Kk2 Azmi Abdullah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kk2 Azmi Abdullah as PDF for free.

More details

  • Words: 5,707
  • Pages: 21
Deiksis Masa di Negara Brunei Darussalam: Antara Kerenah dan Upaya Oleh Dr. Haji Azmi Abdullah Yang Dipertua PLBD, Universiti Brunei Darussalam

0. Pengenalan Deiksis Masa adalah unsur bahasa yang mengikatkan satu peristiwa bahasa kepada konteksnya. Di Negara Brunei Darussalam ada dua sistem pentarikhan masa yang diketahui umum iaitu sistem yang berdasarkan barat dan Islam. Kedua-dua sistem ini adalah berbeza dan boleh menimbulkan masalah yang kemelut untuk mengungkapan Deiksis Masa dalam realiti kehidupan oleh anggota masyarakat di Negara ini. Masalah ini adalah agak mendasar kerana ianya menyangkut soal set minda yang menjadi asas berfikir anggota masyarakat. Di samping masalah yang diterbitkan oleh dua sistem yang berbeza ini, set minda anggota masyarakat juga dicelarukan oleh factor tabii yang alami dan budaya yang lebih mendalam dan mendasar sifatnya. Sedikit sebanyak, masalah ini boleh menimbulkan kekangan dalam memasyarakatkan nilai-nilai Islam yang berkaitan dengan Deiksis Masa sebagaimana yang dimaksudkan dalam Falsafah Negara “MIB.” Dalam hubungan yang berkaitan, makalah ini cuba menonjolkan kerenah-kerenah permasalahan kemelut yang signifikan kepada kehidupan dan masyarakat sebagai satu paparan idiosinkronik yang mungkin bermanfaat bagi kajian dikronik atau/dan komparatif dalam kemultibahasaan. Di samping itu, makalah ini juga cuba melontarkan sedikit saran-

PROSIDING SETALING II

upaya untuk meredamkan permasalahan yang dinyatakan dengan cara yang lebih praktis dan berkesan. 1. .Deiksis “Deiksis” adalah satu istilah yang dipinjam dari perkataan Greek yang bermakna “menunjuk” (pointing atau indicating). Ada terdapat beberapa jenis deiksis iaitu seperti Deiksis Persona (person), Deiksis Tempat (place), Deiksis Masa (time), Deiksis Wacana (discourse), Deiksis Sosial (social) dan lain-lain (Levinson 1983:54-94). Daripada beberapa jenis deiksis itu, nampaknya Deiksis Persona, Deiksis Tempat, Deiksis Masa merupakan kategori deiksis yang berstatus “syarat perlu” bagi sesuatu peristiwa bahasa. Ini kerana satu peristiwa bahasa yang biasanya melibatkan lakuan dan direpresentasikan melalui satu verba atau kata kerja adalah “memerlukan” unsur-unsur deiksis tersebut untuk berfungsi melekatkan peristiwa bahasa berkenaan kepada konteksnya. Kita ambil contoh satu lakuan peristiwa bahasa “makan.” Contoh 1. “makan” Dalam contoh 1 di atas, jika lakuan :makan” itu hendak dilekatkan kepada konteksnya, maka beberapa atribut akan menyusul, sama ada itu diperlukan atau tidak sebagai unsur yang informatif dalam peristiwa bahasa tersebut. Jika diperlukan (informatif), maka ia perlu diungkapkan (disebut). Umpamanya, seseorang yang dirujuk dengan GN2 “awak” yang melakukannya, maka kita perlu sebut: Contoh 2 “Awak makan” Dalam contoh 2, GN2 “Awak” telah melekatkan lakuan “makan” kepada seseorang individu. Dengan kata lain, perkataan “Awak” itu telah menunjukkan kepada sesuatu entiti orang. Dengan yang demikian, “Awak” itu adalah satu unsur deiksis kerana unsur itu menjalankan fungsi menunjuk (pointing). Disebabkan, unsur yang ditunjukkannya adalah “orang” maka GN2 “Awak” dikatakan sebagai salah satu unsur “Deiksis Persona.”

19

PROSIDING SETALING II

Begitu juga, sama ada informatif atau tidak, lakuan “Awak makan” itu tetap memerlukan lokasinya (tanpa mengira di manapun tempatnya). Maka ini menuntut untuk melekatkan lakuan “makan” itu kepada atribut lokasinya. Jika informatif, maka lakuan tersebut mesti dinyatakan seperti contoh 3 di bawah ini. Contoh 3. “Awak makan di restoran” Dalam contoh 3, “di restoran” adalah salah satu unsur deiksis (kerana ia menjalankan fungsi menunjuk) dan, deiksis ini dinamakan sebagai Deiksis Tempat (kerana fungsi tunjukkannya adalah satu atribut tentang tempat. Selain itu, lakuan “makan” tersebut juga menuntut satu syarat lagi syarat “perlu” iaitu atribut tentang “masa.” Dengan yang demikian, jika unsur tersebut informatif, maka peristiwa bahasa tersebut perlu dilekatkan kepada konteksnya dengan mengujarkannya seperti contoh 4 di bawah. Contoh 4 “Awak makan di restoran esok Dalam contoh 4, “esok” adalah salah satu unsur Deiksis Masa kerana fungsi tunjukkannya adalah satu atribut tentang masa. 2.Sistem takwim barat dan Islam Masyarakat umum di Negara Brunei Darussalam memang sedia maklum tentang perbezaan antara sistem barat dan Islam (sila lihat Azmi 2002, 2004). Sistem barat yang berdasarkan Takwim Masehi1 menghitung masa bermula dari kelahiran Al-Masehi (Nabi Isa). Sementara sistem pentarikhan dalam Islam adalah berdasarkan takwim Hijrah yang bermula dari peristiwa “hijrah” dalam Islam iaitu pada 16 Julai 622 Masehi (Kitab Atabari “Al-

1

Takwim Masehi yang dikenali sebagai Kalendar barat atau Gregorian adalah diturunkan dari “Julian Calendar” yang telah diasaskan oleh Julius Caesar pada tahun 46 SM (The Hutchinson Encyclopedia, 1997:178)

