Kertas Kerja Pengurusan Kerja.docx

  • Uploaded by: skbbs2
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Pengurusan Kerja.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,034
  • Pages: 8
KERTAS KERJA PENGURUSAN KERJA & TINDAKAN PETANDINGAN DENGGI PATROL PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SELAYANG (2) 1.0 PENDAHULUAN Program Dengue Patrol bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak – kanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya. Program ini juga bertujuan untuk memperkasa murid-murid sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi, dengan mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka. Memandangkan pada tahun 2019 pihak sekolah telah terpilih dan diberikan kepercayaan untuk membawa cabaran ini peringkat Negeri Selangor, maka satu jawatankuasa khas di peringkat sekolah telah dibentuk untuk memastikan agihan tugasan dan pelaksanaan berjalan dengan lancar bermula 1 Mac 2019 sehingga 22 Mei 2019. Adalah diharapkan agar kertas kerja yang dibentangkan ini akan mendapat kelulusan dan kerjasama yang baik di kalangan guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Bersatu Untuk Membanteras Denggi Di Dalam Usaha Menjadikan Malaysia Bebas Denggi dan Untuk Memperlengkap Dan Memperkasa Murid Sebagai Pendidik Dan Insan Berpengaruh Dengan Bertindak Sebagai Duta Untuk Mencegah Denggi

2.0 RASIONAL 2.1 Tingkatkan ilmu tentang kesedaran denggi. 2.2 Galakkan aktiviti membanteras penyakit denggi dengan komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat. 2.3 Murid sebagai duta kepada rakan sebaya. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan ilmu tentang kesedaran denggi dengan menyebarkan maklumat berkaitan pencegahan Denggi 3.2 Membentuk satu pasukan kerja yang dapat membantu sekolah untuk menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pengelola pertandingan 3.3 Memastikan setiap pasukan kerja mampu bekerjasama untuk menghasilkan laporan yang menarik sebelum dihantar kepada pengelola pertandingan 4.0 TARIKH PERTANDINGAN Tarikh Mula Tarikh Akhir & Penghantaran Laporan 5.0 ANJURAN 5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 5.2 Kementerian Kesihatan Malaysia 5.3 Sanofi Pasteur

: 1 Mac 2019 : Sebelum Atau Pada 22 Mei 2019

6.0 FORMAT PERTANDINGAN 6.1 Sekolah yang terlibat boleh mula melaksanakan aktiviti mereka di sekolah mulai 1 Mac 2019 (Jumaat) untuk peringkat negeri dan 17 Jun 2019 (Isnin) untuk peringkat kebangsaan. Pasukan Dengue Patrol terdiri muridmurid sekolah (maksimum 40 murid) dan guru-guru sekolah sebagai penasihat (maksimum 10 guru). Setiap sekolah digalakkan melaksanakan 2 aktiviti seperti berikut : 6.1.1 Aktiviti Kesedaran Denggi Secara Atas Talian Menggunakan kreativiti untuk menyampaikan mesej kesedaran denggi secara atas talian Sekolah digalakkan menggunakan saluran dalam talian sebanyak mungkin sebagai salah satu cara untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan denggi Contoh aktiviti :  Mengambil bahagian dalam kuiz web portal Patrol Denggi  Kesedaran melalui saluran media sosial (Facebook, Instagram) Video atas talian melalui Youtube (Video muzik, Video pendidikan) 6.1.2 Aktiviti Kesedaran Denggi Melalui Aktiviti Luar Menggunakan kreativiti untuk mempromosikan kesedaran denggi melalui penglibatan masyarakat Sekolah digalakkan untuk melaksanakan aktiviti luar untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan denggi di kalangan masyarakat Contoh aktiviti :  Gotong royong  Pertandingan cipta alat perangkap nyamuk  Kesedaran denggi melalui seni persembahan (Tarian, Nyanyian, Lakonan, Puisi) 6.2 Syarat-syarat dan format pertandingan lain sila rujuk lampiran MS Office Powerpoint seperti yang dilampirkan

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi

:

Timbalan Pengerusi

:

Naib-Naib Pengerusi

: :

Setiausaha Kerja

:

Pengurus Program

:

Penolong Pengurus Program

:

Pn Dg Fauziah Binti Ag Ismail Guru Besar En Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Zahariah Binti Bidin Penolong Kanan Pentadbiran En Mohd Raziff Bin Mat Zuki Penolong Kanan Kokurikulum Pn Suzana Binti Bakhtiar Setiausaha HEM En Syahril Rizal Bin Hj Dasuki Penyelaras Skuad Denggi Sekolah En Muhammad Zulhakim Bin Hazaha Penyelaras Doktor Muda Sekolah

Pegawai Kewangan

: :

Pn Arina Zalikha Binti Dolmat Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah Pn Siti Askah Binti Abdullah Bendahari PIBG

Pengurus Kecil Aktiviti Kesedaran Denggi Aktiviti Luar Projek Sayangi Alam Sekitar & Promosi

: : : : Projek Inovasi : : : Persembahan : : : Banner / Poster / Bahan Edaran/Promosi : : : Pertandingan Peringkat Dalaman & Sekolah : Luar : :

Mohd Farizul Amri Bin Alias Rubitasyahida Binti Ahmad Tajuddin Ahmad Zaidi Bin Abdul Azizi Nurzihana Binti Abd Rahim Haliza Binti Muhammad Shariff Muhammad Zulhakim Bin Hazaha Shyamala a/p Muruthamuthu Sharipatil Asma Binti Kamal Abdul Nasir Anis Qharunnisa Binti Azmi Nurul Syuhada Binti Ibrahim Yusumawati Binti Mohd Yusoff Nor Tholihah Binti Mohd Ali Rozia Harianni Binti Othman Suzana Binti Bakhtiar ( Dalaman Sekolah ) Ketua-Ketua Panitia Diana Celestina Wee ( Sekolah Luar )

Pengurus Kecil Aktiviti Kesedaran Denggi Secara Atas Talian Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / : Instagram : : Kuiz Web Portal Denggi Patrol : : Laporan Kreatif / Multimedia : : :

Noraida Wati Binti Abdullah Halijah Binti Yahaya Nasaruddin Bin Miskon Nazirul Izzat Syakir Bin Mohd Isa Kemalatha a/p Ilangovan Luqman Jauhari Bin Muhaimin Mohd Badri Bin Hamza Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin

8.0 SKOP TUGASAN Pengerusi Timb. Pengerusi Naib-Naib Pengerusi

: : :

 Menasihati dan mempengerusikan setiap mesyuarat pengurusan berkaitan persediaan pasukan  Mencari dana dan peruntukkan untuk pasukan  Memastikan surat menyurat rasmi ditandatangani dan disahkan  Berhubung dengan PPD Gombak, PKD Gombak dan MPS serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk membantu mempromosikan pencegahan denggi  Memastikan setiap JK bergerak mengikut tugasan yang telah diberikan  Menyokong keperluan pasukan yang akan bertanding

Setiausaha Kerja

:

 Memastikan segala dokumentasi, minit-minit mesyuarat, surat menyurat dan lain-lain keperluan berkaitan pengurusan disediakan sebelum tempoh yang diperlukan  Menjadi penghubung (PR) kepada pihak-pihak berkepentingan untuk mempromosikan pencegahan denggi  Membantu Pengurus Program dan Penolong Pengurus Program dalam pengurusan aktiviti agar berjalan dengan lancar

Pengurus Program Penolong Pengurus Program

: :

 Menyelia dan memantau perjalanan kerja setiap penguruspengurus kecil setiap bidang tugas yang telah diagihkan  Melaporkan persiapan dan kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh setiap pengurus-pengurus kecil kepada Pengerus, Timb. Pengerusi dan Naib-Naib Pengerusi sekiranya diminta  Membantu Pengerusi dan Timb. Pengerusi menyelesaikan permasalahan setiap bahagian  Merancang mengadakan taklimat, mesyuarat, house keeping khas kepada setiap bahagian sekiranya perlu  Memastikan tarikh pelaksanaan MULA dan AKHIR dipatuhi sepenuhnya  Bekerjasama dengan Setiausaha Kerja dalam penyediaan dokumentasi, surat kebenaran keluar guru dan peserta sekiranya diperlukan  Mengurus peserta dan guru sekiranya terlibat dengan aktiviti luar bersama badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan  Menyediakan seramai 40 orang murid dan 10 orang guru yang bakal terlibat dalam program ini sepanjang tarikh yang telah ditetapkan

