korban. Di samping itu di situlah tempat tertegaknya kepala anak lembu. Demikianlah seterusnya peribadatan terhadap Haikal di Jerusalem berjalan terus sewaktu kesatuan politik mulai berkembang pada masa kekuasaan pemerintahan Nabi Daud dan Sulaiman. Menurut Will Durant dalam kitabnya "Qissatul Hadlarah" Agama mempunyai peranan yang penting untuk mempropagandakan slogan-slogan sejarah dan politik, dan dengan demikian maka Yahuah telah menjadi Tuhan yang tunggal bagi kaum Yahudi, "Tuhan yang mengatasi segala Tuhan bangsa manusia". Para analisis bahagian sejarah agama-agama mempercayai bahawa tujuan utama dari dakwaan kaum Yahudi itu bukanlah kerana kepentingan agama, melainkan disebabkan oleh faktor-faktor keduniaan. Tujuan sebenarnya adalah untuk menyatukan pemikiran kaum Yahudi agar kerajaan mereka berdiri kekal dan terpelihara dengan baik. Demikianlah kaum Yahudi itu menjalin dan mengikat hubungan dengan Yahuah.

3. Yahuah Setelah Kehancuran Haikal Pada peringkat ini orang-orang Yahudi telah mula memberi sedikit ruang kepada pemikiran mereka bahawa Tuhan itu bukan sahaja boleh didapati di Haikal. Ini berlaku apabila zaman ini telah mengalami zaman kehancuran Haikal. Mereka tertanya-tanya di manakah Tuhan selepas rumah peribadatan mereka iaitu Haikal telah hancur akibat daripada penaklukan kuasa besar yang lain. “Mereka menyangka bahawa Tuhan Yahuah itu berada bersama-sama mereka dalam tawanan, akan tetapi tidakkah Yahuah masih berada bersama-sama mereka yang tinggal di

14

Palestin. Dan tidakkah Yahuah juga turut bersama-sama mereka berpindah ke negeri-negeri lain di utara, selatan timur dan barat. Jawapan mereka terhadap pertanyaan-pertanyaan sebegini begitu mendalam dalam pemikiran kaum Yahudi. Mereka sebaliknya mempercayai bahawa Yahuah itu senantiasa bersama-sama tiap-tiap orang dari mereka di mana saja mereka berada. Ini bererti bahawa Yahuah itu berada di mana-mana tempat. Demikian itu ia dianggap sebagai suatu langkah penting dalam sejarah akidah kaum Bani Israel kerana dengan demikian mereka tidak lagi meletakkan Tuhan di suatu tempat yang terbatas dan kerana itu juga mereka telah sedikit terbebas daripada kongkongan pemahaman bahawa Tuhan itu bertubuh. Ajaran-ajaran Yahudi

Sepuluh Perintah

Sepuluh Perintah atau Ten Commendments ini adalah asas keyakinan atau akidah dan asas-asas kebaktian atau syariat. Sepuluh Perintah ini diterima oleh Nabi Musa daripada Yahuwa (Tuhan) di atas Bukit Sinai. Pada asalnya ia ditulis di atas dua Luh. Iaitu dua papan batu yang nipis. Sepuluh perintah itu adalah: 1. Akulah Tuhanmu, yang membawa kamu keluar daripada tanah Mesir, daripada

tempat

perbudakan. Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanku. 2. Jangan membuat patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit di atas ataupun

yang ada di bumi di bawah ataupun yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya ataupun beribadah kepadanya, sebab aku tuhanmu, Tuhan yang pemerhati, yang membalas kesalahan bapa kepada anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat daripada orang- orang yang membenci Aku, tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, iaitu mereka yang mengasihi Aku, dan yang berpegang kepada perintah-perintahku.

15

3. Jangan menyebut Tuhanmu dengan sembarangan, sebab Tuhan akan memandang bersalah orang yang menyebut namanya secara sembarangan. 4. Ingat dan sucikanlah hari Sabbath: enam hari lamanya kamu bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabbath Tuhanmu, maka janganlah melakukan sesuatu pekerjaan, kamu ataupun anak lelaki-mu, anak perempuanmu, hamba perempuanmu, lawanmu ataupun orang-orang asing yang ada di tempat kediamanmu. 5. Hormati ibu bapamu supaya umurmu lanjut di tanah yang diberikan Tuhan kepadamu. 6. Jangan membunuh. 7. Jangan berbuat zina 8. Jangan mencuri. 9. Jangan melakukan kesaksian dusta kepada sesama kamu. 10. Jangan menginginkan rumah sesama kamu, isterinya hamba lelakinya, hamba

perempuannya, lembunya, keldainya ataupun apa sahaja yang menjadi miliknya20

Di sini kita dapat simpulkan bahawa isi-isi sepuluh perintah di atas seperti berikut:

1- Jangan menyembah Tuhan lain selain Yahuwa 2- Jangan membuat patung ataupun mengukirnya. 3- Jangan menyebut nama Yahuwa dengan sia-sia 4- Muliakan hari Sabbath 5- Hormati ibu-bapa 6- Jangan membunuh 7- Jangan berbuat zina 8- Jangan melakukan kesaksian dusta 20

Mohd Rosmizi Abd. Rahman, 4 Agama Monotheism, Pulau Pinang: PTS Publications&Distributors SDN.BHD, 2004, Hlm. 48.