20

PROSIDING SETALING II

Ummam Wal-Muluk Vol. 1, 1179, Leiden, German).2 Dengan yang demikian perbezaan/persamaan antara keduanya ialah 622M ≈ 1H. TM TH

619 620 621 622 623 624 1

2

2006 2007 =1385t

3

1427 1428 =1428t

Rajah 1: Perbandingan Takwim Masehi dengan Takwim Islam Perbezaan takwim Masehi dan takwim Hijrah bukan hanya dari permulaan kedua-dua sistem pentarikhan itu digunakan seperti di atas tetapi juga perbezaan pada dasar yang menjadi perujukan perkiraannya. Takwim Masehi berdasarkan putaran bulan mengelilingi matahari. Satu putaran peredaran bulan itu dikatakan sebagai unit satu (1) tahun masa yang terdiri dari kepanjangan masa selama 12 bulan. Sedangkan dalam takwim Hijrah, perkiraan berdasarkan kitaran bulan mengelilingi bumi (di samping bumi dan bulan mengorbitasi matahari). Dua belas (12) kali kitaran bulan orbitasi (yang direalisasikan melalui timbul- tenggelamnya bulan) itu diperkirakan sebagai satu tahun.unit masa. Dengan itu, panjang masa bagi satu tahun unit masa juga selama 12 bulan. Cuma panjang masa dalam satu (1) tahun dalam (12 bulan) dalam takwim Masehi adalah lebih lama dari panjang masa dalam satu (1) tahun (12 bulan) dalam takwim Islam (seperti yang akan diterangkan dalam bahagian 1.2 di bawah). Dengan yang demikian, panjang masa sejak bermulanya perkiraan takwim Islam hingga sekarang (2002 TM) adalah hanya 1384 tahun saja. Sedangkan dalam takwim Islam (berdasarkan takwim Islam) ada 1427 tahun (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di atas).

2

Takwim Hijrah ini hanya digunakan 17 tahun selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah

21

PROSIDING SETALING II

3. Bulan dalam satu tahun dan bilangan hari dalam satu bulan Sungguhpun satu tahun Masehi adalah terdiri dari 12 bulan (Januari hingga Disember)3 dan satu tahun Hijrah juga terdiri dari 12 bulan (Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah), namun demikian, disebabkan dasar perkiraan masa dalam sistem tahun Maseihi adalah berbeza perujukannya dengan dasar perkiraan masa dalam sistem tahun Hijrah (seperti yang telah dinyatakan di atas), maka panjang masa bagi setiap bulan dalam kedua-dua sistem itu juga adalah berbeza. Dalam sistem takwim Masehi, satu bulan adalah 1/12 kitaran bumi mengorbitasi matahari yang mempunyai kepanjangan masa selama 30.4368499166 <e> hari (1 tahun = 365.242199 hari = 365 hari 5 jam 48 minit, 46 saat) (The Hutchinson Encyclopedia, 1997: 178, 339). Sedangkan, dalam takwim Islam, satu bulan itu adalah satu kitaran orbitasi bulan mengelilingi bumi yang mempunyai kepanjangan masa selama 29.53059 hari (1 tahun = 354 hari) (Hutchinson Encyclopedia 1997:178; The Dorling Kindersley Science Encyclopedia 1997:288) . Dengan yang demikian, bulan-bulan dalam takwim masehi juga adalah berselisih seperti yang digambarkan dalam Rajah 2 di bawah ini. Jan Feb

Mei, Jun, Jul, Ogo, Sept, Okt

Nov Dis 2007M

Muh Saf R.Aw, R.Akh, J.Aw, J.Akh, Rej. Sbn Z.Kaed Z.Hijz 1428H Rajah 2: Bulan dalam Satu Tahun 3

Nama-nama bulan ini adala diturunkan dari nama-nama tuhan, peristiwa-peristiwa ugama dll seperti berikut: Januari (dari tuhan Roman ‘Janus’), Februari (dari pesta pembersihan Roman ‘Februar’), Mac (dari tuhan Roman ‘Mars’), April (dari bahasa Latin aperire ‘membuka’), Mei (dari tuhan perempuan Roman ‘Maia’), Jun (dari tuhan perempuan Roman ‘Juno’), Julai (dari general Roman ‘Julius Caesar’), Ogos (dari penjajah Roman ‘Augustus’) dan September, Oktober, November dan Disember diturunkan masing-masing dari bulan ke tujuh hingga ke sepuluh dalam bahasa Latin yang bermakna ke tujuh, ke lapan, ke sembilan dan ke sepuluh (The Hutchinson Encyclopedia, 1997:178)

22

PROSIDING SETALING II

Selain itu, perbezaan dasar perkiraan kedua-dua sistem di atas juga telah mengimplikasikan perbezaan dari segi bilangan hari dalam satu bulan. Dalam sistem Takwim Masehi, terdapat 30 atau 31 hari (28 atau 29 hari bagi Februari). Sedangkan dalam Takwim Hijrah ada 29 (?) atau 30 hari sahaja. 4. Hari dalam satu minggu. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Azmi (2002a), istilah bagi konsep masa hari dalam satu minggu telah dipengaruhi oleh beberapa pengaruh luar seperti Hindu, Cina, Islam dan barat. Masyarakat Melayu (Brunei) yang telah menguasai sistem nombor (angka) sejak zaman Hindu telah menggunakannya dalam menamai hari dalam satu minggu apabila berlaku pengaruh dan pertembungan budaya dengan cina iaitu 7 hari dalam satu minggu dengan jajaran nama Hari Satu, Hari Dua, hari Tiga, Hari Empat, Hari Lima, Hari Enam dan Hari Tujuh. Apabila dating ugama Islam, maka nama-nama hari ini telah diselaraskan dengan bahasa Arab seperti di bawah ini. Arab Yaumul-Ahad Yaumul-Ithanain Yaumul-Thulatha Yaumul-Arbi’a

(hari Ahad) (hari Isnin) (hari Selasa) (hari Rabu)

Yaumul-Khamis Yaumul-Jumiah

(hari Khamis) (hari Jumaat)

Yaumul-Sabtu

(hari Sabtu)

