Kesan Kedatangan Jepun Terhadap Psikologi Indonesia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Kedatangan Jepun Terhadap Psikologi Indonesia as PDF for free.

More details

  • Words: 2,799
  • Pages: 13
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2007/2008

HST 223/3 TAJUK :“Kedatangan Jepun telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada para pejuang kemerdekaan di Indonesia”. Buktikan.

1

PENDAHULUAN Terbukti kebenaran ramalan seorang raja bernama Jayabaya, seorang peramal dari kerajaan Daha pada tahun 1501- 1062 iaitu kira-kira 880 tahun sebelum Jepun tiba di Indonesia yang menyatakan bahawa : “suatu saat akan muncul orang-orang katai yang berkulit kuning, bermata sipit dari utara untuk membebaskan rakyat Indonesia. Pemerintahan orang-orang katai ini hanya seumur jagung saja. Sesudah itu barulah kemerdekaan Indonesia akan tercapai.”1 Perkara yang dianggap dongeng selama ratusan tahun ini tiba-tiba menjadi realiti dengan menyaksikan Jepun berjaya menempatkan pengaruh mereka di beberapa Negara di Asia termasuklah Indonesia. Penguasaan selama hampir tiga tahun setengah itu telah mewujudkan bibit-bibit kesedaran dan membantu meluaskan semangat nasionalisme dalam nadi masyarakat memberikan

Indonesia . Hal ini berikutan Jepun secara tidak sengaja

‘lampu hijau’ dan sokongan kepada masyarakat tempatan untuk

menubuhkan parti politik mereka tersendiri. Walaupun hakikat sebenarnya Jepun bertindak sedemikian hanya sekadar untuk mendapatkan sokongan pemimpin tempatan dan mendapatkan sumber tenaga manusia dalam usaha menjalankan pemerintahan mereka, Namun, peluang ini mewujudkan satu kesan yang sangat bermakna dalam sejarah Indonesia. Hal ini kerana bermula saat inilah kebangkitan nasionalisme Indonesia telah merebak secara meluas dan akhirnya tidak mampu dibendung lagi oleh Belanda sehingga akhirnya Indonesia pada hari ini berdiri sebagai sebuah Negara merdeka. Walaupun untuk mencapai kemerdekaan, rakyat

1

M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, 1985, hlm 24.

2

Indonesia terpaksa berkorban dengan pengorbanan yang tidak ternilai harganya berupa harta benda, darah, nyawa dan air mata.2

SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN Penjajahan Belanda di Indonesia membuatkan masyarakat Indonesia terutama golongan atasan berasa tidak puas hati. Sebenarnya telah wujud gerakan-gerakan nasionalisme sebagai reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak kolonial. Hal ini terbukti dengan perlawanan bersenjata yang dilakukan oleh beberapa orang tokoh seperti Raja Agung Mataram, Pangeran Diponegara, Tjik Di Tiro dan ramai lagi.3 Walaupun tokoh-tokoh pejuang nasionalisme awal ini mengalami kegagalan dan bersifat kedaerahan, namun perjuangan mereka membuktikan bahawa semangat nasionalisme untuk mempertahankan Negara telah tumbuh subur dalam hati mereka. Kemenangan Jepun tahun 1905 menentang kuasa Eropah Rusia dan gerakan Turki Muda pada 1908 menyumbang percikan-percikan api nasionalisme4 dalam masyarakat Indonesia. Akibat bosan dengan penjajah yang bersifat angkuh dan sombong, tidak menghormati masyarakat pribumi serta penderitaan yang di alami telah mendorong tertubuhnya parti-parti moden seperti Budi Utomo (1908)5, Sarikat Islam atau nama asalnya Sarekat Dagang Islam (1911) , Sarekat Sumatra (1918), Muhammadijah (1912) dan sebagainya.6 Menurut Jusuf Mewengkeng Perjuangan yang dilakukan pada awalnya adalah secara sederhana dan tidak memberi tumpuan kepada politik tetapi kepada 2

M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, 1985, hlm 2-3. Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.22. 4 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.22. 5 Jusuf Mewengkeng, Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme, PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial No.7,Repro International, Jakarta, 1988, hlm. 47. 6 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.34-35. 3

3

perubahan sistem sosial, agama islam dan ekonomi sahaja. Hal ini di akui oleh Sukarno yang mengatakan bahawa faktor ekonomi dan psikologi menyebabkan wujudnya gerakan nasionalis.7 Walaupun ada yang bertindak radikal seperti Partai Indonesia ( Partindo) dan Pendidikan Nasional Indonesia(PNI-Baru) pada 1930-an8. Pada 1938, Barisan Pemuda Gerindo ditubuhkan yang berpenampilan semi militer yang menuntut Indonesia berparleman dengan latihan kemiliteran dan diikutin Gabungan Politik Indonesia(GAPI)9. Mereka meminta agar Belanda membenarkan ‘milisi bumiputera’ tapi di tolak oleh Belanda. namun mereka terhad kerana di awasi ketat oleh pihak Belanda . Jika tertangkap, ada golongan nasionalis yang dihukum mati, dipenjarakan beberapa tahun, ditempatkan didaerah terpencil atau dibuang negeri10 sehingga nasionalisme tidak dapat digerakkan dengan jayanya.

