Kertas-kerja-pemulihan-khas Taskforce.docx

  • Uploaded by: siti noorazlin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas-kerja-pemulihan-khas Taskforce.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,343
  • Pages: 10
KANDUNGAN Bil.

Kandungan

Halaman

1.

Pengenalan

2

2.

Definisi

2

3.

Matlamat

3

4.

Objektif

3

5.

Jawatankuasa

4

6.

Perancangan Tahunan Kelas Pemulihan Khas

7.

Ketereangan Program Dalaman

7

8.

Plan Strategik Murid Pemulihan

8-9

9

Penutup

5-6

10

1

PENGENALAN 1.0 PEMULIHAN Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas. Justeru Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan usahasama unit Pendidikan Khas telah melancarkan Program Task Force Pemulihan Khas di peringkat PPD dan sekolah. Pelaksanaan program Task Force Pemulihan Khas mensasarkan peningkatan penguasaan kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas.

2.0 DEFINISI 2.1 Program Pemulihan Khas “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” ( KPM 2001) 2.2 Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas Guru Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursuskursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institut perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira)

2.3 Murid Pemulihan Khas Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif 2

terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of Education Innovation for Development” (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah: “Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.”

3.0 MATLAMAT MMerealisasikan visi dan misi PPPM serta meningkatkan penguasaan murid dalam penguasaa kemahiran asas 3M

4.0 OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini murid dapat: 4.1 menguasai kemahiran asas 3M 4.2 meneruskan pembelajaran di kelas biasa 4.3 membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran 4.4 Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan menta individu. 4.5 Membantu murid mengubah sikap negative dan tingkahlaku yang menjejaskan pembelajaran.

3

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM TASK FORCE 2019 CARTA ORGANISASI PENGERUSI ENCIK MOHD FAZLI B. ABDUL HAMID (Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI ENCIK ZALID B. SEMAN (GPK Pentadbiran & Kurikulum)

SETIAUSAHA PN SITI NOORAZLIN BT. MOHAMMAD (Guru Pemulihan Khas)

AJK

KP B.MALAYSIA PN.ROSDAH BT. ABD MAJID

KP. MATEMATIK PN. NADIA SYAFIQAH BT. MD RUSLI

GURU BM TAHAP 2  PN MASJULIA BT. MUSTAFFA

GURU MT TAHAP 2  EN. MOHD FIRDAUS B. MUSTAFA

4

6.0 PERANCANGAN PROGRAM TASK FORCE PEMULIHAN Bil. 1.

Bulan Januari

     

Aktiviti Mengemaskini bilik pemulihan Pencalonan murid-murid Pemulihan Khas Pengambilan murid-murid Pemulihan Khas Pengumpulan data maklumat murid Pemulihan Khas Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas Kali 1 Program Lautan Ilmu

2.

Februari

    

Ujian IPP2M dan IKAM Melengkapkan data Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah

3.

Mac

   

Bimbingan dan motivasi murid Pemulihan Khas Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah

4.

April

 Program Lautan Ilmu  Cendekiawan Sifir  Congak Itu Mudah

5.

Mei

    

Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah Ujian Pelepasan (IPP2M dan IKAM) Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan kali 2

6.

Jun

     

Program Temu Murni Apresiasi Kejayaanmu Motivasi dan Peningkatan Kendiri Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah

7.

Julai

 Program Lautan Ilmu  Cendekiawan Sifir  Congak Itu Mudah

8.

Ogos

 Program Lautan Ilmu  Cendekiawan Sifir  Congak Itu Mudah 5

 Pertandingan Saya Kalkulator 9.

10.

11.

September     Oktober

     

Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah Pertandingan Pantas Sifir Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan kali 3 Ujian Perlepasan (IPP2M dan IKAM) Pengemaskinian data Program Lautan Ilmu Cendekiawan Sifir Congak Itu Mudah

November  Apresiasi kejayaanmu  Kemaskini laporan prestasi murid

6

7.0 KETERANGAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIRANGKA SECARA DALAMAN

7.1 LAUTAN ILMU Program Lautan Ilmu adalah satu program yang melibatkan bahan bacaan di Kelas Pemulihan Khas. Program ini menjadikan bahan-bahan bacaan boleh dipinjam oleh muridmurid kelas Pemulihan dan direkodkan. Murid-murid pemulihan diberi tempoh pinjaman buku sebagaimana perpustakaan iaitu dua buah buku untuk tempoh seminggu. Bagi mendapatkan reaksi bacaan, murid akan diminta menjawab soalan secara lisan apa yang dibaca atau membaca beberapa halaman di hadapan guru.