Brunei Hari Satu Hari Dua Hari Tiga Hari Ampat “Empat”) Hari Lima Hari Anam “Enam”) Hari Tujuh

(BM (BM

Jadual 1: Keselarasan bahasa Arab dengan bahasa Melayu (Brunei). Apabila masyarakat Melayu (Brunei) mendapat pengaruhi barat, iaitu Portugis (sekitar abad 16M) maka berlaku pertembungan budaya. Bangsa barat ini mempunyai budaya menamakan “hari pertama” dalam satu minggu sebagai “Domingo.” Istilah Portugis “Domingo” itu adalah merujuk kepada bahasa Inggeris “Sunday” (Taylor, 1958; lihat juga The

23

PROSIDING SETALING II

Oxford Paperback Portuguese Dictionary, 1996). Sementara “Sunday” pula adalah diturunkan dari Old English “Sunnandæg’ yang bererti “day of the sun” (Barnhart, 1988). Mengikut Wilkinson (1903:651) bahawa perkataan “minggu” dalam bahasa Melayu adalah berasal dari perkataan Portugis “Domingo.” Ini menunjukkan bahawa orang Melayu (Brunei) telah meminjam istilah tersebut sebagai satu istilah bagi mengekspresikan satu nama hari dalam satu minggu. Bagaimana dan mengapa perkara ini boleh terjadi sedangkan orang Melayu (Brunei) (yang diandaikan di atas) sudah mempunyai nama hari tertentu? Dalam hal ini, penulis mengandaikan bahawa orang Melayu (Brunei) menyelaraskan nama hari “Domingo” itu dengan nama hari “Yaumul-Ahad” dalam Islam kerana keduadua istilah tersebut (samada ada dalam Islam mahupun barat) adalah merujuk kepada hari pertama dalam satu minggu. Akibat dari pengambilan dan penyelarasan istilah di atas (Ahad = Minggu) menyebabkan turutan perujukan nama-nama hari dalam satu minggu yang berdasarkan cina dan diamalkan sebelum kedatangan Islam telah tersesar sebanyak satu hari dalam senarai nama-nama hari dalam satu minggu. Akibatnya, pergeseran jajaran nama-nama hari dalam satu minggu antara jajaran yang bersumberkan Islam dengan jajaran yang bersumberkan cina akan berlaku. Ini menyebabkan “YaumulAhad” (Arab) akan berselarasan dengan “Hari Minggu.” “Yaumul-Ithanain” (Arab) akan berselarasan dengan “Hari Satu” dan begitulah seterusnya seperti yang dipaparkan beriktu di bawah ini : Arab Brunei Yaumul-Ahad (hari Ahad) Hari Minggu Yaumul-Ithanain (hari Isnin) Hari Satu Yaumul-Thulatha (hari Selasa) Hari Dua Yaumul-Arbi’a (hari Rabu) Hari Tiga Yaumul-Khamis (hari Khamis) Hari Ampat (BM “Empat”) Yaumul-Jumiah (hari Jumaat) Hari Lima Yaumul-Sabtu (hari Sabtu) Hari Anam (BM “Enam”) Jadual 2: Keselarasan bahasa Arab dengan bahasa Melayu (Brunei) yang telah menerima pengaruh barat (Portugis)

24

PROSIDING SETALING II

Dari segi makna, istilah-istilah dalam bahasa Arab dengan istilah-istilah dalam bahasa Melayu Brunei di atas adalah tidak selaras (ditandai seperti ≠) seperti berikut: Arab Yaumul-Ahad YaumulIthanain YaumulThulatha Yaumul-Arbi’a Yaumul-Khamis Yaumul-Jumiah Yaumul-Sabtu

(hari Ahad) (hari Isnin)

≠ ≠

Brunei Hari Minggu Hari Satu

(hari Selasa)



Hari Dua

(hari Rabu) (hari Khamis) (hari Jumaat) (hari Sabtu)

≠ ≠

Hari Tiga Hari Ampat “Empat”) Hari Lima



(BM



Hari Anam (BM “Enam”) Jadual 3: Ketidakselarasan nama hari dari segi makna

5. Konsep Satu hari Secara alamiah, manusia menanggapi masa satu hari adalah berdasarkan satu pusingan bumi di atas paksinya yang terdiri daripada “siang” dan “malam.” Waktu “siang” itu pula dirincikan lagi kepada Sementara siang itu pula dibahagikan kepada sebahagian pagi, tengah hari dan petang. Walau bagaimanapun, masyarakat madani memenggal jangkamasa satu hari kepada unit jam (1 hari = 24 jam). Masyarakat di Negara Brunei Darussalam telah menanggapi panjang jangkamasa satu hari itu berdasarkan dua tanggapan iaitu tanggapan yang berdasarkan barat dan tanggapan yang berdasarkan Islam. Kedua-dua tanggapan yang berlainan sumber ini mempunyai perbezaan yang jelas. Fahaman barat menanggapi jangkamasa “satu hari” bermula selepas waktu tengah malam (12.00pm) dan berakhir sebelum waktu tengah malam (12.00 pm) berikutnya. Sementara dalam fahaman Islam, jangkamasa “satu hari” bermula sebaik-baik saja masuk waktu solat maghrib dan berakhir sebaik-baik saja sebelum masuk waktu solat maghrib yang berikutnya. Perbezaan tanggapan yang

25

PROSIDING SETALING II

begini telah mengakibatkan perbezaan pensubstansian jajaran masa satu hari dalam hubungannya dengan waktu siang dan malam seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 3 di bawah ini. SM

SM

“MALAM”

“SIANG”

SM

“MALAM”

“SIANG”

6.30PM

12.00TM

6.00AM

12.00TH

6.30PM

12.00TM

6.00AM

12.00TH

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

A

B

C

D

E

F

G

6.30PM

H

(9)

