Kkerja Bengkel Penghasilan Blog Sekolah

  • Uploaded by: Hamzan A.Aziz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkerja Bengkel Penghasilan Blog Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 471
  • Pages: 3
BENGKEL PENGHASILAN BLOG SEKOLAH ANJURAN PKG TANJONG MALIM TAHUN 2009 1. PENGENALAN Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa kini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk mengganggu gugat individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan. 2. RASIONAL Kaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan system pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama di kalangan anak muda zaman ICT ini. Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak `manipulate’ kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai. 3. OBJEKTIF Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat : 3.1 menghasilkan bahan blog sekolah 3.2 menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat di sekolah dalam menghasilkan blog 3.3 menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog sekolah 3.4 merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ di kalangan warga sekolah

4. KOMPONEN KURSUS Terdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu: 4.1 Ciri-ciri Blog 4.2 Pedagogi 4.3 Persembahan & Pemurnian 5. METODOLOGI Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk: 5.1 Pendedahan blog 5.2 Tunjukcara bina bahan 5.3 Perbincangan 5.4 Bengkel 5.5 Persembahan & Pembentangan 6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUS Kursus ini dijalankan selama 3 petang seperti berikut: 6.1 Tarikh : 03-05 Ogos 2009 6.2 Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg 6.3 Tempat : Makmal Komputer, SK Tanjong Malim 6.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1) 7. KUMPULAN SASARAN Seramai 15 peserta akan mewakili sekolah-sekolah kelompok PKG Tg.Malim iaitu dari: 7.1 SK Datuk Nan Kaya 7.2 SK Tanjong Malim 7.3 SK Behrang 7.4 SK Methodist 7.5 SK Sungai Behrang 7.6 SK Dato' Kamaruddin 7.7 SJK(C) Phin Min 7.8 SJK(C) Chung Sin 7.9 SJK(C) Behrang Ulu 7.10 SJK(T) TSD Manickavasagam 7.11 SJK(T) Ladang Behrang River 7.12 SJK(T) Ladang Katoyang 7.13 SMK Khir Johari 7.14 SMK Methodist 7.15 SMK Katholik

8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA 8.1 En.Saharidun bin A.Rani 9. KOS PENGURUSAN 9.1 OS29000 - Makan Peserta 15 orang x RM5.00 x 3 hari - Makan Urusetia & Fasilitator 5 orang x RM5.00 x 3 hari - Jumlah 9.2 OS_____ - Tuntutan Perjalanan Peserta - Tuntutan Perjalanan Fasilitator 1 orang x RM36.40 x 3 hari - Jumlah

=

RM 225.00

= =

RM 75.00 RM 300.00

=

RM

= =

RM 109.20 RM 109.20

0.00

10 HASIL YANG DIHARAPKAN Adalah diharapkan peserta dapat beroleh keyakinan menguruskan blog sekolah dan menjadi penulis blog di peringkat sekolah. Dengan terbinanya blog sekolah adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien.

Related Documents


More Documents from "redzam"