SEMASA PENDUDUKAN JEPUN Revolusi Meiji menjadikan negara Jepun sebagai Negara industri. Namun Jepun kekurangan sumber, lantas bergerak mencari mangsa. Kononnya membantu bangsa se Asia. Tapi sebenar, bohong belaka. Sumber, keringat dan pasaran baru cuba dicari akhirya Indonesia turut terjajah. Lantaran Indonesia kaya bahan mentah seperti minyak, timah, bauksit, nikel dan sebagainya.11 Berbekalkan slogan 3A “ Jepun Pemimpin Asia, Pelindung Asia dan Jepun Cahaya Asia”12 pada peringkat awal pemerintahan telah menjadi peransang kepada 7

Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 37. 8 Wilson, Kaum Pergerakan di Hindia Belanda 1930-an : Reaksi Terhadap Fasisme, dalam PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial, no.10, Repro International, Jakarta, 1994, hlm. 43. 9 Wilson, Kaum Pergerakan di Hindia Belanda 1930-an : Reaksi Terhadap Fasisme, dalam PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial, no.10, Repro International, Jakarta, 1994, hlm 56. 10 Jusuf Mewengkeng, Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme, PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial No.7,Repro International, Jakarta, 1988, hlm. 48. 11 M.D. Sagimun, Perlawanan Rakyat….Ibid. hlm.16. 12 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan

4

penduduk tempatan bahawa kedatangan Jepun bukannya sebagai kuasa penjajah tetapi pembela. Lebih-lebih lagi Jepun berjanji menjadikan Asia untuk Asia telah memberi kesempatan kepada penduduk tempatan melebarkan gerakan kebangsaan dan menuntut mendapatkan haknya dan pihak Jepun terpaksa memberi konsensi kepada penduduk tempatan khususnya melakukan gerakan yang membangkitkan semangat seperti membenarkan bendera Merah Patih dikibarkan dan lagu Indonesia Raya dinyanyikan.13 Pada peringkat awal pendudukan Jepun. Jepun telah membebaskan pemimpim-pemimpin nasionalis yang dipenjarakan Belanda dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk menerajui Negara seperti Sukarno dan Hatta.14 Melalui kepimpinan yang diterajui pemimpin nasionalis ini menyedarkan masyarakat bahawa kemerdekaan semakin hampir dengan mereka dan menyebabkan mereka lebih bersemangat. Pada peringkat awal pendudukan Jepun. Jepun secara besar-besaran telah melibatkan rakyat dalam administrasinya telah membebaskan pemimpin-pemimpin nasionalis yang dipenjarakan Belanda dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk menerajui negara seperti Sukarno dan Hatta.15 Pihak Jepun juga telah memberi peluang kepada masyarakat Indonesia terutama golongan pemuda untuk memegang jawatan tinggi kerajaan. Menurut M. A. Aziz terdapat 15 ribu pegawai eropah yang telah meninggalkan jawatan mereka dan fungsi pentadbiran dijalan orang Indonesia.16 Hal ini tidak pernah terjadi sebelum ini.

Kesannya, Melalui kepimpinan yang diterajui

Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 46. Sagimun M.D, Perlawanan Rakyat Indonesia Terhadap Fasisme Jepang, Inti Idayu Press, Jakarta, 1985, hlm. 27. 14 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3. 15 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3. 16 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 58. 13

5

pemimpin nasionalis ini menyedarkan masyarakat bahawa kemerdekaan semakin hampir dengan mereka dan menyebabkan mereka lebih bersemangat. Tindakan Jepun ini sebenarnya memberi kesan psikologi yang mematangkan kepimpinan nasionalis tempatan dan menambahkan keyakinan masyarakat Indonesia untuk memimpin sendiri negara mereka. Tindakan Jepun ini sebenarnya mematangkan kepimpinan nasionalis tempatan. Jepun turut memberi peluang kepada nasionalis tempatan menjalankan aktiviti nasionalis melalui pertubuhan-pertubuhan yang sah dan dibenarkan oleh Jepun seperti PUTERA dan kemudiannya HOKOKAI, golongan agama bergiat dalam seperti Majlis Syuro Muslim Indonesia (MASJUMI)17 dan

