Kertas Kerja Nasyid (last Edited)

  • Uploaded by: Hazmir Muhamad
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Nasyid (last Edited) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,879
  • Pages: 15
Kertas Kerja Pertandingan Nasyid Terbuka

“Apresiasi Seni Warisan Islam 2009”

Anjuran:

Persatuan Belia DUN Tanjong Sepat Dengan Kerjasama:

Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjong Sepat & Nasyeed.com

KERTAS KERJA CADANGAN Pertandingan Nasyid Terbuka Apresiasi Seni Warisan Islam 2009 DUN Tanjong Sepat, Selangor Darul Ehsan

1.0 : TUJUAN Kertas kerja cadangan Pertandingan Nasyid Terbuka “Apresiasi Seni Warisan

Islam

2009”

ini

dirangka

adalah

dengan

tujuan

untuk

mendapatkan penajaan serta sokongan daripada pihak Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjong Sepat serta pihak-pihak yang berkaitan dalam merealisasikan hasrat menjayakan program yang dirancang.

2.0 : MUKADIMAH Nasyid adalah suatu cabang seni Islam yang ada di dalam negara kita. Ia juga seni yang berkonsepkan dakwah dan mampu untuk memupuk insan ke jalan kebaikan. Ianya belum pernah diadakan di kawasan kita kerana kurang minat penduduk terhadap seni nyanyian nasyid ini. Jikapun ada, golongan peminat serta penggemar nasyid ini adalah bersifat minoriti serta agak kecil dari sudut bilangannya berbanding dengan minat terhadap bidang yang lain. Diharap dengan penganjuran pertandingan nasyid ini oleh Persatuan Belia DUN Tanjong Sepat ianya dapat membuka mata penduduk terhadap seni nasyid ini dan memupuk semangat cintakan Allah. Diharap juga dengan penganjuran pertandingan ini dapat menjadi satu medium yang boleh digunakan untuk mendidik warga setempat terutamanya golongan muda untuk mendekatkan diri dengan seni yang lebih menjurus kepada dakwah dan semangat terhadap kecintaan terhadap Maha Pencipta. Ianya juga diharap dapat menjadi wadah untuk golongan muda menjauhkan diri dari gejala sosial yang semakin mengancam negara kita umumnya terutama kepada golongan remaja.

3.0 : OBJEKTIF PROGRAM  Mencungkil bakat yang terpendam individu yang meminati seni nasyid ini.  Mengeratkan silaturrahim dikalangan anggota masyarakat dari segenap lapisan usia.  Memupuk minat cintakan Islam dengan cara berhibur sambil berdakwah.  Mendapatkan ilham untuk mencetuskan idea bagi menghasilkan lagu-lagu nasyid baru dari kumpulan lain.

4.0 : MATLAMAT  Menarik minat khasnya golongan remaja terhadap seni nasyid untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan berhibur sambil berdakwah.  Mengumpulkan seramai mungkin penggemar dan penggiat nasyid di setiap pelusuk Negeri Selangor untuk menyertai pertandingan ini.

5.0 : RASIONAL Melihat kepada kebejatan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat serta

kurangnya

program-program

berunsur

dakwah

yang

lebih

kontemporari yang mampu untuk menarik minat anak muda khususnya, maka seharusnya program yang dirancang ini diberikan sokongan serta perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana inisiatif yang cuba diketengahkan ini merupakan satu wadah yang diharapkan mampu untuk memberikan impak besar dalam melahirkan masyarakat yang lebih dinamik, terpimpin serta menjadi medium alternatif mendidik masyarakat dalam kehidupan yang serba serbi dipenuhi dengan kemajuan dan teknologi yang canggih.

6.0 : CADANGAN LOKASI Melalui perbincangan awal, lokasi yang dipilih untuk mengadakan pertandingan ini adalah di Pentas Terbuka, Pantai Batu Laut. Lokasi ini dipilih adalah kerana ianya amat bersesuaian dan strategik serta menjadi tumpuan warga setempat untuk bersantai pada hujung minggu.

