Kesusasteraan Hikayat Berunsur Hindu-islam

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesusasteraan Hikayat Berunsur Hindu-islam as PDF for free.

More details

  • Words: 658
  • Pages: 12
KESUSASTERAAN HIKAYAT BERUNSUR HINDU-ISLAM

Definisi Sastera Hikayat Berunsur Hindu Islam

Sejenis karya sastera berasal daripada sastera Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur Islam. Dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang pada masa itu pengaruh Hindu masih tebal. Pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui lisan,kemudian disalin dan dibukukan. Dari situ berlaku beberapa perbezaan dan perubahan antara satu hikayat dengan hikayat yang lain. Karya-karya bercorak Hindu diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam

Contoh Karya Hikayat Berunsur Hindu-Islam

1. Hikayat Marakarma/Hikayat Si Miskin 2. Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad Muhammad 3. Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan Ciri-ciri Hikayat Berunsur Hindu-Islam Struktur Isi Cerita/Plot

Isi cerita atau jalan cerita masih terbahagi kepada tiga bahagian :Bahagian Awal

Pada peringkat awal atau bahagian awal cerita memperkenalkan latar negeri, latar keluarga dan sebab-sebab watak wira keluar mengembara.

Bahagian Pertengahan Cerita

Bahagian pertengahan cerita merupakan bahagian yang terpanjang ialah kisah mengenai pengembaraan watak utama. Dalam bahagian ini watak utama/wira terpisah dari istana atau keluarga dan mengembara. Dalam pengembaraannya beliau melalui berbagai-bagai kesusahan, penderitaan,peperangan, dan percintaan. Watak utama juga melalui berbagai-bagai pengalaman seperti belajar ilmu senjata, kesaktian, serta cabarancabaran menyeksakan. Waktu pengembaraan juga watak wira mendapat bantuan daripada kuasa sakti atau ajaib, sama ada dewa-dewa, jin dan alat-alat sakti.

Bahagian Akhir /Penyelesaian

Bahagian akhir cerita watak utama berjaya mengatasi masalah. Beliau kembali ke istana dan hidup aman bahagia.

Watak dan Perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik/protagonis dan watak jahat/antagonis Watak baik terdiri daripada kalangan anak raja, diberi sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak wira berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Watak jahat pula merupakan watak penghalang kepada watak baik/wira. Contohnya dalam Hikayat Ahmad Muhammad, watak Nakhoda merupakan watak penghalang kepada Ahmad dan Muhamad. Dari segi nama watak pula terdapat percampuran dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan namanama watak Islam.

Latar

Latar tempat meliputi alam yang luas dan banyak negeri-negeri seperti Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau Biram Dewa dan sebagainya. Itulah contoh latar dalam Hikayat Ahmad Muhamad. Terdapat juga latar kayangan diceritakan, contohnya ayahnda dan bonda kepada Marakarma dalam Hikayat Si Miskin berasal dari negeri kayangan. Selain dari negeri dan alam kayangan terdapat latar meliputi alam lautan, hutan, bukit dan gunung-gunung.

Gaya penulisan dan Gaya Bahasa

Karya-karya Zaman Hindu-Islam ini banyak mengandungi istilah-istilah yang terdapat dalam bahasa Arab-Parsi. Contohnya, syahdan,al-kisah, hatta dan sebagainya. Penggunaan nama-nama hindu pula seperti alat-alat cokmar, dewan, gangga, dewa dan sebagainya. Bentuk puisi Islam iaiu syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan. Jadi di sini dapat dilihat isi karya hikayat Hindu-Islam berupa percampuran unsur-unsur Hindu dengan unsurunsur Islam.

Pengaruh Islam/Ciri-ciri Keislaman Judul karya/cerita

Dari segi judul karya atau cerita, sastera hikayat berunsur Hindu-Islam memakai dua judul iaitu Hindu dan Islam. Contohnya Hikayat Marakarma dikenali juga sebagai Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu juga dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhamad. Watak dan Perwatakan

Perwatakan tokoh-tokoh Islam seperti Nabi Sulaiman, Nabi Khaidir, Ahmad dan Muhamad. Nama-nama watak yang bercorak Arab seperti nama negeri Shahi mardan, wazir dan sebagainya.

Persoalan Dalam Hikayat Sastera HinduIslam

Diselit persoalan-persoalan mengenai agama Islam seperti yang bersangkutan dengan rukun Islam,pelaksanaan ibadat dan sebagainya. Amalan-amalan seperti belajar membaca al-Quran, contohnya Inderaputera dihantar mengaji dan membaca Quran sejak kecil setelah umurnya tujuh tahun. Konsep-konsep Keislaman

Konsep-konsep Keislaman seperti konsep Allah dan segala sifatnya, konsep syurga dan neraka.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa banyak mengunakan istilah-istilah ArabParsi dimulai kata Syahdan, alkisah, hatta dan kalakian. Unsur-unsur Hindu

Nama-nama watak Hindu seperti Shah mardan,Maharaja Asmara Gangga, nakhoda dan sebagainya. Istilah-istilah Hindu seperti cokmar, dewan dan gangga dewa. Cara perlukisan watak-watak utama iaitu wira dan wiraati dilukiskan ‘putih’ yang penuh dengan kebaikan. Manakala watak jahat dilukis ‘hitam’ penuh dengan kejahatan dan dengki.

Peranan para dewa iaitu peranan Berma Sakti ada persamaan dengan Dewa Visynu Upacara memuja dewa untuk mendapatkan kuasa ghaib dan sakti Peranan binatang-binatang atau benda sakti seperti merak,gajah dan panah sakti. Percaya kepada ahli nujum,contohnya dalam cerita Hikayat Ahmad Muhamad,nakhoda mempercayai ahli nujum.

Related Documents

Hikayat
June 2020 38
Hikayat
June 2020 32
Hikayat Iblis
November 2019 38