Jepun pula membentuk barisan

tentera iaitu Pembela Tanah Air (PETA)18 dan melalui pertubuhan ini memberi peluang kepada nasionalis tempatan menjalankan aktiviti nasionalis melalui pertubuhanpertubuhan yang sah yang di benarkan oleh Jepun. Pertubuhan-pertubuhan ini memberi peluang kepada nasionalis memperkembangkan gerakannya dan melatih ketahanan mental dan fizikal mereka.19 Semua pemimpin dan perwira PETA misalnya terdiri daripada orang Indonesia. Malah, mereka turut diangkat dan diberi peluang ke posisiposisi militer yang lebih tinggi.20 Buat pertama kalinya Indonesia dapat membentuk unitunit ketenteraannya tersendiri. Yang akhirnya nanti menjadi golongan penting menegakkan kemerdekaan. Kerjasama golongan ini telah membentuk beberapa pertubuhan politik seperti MASJUMI untuk golongan agama, peringkat luar Bandar dan

17

Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 46.

18

Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 47. 19 Dr. Muhammad Ridhwan Indra .S.H., Sophian Marthabaya S.H, Peristiwa-peristiwa di Sekitar Proklamasi 17.-8-1945, Sinar Grafika,Jakarta, 1987, hlm. 27. 20 Ulf. Sundhaussen, Politik militer Indonesia 1945-1967: Menuju Dua Fungsi ABRI, Jakarta : LP3ES, 1986, hlm. 3.

6

PUTERA untuk nasionalis-nasiolis sekular pimpinan Sukarno dan Hatta. Penubuhan pelbagai organisasi yang melibatkan kaum pemuda ini dapat melatih pemuda dan sangat berguna semasa revolusi nanti. Kali pertama dalam sejarah Indonesia memperlihatkan ramainya golongan pemuda yang dilatih dengan tentera iaitu kira-kira 2,072,00 orang.21 Jumlah yang ramai ini diguna nasionalis untuk menjana idea politik nasionalisme kepada massa rakyat yang sebelumnya tidak pernah berlaku semasa pentadbiran Belanda. Malahan HEIHO telah dilatih untuk mengendalikan senjata anti-pesawat, kereta tebal, arteleri, pemandu dan lain-lain.22 Hal ini memberi peluang kepada nasionalis memperkembangkan gerakannya dan melatih ketahanan psikologi dan fizikal mereka.

Jepun yang menggunakan MASJUMI untuk memperolehi bahan-bahan mentah dari luar untuk keperluan Jepun dan PUTERA pula untuk menyatukan nasionalisnasionalis sekular untuk menentang barat. Sebaliknya Sukarno menggunakan PUTERA untuk meniupkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat untuk menentang Jepun. Ini menyebabkan Jepun bertindak membubar PUTERA mac 1943 dan diganti dengan Perhimpunan Kebaktian Rakyat ( Djawa Hokakai).23 Awalnya, Jepun datang di alu-alukan kerana masyarakat Indonesia percaya ramalan Jayabaya. Namun, bagai mencabut duri tertusuk pedang, kehadiran Jepun merupakan pengalaman mengerikan dalam kehidupan masyarakat Indonesia. Kekejaman pemerintahan Jepun khususnya di akhir pentadbiran telah membangkitkan perasaan benci rakyat kepada kehadiran tentera-tentera dan pemerintahan Jepun. Masalah ekonomi yang 21

Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 67. 22 Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 66. 23 Drs. C.C.T. Kansil S.H dan Drs Julianto S.A., Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia, Erlangga, Jakarta, 1968, hlm.47.