7.0 : JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM (Sila Rujuk Lampiran 1)

8.0 : ATUR CARA PERTANDINGAN TARIKH

: 1 Ogos 2009

MASA

: 9.00 pagi hingga 12.00 malam

TEMPAT

: Pentas Terbuka, Pantai Batu Laut

9.0 : FORMAT PERTANDINGAN Pertandingan ini adalah pertandingan terbuka yang akan dibuka kepada semua kumpulan nasyid yang ingin menyertai pertandingan ini. Terdapat dua (2) pusingan iaitu :Pusingan Awal (Saringan): Dalam

saringan

ini,

kumpulan

yang

mendaftarkan

diri

akan

bertanding dengan mempersembahkan sebuah (1) lagu sahaja dalam format minus one atau persembahan secara langsung dengan

iringan

peralatan

muzik

perkusi.

Pusingan

ini

dijalankan dari awal pagi sehingga tamat semua kumpulan.

akan

Pusingan Akhir : Pusingan Akhir pula akan menampilkan lapan (8) kumpulan terbaik dari pusingan saringan yang akan bersaing untuk merebut hadiah yang disediakan. Mereka akan menyampaikan dua (2) buah lagu dalam format minus one ataupun persembahan yang diiringi dengan peralatan muzik perkusi.

10.0 : SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN (Sila Rujuk Lampiran 2)

11.0 : ANGGARAN KOS PERBELANJAAN (Sila Rujuk Lampiran 3)

12.0 : PENUTUP Adalah

diharapkan,

dengan

penganjuran

pertandingan

ini

dapat

menyemarakkan lagi semangat setiap individu terhadap seni nasyid secara umumnya dan mengingati sesama insan supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adalah menjadi harapan juga agar semua objektif dan matlamat penganjuran pertandingan ini dapat dicapai dengan jayanya. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah dalam meningkatkan syiar Islam di muka bumi ini.

Lampiran 1 : JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN Penaung

: Tuan Haji Borhan Abu Samah

Pengarah Program

: Noorhazmirfikri Muhamad

Penolong Pengarah

: Puan Haslina binti Koyan

Setiausaha

: Mohd Shawaluddin Siban

Setiausaha Kerja

: Nooridayu binti Nordin

Bendahari

: Raihezam Abu Bakar

Ahli Jawatan Kuasa : 1. AJK Persiapan : Amerul Hamzani Alias 2. AJK Promosi

: Abdul Malik Mohtar

3. AJK Hadiah

: Mohammad Shah Izwan Md Rahim

4. AJK Jamuan

: Puan Mastura

5. AJK Tugas Khas

: Badrul Hisham Kamarunzaman

Lampiran 3 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Anggaran kos perbelanjaan dibuat adalah sebagai panduan dalam memastikan perjalanan program yang dirancang ini akan teratur serta berjalan dengan lancar. Ianya meliputi kos-kos yang teribat sepanjang penganjuran program ini. BI L 1.

PERKARA

HADIAH

KUANTITI

JUMLAH

a. Wang Tunai Pertama Kedua Ketiga Saguhati

RM1,000.00 RM500.00 RM300.00 RM100.00

1 1 1 5

RM1,000.00 RM500.00 RM300.00 RM500.00

b. Trofi Utama Pertama

RM100.00

1 Unit

RM100.00

RM10.00

80 Unit

RM800.00

RM50.00 RM30.00

3 Unit 5 Unit

RM150.00 RM150.00

HADIAH PERTANDINGAN

c. Piala Iringan d. Hamper Johan – Ketiga Saguhati

2.

JEMAAH HAKIM PERTANDINGAN a. Pusingan Saringan & Pusingan Akhir

3.

5.

6.

-Pakej makanan termasuk hidangan untuk tetamu VIP dan peserta pertandingan PROMOSI a. Kain Rentang (Banner) b. Surat Jemputan

9.

