KESELAMATAN AM PUNCA KEMALANGAN
Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kegagalan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bengkel. Kemalangan bukan sahaja mengakibatkan kecederaan atau kematian, malah akan rnenyebabkan kerugian harta benda. Terdapat tiga punca utama kemalangan :
a)Kecuaian manusia b)Keadaan tempat kerja c)Keadaan mesin dan peralatan
A)
Kecuaian Manusia
Kecuaian merupakan faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Antara kecuaian yang boleh berlakunya kemalangan dan langkah pencegahan.
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Tidak memberikan tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
Menumpukan perhatian terhadap kerja yang sedang dilakukan.
Tidak membuat perancangan yang betul sebelum melaksanakan sesuatu kerja.
Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.
Tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang cara-cara mengendalikan peralatan atau mesin.
Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran Keselamatan yang ditetapkan.
Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada di bengkel.
Tidak menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar alatan tersebut.
Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.
Tidak mematuhi prosedur penggunaan peralatan dan mesin
Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.
b) Keadaan tempat kerja Suasana tempat kerja juga boleh menyebabkan kemalangan
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Keadaan lantai yang kotor.
Lantai hendaklah dibersihkan sebaik sahaja selesai bekerja.
Keadaan Iantai licin kerana berlaku tumpahan bahan cecair seperti air atau minyak.
Lantai hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
Peralatan, bahan dan serpihan ogam dibiarkan berselerak di lantai.
Susun peralatan yang tidak digunakan. Buang serpihan logam di tempat yang dikhaskan
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Kawasan kerja yang terhad, tiada ruang untuk bergerak dengan selesa
Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan tidak dihalang
Keadaan persekitaran tidak mempunyai pengalihudaraan dan pencahayaan yang baik
Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi dengan baik.
Kawasan kerja yang teralu bising.
Pakai palam ton telinga jika suasana kerja terlalu bising.
c) Keadaan mesin dan peralatan Keadaan mesin dan peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Bahagian mesin yang bergerak tidak dilindungi penghadang keselarnatan.
Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan. Ketatkan skru penghadang keselamatan jika longgar.
Mesin tidak disenggarakan dengan baik.
Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.
Kedudukan mesin tidak teratur.
Mesin perlu disusun dengan teratur.
Punca Kemalangan
Langkah Pencegahan
Menggunakan mesin yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Kerosakan pada peralatan atau kebocoran litar elektrik.
Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran bar elektrik dibaiki segera.
Menggunakan alat yang rosak. Contohnya menggunakan pahat berkepala cendawan.
Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.
Jenis Kemalangan di Bengkel A. Renjatan elektrik Renjatan elektrik ialah keadaan tubuh manusia yang terkena arus elektrik. Antara langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengatasi renjatan elektrik ialah: Memastikan semua pendawaian dibumikan, suis keselamatan dan suis kecemasan berfungsi dengan baik serta diperiksa secara berkala. Langkah ini perlu dilakukan kerana kadar voltan yang dibekalkan terlalu tinggi, iaitu 240 V atau 415 V Memastikan wayar atau kabel yang bocor diganti atau dibalut dengan penebat. Memastikan kawasan kerja mengimpal sentiasa kering. Mernakai sarung tangan kulit yang kering apabila melakukan kerja mengimpal arka.
B. Kebakaran Antara langkah keselarnatan yang perlu diambil mengelakkan berlakunya kebakaran di bengkel ialah: Jauhkan baban mudah terbakar seperti petrol, pencair (thinner), cat, turpentin dan silinder gas asetilena dan kawasan mengimpal Beritahu penyelia sekiranya berlaku litar pintas, peralatan rosak atau kebocoran pendawaian. Pastikan kedudukan alat pernadam api diletakkan di tempat yang dikenal pasti serta mudah diambil. Pastikan peralatan pencegahan kebakaran seperti hos bantu mula, penggera api dan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan yang boleh digunakan. Seperti rajah di bawah:
penggera api
hos bantu mula
C. Radiasi daripada kimpalan Sinar infrarnerah dan sinar ultraungu yang terhasil daripada sinaran arka boleh rnenyebabkan kulit terbakar dan mata berasa sakit. Radiasi daripada kimpalan boleh diatasi dengan memakai dan menggunakan peralatan mengimpal yang lengkap
D. Wasap beracun Kerja mengimpal dan pemotongan oksiasetilena akan menghasilkan gas atau wasap beracun, terutamanya apabila mengimpal atau memotong besi galvani, tembaga, loyang dan plumbum. Langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku wasap heracun ialah: 1. Memakai topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja mengimpal di tempat yang tidak rnernpunyai sistern pengalihudaraan yang baik. 2. Memastikan stesen mengimpal mempunyai sistem pengalihudaraan yang baik. Penggunaan penyedut asap merupakan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah mi.
