PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA (CAWANGAN KUALA LUMPUR)
PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUB CAW KUALA LUMPUR (PS
TARIKH 3 DAN 4 OKTOBER 2009
TEMPAT KOMPLEKS MUHIBAH AMPANG, SELANGOR
PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA (CAW KUALA LUMPUR) PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PSGFM KL 2009 TARIKH 3 DAN 4 OKTOBER 2009
TEMPAT KOMPLEKS MUHIBAH AMPANG, SELANGOR
ANJURAN PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSAIA CAWANGAN KUALA LUMPUR (PSGFM KL)
PERASMIAN PENUTUP EN. HALIM BIN HAMIT GURU KANAN PSGFM KL
2
1. MUKA DIMAH .
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pernah mencatatkan sejarah dalam Kejuaraan Silat Peringkat Kebangsaan di mana pertubuhan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan untuk empat kali berturut-turut iaitu pada tahun 1991 (Melaka), 1992 (Kedah), 1994 (Pulau Pinang) dan 1995 (Kuala Terengganu) dalam Kejuaraan Silat Seni dan Muzik Silat Malaysia. Di Peringkat Antarabangsa pula, PSGFM telah berjaya mengembangkan sayapnya di negara-negara seperti Austria, Vienna, Perancis, Switzerland, Norway, German dan New Calidonia. Pertandingan Silat Olahraga yang bakal diadakan di peringkat Kuala Lumpur bagi pesilat remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun ini merupakan satu inisiatif Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (PSGFM KL) dalam melahirkan juara-juara baru demi mengekalkan pencapaian sedia ada. Ia juga selaras dan mendukung hasrat negara dalam membentuk 1 Malaysia. ‘FATANI NUSA BAKTI’ ‘MEMBUNUH ITU BERDOSA, MEMPERTAHANKAN DIRI ITU WAJIB’ 2. FALSAFAH.
‘SILAT MENGAWAL DIRI’ Berteraskan budaya Melayu dan Islam yang membawa kepada kesejahteraan insan. Falsafah pertandingan ialah ‘Silat Mengawal Diri’ kerana peraturan pertandingan melarang pesilat saling mencederakan satu sama lain. Maknanya setiap peserta mestilah sabar, tawakal, bertimbang rasa dan bersih hati dari nafsu marah. Menang atau kalah ialah pesilat bukaan Seni Silatnya. Oleh itu pesilat mestilah menerima keputusan pertandingan dengan; MENERIMA KEMENANGAN DENGAN RENDAH HATI DAN MENERIMA KEKALAHAN DENGAN JIWA YANG BESAR
3
3. OBJEKTIF.
a. Melahirkan juara-juara baru yang dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta menyemarakkan lagi nilai-nilai murni melalui pertandingan silat. b. Melaksanakan aktiviti-aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak
negeri dengan menjadikan pertandingan silat sebagai satu medium pembangunan pesilat. c. Merapatkan lagi ukhwah dan hubungan silaturrahim di kalangan para
guru, jurulatih dan pesilat PSGFM KL. d. Mengekalkan PSGFM sebagai Juara Keseluruhan Silat Kebangsaan bagi 3 kali berturut (1991, 1992 dan 1994). Pertubuhan telah memegang terus piala yang menjadi rebutan iaitu Piala PESAKA (Juara Keseluruhan) dan Piala Laksamana (Juara Keseluruan Silat Seni). e. Melahirkan
pemimpin yang berkualiti melalui pengurusan pengurusan pertandingan, kepengadilan dan kejurulatihan.
sukan,
f. Menjadikan silat sebagai satu wadah pembangunan negara sejajar dengan hasrat 1 Malaysia. 4. MATLAMAT.
a.
Mewujudkan pertandingan-pertandingan silat dan aktiviti lain yang bermakna pada isi keaslian kaedah Seni Beladiri Melayu.
b.
Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani kerana pertandingan memberi kecergasan dan kemahiran silat iaitu bersilat yang selamat (Silat Olahraga).
c.
