Kini dan 50 Tahun akan Datang : Ke Arah Mencapai Status Luar Bandar Bertaraf Dunia. Pembangunan luar Bandar biasanya dikaitkan dengan sektor pertanian, penternakan, hasil seni kraftangan, perusahan makanan ringan dan lain-lain. Kualiti produk keluaran industri luar bandar tidak perlu dipertikaikan kerana sebahagian daripadanya telahpun menembusi pasaran antarabangsa misalnya songket, batik dan produk-produk makanan halal. Suntikan dana, sokongan dan rangsangan daripada kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mampu meningkatkan lagi aktiviti pembangunan luar bandar ke arah menjana pertumbuhan ekonomi Negara. Melihat dari sudut ekonomi masyarakat luar Bandar, terdapat banyak sumber-sumber kekayaan yang sedia ada dan pembangunan sumber kekayaan baru yang boleh dieksploitasi untuk menghasilkan pendapatan. Misalnya, keindahan sungai serta kehijauan persekitaran dan keunikan budaya masyarakat desa itu sendiri sudah boleh dijadikan sebagai satu bahan untuk tarikan pelancong. Program Homestay iaitu satu konsep program tinggal bersama, dapat memberi peluang kepada para pelancong untuk mendekati dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup masyarakat desa. Aktiviti pelancongan desa seperti ini bukan sahaja dapat mempromosikan produk Malaysia di mata dunia malah mampu menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat luar Bandar. Keaslian perkampungan tradisi perlu terus dipelihara, aneka makanan dan kueh mueh tradisi perlu diperkenalkan, kepelbagaian seni halus kraftangan perlu diusahakan dan keunikan permainan wau, gasing,
Faridah bte kamis/kolej RISDA
1
congkak dan galah panjang perlu terus ditonjolkan bagi menjamin kegiatan pelancongan yang berterusan demi menyumbang ke arah pembangunan ekonomi Negara keseluruhannya. Kegiatan pertanian dan penternakan merupakan satu lagi sektor yang tidak kurang juga relevannya dengan kemajuan pembangunan luar Bandar. Usaha kerajaan dalam mencergas dan merancakkan pembangunan pertanian telah membawa kepada lonjakan paradigma dalam sektor ini. Pengenalan kepada kaedah pertanian moden, tanaman baru serta penggunaan teknologi dan amalan terbaik dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti. Langkah penjenamaan produk hasil tani pula mampu membawa jenama Malaysia ke peringkat global. Malah, program-program jaminan kualiti hasil pengeluaran oleh kerajaan akan memastikan produk hasil tani menepati aspek kualiti dan keselamatan dan dengan ini juga pengusaha pertanian mendapat jaminan pasaran tempatan dan juga luar Negara. Segala bentuk sokongan dan strategi perlaksanaan ini adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan
sektor pertanian ke peringkat antarabangsa.
Oleh
itu
masyarakat luar Bandar perlu mengambil segala peluang dan ruang yang ada untuk meneroka bidang-bidang pertanian baru yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di pasaran. Misalnya tanaman konvensional seperti getah, kelapa sawit dan tebu boleh divariasikan dengan tanaman yang lebih moden seperti anggur, cendawan, buah naga dan tanaman herba seperti pokok misai kucing, daun mengkudu dan kacip fatimah. Untuk meletakkan produk hasil tani ke peringkat global, para pengusaha pertanian juga perlu mengambil kira aspek
Faridah bte kamis/kolej RISDA
2
industri hiliran atau produk yang mempunyai nilai tambah. Misalnya cendawan bukan sekadar sebagai sayuran tetapi boleh divariasikan sebagai minuman jus, produk perubatan, produk penjagaan diri dan produk makanan ringan. Begitu juga dengan kentang, bidang bio plastik adalah industri hiliran yang boleh dimajukan selain dijadikan makanan sejuk beku. Produk hiliran atau sampingan mampu menggandakan lagi pendapatan pengusaha-pengusaha pertanian luar Bandar di samping menggalakkan penyertaan pelabur-pelabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) seterusnya meningkatkan daya saing pengeluaran pertanian global. Bagi mencapai matlamat status luar Bandar bertaraf dunia, usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan luar bandar perlu dilakukan. Terdapat banyak bidang perniagaan yang berorientasikan komersil yang boleh dijalankan selain aktiviti berasaskan pertanian seperti perusahan makanan HALAL, perusahan labu sayong, perusahan membuat makanan ringan seperti kerepek dan keropok lekor, perusahan ternakan udang galah, perusahan membuat jus dan jem buahbuahan dan lain-lain. Pelbagai program kemajuan ekonomi luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah disediakan seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dan Program Khidmat Nasihat untuk membantu membiayai dan mengembangkan perniagaan usahawan luar Bandar. Usahawan luar Bandar yang berjaya perlu mempunyai inisiatif untuk membawa produknya ke pasaran antarabangsa. Untuk menjayakan hasrat tersebut, satu lagi program di bawah Kementerian iaitu Program Pemasaran dan Promosi disediakan
untuk
Faridah bte kamis/kolej RISDA
membantu
pengusaha
bumiputera
luar
Bandar
3
mempromosikan produk-produk industri desa ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Untuk mencapai status luar Bandar bertaraf dunia, jurang digital yang wujud di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar perlu dihapuskan sama sekali. Program Infodesa merupakan satu lagi program di bawah Kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah yang dilaksanakan untuk menjayakan agenda IT Negara iaitu melahirkan masyarakat luar Bandar yang bermaklumat dan berpengetahuan terkini. Ini bermakna masyarakat luar Bandar perlu bersedia untuk mengaplikasikan teknologi ICT dalam semua bidang yang dijalankan. Generasi muda masyarakat luar Bandar memegang tanggungjawab yang besar untuk menguasai teknologi ICT demi menjayakan matlamat ekonomi global. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah mengatur pelbagai program latihan, pembiayaan dan khidmat nasihat khusus untuk menjayakan misi melahirkan masyarakat luar Bandar yang produktif dan berdaya saing. Masyarakat luar Bandar perlu lebih proaktif dan inovatif dalam mengenalpasti peluang-peluang baru yang berpotensi untuk diterokai dan dimajukan secara komersil. Kerjasama padu masyarakat setempat dengan sokongan daripada
kerajaan mampu merialisasikan hasrat untuk
mencapai status luar Bandar bertaraf dunia baik kini mahupun 50 tahun yang akan datang.
Faridah bte kamis/kolej RISDA
4