16

9- Jangan mencuri 10-Jangan menginginkan apa yang menjadi hak milik orang lain tanpa kebenaran.21

Pegangan Maimonides

Terdapat beberapa kepercayaan dalam agama Yahudi yang masih kekal dan diamalkan oleh penganutnya yang setia. Kepercayaan ini dapat dikategorikan kepada 13 prinsip kepercayaan atau keimanan. Ia digariskan oleh seorang ahli fikir terkenal Musa Bin Maimon (1135-1204). Beliau dilahirkan di Cordova, Sepanyol. Pada tahun 1165, beliau dan keluarganya berpindah ke Maghribi dan kemudiannya ke Kaherah di mana beliau dilantik menjadi ahli fizik kepada Sultan Salahuddin. Maimonides menulis tiga buah tulisan iaitu ulasan kepada Mishnah, undang-undang atau hukum-hukum lisan yang diturunkan daripada generasi-generasi iaitu Mishnah Torah atau “Taurat yang kedua”. Manakala tulisannya yang terakhir mengenai Moreh Nevukhim atau “ Guide for the Perplexed” yang menyatukan antara ajaran-ajaran agama Yahudi dengan falsafah pemikiran. Tujuan beliau adalah menyatukan kaum Yahudi di bawah satu kod kebijaksanaan bunyi dan lain-lain lagi.22 Sistem kepercayaan ini dikenali sebagai Kepercayaan atau Pegangan Maimonide atau Maimonides Creedals. Ia adalah rukun iman dalam agama Yahudi itu mempercayai:

1. Tuhan adalah Maha Pencipta. 2. Tuhan adalah satu atau Maha Esa. 3. Tuhan tidak mempunyai tubuh badan fizikal. 4. Tuhan kekal abadi 5. Tuhan sahaja yang wajib disembah 6. Tuhan menurunkan perintahnya kepada para rasulnya 21

Ibid. Hlm 48

22

Karen Farrington. Hamlyn History Religion: Great Britain, London: Michelin House, 1998. Hlm 52.

17

7. Nabi Musa adalah Nabi yang teragung 8. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa 9. Kitab Taurat adalah kekal dan tidak berubah 10. Tuhan adalah Maha Mengetahui 11. Tuhan akan memberi ganjaran dan hukuman mengikut amalan seseorang 12. Messiah akan datang

13. Orang yang mati akan dibangkitkan kembali

Sekiranya ditafsirkan sama ada secara terperinci ataupun umum, prinsip-prinsip ini dapat dibahagikan pula kepada empat perkara utama.



Mereka mengakui kewujudan Tuhan yang mencipta dan megawal ala mini. Dia hanyalah satu tanpa ada yang kedua. Ini menunjukkan agama Yahudi adalah Monotheism



Prinsip-prinsip itu mengakui Tuhan bersifat aktif iaitu terlibat dalam sejarah kehidupan manusia. Tuhan menyampaikan kehendaknya melalui para nabi.



Mereka mengakui kesempurnaan agama Yahudi, Nabi Musa yang agung dan kitab Taurat



Mereka menjelaskan ke dalaman makna, dan pengadilan yang adil dalam kehidupan manusia seperti mereka mengakui Tuhan mengetahui segala perbuatan dan mengurniakan ganjaran ataupun hukuman berdasarkan amalan mereka. Dengan menyatakan peristiwa kebangkitan semula selepas kematian, Maimonaide sebenarnya kehidupan yang kekal abadi.23

Pandangan Islam Berkenaan Agama Yahudi24

23

Op.Cit. Hlm. 50

24

Prof. Dr. Ahmad Shalaby, (terj.) Drs. A. Wijaya, Perbandingan Agama : Agama Yahudi, Cet. 1, (1991), Jakarta : Bumi Aksara. Hlm. 42.