Memahami, mendalami, melahirkan, mengekalkan keaslian teknik dan taktik yang terdapat di dalam seni silat secara cepat, cekap dan tepat melalui pertandingan.
d.
Memberi peluang membina sifat kepimpinan dan kreatif di kalangan pesilat, mengikut kebolehan dan mutu serta pengetahuan dalam ilmu persilatan.
e.
Mewujudkan perhubungan yang berharmonis untuk mengeratkan perpaduan ahli dan guru-guru dalam menuju wawasan 2020.
4
5. TEMA.
‘SILAT BERBUDAYA, WAWASAN NEGARA’ 6. AKTIVITI.
Aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan Silat Olahraga bagi peringkat remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun.
5
PERATURAN PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009 1. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN.
Tarikh
:
3 dan 4 Oktober 2009.
Tempat
:
Kompleks Muhibah Ampang, Selangor
2. PENYERTAAN. a. Terbuka kepada semua ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
Cawangan Kuala Lumpur (PSGFM KL). b. Semua peserta yang akan bertanding hendaklah mempunyai kad keahlian
yang sah dan belum tamat tempohnya. Jawatankuasa yang dilantik berhak membatalkan/tidak membenarkan peserta untuK bertanding jika tidak mempunyai kad keahlian yang diakui sah. c. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar peserta yang terdiri daripada: Pegawai/Pengurus Pasukan
-
1 orang
Jurulatih Pasukan
-
1 orang
Pesilat Olahraga •
Putera
-
10 orang
•
Puteri
-
3 orang
JUMLAH
-
15 orang
3. KELAYAKAN PESERTA. a. Umur peserta yang lahir pada tahun 1992 hingga tahun 1996 sahaja yang
layak didaftarkan oleh pasukan. b. Pertukaran nama pesilat boleh dilakukan oleh Pengurus Pasukan semasa pendaftaran sahaja. Selepas itu sebarang permintaan untuk menukar nama pesilat tidak dibenarkan.
6
4. BAYARAN.
a.
Semua peserta dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 15.00.
b.
Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau semasa pendaftaran kepada pihak Bendahari Kejohanan.
c.
Pihak penganjur tidak menyediakan pegawai/peserta yang menyertai kejohanan.
makan/minum
untuk
5. PEMERIKSAAN KESIHATAN.
a.
Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertanding oleh Pegawai Perubatan. Sijil akuan layak bertanding hendaklah diperolehi daripada Pegawai Perubatan masing-masing. Urusetia Kejohanan tidak menyediakan Pegawai Perubatan bagi tujuan tersebut.
b.
Surat akuan sihat, cergas dan layak bertanding bagi tiap-tiap pesilat hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Kejohanan semasa mendaftar pesilat.
c.
Pesilat yang tidak mengemukakan surat akuan sihat, cergas untuk masuk bertanding daripada Pegawai Perubatan tidak layak menyertai pertandingan ini.
6. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN.
a.
PUTERA Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D Kelas E Kelas F Kelas G Kelas H Kelas I Kelas J
b.
-
39 kg. dan tidak melebihi 42 kg. 42 kg. dan tidak melebihi 45 kg. 45 kg. dan tidak melebihi 48 kg. 48 kg. dan tidak melebihi 51 kg. 51 kg. dan tidak melebihi 54 kg. 54 kg. dan tidak melebihi 57 kg. 57 kg. dan tidak melebihi 60 kg. 60 kg. dan tidak melebihi 63 kg. 63 kg. dan tidak melebihi 66 kg. 66 kg. dan tidak melebihi 69 kg.
PUTERI
7
Kelas A Kelas B Kelas C
-
39 kg. dan tidak melebihi 44 kg. 44 kg. dan tidak melebihi 49 kg. 49 kg. dan tidak melebihi 54 kg.
7. TIMBANG DAN TIMBANG ULANG.
a.
Semua Peserta Silat Olahraga akan ditimbang dan direkodkan berat badannya bagi menentukan Kelas Pertandingan.
b.