7.2 CENDEKIAWAN SIFIR Program Cendekiawan Sifir adalah program di mana murid Pemulihan Matematik akan membaca dan menghafal sifir selama 5 minit setiap kali masa pembelajaran di dalam kelas Pemulihan sebelum proses pengajaran dan pembejalaran diteruskan. Murid juga akan diuji tahap penguasaan hafalan sifir dan data direkodkan.

7.3 CONGAK ITU MUDAH Bagi aktiviti Congak itu mudah, murid akan menjalankan aktiviti di setiap 5 minit waktu akhir pengajaran kelas Matematik. Murid akan diberikan latihan matematik secara congak di mana bilangan soalan yang diberikan akan diunjurkan mengikut keupayaan murid. Minimum soalan adalah 6 soalan dan maksimumnya adalah 12.

7.4 PERTANDINGAN SAYA KALKULATOR Pertandingan ini akan dijalankan apabila di penghujung tahun. Tempoh setengah jam akan diberikan kepada murid pemulihan untuk menjawab 40 soalan secara congak. Murid yang berjaya akan diberikan hadiah semasa Apresiasi Kejayaanmu.

7.5 PERTANDINGAN PANTAS SIFIR Pertandingan Pantas Sifir akan melibatkan sepanjang tahun di mana rekod hafalan murid dikira sebagai kaedahnya. Murid bukan sahaja perlu menghafal 12 sifir, tetapi turut disoal 20 soalan sifir secara rambang. Murid yang berjaya akan diberikan hadiah sempena Apresiasi Kejayaanmu. 7

8.0 PELAN STRATEGIK

8.1 PELAN STRATEGIK MURID Isu

Masalah

Murid lemah di Terdapat 1 orang arus perdana murid yang agak lemah dari Tahun 4

Matlamat

Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas 3M

Strategi

Indikator Pencapaian

1.Pantauan data Ujian saringan 2. Lautan Ilmu 3. Proses P&P menggunakan modul khas 4. Motivasi

8.2 PLAN TAKTIKAL Program

Objektif

Tindakan

Kos/Sumber

Tempoh

Inikator Pencapaian

Lautan Ilmu

Memperkayakan Guru lagi bahasa, Pemulihan perkataan dan tatabaha murid

Bahan 1 tahun bacaan di bilik pemulihan

Ujian

IPP2M

Ujian saringan Guru pencalonan Pemulihan untuk BM

Soalan dibina JPN

-

Perlepasan murid bagi yang berjaya

IKAM

Ujian saringan Guru pencalonan Pemulihan untuk

Soalan dibina JPN

-

Perlepasan murid bagi yang berjaya

UJIAN Ujian diagnostic Guru DIAGNOSTIK murid tahap 2 Pemulihan

Soalan dibina KPM

-

Cendekiawan Sifir

Murid Guru pemulihan fasih Pemulihan 8

-

Murid perlu menjawab semua kemahiran

dan lancar sifir 1-12

Congak Mudah

Itu Murid dapat melakukan kiraan secara spontan dan cepat.

Sifir dibekalkan guru Guru Pemulihan & Guru Matematik

Rekod pencapaian hafalan sifir

Bahan disediakan guru

1 tahun

Ujian bulanan,

Temu Murni

Perjumpaan Semua guru bersama ibu bapa dan guru

2 kali setahun

Motivasi Kendiri

Program motivasi bersama GBK

GBK

-

-

-

Pertandingan Saya Kalkulator

Melahirkan murid yang cekap mengira

Guru Pemulihan, Guru Matematik

Soalan pertandingan di sediakan

1 minggu

Soalan Khas

Pertandingan Pantas Sifir

Melahirkan Guru murid yang Pemulihan cekap dalam kiraan menggunakan sifir

Soalan pertandingan di sediakan

1 minggu

Rekod Pencapaian

Apresiasi Kejayaanmu

Menghargai kejayaan murid

-

-

Pentadbir sekolah

9

-

9.0 PENUTUP Berbekalkan azam yang tinggi dengan memiliki sifat yang positif, kesabaran dan jati diri yang mantap beserta dengan niat yang ikhlas dan semangat juang yang tidak mudah mengenal lelah, diharapkan segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matlamatnya. Mudah-mudahan, dengan izin Allah SWT semua murid Tahap 2 akan dapat menguasai kemahiran asas 3M dengan jayanya sekaligus melestarikan misi dan visi sekolah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

__________________________________ (SITI NOORAZLIN BT. MOHAMMAD) Setiausaha Program Task Force Pemulihan Khas

_________________________ (ZALID B. SEMAN) GPK Pentadbiran & Kurikulum

SK Tempoyang

SK Tempoyang

10

More Documents from "siti noorazlin"