R S

23.1.2007

24 JAN 2007M

05 MUHARAM 1428H

25 JAN 2007M X Y

06 MUHARAM 1428H SM = Solat Maghrib

Rajah 3: Satu hari bagi 24 Jan 2007M (barat) vs 5/6 Muharam 1428H (Islam) Sebagaimana yang tertera dalam rajah di atas jelas ditunjukkan bahawa jangkamasa satu hari bagi 24 Januari 2007M (takwim barat) adalah bermula pada 12.00 tengah malam iaitu titik (2) dan berakhir pada 12.00 tengah malam yang berikutnya iaitu titik (6). Dengan yang demikian, jangkamasa ‘satu hari’ ini adalah terdiri daripada setengah (½) malam + satu (1) siang + setengah (½) malam yang mencakupi zon B, C, D, dan E. Sementara konsep ‘satu hari’ (05 Muharam 1427H) dalam takwim Islam adalah bermula dari maksuknya waktu solat maghrib (SM) iaitu kira-kira 6.30 pm4 iaitu pada titik (1) dan berakhir pada waktu sebaik-baik saja sebelum masuk waktu solat maghrib yang berikutnya iaitu pada titik (5) yang mencakupi zon A, B, C, D dan E. Dengan yang demikian, konsep ‘satu hari’ dalam Islam terdiri daripada satu (1) malam + satu (1) siang yang berturutan dengan mewujudkan perselisihan selepas Solat maghrib (SM) hingga ke 12.00 tengah malam. Berdasarkan fakta ini jelas menunjukkan bahawa, dari segi turutannya, perujukan satu hari 24 Januari 2007M adalah tidak persis sama (superimpose) dengan perujukan satu hari dalam Islam. Sebagaimana yang ditunjukkan melalui rajah di atas, apakah 24

4

Berdasarkan masa-masa tertentu

26

PROSIDING SETALING II

Januari 2007M itu boleh dihubungkan kepada 05 Muharam atau 06 Muharam 1428H. Dalam hubungan ini, masyarakat di Negara Brunei Darussalam semacam lebih didominani sistem barat (Takwim Masehi) berbanding sistem Islam (Takwim Hijarh) dari segi set minda mereka. Walau bagaimanapun, pihak pemerintah menekankan masukan unsur Islam (Islamic input) dalam perkara ini di tahap penggunaan (usage) sebagai salah satu amalan dalam cara hidup di kalangan masyarakat sebagaimana yang terdapat dalam peraturan menulis surat rasmi yang meletakkan tarikh pentakwiman Hijrah di atas Takwim Masehi. Ini selaras dengan Falsafah Negara “MIB.” Walau bagaimanapun, realiti tertanamnya konsep itu dalam set minda masyarakat semacam belum begitu dominan dan masih boleh dipersoalkan keberadaannya. 6. Konsep deiksis masa “esok” di Negara Brunei Darussalam. Konseo “esok’ dalam bahasa Melayu telah didefinisikan sebagai merujuk kepada beberapa tunjukkan. Sheikh Othman (1989): telah mendefinisikan “esok” sebagai 1 hari selepas hari ini, 2 kemudian hari, nanti, kelak. Mahmud bin Haji Bakyr (2003) pula memberikan definisi 1 hari pertama sesudah hari ini; hari selepas hari ini; 2 kemudian hari, nanti, kelak. Dalam bahasa Inggeris, Thomson D. (1996) mendefiniskan “esok” (= tomorrow) sebagai 1 on the day after today; 2 at some future time – the day after today; the near future. Longman Concise English Dictionary (1985) pula mendefinisikannya sebagai 1 (on) the day after today 2 (in) the future. Berdasarkan pengamatan dan tanggapan penulis, masyarakat di Negara Brunei Darussalam, memang mungkin untuk menggunakan Deiksis Masa “esok” bagi beberapa tunjukan masa. Walau bagaimanapun, ahli masyarakat nampaknya lebih terbudaya dari segi set minda untuk menanggapi tunjukan konsep istilah “esok” yang didefinisikan di atas itu sebagai “hari pertama sesudah hari ini;” “hari selepas hari ini” seperti juga dalam bahasa Inggeris “(on) the day after today” (yang ditandai tulisan tebal di atas. Dakwaan ini, berdasarkan kebiasaan dalam konteks Negara Brunei Darussalam seperti yang dipercontohkan di bawah ini.

27

PROSIDING SETALING II

Contoh 5 A: Bila kau ‘kan jumpa aku, ani? B: Kediaku ‘kan jumpa kita esok Dalam contoh 5 di atas, si A tidak akan mengajukan satu pertanyaan alternatif bagi satu kerangka masa yang sama seperti menanyakan tarikhnya (kecuali pertanyaan tentang masa yang lebih spesifik sahaja). Umpamanya, hari ini adalah 24 Januari, 2007 dan “esok” adalah 25 Januari, 2007. Si A tidak akan menanyakan satu pertanyaan tentang tarikh yang jawapannya adalah 25 Januari, 2007. Kerana, “esok” bagi konteks ujaran ini adalah merujuk kepada tanggal 25 Januari, 2007 iaitu “hari pertama sesudah hari ini;” “hari selepas hari ini” sebagaimana yang didefinisikan di atas. Andainya, tanggapan yang lain itu yang ditanggapi iaitu kemudian hari, nanti, kelak (=2 (in) the future) maka besar kemungkinan si A akan bertanyakan tunjukan masa yang lebih spesifik dari segi tarikhnya. 7. Masalah-masalah yang kemelut. Dari segi perbezaan permulaan pentarikhan sistem pentarikhan yang berdasarkan barat dan Islam nampaknya tidak begitu menggusarkan ahli masyarakat kerana itu lebih dilihat sebagai satu fenomena sejarah. Masyarakat memang sedia maklum yang sistem pentarikhan barat bermula dengan Al-masehi dan Islam pula bermula dengan peristiwa “Hijrah” baginda Rasulullah s.a.w. pada 622M. Cuma yang mungkin boleh menjadi masalah adalah yang berkaitan dengan konsep “bulan” dalam satu tahun, “bilangan hari” dalam satu bulan dan, “nama hari” dalam satu minggu. Perbezaan ini boleh menimbulkan masalah pembudayaan dan perubahan paradigma set minda ahli masyarakat. Makalah ini hanya memaparkan beberapa perkara yang antaranya sahaja. 7.1. Tunjukan deiksis masa nama bulan, bilangan hari dan nama hari Perbezaan nama-nama bulan dan bilangan hari dalam satu bulan adalah disebabkan dua sistem yang berbeza. Sementara nama hari

