Kks

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kks as PDF for free.

More details

  • Words: 1,273
  • Pages: 11
Objektif kajian yang dapat saya ungkapkan ialah saya dapat mengkaji bangunan bersejarah iaitu Muzuim Islam Sarawak dan kegunaanya pada masa dahulu dan sekarang yakni pada masa dahulu muzium ini adalah sebuah sekolah menengah melayu dan maktab penguruan pertama di Sarawak.dan kini ia di ubahsuai unutuk dijadikan sebuah muzium yang menempat kan sejarah lampau umat Islam di negeri ini Selain itu,saya juga dapat mengkaji reka bentuk bangunan muzium ini yang di katakan satu-satunya bangunan di Sarawak.Contohnya keadaan bangunan yang unik dan lain lain lagi.Saya juga dapat mengetahui pelan-pelan reka bentuk unik bangunan in dahulu sehingga sekarang Akhir sekali saya dapat mengetahuitujuan penubuhan muzium ini iaitu sebuah sekolah, kemudianya sebuah pejabat dan kini muzium serta lokasinya yang terletak di jalan P. Ramlee.

Saya menggunakan kaedah kajian dengan melayari internet.Sayatelah melayari lawan web www.muziumsarawak.gov.my untuk mengetahui latar belakang secara ringkas dan tujuan penubuhan muzium tersebut iaitu Muzium Sarawak. Kaedah lain seperti menganalisis dokumen dalam makalah dan risalah yang di keluarkan oleh Muzim Sarawak turut saya gunakan.Di dalam risalah menunjukan sejarah Bangunan tersebut secara ringkas manakala makalah memberi maklumat tenrperinci tentang muzium tersebut.Seperti sejarah,pelan bangunan, lokasi dan lain lain lagi.

1.NAMA BANGUNAN

-Nama lain

Bangunan muzium Islam Sarawak dahulu dikenali sebagai Maderasah Melayu Sarawak atau `James Brooke Malay College’.

2.LATAR BELAKANG

-Asal-usul

Bangunan ini dahulu di bina untuk menempatkan pelajar-pelajar melayu Sarawak yang mahu melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang tinggi pada tahun 1930 sehingga 1964.Pada tahun 1966-86 telah di jadikan pejabat pendidikan negeri serta pada tahun 1987-90 telah dijadikan kelas Fardhu Ain untuk kanak kanak bawah umur 12 tahun dan kemudianya diserahkan kepada Muzium Sarawak untuk di jadikan Muzium Islam Di negeri ini.

-Pengasas

-Tiada-

-Tarikh pembinaan

Bangunan ini dibina pada tahun 1930

-Lokasi

Bangunan ini terletak di jalan P. Ramlee iaitu bersebelahan dengan bangunan RTM Sarawak dan di belakang dewan Tun Abdul Razak

-Tujuan penubuhan bangunan

Bangunan ini di bina bertujuan unuk menempatkan pelajar-palajar melayu yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang tinggi di masa dahulu.

-Perasmian

Muzium ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mei 1992.

3.Keistimewaan Bangunan

- Reka bentuk pelan

Bangunan ini amat sesuai untuk di jadikan muzium secara asasnya kerana terdapat bilik-bilik darjah yang dapat di ubah terus menjadi galeri pameran.Di bina di atas tanah seluas 880 meter persegi, mempunyai dua laman dalaman, mempunyai atap genting,memiliki lantai yang ditinggikan dan mempunyai ruangan yang berbentuk segiempat dengan tiga ruang tambahan.Mempunyai reka bentuk amat unik dan di katakan satu-satunya bangunan yang ada di negeri ini.

-Bahan binaan

Bangunan ini dibina sepenuhnya dengan konkrit dan kayu.

-Pengubahsuaian

Setelah di bawah pengurusan Muzium Sarawak,kerja-kerja pengubahsuaian giat di lakukan terutama di bahagian dalaman muzium tersebut.Iaitu mengubah bilik-bilik darjah kepada galeri pameran sehinggalah siap pada 22 Mei 1992.