Pada penimbangan yang pertama (rasmi) berat badan pesilat berkenaan mesti berada di dalam kelasnya yang telah didaftarkan dengan memakai pakaian silat potongan Melayu tanpa pelindungan badan dan pelindungan kemaluan.
c.
Semua Peserta Silat Olahraga mestilah menjalani Timbang Ulang iaitu lima belas minit sebelum sesuatu pertandingan dimulai. Pada penimbangan ulangan ini pesilat dibenarkan memakai pakaian silat tanpa pelindungan badan.
d.
Tolarensi berat badannya adalah seperti berikut :i. ii.
e.
Minuman Maksimum
-
0.7 kg. 0.7 kg.
Peserta Silat Olahraga yang gagal mengekalkan berat badannya dalam kelas yang didaftarkan semasa ditimbang ulang akan dibatalkan (Didiskualifikasi) untuk bertanding seterusnya mengikut Fasal 9, Ayat 4, Perenggan D dalam Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa.
8. PAKAIAN PESILAT.
a.
Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pakaian seragam silat berwarna hitam dengan potongan Melayu.
b.
Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pelindungan badan.
c.
Setiap Peserta Silat Olaharaga hendaklah memakai pelindung kemaluan yang di perbuat daripada bahan plastik.
d.
Dibenarkan memakai pelindung sendi berspan.
9. KAEDAH PERTANDINGAN.
a. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan Peraturan Pertandingan Silat Antarabangsa (PESILAT).
8
b. Pertandingan Silat Olahraga akan dijalankan secara kalah mati . c. Setelah pesilat disahkan layak bertanding dalam kelas yang ditentukan mengikut berat badannya, maka ia akan diundi menentukan jadual perlawanan dalam kelas itu. d. Semua pesilat hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan iaitu tiga puluh (30) minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira kalah dan kemenangan akan diberi kepada pihak lawannya. 10. BANTAHAN/TATATERTIB.
a. Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan Wang Pertaruhan sebanyak b. RM 200.00 (RINGGIT MALAYSIA: Dua Ratus Sahaja). c. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Pertandingan dalam masa sepuluh (10) minit selepas keputusan diumumkan. d. Wang Pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. e. Bantahan boleh dibuat dan akan diproses mengukut Fasal 11, dalam Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antarbangsa. f. Keputusan Dewan Hakim terhadap sesuatu bantahan itu adalah muktamad.
13.
GANTI RUGI. a.
Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal serta pegawai-pegawai yang dilantik tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana peserta atau pegawai-pegawai di sepanjang berlansungnya kejuaraan ini atau dalam perjalanan pergi dan balik dari rumah/pusat pasukan dan ke tempat pertandingan.
b.
Semua pegawai dan peserta dari setiap pasukan dikehendaki mengambil insuran perlindungan masing-masing.
9
14.
15.
PENANGGUHAN. a.
Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan oleh Urusetia Kejohanan adalah sama sekali tidak boleh ditangguh atau diubah.
b.
Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu pertandingan dengan terlebih dahulu diberitahu kepada pengurus-pengurus pasukan.
PERATURAN AM. a.
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).
b.
Semua peserta hendaklah melaporkan diri di gelanggang pertandingan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira undur diri/kalah.
c.
Pihak Urusetia tidak akan menyediakan sebarang kemudahan atau bertanggungjawab kepada penyokong atau orang persendirian yang tidak tersenarai didalam pasukan.