7

wujud semasa Jepun , inflasi, kehidupan rakyak serba daif, penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Jepun. Kehidupan masyarakat terlalu menderita malahan jauh lebih menderita daripada zaman penjajahan Belanda. Penyakit-penyakit seperti busung lapar dan kutu ada dimana-mana. Masyarakat kekurangan gizi dan banyak kes kematian kerana kelaparan.24 Pengalaman ditindas dan dikulikan di tanah air sendiri memberikan kesan yang seolah-olah dipaku kemas didalam kotak pemikiran masyarakat tempatan. Tindakan Jepun sengaja melewat-lewatkan memberi kemerdekaan sebagaimana dijanjikan telah menyedarkan masyarakat tempatan bahawa sikap Jepun juga sama dengan penjajah lain dan mesti ditentang. Oleh itu, apabila wujudnya golongan mempengaruhi rakyat bangkit menentang Jepun maka rakyat Indonesia yang kehausan ini segera menerima seruan pembebasan Negara mereka. Mereka tidak rela lagi dijajah dan diperhambakan. Cukuplah sudah dengan pengalaman ngeri dibawah penjajahan Jepun. Psikologi mereka telah menolak sekerasnya penjajahan. Tindakan Jepun sengaja melewat-lewatkan menberi kemerdekaan sebagaimana dijanjikan telah menyedarkan masyarakat tempatan bahawa sikap Jepun juga sama dengan penjajah lain dan mesti ditentang. Oleh itu, wujudnya golongan mempengaruhi rakyat bangkit menentang Jepun walaupun pada peringkat awalnya golongan ini bekerjasama dengan Jepun. Contohnya gerakan bawah tanah yang dipimpin oleh Amir Syarifudin dan Sjahrir serta mendapat kerjasama Sukarno. Golongan ini membakar perasaan rakyat supaya bertindak memerangi penjajah. Pada saat Jepun menghadapi kekalahan, Jepun yang enggan menyerahkan Indonesia dengan mudah mula menabur janji mahu memberikan kemerdekaan kepada

24

Nazarudin Zainun, Revolusi dan Rakyat : Kesan Sosioekonomi di Jawa Tengah 1947-1949, Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia,1998, hlm. 52.

8

Indonesia.25 Masyarakat mana yang tidak gembira menerima janji-janji seperti ini. Keinginan untuk mencapai kemerdekaan semakin meluat-luat.

SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN Kedatangan Jepun telah berjaya menyedarkan masyarakat Indonesia terutama golongan nasionalis mengenai peri pentingnya membebaskan negara sendiri daripada ditakluk penjajah. Tindakan Jepun memberi peluang kepada rakyat memegang jawatan tinggi yang tidak pernah dirasai sebelum ini walaupun dikawal memberikan kesan yang amat penting terhadap psikologi masyarakat kerana dapat memerintah negara sendiri. Secara tidak sengaja, Jepun sebenarnya telah membantu rakyat Indonesia ke arah berpolitik walaupun pada awalnya sekadar untuk mendapatkan kerjasama menghadapi kedatangan kuasa barat semula. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno, Hatta dan Amir Sharifuddin

yang menggunakan

peluang

semasa pemerintahan

Jepun berjaya

menyemarakkan semula nasionalisme secara tersembunyi untuk mencapai kemerdekaan tanah air dan bangsanya26. Dalam usaha ini Sukarno mengarahkan Sharir dan Amir Sharifuddin membentuk pasukan bawah tanah yang mempunyai hubungan sulit dengan Sukarno.27 Selain itu hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan para pemuda yang sebelum ini menjawat jawatan rendah merampas jawatan dari tangan Jepun secara dengan atau tanpa kekerasan.28

25

Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 47. 26 M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press. Hlm.30. 27 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 47. 28 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49.

9

Jepun membenarkan para nasionalisme menggunakan media-massa Jepun untuk meniupkan semangat kebangsaan pada seluruh rakyat. Jepun juga mendirikan sekolah bernama Asrama Indonesia Merdeka untuk nasionalis-nasionalis memberi semangat mengenai semangat nasionalisme.

Selepas pendudukan Jepun, Slogan-slogan dan

semboyan-semboyan perjuangan atau dicatkan pada tembok-tembok dan dinding-dindind kereta api dan lain-lain.29 Hal ini membuktikan golongan Nasionalis selepas Jepun sudah pandai menggunakan medium dan saluran bercetak untuk membangkitkan semangat masyarakat untuk sama-sama bersatu menentang penjajahan. Jepun yang menggalakkan nasionalis-nasionalis terlibat dalam ketenteraan seperti yang dicadangkan Sutardjo dan Gatot Mangkupradja yang mencadangkan perkhidmatan tentera wajib untuk membantu Jepun dan agar tentera sukarela diadakan yang bertujuan menentang semula kedatangan Belanda.30 Namun, pasukan-pasukan seperti HEIHO, PETA dan KNIL ( tentera

Hindia-Belanda) bergabung menjadi Barisan Keamanan

Rakyat ( B.K.R) yang menjadi Tentera Keamanan Rakyat ( T.K.R) pada 5 Oktober 1945 dan akhirnya Tentera Nasional Indonesia (T.N.I).31 Gabungan ini akhirnya menjadi tulang belakang pentadbiran pertahanan dan berjuang dengan lebih redikal untuk mengapai kemerdekaan. Golongan yang terlatih dengan ketenteraan ini dipanggil ‘pemuda’. Mereka lebih terlatih dan bergerak bebas dibawah Jepun temasuk menerima latihan senjata.32 Golongan pemuda ini telah bertindak agresif merebut senjata dengan Jepun dan