9.

RM1500.00

1 Pakej

RM1500.00

RM5.00

200 Orang

RM1,000.00

RM100.00 RM200.00

3 Unit

RM300.00 RM200.00

RM500.00 RM100.00 RM1,500.00

1 Unit 1 Orang 1 Unit

RM500.00 RM100.00 RM1,500.00

RM100.00 RM30.00 RM200.00

3 Unit 1 Pakej

RM100.00 RM90.00 RM200.00

RM50.00

3 Unit

RM150.00

RM2,500.00

1 Pakej

RM2,500.00

PERSIAPAN PENTAS

LAIN-LAIN a. Sijil Penyertaan b. Cek (Mock-Up) c. RELA

8.

RM900.00

MAKANAN

a. Backdrop Pentas b. Pengacara Majlis c. Generator 7.

3 Orang

SISTEM SUARA -Sistem suara (PA System) akan dilengkapi dengan sistem lampu pentas dan juga asap (stage smoke)

4.

RM300.00

CENDERAMATA a. VIP PERSEMBAHAN a. Bayaran persembahan artis jemputan KONTINGENSI -Kontingensi melibatkan sebarang perbelanjaan luar jangka sepanjang

penganjuran pertandingan ini

RM1,000.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM1,000.00

RM13,54 0.00

Lampiran 3 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NASYID TERBUKA

“APRESIASI SENI WARISAN ISLAM 2009” DUN TANJONG SEPAT 1. PENDAHULUAN Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka “Apresiasi Seni Warisan Islam 2009” DUN Tanjong Sepat diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil. 2. JAWATANKUASA PENGELOLA Pertandingan Nasyid “Apresiasi Seni Warisan Islam 2009” DUN Tanjong Sepat dikelolakan sepenuhnya oleh Persatuan Belia DUN Tanjong Sepat dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjong Sepat dan Nasyeed.Com dalam segala perkara yang berhubung dengan penghakiman dan urusan pertandingan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN a) Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan-kumpulan nasyid yang bergiat aktif di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. b) Setiap kumpulan nasyid hendaklah tidak melebihi dari 10 orang ahli dengan tidak bercampur diantara lelaki dan perempuan. c) Penyertaan hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia dan boleh terdiri daripada berbagai kaum yang beragama Islam. d) Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan muzik (music arrangement) pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing. e) Rakaman video dan/atau audio oleh pihak penganjur adalah menjadi hak milik penganjur. f) Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengan nilainilai Islam.

4. LAGU DAN LIRIK a) Bagi Pusingan kelayakan, peserta dikehendaki menyampaikan sebuah (1) lagu dalam bentuk minus one,minus two atau diiringi dengan muzik iringan perkusi secara langsung (live). b) Bagi Pusingan akhir, lapan (8) kumpulan terbaik akan dipilih dan dikehendaki menyampaikan dua (2) buah lagu dan disampaikan sama ada dalam bentuk minus one, minus two atau diiringi muzik iringan perkusi secara langsung (live). c) Peserta boleh menggunakan lagu dan lirik ciptaan sendiri, ciptaan sedia ada dan tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan menggunakan lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan penggunaan lirik dan lagu sendiri adalah dibenarkan. d) Setiap lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak melebihi masa 8 minit bagi pusingan kelayakan manakala bagi pusingan akhir, masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit.

5. MUZIK IRINGAN a) Peserta boleh menggunakan rakaman iringan muzik (Minus Two) yang tidak ada suara latar (Back up Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut. Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diberikan kepada pihak penganjur di dalam format audio di dalam cakera padat (CD) semasa pendaftaran dibuat. b) Pertandingan ini juga membenarkan muzik iringan perkusi secara langsung (live) dan hendaklah melampirkan senarai peralatan yang akan digunakan bersama-sama dengan borang permohonan.