28

PROSIDING SETALING II

dalam satu minggu pula adalah disebabkan kontak dan pengaruh budaya yang berbeza. Dari segi pembudayaan dan perubahan paradigma set minda, ahli masyarakat yang terbiasa dengan sistem barat semacam berhadapan dengan satu dilemma apabila hendak membudaya perkara ini yang berdasarkan sistem sistem untuk mengenkod peristiwa bahasa dalam konteks kehidupan. Umpamanya: (i). mengenkod peristiwa bahasa berdasarkan namanama bulan “hijrah” dalam Islam seperti Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah) Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah) berbanding dengan nama-nama bulan “Tahun Masehi” dalam sistem barat seperti Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember dalam hubungannya dengan kerangka masa satu tahun. Memang sudah agak lama ahli masyarakat ditekankan untuk menggunakan sistem yang berdasarkan Islam dalam surat-menyurat, pencatatan peristiwa dan lain-lain, namun hakikatnya sebagai satu dasar berfikir di kalangan sebahagian ahli masyarakat masih boleh dipersoalkan lagi dari segi paradigma set minda. (ii). Sungguhpun bilangan hari (+/-30) dalam satu bulan tidak begitu dirasakan, namun jajaran (turutan) hari dalam satu bulan adalah agak signifikan dalam perkara ini. Masyarakat kurang dari segi set minda untuk menjajarkan hari (1) hingga hari ke (30) atau lebih dalam satu bulan itu berdasarkan bulan-bulan Islam berbanding dengan Takwim Masehi untuk mendeiksiskan peristiwa bahasa dari segi masa. (iii). Permasalahan yang menyangkut “nama hari” dalam satu minggu bukan satu masa deiksis masa yang secara langsung seperti kasus yang baru diterangkan di atas. Permasalahan ini adalah berkaitan dengan rujukan semantik leksikal bagi istilah yang digunakan. Umpamanya dalam Jadual 3, “hari Isnin”(BA: Yaumul-Ithanain) adalah tidak sama maknanya dengan Hari Satu kerana “satu” dalam BA “Ahad.” Begitulah seterusnya ketidakselarasan bagi nama-nama hari yang lainnya dalam satu minggu. Apabila perujukan makna dari semantik bagi istilah nama hari itu tidak selaras maka ini mengimplikasikan

29

PROSIDING SETALING II

masalah dari segi denotasi unsur deiksis kerana kedeiksisan mestinya selaras dengan makna deiktiknya. 7.2. Deiksis masa “esok” dalam konsep satu hari yang kemelut Apabila diperhatikan dan diteliti konsep satu hari (para 5) yang digambarkan dalam Rajah 3, definisi “esok”5 (para 6), atau sebaliknya, menawarkan satu permasalahan yang menarik dan signifikan dari segi ilmu dan juga praktis kehidupan. Berdasarkan definisi “esok” iaitu “hari pertama sesudah hari ini” atau “hari selepas hari ini,” maka rujukan istilah “esok” (Sila rujuk Rajah 3) bagi hari ini (5 Muharam, 1428, ikut Islam) atau 24.1.2008, ikut barat) adalah 6 Muharam 1428H (zon E, F, G & G) atau 25.1.2008 (zon F, G, H & seterusnya). Rujukan yang mempunyai tunjukan Deiksis Masa yang tuntas (clear cut) seperti ini menimbulkan dua persoalan realiti untuk merealisasikannya: (a). Eskpresi masa Kasus 1: Apakah mungkin, berdasarkan Takwim Hijrah (Islam), jika kita berada di masa sebaik-baik sahaja sebelum maghrib (batasan no. 5) di tanda X (pada 5 Muharam, 1428H) untuk merujuk tunjukan masa (deiksis) dengan “esok” bagi masa sebaik-baik sahaja selepas maghrib (batasan no. 5) di tanda Y (pada 6 Muharam 1428H) seperti dalam ujaran yang dipercontohkan ini: Contoh 6 Seseorang memberitahu jemaah dalam satu majlis berbuka puasa (bersungkai) untuk berwudhu (sebaik-baik sahaja sebelum masuk waktu solat maghrib) dengan maksud berwudhu untuk solat maghrib yang akan masuk waktunya tidak lama lagi, lalu menyatakan: (Diujarkan sebelum masuk waktu maghrib iaitu batas pemisah hari dalam Takwim Hijrah) (?) “Silakan berwudhu dulu kerana kita akan solat maghrib “esok” bila Pak Imam datang dari masjid karang”

5

“esok” sama kemelutnya dengan konsep “kemarin” (kelmarin).

30

PROSIDING SETALING II

Kasus 2: Atau, apakah mungkin, berdasarkan Takwim Masehi (barat), jika kita berada di masa sebaik-baik sahaja sebelum tengah malam (batasan no. 6) di tanda R (pada 24.1.2008) untuk merujuk tunjukkan masa dengan “esok” bagi masa sebaik-baik sahaja selepas tengah malam (batasan no. 6) di tanda S pada 25.1.2008 seperti yang dipercontohkan ini. Contoh 7 Pada malam 25.1.2008, seorang (B) yang akan berangkat keluar negeri (pada [email protected] pagi) sedang berada di lapangan terbang untuk menunggu kawannya yang hendak mengucapkan selamat jalan kepadanya. Tepat jam 23.55, kawannya (A) datang dan bertanya: A: Bila kau berangkat B: (?) esok! Bagi tanggapan penulis, ujaran “esok” dalam kedua-dua kasus di atas akan disambut dengan respon senyuman gurauan oleh lawan tuturnya. Dalam erti kata yang lain, benar tapi di luar budaya masyarakat di Brunei. b. Niat puasa. Andaikan kita pada tanggal 5 Muharam 1428H atau 24 Januari 2008 adalah sedang berada dalam bulan Ramadan ( berpuasa wajib) dan melafazkan niat puasa seperti biasanya iaitu: “Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.” Di sini juga kita akan berhadapan dengan satu masalah yang berkaitan dengan tunjukan masa bagi Deiksis Masa “esok.” Berdasarkan hukum, niat (bukan niat puasa setahun) puasa yang dilakukan tiap-tiap hari puasa adalah dilakukan (katakan selepas solah maghrib) hingga ke sebelum waktu imsak pada malam yang siang berikutnya kita akan berpuasa. Dalam Rajah 3, niat itu dilafazkan di persekitaran zon A (sebelum tengah malam) dan sebahagian besar zon B selepas tengah malam hingga membawa ke tika imsak dengan maksud untuk berpuasa pada siang iaitu zon sebahagian zon B, zon C dan zon D pada 5 Muharam6 itu. 6