E. Kecederaan diri Bekerja di bengkel mendedahkan anda kepada risiko kecederaan seperti luka dan melecur. Walau bagaimanapun, masalah kecederaan dapat dikurangkan sekiranya anda mengamalkan tatakerja yang baik dan mernatuhi segala peraturan keselamatan bengkel yang telah ditetapkan.
Pertolongan Cemas Rawatan awal boleh dilakukan jika berlaku kecederaan atau renjatan elektrik sebelum bantuan dan rawatan perubatan daripada pegawai perubatan bertauliah diberikan. Anda perlu mengetahui teknik untuk membantu mangsa yang tercedera akibat kemalangan semasa bekerja di bengkel. Jika berlaku kecederaan teruk, anda perlu bertenang dan jangan panik. Langkah awal yang boleh dilakukan ialah: Putuskan bekalan elektrik serta-merta dengan menekan butang kecemasan. Selamatkan mangsa daripada punca bahaya.
Kenal pasti bentuk kecederaan. Periksa mangsa untuk menilai tahap kecederaan agar mudah diberi rawatan yang sepatutnya. Berikan bantuan pernafasan jika perlu.
Kotak pertolongan cemas Kotak pertolongan cemas seperti dalam rajah dibawah perlu dilengkapi ubat-ubatan dan diletakkan di tempat yang boleh dilihat dan mudah diambil apabila diperlukan. Senarai ubat-ubatan yang perlu ada di dalam kotak pertolongan cemas dan kegunaannya. Jenis Ubat`
Kegunaan
Kaedah Penggunaan
Cecair akriflavina
Merawat luka bahagian luar
Sapu di tempat luka
Krim antiseptik
Merawat luka kecil
Sapu di tempat luka
Eusol/spirit
Merawat luka/kudis
Cuci di bahagian luka/kudis
Pembersih mata (eye wash
Mengatasi keletihan mata
Cuci mata
Titis mata (eye drop)
Menyegarkan mata
Titiskan ke dalam mata
Serbuk kalsium karbonat
Merawat luka kecil
Sapu di tempat luka
Plaster
Merawat luka kecil
Tampal di tempat luka
Tablet antasid
Merawat gastrik
Telan
Perribalut krep (crepe)
Merawat luka/melecur
Balut di bahagian luka/cedera
Kapas penyerap
Mencuci luka
Tekap di tempat luka
Pencegahan Kebakaran Kebakaran boleh rnenyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Oleh itu, anda perlu rnengetahui beberapa .alat pemadam api yang dapat rnencegah kebakaran daripada merebak Jenis Pemadam Api
Kegunaan
Kaedah Penggunaan
Kelas A:- Jenis air
Memadam kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kayu, kain dan kertas
1.Cabut pin keselamatan pada tuas. 2.Halakan muncung ke pangkal api kertas. 3.Tekan tuil. Air akan menyembur keluar.
Kelas B: Jenis Buih
Memadam kebakaran yang 1.Cabut pin keselamatan m&ibatkan bahan cecair dan pada tuas. gas mudah terbakar seperti 2.Halakan muncung ke minyak, cat, varnis, gas ash pangkal api. dan gas asetilena. 3.Tekan tuil. Lapisan buih akan mehimpah dan memenuhi permukaan bahan yang terbakar.
Jenis Pemadam Api
Kegunaan
Kaedah Penggunaan
Kelas C: Jenis Karbon Dioksida
Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan yang berpunca daripada pada tuas. arus elektrik seperti 2. Halakan muncung ke papan transtormer, pangkal api. peralatan kuasa elektrik, 3. Tekan tuil. Gas gas dan wap. termampat dalam sihinder akan keluar sendiri.
Kelas D: Jenis Serbuk Kering
Memadam kebakaran 1. Cabut pin kesetamatan yang mehibatkan bahan pada tuas. logam dan bukan logam 2. Halakan muncung ke seperti kalium, pangkal api. magnesium, natrium, 3. Tekan tuil. Serbuk kering titanium dan kebakaran akan terkeluar sendiri. yang boleh dipadamkan oleh pemadam api kelas A. B dan C.