Komunikasi Bermaksud Perhubungan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi Bermaksud Perhubungan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,199
  • Pages: 6
KOMPONEN III (PENGURUSAN AM) Soalan 3B Guru Besar

Mesyuarat Staf

Halangan Komunikasi

Perutusan Isyarat di terima

Tindakan

Guru

Maklumbalas

Sumber : Model Komunikasi Shannon & Weaver

Model komunikasi di atas menunjukan situasi aliran mesyuarat yang sering diadakan di sekolah.Adakalanya maklumat yang ingin disampaikan oleh guru besar tidak dapat difahami oleh guru-guru dengan baik. Natijahnya, guru-guru sebagai pelaksana tidak dapat melaksanakan sesuatu program yang dipertanggungjawab dengan berkesan. Berdasarkan model di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Jawapan Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama berkomunikasi antara manusia ialah menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Antaranya ialah penggunaan alat media seperti suratkhabar, radio, televisyen, komputer, surat, lisan dan sebagainya. Mengikut Model Shannon dan Weaver, proses komunikasi

bermula

dari

sumber

maklumat

(disimpan

dalam

ingatan)

yang

menghasilkan mesejnya melalui alat pemancar seperti suara, kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima (pendengar). Alat penerima serta-merta mentafsir mesej yang diterima yang kemudiannya disalurkan ke destinasi yang dituju, iaitu otak

manusia. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada kadar kekuatan sumber gangguan semasa mesej disalurkan dari alat pemancar ke alat penerima. Berdasarkan model komunikasi Shannon dan Weaver, terdapat banyak faktorfaktor yang menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan oleh Guru Besar tidak dapat difahami oleh guru-guru dengan baik. Faktor yang pertama ialah kebisingan. Kebisingan yang tidak terkawal akan mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Kebisingan akan menyebabkan mesej yang tepat tidak sampai kepada penerima. Jika mesej itu disampaikan dalam keadaan kebisingan yang kuat, maka keberkesanan komunikasi akan berkurang. Komunikasi sukar untuk dilakukan di kawasan yang bising. Ini kerana ia akan mengganggu penyampai dan penerima semasa melakukan proses komunikasi. Faktor kedua pula ialah bahasa yang tidak jelas. Bahasa yang berlainan antara satu individu dengan individu lain juga boleh menjadi halangan komunikasi. Pemilihan perkataan oleh Guru Besar mempunyai makna yang tidak konsisten apabila diterjemahkan oleh penerima maklumat iaitu guru-guru yang berasal dari negeri-negeri yang berbeza. Guru Besar perlu menyedari bahawa terdapatnya perkataan yang sama tetapi mempunyai pengertian yang berlainan kepada penerima maklumat daripada latar belakang bahasa yang berbeza. Kata-kata atau perkataan yang mempunyai makna yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara bagi orang yang berlainan budaya ini dinamakan semantik. Di sini pendengar dan penutur tidak sependapat berkenaan makna yang dimaksudkan. Sebagai contoh, orang Kedah dan orang Johor mempunyai makna lain apabila menggunakan perkataan “selalu”. Orang Kelantan dan orang Selangor pula mempunyai makna lain apabila menggunakan perkataan “bela”. Menurut Kamus Dewan 1993, perkataan “selalu” mempunyai tiga makna: 1. Sentiasa, selamanya, sepanjang masa; 2. Seluruh, semua; 3. Terus, langsung. Menurut Kamus Dewan 1993 juga, perkataan “bela” mempunyai tiga makna: 1. Membunuh diri mengikut orang mati; 2. Membalas membunuh dan lain-lain; 3. Melindungi, menyelamatkan, mempertahankan. Faktor ketiga ialah latarbelakang pendengar atau penerima mesej yang berbeza. Pelbagai budaya yang wujud dalam organisasi menyebabkan subordinat minoriti sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang dipelopori oleh