Sepatutnya Ramadan

31

PROSIDING SETALING II

Permasalahan yang timbul di sini adalah berkaitan dengan tunjukan masa “esok” yang didefinisikan di atas sebagai “hari pertama sesudah hari ini” atau “hari selepas hari ini,” maka tunjukan masanya adalah bukan pada SIANG zon C dan D sebagaimana yang ditasdik dalam hati melalui niat yang dilafazkan, kerana zon C dan D masih hari yang sama iaitu bukan “hari pertama sesudah hari ini” atau “hari selepas hari ini” seperti mana yang didefinisikan. Jadinya, berdasarkan definisi “esok” di atas, SIANG yang didenotasikannya adalah SIANG pada zon G dan H pada 6 Muharam, 1428 itu kerana zon-zon tersebut, sebagaimana yang didefinisikan, adalah antara zon-zon “hari (pertama) sesudah/selepas hari” lafaznya niat yang mengandungi perkataan “esok” tersebut. Akan tetapi, tunjukan masa ini bukanlah yang dimaksudkan dalam tasdik masa melafaz niat tersebut. Kalau berdasarkan budaya barat yang membuat batas pemisah antar-hari bagi 5 Muharam 1428H itu adalah tengah malam (batasan no. 2, dalam Rajah 3), maka lafaz niat yang mengandungi “esok” itu adalah MASIH RELEVAN jika dilafazkan pada waktu sebelum tengah malam 5 Muharam 1428 itu iaitu di persekitaran zon A kerana zon B dan zon SIANG A dan B adalah “hari (pertama) sesudah/selepas hari” lafaznya niat yang mengandungi perkataan “esok” itu. Dengan kata lain, masih selaras dengan definisi kata “esok” dalam lafaz tersebut. Akan tetapi, jika lafaz niat tersebut diujarkan selepas tengah malam (batas no. 2) itu, maka implikasinya adalah sama seperti tanggapan yang berdasarkan budaya Islam iaitu hari yang sama dan bukan “hari (pertama) sesudah/selepas hari” lafaznya niat tersebut. Persoalan yang lebih kemelut di sini adalah kerana kemelut pendeiksisan masa dalam kasus ini menyangkut soal hukum ibadah tersebut dan juga konsekuensinya.7 Memang tidak dapat dinafikan bahawa persoalan ini adalah lebih kepada “soal hati” berbanding soal bahasa kerana soal bahasa adalah manipulasi dan representasi hakikat “hati,” namun jika mungkin menemukan satu keselarasan antara “isi hati” dengan representasi 7

Fikirkan: Dalam konteks di NBD, umur 50 tahun x 450,000 (orang Islam) Î konsekuensinya?

32

PROSIDING SETALING II

luarnya melalui bahasa adalah sesuatu yang lebih baik dan telus. Mungkin soal yang menyangkut bukan hanya “terjemahan kebahasaan” tetapi juga “terjemahan budaya” perlu diimbau dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, di sini, penulis perlu membatasi diri dalam isu ini dan membukakan ruang kepada “ahlul yang arif.” 8. Tabii sebagai satu deiksis yang relevan Makalah ini melihat “tabii alami” sebagai satu faktor yang relevan dalam pengertian bahawa tabii alami berwewenang (1) mencelarukan kekeruhan yang berpunca dari tanggapan terhadap dua sumber Deiksis Masa yang asasi iaitu barat dan Islam dan (2) bermanfaat mendasari upaya untuk meredamkan kecelaruan yang mungkin seperti dinyatakan berikut di bawah ini. 8.1. Tabii alami sebagai hambatan yang mencelarukan Masyarakat di Alam Melayu (termasuk Negara Brunei Darussalam), sebelum kedatangan pengaruh asing/luar seperti Hindu, Islam, barat dan lain-lain termasuk pemikiran secular adalah sememangnya telah dipenaruhi dan dikondisi oleh unsurunsur alam secara mendasar, termasuk dari segi set minda. Apabila pengaruhi luar dating dan mempengaruhi masyarakat di rantau sebelah sini, maka anjakan demi anjakan paradigma set minda berlaku di kalangan ahli generasi dan masyarakat. Walau bagaimanapun, anjakan paradigma ini tidak semestinya secara “total” dalam semua aspek kendiri individu dalam semua peringkat generasi dan masyarakat. Tinggalan-tingalannya terungkap di sana sini dalam komposisi wujudan-wujudan dan entity dari pelbagai aspek entity kemanusiaan yang komprehensif. Ahli masyarakat yang menjalani hidup yang agak sederhana pada zamannya bertendensi mempertimbangkan soal masa dengan berdasarkan sumber-sumber yang ada pada zaman mereka yang kebanyakannya berdasarkan unsur alam. Dengan demikian, unsur-unsur tersebut mengondisi dan membentuk entity kemanusiaan mereka yang komposisif. Petani berpandukan bintang di langit untuk mengetahui masa bagi satu-satu aktiviti bercucuk tanam, hitungan masa umur dan peristiwa berdasarkan tinggi pokok tanaman mereka, edaran tempat aktiviti tani, unur