18

1. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang bersifat memberikan peringatan dan ancaman terhadap orang-orang Yahudi. Peringatan-peringatan itu ditujukan kepada penganut– penganut Yahudi yang telah menyimpang dari syariat Nabi Musa a.s. Agama Yahudi yang sekarang ini ialah agama Israil yang telah mengalami perubahan-perubahan setelah timbul kitab Talmud di samping kitab Taurat. 2. Nabi Musa a.s. diutus Tuhan kepada Bani Israel untuk mengajarkan dan mengajak

mereka kembali kepada ajaran-ajaran Tauhid, iaitu suatu agama yang dibawa nenek moyang mereka Nabi Ibrahim a.s. kerana pada waktu itu sudah banyak meniru adat istiadat penyembah berhala. Allah menurunkan wahyunya kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada kaumnya iaitu Bani Israil, baik mengenai kepercayaan, ibadat dan pergaulan sesame manusia. Maka agama Yahudi menurut Al-Quran pada mulanya adalah agama Allah yang benar atau dengan kata lain ia juga adalah agama Islam. 3. Perbezaan dan perselisihan dengan agama Islam sekarang adalah disebabkan kesesatan-

kesesatan baru yang ditambahkan oleh pengikutnya dan pemuka-pemuka Yahudi dan kerana mereka tidak mahu menerima agama Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pembaru agama Yahudi. 4. Wahyu Tuhan yang disampaikan kepada Nabi Musa untuk disampaikan kepada umatnya

adalah merupakan kitab Taurat yang harus pula dipercayai oleh umat Islam. Tetapi kitab Taurat yang asli sekarang tidak ada lagi, sebagaimana diterangkan dalam Al-Quran iaitu Allah berfirman : "dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka Dengan apa Yang telah mereka kerjakan." (Surah Al-Maidah 5:14) 5. Aqidah Islam mengajar umatnya agar mempercayai dan mengimani kitab-kitab suci yang empat termasuklah kitab Taurat yang diturunkan Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur kepada Nabi Daud dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi kita wajib 19

beriman dengan kitab yang asal dan bukannya sepertimana kitab Taurat dan Injil yang telah diselewengkan maknanya. 6. Nabi Muhammad s.a.w diutus Tuhan ialah untuk seluruh umat manusia termasuk Bani Israil, sebagai rahmat Tuhan kepada alam semesta sebagaimana firman Allah dalam AlQuran : "dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." ( Surah Al-Anbiyaa' 21:107)

20

PENUTUP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyelesaikan tugasan yang bertajuk “Konsep Ketuhanan Menurut Agama Yahudi” ini sebaik mungkin. Mudah-mudahan usaha kami yang tidak seberapa ini menjadi suatu kebaikan bukan sekadar kepada kami bahkan kepada diri pembaca budiman sekalian.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah konsep ketuhanan di dalam agama Yahudi merupakan satu konsep ketuhanan yang telah bercampur-aduk antara fakta yang benar dan tokok tambah yang batil serta pengurangan isi kandungan Taurat yang asal oleh golongan pendeta Yahudi. Mereka secara berleluasa telah mengintepretasikan konsep ketuhanan di dalam agama mereka mengikut hawa nafsu dan keinginan mereka. Sebagai contoh, mereka mendakwa Tuhan mereka memerintahkan mereka mencuri, semata-mata untuk menghalalalkan perbuatan tersebut demi kepentingan mereka. Mereka juga ingkar dengan suruhan mentauhidkan Tuhan yang disampaikan melalui rasul-rasul yang telah diutuskan kepada mereka bahkan mereka telah meniru cara penyembahan kaum yang hidup sezaman dengan mereka pada masa lalu seperti kaum Kan’an iaitu menyembah patung-patung, dan pohon-pohon yang amat jelas bertentangan dengan ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Musa

Oleh hal demikian, layaklah kaum Yahudi mendapat kemurkaan Allah di atas keingkaran dan kedegilan mereka menerima risalah tauhid yang disampaikan melalui rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka. Semoga tugasan yang diusahakan oleh kami ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam amnya, dan kepada mahasiswa-mahasiswa Islam yang

21

berminat untuk mengetahui konsep ketuhanan menurut falsafah beragama orang-orang Yahudi. Semoga usaha ini tidak akan sia-sia dan beroleh ganjaran daripada Allah.

BIBLIOGRAFI

Dr. H.O.K. Rahmat S.H., Dari Adam Sampai Muhammad : Sebuah Kajian Mengenai Agamaagama.,(1984), Pustaka Aman Press : Kota Bharu

K. H. Agus Hakim. Perbandingan Agama. Bandung : Penerbit CV. Diponegoro, 1996.

Karen Farrington. Hamlyn History Religion: Great Britain, London: Michelin House, 1998.

Mohd Rosmizi Abd. Rahman. 4 Agama Monoteisme. Pahang : PTS Publications. 2004.

Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Dr. Fuad Muhammad Fakhruddin Muhammad Labib, Agama Masehi, Singapura: Pustaka Nasional, 1978.

__________________, (terj) Drs. A.Wijaya, Perbandingan Agama-Agama Yahudi, Jakarta : Bumi Aksara, 1991.

22

Related Documents

3. Konsep Ketuhanan
December 2019 30
Ketuhanan
May 2020 24
Mayat Yahudi
October 2019 33