majoriti subordinat. Contohnya perkataan “lawa”. Bagi masyarakat Semenanjung ia bermaksud cantik, tetapi bagi masyarakat Sarawak “lawa” dimaksudkan sombong. Selain itu, perkataan yang digunakan oleh guru-guru yang datang dari Terengganu juga berbeza dengan perkataan yang digunakan oleh guru-guru yang berasal dari Negeri Sembilan. Faktor keempat ialah alam sekeliling atau persekitaran yang tidak sesuai. Contohnya, persekitaran bilik mesyuarat seperti di kawasan yang sedang dalam pembinaan yang mengeluarkan bunyi bising akan mewujudkan halangan komunikasi. Selain itu, suasana dalam bilik mesyuarat yang kurang kondusif seperti sempit atau pendingin hawa yang tidak berfungsi akan menyebabkan ketidakselesaan dan menambahkan lagi halangan komunikasi. Faktor kelima ialah salah tafsir ( interpretasi ). Tanggapan yang dibuat oleh penerima maklumat terhadap sesuatu situasi mungkin bercanggah dengan tanggapan yang dibuat oleh penyampai. Contohnya arahan Guru Besar kepada guru-guru tentang sesuatu tugas yang hendak disiapkan secepat mungkin. Jika tidak ditetapkan tempoh yang dikehendaki oleh Guru Besar maka ia akan menimbulkan kekeliruan kepada guruguru dalam memahami maksud secepat “mungkin”. Faktor keenam ialah kesesuaian masa ( timing ). Masa yang tidak sesuai akan mempengaruhi maklumat yang ingin disampaikan. Contohnya, apabila mesyuarat mengambil masa yang terlalu lama, guru-guru akan kehilangan fokus atau tumpuan. Ini kerana masa yang terlalu lama akan menimbulkan rasa yang kurang selesa seperti letih, bosan, teringat urusan lain, dan sebagainya. Hal ini akan mengurangkan ketepatan maklumat yang hendak disampaikan. Faktor ketujuh ialah emosi penerima. Guru -guru seharusnya bersedia dengan memastikan diri mereka berada dalam emosi yang stabil dan terkawal sepanjang mesyuarat dijalankan seperti tidak berada dalam keadaan yang terlalu sedih, terlalu gembira, apatah lagi emosi marah. Jika seseorang yang berada dalam emosi marah apabila diganggu oleh rakan sekerja yang lain, ia boleh menyebabkan pergaduhan. Apabila timbul pergaduhan, komunikasi yang berkesan sukar diwujudkan. Faktor kelapan ialah cara penyampaian yang kurang jelas. Contohnya, Guru Besar menggunakan bahasa kiasan atau bahasa yang berbunga-bunga semasa di

dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat, bahasa kiasan atau bahasa yang berbunga-bunga kurang sesuai untuk digunakan. Sebaiknya, Guru Besar memberi maklumat menggunakan ayat-ayat yang tepat, ringkas dan padat agar dapat memudahkan lagi guru-guru menerima maklumat yang hendak disampaikan. Contoh yang lain pula ialah Guru Besar kelihatan kurang yakin seperti gagap semasa bertutur bagi menyampaikan maklumat. Ini akan menimbulkan perasaan kurang yakin guru-guru terhadap maklumat yang disampaikan. Faktor kesembilan ialah sikap penghantar atau penerima yang hanya memilih atau mendengar sesuatu perkara yang hendak didengari sahaja. Contohnya, guru-guru kurang berminat dengan isi perbincangan mesyuarat yang dijalankan dan memikirkan sesuatu yang lain semasa mesyuarat sedang dijalankan. Keadaan ini akan mewujudkan halangan dalam komunikasi dalam menerima mesej. Kadangkala, perselisihan faham yang timbul antara penyampai dengan penerima juga akan menyebabkan wujudnya halangan komunikasi. Perbezaan pendapat tidaklah salah, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan sikap saling memahami dan bertolak-ansur. Faktor kesepuluh dalam halangan komunikasi ialah maklumat tidak mencukupi atau berlebihan. Maklumat yang berlebihan akan mengambil masa yang lama. Ini akan menyebabkan sesetengah daripada guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan sekaligus mewujudkan halangan komunikasi. Faktor kesebelas ialah penyampaian kurang menarik. Misalnya semasa mengendalikan mesyuarat, Guru Besar hanya menggunakan komunikasi sehala sahaja untuk menjimatkan masa. Guru Besar juga tidak mengaplikasikan penggunaan ICT seperti persembahan menggunakan Powerpoint berserta komputer dan projektor LCD semasa menjalankan mesyuarat. Komunikasi sehala juga menyebabkan guru-guru tiada

peluang

untuk

mendapatkan

penjelasan.

Guru

Besar

juga

harus

mempelbagaikan nada suaranya semasa mesyuarat dijalankan. Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan oleh Guru Besar tidak dapat difahami oleh guru-guru dengan baik seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu kebisingan, bahasa yang tidak jelas, latarbelakang pendengar atau penerima mesej yang berbeza, alam sekeliling atau persekitaran yang tidak sesuai, kesesuaian masa ( timing ), emosi penerima, cara penyampaian yang

kurang jelas, sikap penghantar atau penerima, maklumat tidak mencukupi atau berlebihan, penyampaian yang kurang menarik, dan tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. ( 2002 ) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang ( 2009 ). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2 ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang ( 2009 ). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3 : Profesionalisme Keguruan ) Sekolah Rendah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sheikh Othman b. Sheikh Salim, Aishah bt. Mahdi ( 1993 ) Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rashida Awang Zainal Abidin, Normah Abdul Aziz, Haliza Hamzah, Hadiyaton Mohd. Amin. (2005). Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. mbsskl.edu.my/k_ubk/category/rimup/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=242:dasar-pendidikankebangsaan&catid=88:dasar-dasar-negara http://zanas.wordpress.com/zanas-folder/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara-2/

(5)

Related Documents