Pegawai Kewangan

:

 Menyediakan peruntukkan kewangan seperti dalam permohonan yang telah diluluskan  Memastikan proses pembayaran dijalankan dengan segera untuk mengelakkan masalah perbelanjaan mengurus tergendala  Bekerjasama dengan pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib-Naib Pengerusi, Pengurus dan Penolong Pengurus Program sekiranya ada peruntukkan tambahan diberikan

Pengurus Projek Sayangi Alam Sekitar & Promosi

:

 Memastikan minimum 10 orang dan 5 orang guru murid terlibat dalam aktiviti luar bersama komuniti  Bekerjasama dengan Pengurus Banner / Poster / Bahan Edaran / Promosiuntuk mendapatkan bahan promosi dan dibawa bersama sepanjang program dijalankan  Mengambil gambar program sepanjang diadakan dan menghantar kepada Pengurus Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram dan Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia untuk dibuat laporan  Memastikan keselamatan murid diutamakan dengan penyediaan dokumentasi dan sebagainya

Pengurus Projek Inovasi

:

Pengurus Persembahan

:

Pengurus Banner / Poster / Bahan Edaran/Promosi

:

Pengurus Pertandingan Peringkat Dalaman

Pengurus Pertandingan Peringkat Sekolah Luar

 Mengadakan pertandingan cipta alat perangkap nyamuk antara murid-murid atau kelas atau yang bersesuaian  Membuat dokumentasi sepanjang pertandingan diadakan  Mengambil gambar program sepanjang diadakan dan menghantar kepada Pengurus Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram dan Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia untuk dibuat laporan  Mendapatkan peruntukkan sekiranya perlu untuk tujuan penyampaian hadiah dan sebagainya  Merancang bentuk persembahan sama ada berbentuk tarian, koir, boria, lakonan, puisi dan sebagainya mengikut tema yang telah ditetapkan  Merancang dan mendapatkan peruntukkan sekiranya diperlukan untuk pembelian kostum atau pakaian persembahan yang bersesuaian  Mengadakan persembahan murid minimum 20 orang dengan diiringi oleh guru kepada tetamu jemputan, sekolah-sekolah dan majlis-majlis sepanjang pelaksanaan projek  Bekerjasama dengan Pengurus Banner / Poster / Bahan Edaran / Promosiuntuk mendapatkan bahan promosi dan dibawa bersama sepanjang program dijalankan  Mengadakan pelancaran pertama di sekolah dengan memperkenalkan kumpulan persembahan yang bakal bertanding  Mengambil gambar program sepanjang diadakan dan menghantar kepada Pengurus Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram dan Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia untuk dibuat laporan  Memastikan keselamatan murid diutamakan dengan penyediaan dokumentasi dan sebagainya  Menyediakan Banner / Poster / Bahan Edaran/Promosi yang secukupnya untuk mempromosikan aktiviti pencegahan denggi kepada peserta, orang ramai dan majlis-majlis yang diadakan  Bekerjasama dengan semua pengurus dalam penyediaan bahan promosi sepanjang program berlangsung  Merancang proram-program merentas kurikulum berkaitan kesedaran pencegahan denggi melibatkan Ketua-Ketua Panitia  Merancang aktiviti di perhimpunan sekolah  Menyediakan hadiah untuk diberikan kepada pemenang setiap pertandingan (sekiranya perlu)  Merancang secara bersama dengan Pengurus Program dan Penolong Pengurus Program untuk mengadakan program bersama sekolah-sekolah berdekatan  Berurusan dengan Unit HEM PPD Gombak untuk penglibatan bersama sekolah berdekatan  Menguruskan penyampaian hadiah kepada setiap pemenang pertandingan melibatkan sekolah berdekatan (sekiranya perlu)  Mempromosi kempen pencegahan denggi kepada sekolahsekolah yang terlibat dengan pertandingan yang diadakan.