-Hiasan dalaman

-Tiada-

-Kegunaan dahulu dan sekarang

Bangunan ini dahulu di bina untuk menempatkan pelajar-pelajar melayu Sarawak yang mahu melanjutkan pelajaran mereka ketahap yang tinggi.Bangunan ini merupakan salah satunya sekolah menengah aliran melayu pertama di Sarawak.Terdapat juga sebuah kelas khas iaitu`Special English Class’ untuk murid-murid yang baik dalam bahasa Inggeris melanjutkan pelajaran mereka dalam aliran tersebut.Kemudian pada tahun 1939,Maktab Perguruan Sarawak telah ditubuhkan di Maderasah ini.Penubuhan maktab tersebut adalah selaras dengan perkembanagan pendidikan Sarawak padad tahun 1930an.Pada tahun 1948 maktab tersebut akhirnya di pindahkan ke kawasan baru di Batu Lintang(Kini di kenali sebagai Maktab Perguruan Batu Lintang).Pada tahun 1964,sekolah tersebut tutup dengan alasan kemudahan di sekolah tersebut tidak dapat menampung keperluan para pelajar.Selain itu terdapat pendapat yang lain bahawa penutupan sekolah tersebut dilakukan kerana pihak pemerintah khuatir akan kebangkitan sentimen anti-Koloni di kalangan orang melayu di sekolah tersebut.Walau bagaimanapun kesemua murid telah di pindahkan ke Sekolah Menengah Green Road.

Selepas itu bangunan tersebut digunakan oleh jabatan pendidikan sebagai pejabat pada tahun 1966 sehingga 1986.Pada tahun 1987 sehingga 1990 pula, bangunan ini digunakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk mengajar kanak-kanak di bawah 12 tahun membaca AlQuran dan Fardhu Ain.Pada Julai 1990 bangunan ini telah di berikan kepada pihak pentadbiran Muzium Sarawak untuk dijadikan Muzium Islam di negeri Sarawak.

Kini,bangunan tersebut ditubuhkan adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada orang ramai termasuk pelancong asing akan keunggulan warisan sejarah dan keunikan kebudayaan umat Islam di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya,serta yang terdapat di kepulauan Melayu.Disamping itu,tujuan yang lai adalah untuk mengaitkan perhubungan dengan perkembanagan agama Islam di negara-negara seperti Arab,Parsi,India dan China.Ini disebabkan penyebaran agama Islam ke rantau sebelah Asia Tenggara adalah berkait rapat dengan kegiatan yang telah di lakukan oleh para-para ulama serta pedaganag dari negara tersebut.

-Cara pembinaan

-Tiada-

Dalam kajian bangunan bersejarah ini, saya telah memahami cara Berusaha dan Produktif untuk Negara. Dengan ini saya boleh membantu dan menyokong Negara dengan rajin dan gigih, berdikari dan tabah menghadapi cabaran. Selain itu, rasa untuk menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan dan juga berilmu dan berketrampilan.

Saya juga berbangga menjadi Rakyat Malaysia. Saya telah memahami beberapa perkara untuk iktibar diri iaitu, rasa hormat kepada pemimpin Negara, menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara. Selain itu, saya juga dapat budaya bangsa.

Selain itu, saya juga memahami Semangat Setia Kepada Negara. Dengan ini saya merasai Cinta akan bangsa dan Negara, rasa taat setia kepada raja dan pemimpin, dan sedia berkorban untuk bangsa dan Negara. Selain itu, saya boleh bertanggunjawab kepada bangsa dan Negara, sanggup dan berani mempertahankan Negara dan bangsa dan bersyukur sebagai warga Negara Malaysia.

Makalah -Jabatan Muzium Sarawak,1996. Muzium Islam Sarawak :Sejarah dan peranan. Risalah -Jabatan Muzium Sarawak,2007.`Sarawak MuseumYour Sources of Real Inspiration’(Muzium Sarawak punca ilham sebenar anda). Internet -http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/muislamicfile/mid.htm

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.

Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.

Sejarah 21/2 Kerja Kursus

Nama Calon

: Awangku Abdul Faiz B. Awg Zaidi

Tingkatan

: 3D

Nombor Kad Pengenalan

:

Angka Giliran

:

Nama dan Alamat Sekolah

:

Tajuk Kerja Kursus

: Muzium Islam Sarawak

Nama Guru

: Mdm Sii Ling Ing

Skor:-

BIL ASPEK KAJIAN 1 PENGHARGAAN 2 OBJEKTIF KAJIAN 3 KAEDAH KAJIAN 4 HASIL KAJIAN 5 RUMUSAN

HALAMAN

6 LAMPIRAN 7 RUJUKAN

Related Documents

Kks
May 2020 23
[email protected]
November 2019 50
Kks Ceklis.docx
May 2020 27
Kks Lecture - Cape Town
October 2019 21
Kks-cc-adilila4.182-part2
October 2019 8
Kks - Radhadesh Festival
October 2019 10