Kitar Hidrologi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kitar Hidrologi as PDF for free.

More details

  • Words: 559
  • Pages: 3
HIDROLOGI - KITAR HIDROLOGI IMBANGAN AIR ♦ ♦ ♦ ♦ ♦

Jumlah kerpasan yang diterima sama banyaknya dengan jumlah air yang mengalami sejat-peluhan, yang disimpan dalam tanih serta yang mengalami larian permukaan. Merujuk kepada taburan simpanan air dunia melalui proses perpindahan wap air secara menegak dan mendatar. Perpindahan secara menegak – melalui proses sejatan, pemeluwapan dan kerpasan. Perpindahan secara mendatar – melalui air yang terdapat di lautan dan di permukaan bumi. Melalui proses perpindahan menegak dan mendatar ini, maka imbangan air dunia sentiasa dapat dicapai dan dikekalkan. Rumusan Imbangan Air P = ET + ST + r P ET ST r

– ialah kerpasan – ialah sejat-peluhan – ialah air yang diterima atau hilang daripada lapisan tanih - ialah air larian permukaan.

PROSES-PROSES YANG TERLIBAT DALAM KITAR HIDROLOGI Pada peringkat awal kitaran hidrologi, tenaga elektromagnetik dari pancaran matahari memancar ke permukaan lautan, tasik, sungai dan tumbuh-tumbuhan serta air bawah tanah. [ RAJAH KITAR HIDROLOGI ] 1. SEJATAN PERMUKAAN ♦ sejatan daripada permukaan air [badan air] ♦ contoh seperti dari tasik, sungai, permukaan laut ditukar kepada bentuk wap ke atmosfera 2.

SEJATAN DAN PERPELUHAN ♦ kombinasi antara sejatan dengan perpeluhan tumbuhan ♦ kehilangan air melalui proses sejatan tanih ♦ perpeluhan daripada tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain

3.

PEMELUWAPAN ♦ pemeluwapan ialah proses pertukaran wap air kepada titisan air ♦ wap air mengalami penurunan suhu dan terpeluwap

4.

PROSES SUSUPAN [INFILTRASI] ♦ merupakan proses penyerapan air hujan / larut resap yang berlaku secara menegak ke dalam lapisan tanih melalui liang-liang pori tanih.

5.

AIR LINTANG ATMOSFERA ♦ pergerakan titisan air dari lautan ke daratan atau sebaliknya akibat ditiup oleh angin yang berpunca daripada perbezaan tekanan antara dua kawasan. 6. LARIAN AIR PERMUKAAN ♦ pergerakan air secara mendatar di permukaan cerun / kawasan yang lebih luas serta di alur-alur kecil [gully dan rill] 7.

ALIRAN AIR BAWAH TANAH ♦ pergerakan air secara mendatar di bawah lapisan tanah. ♦ aliran jenis ini berlaku dalam sistem akuifer yang bertindak sebagai konduit untuk mengalir menuju ke sungai sebagai aliran dasar [based flow]

PROSES HIDROLOGI DAN BENTUK MUKA BUMI YANG DIHASILKAN ♦ ♦ ♦ ♦ ♦

mata air yang terbentuk akibat daripada air kerpasan yang turun dan ditadah oleh tumbuh-tumbuhan lalu menyimpan air dalam tanah. Sungai terbentuk apabila air larian dan mata air keluar mengalir di dalam alur. Tasik terbentuk daripada simpanan air di dalam tanah yang dibawa oleh sungai dan mata air Akuifer ialah sempadan mata air di dalam kerak bumi Pergerakan air bawah tanah.

GANGGUAN IMBANGAN AIR FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU IMBANGAN AIR ♦ jumlah kerpasan dan sejatan ♦ perubahan musim-musim kemarau dan hujan ♦ topografi cerun-cerun kawasan tanah tinggi yang mengadap angin akan mendapat lebih banyak hujan ♦ kedudukan garis lintang sesuatu tempat. Kawasan tropika dan Khatulistiwa menerima lebih banyak hujan. ♦ kekurangan pokok dan kawasan hutan mengganggu proses pusingan dalam imbangan air. ♦ gangguan fenomena seperti El-nino, La-nina dan penipisan ozon. JENIS-JENIS KETIDAKSEIMBANGAN AIR 1. Ketidakseimbangan Positif [ Banjir ] ♦ kedaan di mana air berlebihan ♦ merosakkan tanaman dan ternakan ♦ penangkapan ikan tergendala ♦ sistem perhubungan dan pengangkutan terjejas ♦ aktiviti rekreasi dan perniagaan terjejas ♦ risiko keselamatan nyawa dan harta benda 2.

Ketidakseimbangan Negatif [ Kemarau ] ♦ Keadaan di mana air sangat berkurangan ♦ bekalan air domestik terjejas – krisis air ♦ tanaman dan ternakan mati

♦ ♦ ♦

aktiviti industri dan pelancongan tergendala aktiviti perikanan akuakultur terganggu keadaan berjerebu

Related Documents

Kitar Hidrologi
June 2020 21
Hidrologi
April 2020 29
Imbangan Hidrologi
May 2020 24
Kitar Semula
May 2020 12
Laporan Hidrologi
April 2020 24
Hidrologi Lagi
April 2020 29