Pengurus Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram

:

 Memasukkan setiap bahan-bahan aktiviti oleh semua pengurus yang berkaitan untuk dipaparkan dan dipromosikan  Menyediakan sebaran secara digital melalui aplikasi-aplikasi Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram  Menyebarkan dan mendapatkan tanda like semaksimum yang boleh supaya promosi pencegahan denggi sampai ke semua peringkat lapisan masyarakat  Bekerjasama dengan Pengurus Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia untuk dibuat laporan  Menyebar luas kepada seluruh komuniti masyarakat untuk mendapatkan tanda “like” atau “share” terbanyak sebagai langkah menunjukkan maklumat kesedaran pencegahan denggi sampai kepada mereka  Membantu pengurus Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia dalam penyediaan konsep laporan yang bakal dihantar kepada pengelola pertandingan

Pengurus Kuiz Web Portal Denggi Patrol

:

 Menyediakan jadual penggunaan makmal untuk membolehkan murid-murid hadir menjalani kuiz yang telah ditetapkan dalam Portal Denggi Patrol  Bekerjasama dengan Pengurus Aplikasi Youtube / Facebook / Twitter / Instagram untuk mempromosi kuiz yang telah ditetapkan dalam Portal Denggi Patrol kepada semua peringkat masyarakat  Bekerjasama dengan Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia untuk memasukkan penyertaan di dalam laporan yang akan dihantar kepada pengelola pertandingan

Pengurus Laporan Kreatif / Multimedia

:

 Menyediakan laporan berbentuk tayangan video kreatif dan menarik untuk dihantar kepada pengelola pertandingan pada atau sebelum tarikh penghantaran yang telah ditetapkan  Menerima semua laporan daripada pengurus-pengurus yang terlibat untuk dimasukkan ke dalam video  Menghantar laporan video mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Jenis Perbelanjaan Banner, Banting & Flyer Promosi

Bilangan Unit

Jumlah (RM)

1.1 Banner Kesedaran Denggi 4 Bidang x RM 150.00 1.2 Banting Kesedaran Denggi 4 Bidang x RM 30.00 1.3 Cetakan Flyer (Kertas Warna, Kertas A4) 5 Rim x RM 12.00 Makanan, Minuman & Kos Pengangkutan Aktiviti Luar

600.00 120.00 60.00

1.4 Makanan & Minuman Peserta 1.5 Kos Pengangkutan Kenderaan

400.00 150.00

40 Orang x RM 10.00 10 Buah x RM 15.00

Sumber

Kostum Persembahan 1.6 Pakaian & Aksesori Persembahan Hadiah Pertandingan

40 Orang x RM 10.00

400.00

1.7 Pertandingan Inovasi

Hamper Tempat Pertama, Kedua & Ketiga x RM 50.00

150.00

1.8 Pertandingan Peringkat Kelas Mengikut Panitia

Alat Tulis Tempat Pertama, Kedua & Ketiga x 11 Panitia x RM 5.00

165.00

1.9 Pertandingan Peringkat Sekolah Komuniti

Hamper Tempat Pertama, Kedua,Ketiga & Keempat x RM 50.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM)

200.00

1 845.00

9.1 Perolehan sumber kewangan dicadangkan seperti berikut : 9.1.1 9.1.2 9.1.3 9.1.4

Peruntukkan Bantuan Kokurikulum Sekolah Peruntukkan PCG Setiap Panitia Peruntukkan SUWA / Sewa Kantin / Sewa Kedai Buku Sekolah Peruntukkan Khas PIBG Sekolah

10.0 PENUTUP Adalah diharapkan, peranan dan tugas setiap ahli jawatankuasa akan dapat digembeleng secara bersama bagi menjayakan Pasukan Denggi Patrol yang akan mewakili daerah Gombak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 17 Jun 2019. Usaha dan kejayaan ini tidak akan membuahkan hasil sekiranya tiada kesepaduan untuk menjayakan setiap perancangan yang telah ditetapkan. Semoga kempen yang diadakan ini akan memberikan impak dan kesedaran kepada seluruh masyarakat untuk mengetahui bertapa pentingnya mencegah pembiakan nyamuk denggi yang boleh mendatangkan maut sekiranya tidak dibendung lebih awal. ----------------------------------------------------------------------------- o --------------------------------------------------------------------------Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

...................................... SUZANA BINTI BAKHTIAR Setiausaha Kerja Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

................................... SYAHRIL RIZAL BIN HJ DASUKI Pengurus Program Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

Disemak Oleh :

Disahkan & Diluluskan Oleh :

...................................... MOHD SAHARI SAYUTI BIN ARIFIN Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

.................................... DG FAUZIAH BINTI AG ISMAIL Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

LAMPIRAN

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44

More Documents from ""