33

PROSIDING SETALING II

antara seorang dengan yang lain, perbandingan kelahiran, perbandingan kehamilan si isteri, peristiwa-peristiwa besar seperti suka-duka (perayaan, banjir dan lain-lain malapetaka), kunjungan orang kenamaan dan lain-lain seumpama itu. Sementara nelayan pula akan berdasarkan pairama musim seperti masa alan, landas, tengkujuh dan pusingan edaran angin untuk mempertimbangkan “ketika” hendak berkarang ke laut. Perkaraperkara seperti ini digunakan sebagai unsur yang deiktik untuk mengikatkan ujaran kepada konteks dari segi masa hingga dalam waktu yang “lama” akan mengondisi dan membentuk tabii manusia secara “evolusi.” Sebagai misalan, dalam konsep satu hari, “waktu siang” lebih dominan berbanding dengan “waktu malam” kerana “waktu siang” lebih bermanfaat untuk menjalankan aktiviti harian dan kehidupan. Ini mungkin boleh mengondisi dan membentuk tabii waktu “jaga” manusia berbanding waktu “tidur” sehingga waktu “jaga” ditanggapi secara tabii semacam satu “span kerangka masa” yang tersendiri iaitu dengan “batas permulaan” dan “batas akhirnya” adalah ditentukan antara dua “ketika tidur” iaitu seperti kita menanggapi kerangka masa “satu hari” pada zaman sekarang yang batasi oleh “antara dua maghrib” (berdasarkan pandangan Islam atau, antara “dua tengah malam” (berdasarkan budaya barat). Dengan yang demikian, apabila anggota masayarakat zaman sekarang diperkenalkan dengan satu sistem Deiksis Masa yang baru, sama ada berdasarkan Islam atau barat, mereka yang telah ditabiikan secara asasi dan mendasar sejak sekian lama sehingga memperakukan satu hakiki secara semulajadi, akan mengalami satu dilemma kerana mereka dituntut untuk membuat perubahan anjakan paradigma set minda. Sebagai dampaknya, manusia sukar menerima perbezaan antara dua hari yang berlainan melalui batasan “waktu maghrib” (budaya Islam) atau “waktu tengah malam” apabila mereka berada dalam satu turutan “jaga” yang melangkau batasan dua hari yang berlainan itu seperti masalah yang dinyatakan dalam para 7.2 (a) di atas. Ini kerana mereka pada perbatasan itu adalah berada dalam satu jajaran keadaan tabii yang sama (“jaga”). Perkara yang sama juga memungkinkan berlakunya mengapa manusia menanggapi dan merujuk konsep “siang” (untuk berpuasa) bagi hari yang sama (berdasarkan

34

PROSIDING SETALING II

batasan konsep jangkamasa satu hari zaman sekarang) sebagai satu hari yang berlainan iaitu kerana disempadani oleh waktu tidur seperti masalah yang dinyatakan dalam para 7.2 (b) di atas. Fikirkan! Bagaimana kadang-kadang ada orang yang baru bangun tidur “lewat satu petang” bergegas mahu pergi kerja. Atau, seorang anak kecil yang tiba-tiba mahu pergi sekolah apabila dia baru jaga dari satu keadaan tidur di satu petang pada hal dia sebenarnya bersekolah sesi pagi. 8.2. Tabii alami bermanfaat meredamkan kecelaruan. Tabii set minda adalah dibentuk secara evolusi dan mendasar. Dengan itu, anjakan paradigmanya memerlukan masa yang panjang dan lebih sesuai merubahnya dengan menggunakan pendekatan yang memanfaatkan aspek tabii juga. Dalam hubungan, penulis cuba menunjukkan bagaimana strategi dalam pendekatan tersebut dapat dimanfaatkan (sebagai misalan) untuk meredamkan sedikit masalah yang dinyatakan di atas: (1). Salah satu tabii yang relevan dengan masalah yang dinyatakan dalam para 7.2 adalah “tabii tidur.” “Tidur” dengan masa yang cukup relatif panjangnya dan lenanya boleh merehatkan bahagian neuron dan ozon dendrite saraf diri dari segi fizikal dan mental ke tahap “katarsi” yang tinggi.8 Ini bertujuan untuk memenggal arus kesinambungan turutan keadaan jaga dari segi psikologi supaya kita lebih selesa memperakukan penggalan dua span kerangka masa yang berlainan dan dapat disubstansikan secara psikologi umpamanya penggalan antara dua span masa satu (1) hari yang berlainan seperti masalah yang dinyatakan dalam 7.2 (a) iaitu sama ada antara 5 Muharam 1428H (pada titik bertanda X) dengan 6 Muharam 1428H (pada titik Y) atau 24 Januari 2007 (pada titik R) dengan 25 Januari 2007 (pada titik S) yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di atas. Jika sebaliknya pula iaitu kita tidak tidur sepanjang zon A dan B (berdasarkan Islam) atau hanya B ()berdasarkan barat),9 8

Ini berdasarkan pengamatan dan andaian semata-mata. Oleh itu, perlu kajian lanjut dari sudut psikologi manusia. 9 Walaun bagaimanapun, perlu difahami bahawa keadaan jaga (tidak tidur) yang panjang ini akan amat sukar direalisasikan secara psikologi. Dengan kata lain, kita sukar untuk berjaga sepanjang jangkamasa waktu