29

Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49. 30 Mangunpradja, Gatot, ‘The Peta and my relations with the Japanese : A Correction of Sukarno’s Autobiography,’ dalam Indonesia, Ithica, New york, no.5, Universiti Cornell, 1958, hlm.105-34 31 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 49. 32 M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press. Hlm.44

10

ada yang berhasil misalnya di Banjumas dan di Surabaya.33 Mereka

kemudiannya

menggunakan senjata ini untuk mengusir Inggeris dari Kota Ambarawa.34

Hal ini

berbeza dengan sebelum pendudukan Jepun yang mana latihan ketenteraan tidak pernah diterima . Semangat dan kekuatan psikologi yang wujud selepas Jepun menyebabkan tentera Jepun di beberapa kota berjaya ditawan oleh golongan pemuda Indonesia tanpa perlawanan sehingga menyebabkan ketakutan di pihak Jepun. Namun, ada juga tentera Jepun yang enggan menyerah menyebabkan berlakunya peperangan sengit di Surabaya, Jogja dan Bandung.

35

Hal ini membuktikan semangat perjuangan masyarakat Indonesia

selepas dijajah Jepun menimbulkan semangat yang berada dipuncak dan tidak mampu digugat lagi. Malahan, mereka tidak rela lagi bendera penjajah berkibar di negara mereka. Hal ini dibuktikan apabila terjadinya insiden bendera pada 19 september 1945 di Surabaya. Beberapa orang pemuda Indonesia telah mengoyakkan bendera tiga warna Belanda iaitu biru, merah dan putih, dirobek menjadi warna putih dan merah saja yang menjadi warna bendera Indonesia.36 Insiden ini menimbulkan kemarahan yang amat kepada Belanda. Tetapi, ianya merupakan perjuangan yang berani bagi masyarakat Indonesia walaupun akhirnya masyarakat Indonesia ramai yang terkorban. Jepun yang mengharamkan penggunaan bahasa Belanda semasa pemerintahan mereka telah secara tidak sengaja meningkatkan semangat cintakan Negara dalam nadi masyarakat. Selama ini, semasa pemerintahan Belanda mereka dipaksa untuk 33

Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 65. 34 Dr. A.H.Nasution, 1966, Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan, Jakarta: P.N. karya Tjatos, Hlm. 73 35 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 51. 36 Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga.hlm. 51.

11

menggunakan bahasa Belanda untuk pelbagai urusan. Pengharaman bahasa Belanda menjadikan bahasa Indonesia mencipta kemajuan. Secara langsung juga menyebabkan berlakunya penyatuan dalam masyarakat sehingga rakyat Indonesia bersatu padu.

PENUTUP Melalui perbincangan tadi jelaslah menunjukkan bahawa kedatangan dan pentadbiran Jepun di Indonesia merupakan pemangkin kepada pergerakan nasionalis tempatan dan melalui konsensi yang diberikan oleh Jepun telah memberi peluang kepada nasionalis menjalankan kegiatannya dan seterusnya sebagai asas kemerdekaan tanah air kemudiannya. Perkembangan nasionalisme di Indonesia menjadi semakin radikal, berpolitik dan penentangan secara terbuka setelah Jepun menguasai Indonesia.

BIBLIOGRAFI M.D. Sagimun, 1985. Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasisme Jepan. Jakarta : Inti Idayu Press. Drs. C.C.T. Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A., 1968. Sedjarah Perdjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia. Jakarta : Erlangga. Dr. Muhammad Ridhwan Indra .S.H., dan Sophian Marthabaya S.H., 1987. Peristiwaperistiwa di Sekitar Proklamasi 17-8-1945. Jakarta: Sinar Grafika. Mangunpradja, Gatot, 1958. ‘The Peta and my relations with the Japanese : A Correction of Sukarno’s Autobiography,’ dalam Indonesia. Ithica New york, no.5, Universiti Cornell, Abd. Aziz Hitam, Wan Azaham Wan Mohamad (penterjemah). 1988.Sejarah Indonesia abad ke-20. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Pustaka. Jusuf Mewengkeng. 1988. “Diguling dan Perlawanan Terhadap Koloniolisme”, dlm PRISMA: Majalah Kajian Ekonomi dan Sosial. vol.7. Jakarta: Repro International.

12

Dr. A.H.Nasution. 1966. Sedjarah Perjuangan Nasional dibidang persendjataan. Jakarta: P.N. karya Tjatos.

13

Related Documents