6. PENGHAKIMAN Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut :

i. Suara Utama : 100 markah } Kemerduan (Golden Voice) } Nada suara (Pitching) } Bentuk Suara (Tone) } Getaran Suara (Vibration) } Teknik pengeluaran suara } Penghayatan (feel) vokal utama } Kreativiti ii. Suara Latar : 100 markah } Keseragaman suara latar. } Pembentukan chord (triod) unisen, 3rd & 5th atau alternetif chords. } Kemerduan (Golden Voice). } Nada suara (Pitching). } Bentuk Suara (Tone). } Getaran Suara (Vibration) } Teknik pengeluaran suara. } Penghayatan (feel) vokal utama. } Kreativiti

iii. Persembahan: 100 markah } Kombinasi berkumpulan } Gaya yang menarik dan kreatif. } Menguasai dan tarikan kepada penonton. } Pemilihan lirik dan lagu yang bersesuaian. } Pakaian yang bersesuaian dengan persembahan. } Kreativiti 7. HADIAH PERTANDINGAN JOHAN : Wang Tunai RM1,000 + Trofi Utama + Piala Iringan + Hamper + Sijil Penyertaan. NAIB JOHAN : Wang Tunai RM500.00 + Piala Iringan + Hamper + Sijil Penyertaan. KETIGA : Wang Tunai RM300.00 + Piala Iringan + Hamper + Sijil Penyertaan. SAGUHATI : Wang Tunai RM100.00 + Piala Iringan + Hamper + Sijil Penyertaan. 8. LAIN-LAIN KETERANGAN

a) Sebarang kemalangan dan/atau kecederaan ke atas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur. b) Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta. c) Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan oleh pihak penganjur pertandingan d) Peserta yang berminat hendaklah mengembalikan borang yang diisi dengan lengkap kepada pihak penganjur sebelum

24 Julai 2009.

Urusetia PERTANDINGAN NASYID TERBUKA “APRESIASI SENI WARISAN ISLAM 2009” Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjong Sepat, Pantai Batu Laut, 42800 Tanjong Sepat, Selangor Darul Ehsan. Tel : +603-3148 1009 Fax : +603-3148 1009 Email : [email protected]

d. Borang penyertaan dan maklumat lanjut juga boleh didapati dari Urusetia Pertandingan. sebarang pertanyaan sila hubungi talian dan berurusan dengan : i. En. Noorhazmirfikri Muhamad (+6017 294 3273) ii. En. Mohd Shawaluddin Siban (+6017 606 7125) iii. Cik Noridayu (+6012 348 0272)

BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN NASYID TERBUKA

“APRESIASI SENI WARISAN ISLAM 2009” DUN TANJONG SEPAT

a) MAKLUMAT KUMPULAN NAMA KUMPULAN : ________________________________________________________ NAMA KETUA

:

________________________________________________________ ALAMAT

:

________________________________________________________

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ NO. TELEFON

: (R)____________________________ (P)____________________________ (HP)___________________________

E-MAIL

:

________________________________________________________

b) MAKLUMAT LAGU LAGU PERTAMA : ________________________________________________________ ________________________________________________________ LAGU KEDUA : ________________________________________________________ ________________________________________________________

C) MAKLUMAT PESERTA BIL 1 2 3 4

NAMA AHLI KUMPULAN

NO. KAD PENGENALAN

5 6 7 8 9 10 Kami ______________________________________ dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar dan penyertaan berhak untuk dibatalkan sekiranya terdapat perlanggaran syarat-syarat dan peraturan pertandingan ini.

______________________________ ( ) Ketua Kumpulan ____________________________________

Untuk Kegunaan Urusetia Pertandingan

Dengan ini diperakui bahawa Kumpulan ______________________________________ telah layak untuk menyertai Pertandingan Nasyid Terbuka “Apresiasi Seni Warisan Islam 2009” DUN Tanjong Sepat. ______________________________ ( )

Related Documents

Nasyid
May 2020 29
Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39

More Documents from ""