Kesyirikan Di Dalam Lagu Far-east - Menanti Di Barzakh

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesyirikan Di Dalam Lagu Far-east - Menanti Di Barzakh as PDF for free.

More details

  • Words: 739
  • Pages: 3
Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh -----Lirik Lagu: Ku Merintih Aku Menangis Ku Meratap Aku mengharap Ku meminta dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata Perjalanan ruhku Melengkapi sebuah kembara Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar Diperhitung amalan Penentu syurga atau sebaliknya Tanah yang basah berwarna merah Semerah mawar dan juga rindu 7 langkah pun baru berlalu Seusai talqin bernada syahdu Tenang dan damai di pusaraku Nisan batu menjadi tugu Namun tak siapapun tahu Resah penantianku Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan Tetapi ia sebenar kejadian Kembali Ruh kembali Kembalilah ke dalam diri Sendirian sendiri Sendiri bertemankan sepi Hanya kain putih yang membaluti tubuhku Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu Ajal yang datang di muka pintu Tiada siapa yang memberi tahu Tiada siapapun dapat hindari Tiada siapapun yang terkecuali Lemah jemari nafas terhenti Tidak tergambar sakitnya mati Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan Selama ini diceritakan kini aku merasakan Di alam barzakh jasad dikebumikan Ku merintih Aku menangis Ku meratap Aku mengharap

Ku meminta Dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata ------Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas): -----1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan. 2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour. 3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil. 4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti. 5 - Mencemarkan imej dakwah. 6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan (ikhtilat) 7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk alAnbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51) 8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205) 9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat, dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis. Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan mereka lantas mengharamkan nyanyian? 10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah. 11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi adegan-adegan lakonan. 12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam. -----Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas: -----“Kembali Ruh kembali Kembalilah ke dalam diri” 1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya. 2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil. 3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan daripada roh) mampu merintih atau melafazkan perkataan seumpama itu dalam keadaan selepas mati.

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang” 1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am: 2). 2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah. (Rujuk al-An’am: 59) Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar. 1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk. “7 langkah pun baru berlalu Seusai talqin bernada syahdu” 1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar. (rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani) “Selama ini diceritakan kini aku merasakan Di alam barzakh jasad dikebumikan” 1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya. 2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh. “Ajal yang datang di muka pintu” 1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datangnya ajal. Juga tiada petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah. Oleh: Brother Nawawi, http://an-nawawi.blogspot.com http://bahaya-syirik.blogspot.com

Related Documents