Kkg Perbandingan Dengan Yokohama, Jepun

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkg Perbandingan Dengan Yokohama, Jepun as PDF for free.

More details

  • Words: 729
  • Pages: 6
Peta Yokohama di Negara Jepun

Kawasan kajian

DAPATAN KAJIAN Jenis Dan Pola Petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat, saya dapati Yokohama Di Jepun merupakan kawasan bandar. Bandar Yokohama mempunyai pola petempatan yang berpusat. Ini dapat dilihat apabila terdapat rumah dan bangunan yang banyak dibina secara rapat-rapat, padat dan bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan penduduk.

Faktor yang mempengaruhi petempatan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Yokohama. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ; Sejarah Nama "Yokohama" sebagai sebuah kota, berasal dari nama desa nelayan bernama desa Yokohama (Yokohama-mura) yang terletak di Distrik Kuraki, Provinsi Musashi. Hingga di akhir zaman Edo, desa Yokohama adalah desa kecil di atas sebuah delta sungai yang penduduknya bermata pencaharian sebagai petani dan nelayan.

Bentuk muka bumi

Yokohama pula terletak di pinggir laut. Ianya terletak di selatan Tokyo, Jepun dan bermula sebagai sebuah kampung nelayan dan menjadi pelabuhan pada tahun 1859. Pada tahun 1923, Yokohama dilanda gempa bumi yang kuat diberi nama “The Great Kanto Earthquake”.

Pemandangan bandaraya Yokohama, Jepun Sosial/budaya Faktor yang mempengaruhi Yokohama dari segi sosial adalah kedudukannya sebagai bandaraya kesenian dengan nilai-nilai baru dari pemodenan Jepun. Banyak muzium antarabangsa yang dibina di kawasan pelabuhan dan dipenuhi dengan kesenian tradisi Jepun. Antara tempat yang sering dikunjungi adalah Sogo Museum of Art, Yokohama China Town, Minato Mirai, Yokohama Dolls Musem, Yokohama Noh Theatre dan Yokohama Museum of Art. Pelawat-pelawat ke Jepun didedahkan dengan sosio budaya di sana supaya mereka menghormati adat resam orang-orang Jepun. Ini dapat dilihat dari risalah berkenaan cara kehidupan orang Jepun yang dibekalkan oleh Association for Overseas Technical Scholarship (AOTS) berjudul “An Introduction To Japan And The

Japanese” dan “Guide To Your Life In Japan”. Perkara ini harus kita contohi bagi menerapkan nilai-nilai murni budaya rakyat malaysia kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke malaysia. Fungsi petempatan Yokohama, bandar di Jepun, fungsi utamanya adalah sebagai pusat perniagaan dan pelabuhan utama. Di sana terdapat banyak gudang-gudang untuk kegunaan penyimpanan kargo, deretan kedai, restoran, hotel dan pelbagai tempat pelancongan. Dengan cara ini, bandar teresebut dapat berkembang pesat kesan daripada imigrasi penduduk dari kawasan luar Yokohama dan juga pelabur asing. Kita harus bersyukur kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

Pelabuhan di Yokohama Masalah petempatan

Kawasan Perniagaan

Di Yokohama, Jepun, masalah yang sering berlaku disana ialah kesesakan lalulintas di bandar dengan kehadiran orang ramai yang bekerja atau ada urusan lain. Jalanraya kurang sibuk kerana kebanyakan orang di Jepun menggunakan keretapi dan bas. Keretapi dan bas adalah cara pengangkutan utama dan ia akan tiba tepat pada masa yang dijadualkan. Masalah yang kedua yang sering berlaku di Jepun ialah masalah sosial, dimana orang-orang bekerja tidak pulang ke rumah sebelum jam sembilan malam. Sesiapa yang pulang awal dianggap tidak rajin bekerja dan jiran-jiran akan membuat tanggapan sedemikian, dengan itu mereka yang bekerja tidak akan pulang awal untuk mengelakkan tanggapan malas bekerja oleh jiran-jiran mereka. Mereka akan pergi ke pub atau tempat-tempat hiburan untuk mengisi masa tersebut.

Kesesakan lalulintas di Yokohama

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi

mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Kuala Kangsar, kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

Langkah mengurangkan masalah petempatan Manakala di Jepun pula, bagi mengurangkan masalah seperti kesesakan di bandar dengan kehadiran orang ramai untuk bekerja atau urusan lain adalah dengan kerajaan menyelerakkan tempat bekerja ke kawasan perumahan di bandar-bandar di sekitar Yokohama yang kurang dibangunkan komplek pejabat. Bagi mengurangkan masalah pekerja yang pulang lewat kerana takut dianggap malas bekerja, kerajaan telah menjalankan lebih aktiviti bersama keluarga supaya mereka yang bekerja tidak tertekan dengan situasi pekerjaan mereka. Ini akan mengurangkan kecenderungan mereka mengisi masa sebelum pulang ke rumah dari minum di pub atau berjudi di tempat-tempat perjudian yang sekian banyak di Jepun. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Related Documents

Yokohama
November 2019 7
Jepun
May 2020 29
Kkg
May 2020 21
Kkg
May 2020 20