Kesusasteraan Melayu109

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesusasteraan Melayu109 as PDF for free.

More details

  • Words: 970
  • Pages: 8
Kesusasteraan Melayu: •

Kaya dan berbagai-bagai.



Dipengaruhi oleh Kesusasteraan Hindu, Islam dan Jawa



Terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

i.

i.

Sastera lisan

ii.

Sastera Tulisan.

Sastera lisan: •

Merupakan hasil sastera yang tertua.



Disampaikan turun-temurun secara lisan



Berkembang di kalangan rakyat biasa



Sebagai “alat” hiburan yang amat berkesan untuk menghibur hati rakyat biasa.



Disampaikan secara lisan dalam berbagai-bagai cara, sama ada melalui tukang-tukang cerita atau disampaikan oleh nenek kepada cucu-cucunya.



Mengunakan gaya bahasa yang indah.

ii. Sastera bertulis •

Ditulis dalam tulisan jawi – selepas kedatangan Islam



Dikarang oleh pengarang-pengarang yang “intelek” dan mempunyai kebolehan istimewa dalam karang-mengarang. Terdiri daripada kalangan istana.



Jenis dan contoh-contoh karya sastera bertulis:

1. Bentuk Naratif: a) Sastera Kepahlawanan (Epik) I.

Dari peradaban Melayu- Hikayat Hang Tuah

II.

Dari peradaban Islam – Hikayat Iskandar Zulkarnain

III.

Dari peradaban Hindu – Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama

b) Roman I.

Saduran Islam

II.

Saduran Jawa

III.

Saduran Hindu

c) Biografi Naratif: I.

Tentang Nabi Muhammad

II.

Tentang para Nabi Allah

d) Syair Naratif. 2. Bentuk Naratif a) Sastera Sejarah b) Sastera Undang-undang c) Satera Agama d) Puisi Klasik I.

Seloka

II.

Gurindam

III.

Syair Biasa

Nota ringkas cirri-ciri Umum Sastera Lisan (Rakyat) •

Penyebaran – secara lisan (dituturkan)



Sifat tradisional – hidup berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional yang masih belum mengenal huruf.



Berlaku perubahan dan penyesuaian setempat Wujud berbagai-bagai versi



Penciptaan – tidak diketahui nama pengarang. Milik bersama masyarakat



Fungsi tertentu – alat hiburan , pengajaran , pendidikan.



Mempunyai logika tersendiri



Sifat sederhana dan seadanya



Bersifat sejagat (universal)



Sebagai cerminan corak hidup masyarakat Melayu.

Pembahagian Sastera Lisan (bertulis)

Nota Ringkas Fungsi Sastera Lisan:

Sebagai Alat hiburan

Sebagai Alat mengkritik

Fungsi Sastera lisan

Sebagai Alat mengajar

Sebagai Alat komunikas

Sebagai Alat “adat, peraturan dan pantang larang”

Cerita Metos: Metos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makluk dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa. Dalam kontek cerita rakayat Melayu, metos atau cerita asal usul itu ialah: Cerita-cerita yang dianggap benar-benar pernah terjadi dan bersifat suci. Tokoh atau watak yang terlibat dalam metos adalah orang-orang halus, para dewa atau separuh dewa. Peristiwa yang diceritakan pula terjadi pada masa lampau dan bukan di dunia yang kita kenal kini. Metos mengisahkan bagaimana terjadinya dunia manusia, maut,bentuk khas binatang, bentuk topografi, gengala alam, tumbuhan dan tanaman dan sebagainya. Sebuah cerita metos mempunyai beberapa cirri-ciri berikut: 1. Cerita tentang asal usul kejadian : a. Kejadian makhluk b. Kejadian manusia c. Kejadian tempat d. Kejadian fenomena alam. 2. Cerita berkait dengan gegala asal usul dapat member jawapan terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku dan terjadi 3. Cerita metos menjadi kepercayaan dikalangan rakyat atau sesuatu bangsa yang tertentu. Mereka menghormati dan mengingati cerita tersebut dari satu generasi ke satu generasi. 4. Cerita ini berkaitan dengan kepercayaan , benar-benar yakin bahawa peristiwa atau kejadian itu benar-benar berlaku. 5. Cerita-cerita ini terus hidup dan dihormati, sukar untuk di kikis daripada jiwa, pemikiran dan kepercayaan sesuatu klompok. Cerita Legenda:

Cerita prosa rakyat yang ditokohi manusia yang ada kalanya memiliki sifat-sifat luar biasa dan dibantu oleh kuasa atau makhluk ajaib. Cerita-cerita legenda juga dipercayai pernah benar-benar terjadi oleh penuturnya dan masyarakatnya tetapi tidak dianggap suci. Legenda bersifat keduniawian, terjadi pada masa yang belum lama dan bertempat di dunia. Legenda dalam masyarakat Melayu dipecahkan speprti berikut: I.

Legenda orang-orang perseorangan

a. Tokoh kepimpinana / pahlawan b. Tokoh agama lengenda pendosa / keramat c. Tokoh urusan pencarian harta dunia. 1. Legenda nama-nama tempat a. Berunsur historiografik b. Berunsur tokoh istimewa c. Berunsur tanda-tanda alam d. Berunsur cerita orang tua-tua 2. Legenda alam ghaib -

Pengalaman peribadi seseorang berhubung dengan sesuatu kepercayaan, khususnya tentang alam ghaib, hantu dan sebagainya.

Peranan Cerita-cerita Legenda 1. Untuk menguatkan kepercayaan anggota-anggota masyarakat terhadap sesuatu peristiwa bercorak sejarah 2. Tujuan untuk berbangga dan dijadikan teladan serta panduan kepada masyarakat mengenai kepahlawanan fan kegagahan tokoh tersebut. 3. Untuk menyanjung keturuna-keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai orang yang gagah dan mulia. 4. Untuk mengenangkan peristiwa-peristiwa yang penting yang telah berlaku 5. Sebagai model seorang pahlawan dan pemimpin Negara. 6. Menguatkan tentang keyakinsn beragama. 7. Sebagai media pendidikan. Cerita Penglipur lara (folklore) “Penglipur” membawa maksud menghibur, sementara “lara”bermaksud duka atau kesedihan hati. Jadi maksud kedua perkataan itu ialah cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan atau berduka cita. Ciri-ciri umum Cerita Penglipur lara: 1. Tema: - percintaan wira dan wirawati dengan unsure pengembaraan, peperangan dan sebagainya 2. Berpusat di kalangan putera-puteri raja 3. Struktur isi cerita I.

Bahagian Awal – sebelum pengambaraan

II.

Bahagian kedua – semasa pengambaraan

III.

Bahagian ketiga – selepas pengambaraan 4. Dari segi watak dan perwatakan 5. Dari segi penyampaian dan gaya bahasa.

Fungsi Penglipur lara: 1. Alat penghibur 2. Alat pengajaran dan pendidikan moral a. Sifat hormat ibu bapa dan orang tua

b. Sifat tanggungjawab pemimpin (Raja) c. Sifat patriotic dan cintakan tanahair d. Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat e. Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik f. Sifat berdikari dan mencari untung. Cerita Binatang. Pengertian: Cerita-cerita binatang ialah cerita-cerita yang mengambil binatang sebagai pelaku watak dalam cerita. Watak binatang ini pula boleh bertutur seperti manusia biasa, malah boleh berfikir, hidup bermasyarakat dan mempunyai peranan yang tertentu. Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa diwarnakan pada watak binatang dalam cerita ini seperti pandai menipu, berfikir secara positif dan berupaya bertindak dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang dihadapi.

Jenis-jenis dan penggolongan Cerita Binatang: I.

Cerita asal usul

II.

Cerita ‘fable’

III.

Cerita ‘Beast Epic’

Fungsi cerita binatang: i.

Memberi hiburan

ii.

Memberi pengajaran dan pendidikan

iii.

Mengkritik

Cerita Jenaka Melayu: Cerita jenaka ialah cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur humor atau unsur lucu. Unsur-unsur lucu dibawa melalui watak-watak yang digambarkan sebagai bodoh – sial, bodoh-pintar dan pintar. Cerita-cerita yang terdapat dalam masyarakat melayu. Watak-watak

Related Documents