Disediakan oleh: IZHAR BIN MAT ISA Setiausaha Pertandingan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Caw Kuala Lumpur
10
ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009 1. Bayaran Sewa a. Siaran Raya RM 200.00 x 2 hari b. Peralatan Pertandingan • Matras RM 500.00 x 2 hari • Lampu Babak RM 200.00 X 2 hari • Bendera Juri RM 50.00 x 2 hari • Loceng Arbiter RM 50.00 x 2 hari • Lampu Ketua Pengadil RM 100.00 x 2 hari c. Pengangkutan RM 200.00 x 2 hari
RM 400.00
RM 1000.00 RM 400.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 200.00 RM 400.00 RM 2600.00 RM 2600.00
2. Wasit dan Juri a. Wasit dan Juri RM 20.00 x 20 orang x 2 hari
RM 800.00 RM 800.00
3. Hadiah/Cenderamata a. Hadiah • Juara 1 RM 50.00 x 13 kategori • Medal RM 15.00 x 4 orang x 13 kategori • Pesilat Terbaik • Pesilat Harapan b. Cenderamata RM 15.00 x 30 c. Sijil Penyertaan RM 3.00 x 200 keping
RM 650.00 RM 780.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 450.00 RM 600.00 RM 2520.00 RM 2520.00
11
4. Urusetia a. Persiapan Gelanggang b. Alat Tulis c. Banner d. Air Mineral
RM 100.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 80.00 RM 580.00 RM 580.00
5. Sajian a. Pegawai Teknikal RM 10.00 x 20 orang x 3 hari b. Wasit dan Juri RM 10.00 x 20 orang x 2 hari
RM 600.00 RM 400.00 RM 1000.00 RM 1000.00
6. Kecemasan / Perbelanjaan Di Luar Jangkaan
RM 200.00
Jumlah Keseluruhan
12
RM 200.00 RM 7700.00
JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN SILAT REMAJA PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009 TARIKH/MASA
0700 - 0800
0800 – 1300
1300 – 1400
1400 – 1830
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
PERTANDINGAN SILAT
MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR
PERTANDINGAN SILAT
3 OKTOBER 2009 (SABTU) 4 OKTOBER 2009 (AHAD)
SARAPAN PAGI
PERTANDINGAN SILAT
13
PERTANDINGAN SILAT (AKHIR)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN KUALA LUMPUR 2009 PENAUNG
:
En. Halim bin Hamit Guru Kanan PSGFM KL
PENASIHAT
:
En. Zaihan bin Mohd Isa Setiausaha Agung PSGFM
PENGARAH KEJUARAAN
:
En. Mohd Nazim bin Haji Ismail Guru Muda PSGFM KL
SETIAUSAHA
:
En. Izhar bin Mat Isa
BENDAHARI
:
Cik Nur Syazreen binti Ab Malik Jurulatih PSGFM KL
AHLI JAWATANKUASA 1 .
URUSETIA PERTANDINGAN
: En. Emy Fadly bin Abd Aziz Guru Muda PSGFM KL
2 . 3 .
WASIT/JURI
: Pn. Hanida Zaili binti Jailani
HADIAH/CENDERAMATA
: Cik Norhamiza binti Abu Hassan Jurulatih PSGFM KL Cik Norazwa binti Norman Jurulatih PSGFM KL
4 .
PERALATAN/PENGANGKUTAN
: En. Mohd Nizam bin Musa Jurulatih PSGFM KL
5 . 6 .
SAMBUTAN/PERASMIAN
: En. Izhar bin Mat Isa
SAJIAN/KESELAMATAN
: En. Mohd Nasriq bin Mat Shah Jurulatih PSGFM KL
14
PERTANDINGAN SILAT OLAHRAGA REMAJA PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAW KUALA LUMPUR 2009 BORANG PENDAFTARAN PUTERA BIL
KATEGORI
1.
KELAS A (39 – 42 KG)
2.
KELAS B (42 – 45 KG)
3.
KELAS C (45 – 48 KG)
4.
KELAS D (48 – 51 KG)
5.
KELAS E (51 – 54 KG)
6.
KELAS F (54 – 57 KG)
7.
KELAS G (57 – 60 KG)
NAMA PESILAT
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH LAHIR
NO AHLI
8.
KELAS H (60 – 63 KG)
9.
KELAS I (63 – 66 KG)
10.
KELAS J (66 – 69 KG)
PUTERI 1.
KELAS A (39 – 44 KG)
2.
KELAS B (44 – 49 KG)
3.
KELAS C (49 – 54 KG)
TANDATANGAN PENGURUS TARIKH
....................................................... ( ) :
16