Kesenian Dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesenian Dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan as PDF for free.

More details

  • Words: 802
  • Pages: 5
KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MENGERATKAN PERPADUAN Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan Melayu dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan Melayu kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.

Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana apabila menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

“‘Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan’ Inilah prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya.” (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)

Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya’ menyatakan bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan sewenangwenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan kepada jalan yang baik(Prof H.M TohaYahya Omar M.A.2002). Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya yang originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen,

dan filemMelayudansebagainya.

Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti dan programprogram sebegini bangsa Melayu akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bergotong-royong, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persefahaman dan persepakatan. Sesuatu pertunjukkan atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita”, begitulah teguran yang disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan karyawan filem tempatan untuk supaya tidak menghasilkan karya yang bercanggah dengan agama walaupun sesuatu filem itu tidak semestinya mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12 Jun 2008). Dr. Asri juga mahukan imej filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang besar, berbangga dengan jati diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai ciri kebudayaan dan jiwa sebagai orang Melayu yang

berpegang kepada nilai norma dan jati diri Malaysia.

Bangsa Malaysia ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu dan kita perlu berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar. Untuk maksud filem Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang bercakap mengenai sikap, keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir. Melalui filem, umat Melayu patut berbangga kerana Dasar Perfileman Negara meletakkan Bahasa Melayu sebagai imej filem Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa Melayu sekiranya perpaduan antara kita sentiasa erat dan kukuh.

KESIMPULAN Sesungguhnya perpaduan adalah penting bagi bangsa Melayu kerana melalui perpaduan ianya boleh menentukan kejayaan umat dan negara. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran bangsa kita supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha untuk memelihara dan memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan bangsa kita supaya menjauhi dan mengelak daripada gejala-gejala yang boleh mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah serta bermusuhan sesama kita.

Perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan Melayu malah kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah menjana pendapatan negara sekiranya kita amat bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan melalui kesenian dan kebudayaan bangsa kita sendiri.

Oleh itu, bangsa Melayu perlulah sedar dan berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini terpelihara selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini.

Related Documents