35

PROSIDING SETALING II

kita akan sedikit lebih selesa untuk memperakukan keberadaan SIANG di zon C dan D adalah sebagai satu hari yang sama dengan zon A dan B (berdasarkan Islam) atau zon B sahaja (berdasarkan barat) apabila kita sudah berada di zon SIANG C dan D. Dengan yang demikian, kita akan merujukkan unsur Deiksis Masa “esok” (masalah yang dinyatakan dalam 7.2 (b)) di atas dapat diperbetulkan (mempunyai tunjukan) bahawa SIANG yang ditunjukkan oleh “esok” itu adalah SIANG pada 6 Muharam 1428 atau 25 Januari 2007 iaitu jatuh pada zon G dan H. ANDAINYA, bukan zon G dan H ini sebagai rujukan siang yang dimaksudkan oleh “esok” yang diujarkan semasa berada di zon A dan B pada 5 Muharam 1428 atau 24 Januari 2007 itu, akan tetapi TETAP juga (betul) pada zon C dan D pada 5 Muharam 1428 atau 24 Januari 2007 itu, maka “definisi esok” seperti yang terdapat dalam kamus-kamus yang dinyatakan (dirujuk) dalam makalah ini adalah sedikit wajar untuk ditinjau semula supaya ada peruntukan klausa bagi masalah yang dinyatakan di sini. (2). Salah satu lagi masalah yang telah dinyatakan dalam para 7.1 di atas adalah berkaitan dengan paradigma set minda masyarakat supaya melakukan alihan paradigma minda dari set minda (tentang Deiksis Masa) yang berdasarkan budaya barat (Takwim Masehi) kepada budaya Islam (Takwim Hijrah). Saranan yang difikrkan relevan, dalam perkara ini, adalah dengan merapatkan dan menerapkan aspek, hal-ehwal atau perkara yang signifikan dalam kehidupan anggota masyarakat kepada sistem Takwim Hijrah (Islam) itu. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, terdapat beberapa perkara yang amat relevan dalam perkara ini seperti penerimaan gaji/pencen bulanan, bil-bil, roadtax kereta, tempoh “due” bulanan (bayar hutang, kredit kad dan pinjaman kereta di bank-bank), bayaran sekolah & kelas tuition anak-anak, dan seumpama itu. Sekiranya perkara ini didasarkan kepada Takwim Hijrah dan bukan kepada Takwim Masehi, maka yang sedemikian kerana kita juga akan terasa mengantuk dan tertidur. Jika kita tertidur, tendensi kita untuk tidak memperakukannya sebagai hari yang sama adalah lebih berkemungkinan. Ini kerana, secara psikologi telah mengaktivasikan tabii seperti yang dinyatakan dalam para 8.1 di atas.

36

PROSIDING SETALING II

anggota masyarakat akan meletakkan Takwim Hijrah itu kepada prioriti yang tinggi dalam minda dan aktiviti berfikir mereka. Ini kerana, takwim tersebut relevan dan bermanfaat dalam banyak aspek kehidupan yang signifikan (seperti dinyatakan di atas) kepada mereka. Dengan kata lain, Takwim Hijrah akan sentiasa “bermain” di kepala mereka sebagai salah satu aktiviti mental dan dasar cara berfikir (dalam kehidupan) dari segi masa. Sebagai dampaknya, besar kemungkinan anggota masyarakat akan terkondisi dari segi pendeiksisan masa dan secara perlahan akan menggerakkan anjakan paradigma set minda kepada sistem Takwim Hijrah. Dengan kata lain, ugahan tabii telah berlaku. Ini adalah selaras dengan hasrat yang terungkap dalam Falsafah Negara “MIB” yang menghendaki anggota masyarakat menerapkan nilai-nilai dan input Islam sebagai mendasari cara hidup. 9. Kesimpulan Deiksis Masa memang salah satu jenis deiksis yang penting untuk melekatkan peristiwa bahasa kepada konteksnya. Kecelaruan sistem masa, apa tah lagi yang menyangkut soal set minda, akan menyebabkan tunjukan entity bahasa bahasa yang kurang representatif dan kurang selaras (tuntas). Akibatnya, bahasa menimbulkan masalah kehidupan apabila digunakan sebagai alat komunikasi antar-manusia di kalangan masyarakat. Permasalahan yang menyangkut soal penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi memang tidak dirasakan sebagai satu masalah yang serius oleh sesetengah anggota masyarakat, akan tetapi masalah tersebut boleh mengakibatkan impak yang serius dan amat signifikan kepada kehidupan seperti yang berkaitan dengan “niat puasa” yang dinyatakan dalam makalah ini. Masalah yang berkaitan dengan bahasa juga boleh menimbulkan pelbagai konsekuensi yang serius seperti dalam mengapresiasikan maruah sesuatu bangsa, suart-surat perjanjian, surat-surat wasiat, arahan, penjatuhan hokum dan seumpama itu. Dengan yang demikian, representasi bahasa yang diakomodasikan dengan unsur paralinguistik dan ekstralinguistik adalah wajar mendapat perhatian pengguna bahasa.

37

PROSIDING SETALING II

Bibliografi Azmi Abdullah (2002a), 2002a:”Konsep dan Istilah Masa Dalam Masyarakat Melayu Di Negara Brunei Darussalam,” The International Workshop On Lexicology, Anjuran Pusat Leksikologi dan Leksikografi (Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia, Depok, Indonesia), dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia), bertempat di Pusat Studi Jepang Universitas Indonesia, Depok, Indonesia ----- (2002b) “Konsep Masa di Negara Brunei Darussalam” Siri Ceramah Bahasa di Rampai Pagi Radio Televisyen Brunei pada 29hb. April, 2002. ---- (2004) “Konsep dan Istilah Masa Dalam Masyarakat Melayu Di Negara Brunei Darussalam” dalam Jurnal Bahasa Bil. 5 Januari – Jun, 2004, DBP, Brunei. Hal.: 113 Barnhart R.K. (1988), (editor), The Barnhart Dictionay of Etymology, USA: The H.W. Wilson Company. Dorling Kindersley Scince Encyclopedia, the (1997), UK: BCA, London. Hutchinson Encyclopedia, the, (1997), BCA, London. Levinson, S.C., (1983), Pragmatics London: Cambridge University Press. Longman Concise English Dictionary (1985), UK: MerriamWebster Inc. and Longman Group Limited. Oxford Paperback Portuguese Dictionary, the, (1996), UK: Oxford University Press. Mahmud bin Haji Bakyr, Haji, Dato Paduka, koordinator, (2003), Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Brunei: Dewan Bahasa dan Pusataka. Philip’s Concise Encyclopedia (1997), UK: George Philip Limited, London Sheikh Othman bin Sheikh Salim, ketua editor, (1989), Kamus Dewan (edisi baru), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Taylor J.L. (1958), A Portuguese – English Dictionary, USA: Stanford University Press, California, Thomson, Della, editor, (1996), The Concise Oxford Dictionary ninth edition, UK: BCA.

38

Related Documents

Kk2 Azmi Abdullah
November 2019 14
Kk2.pdf
November 2019 9
Abdullah
December 2019 48
Abdullah
June 2020 27
Ulul Azmi
May 2020 9
Abdullah Munsyi
October 2019 40