1.0 Tajuk
: Kertas Kerja Klinik UPSR Bahasa Inggeris (2019) SK Batu Kitang di bawah Program High Immersive Program.
2.0 Pendahuluan : Klinik UPSR Bahasa Inggeris (2019) dirancang sebagai salah satu strategi sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR 2019 di bawah program High Immersive Program. Program ini dicadangkan untuk melengkapkan proses pembelajaran dan membantu murid-murid menggunakan strategi dan teknik menjawab soalan dengan betul. 3.0 Matlamat Meningkatkan peratus kelulusan murid dalam Bahasa Inggeris UPSR dan meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS). 4.0 Objektif Pada akhir program ini, murid dapat 4.1. Mengamalkan sikap berfikiran positif terhadap kepentingan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) 4.2. Didedahkan dengan kefahaman tentang kaedah disiplin belajar 4.3. Mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan UPSR 4.4. Meningkatkan kemahiran berfikir dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara analisis, kreatif dan kritis. 4.5. Meningkatkan keyakinan diri dalam menjawab soalan berdasarkan input yang diperolehi dalam aktiviti yang dijalankan 5.0 Cadangan Tarikh dan Tempat Tarikh : 16 Mac 2019 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 petang Tempat : Dewan Sri Kitang, SK Batu Kitang 6.0 Kumpulan Sasaran 6.1. Semua murid Tahun 6 sesi 2019, SK Batu Kitang, Padawan. 7.0 Kaedah Pelaksanaan 7.1. Bengkel/Latihan
8.0 Jawatankuasa Pengelola Pengerusi : Pn. Rassidah binti Haji Ahmat Sahari(Guru Besar) Timbalan Pengerusi : En. Jamal bin Aman (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Pn. Dyg. Norazalina binti Awg Kamarudin (PKHEM) Naib Pengerusi 2 : En. Kushaidi bin Jamhari(PKKK) Setiausaha : Pn. Jamby anak Rinchog Bendahari : Cik Amy anak William Dee Ahli Jawatankuasa Kecil : a. Cik Philomena Francis Lekos Ketua Disiplin b. Pn Monica Misol Jikat Ketua Jamuan c. En. Syed Akil bin Wan Noh Pengacara Majlis d. En. Rashid bin Hasan Dokumentasi e. Semua guru dan staf sokongan 9.0 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 9.1. Output 30 orang murid Tahun 6 menghadiri Klinik UPSR Bahasa Inggeris di Dewan Sri Kitang, SK Batu Kitang, Padawan. 9.2. Outcome 30 orang murid Tahun 6 dapat menjawab soalan UPSR 2019 dengan menggunakan teknik yang dibengkelkan. 10.0
Kewangan Anggaran Perbelanjaan Bil Perkara Makan/ Minum Murid 1 i) Minum pagi ii) Makan Tengahari Saguhati Penceramah
Kuantiti
Kos (RM)
RM 3.00 X 30 RM 5.00 X 30
RM 90.00 RM 150.00
RM200.00 X 1 orang
RM 200.00
2 3
Makan/ Minum Penceramah dan RM5.00 X 9 orang Guru (Sarapan dan makan tengah hari ) Kertas fotostat (A4) RM15.00 x 1 rim
RM 45.00
RM 15.00
4 Jumlah
RM 500.00
11.0 Peralatan 11.1. Projektor (LCD) 11.2. Pemadam Papan Putih11.3. Kertas A4 12.0
Jadual Program Tarikh Perkara Kertas 1 16.3.2019
1 unit 1 buah 4 rim
Penceramah/Fasilitator Pn Azmiera binti Abdullah MINUM PAGI Kertas 2 Pn Azmiera binti Abdullah MAKAN TENGAHARI
13.0
Masa 0800-1000
Catatan
1000-1030 1030-1230 1200-1230
Penutup Kesimpulannya, pihak sekolah berharap agar program ini dapat membantu meningkatkan motivasi, strategi dan teknik dalam menjawab soalan-soalan UPSR selaras dengan potensi diri yang ada pada murid-murid untuk menuju kecemerlangan serta melahirkan murid-murid yang berkualitu seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
KAWALAN DOKUMEN Disediakan oleh,
Disemak oleh,
____________________________ (JAMBY ANAK RINCHOG) Ketua Panitia Bahasa Inggeris, SK Batu Kitang Tarikh:
____________________________ (JAMAL BIN AMAN) Penolong Kanan Pentadbiran, SK Batu Kitang Tarikh:
Disemak dan disokong oleh:
Disemak dan disokong oleh:
____________________________ (RASSIDAH BINTI HAJI AHMAT SAHARI) Guru Besar SK Batu Kitang, Padawan. Tarikh:
____________________________ (HARMAN BIN HAILIAN) Yang DiPertua PIBG SK Batu Kitang, Padawan. Tarikh:
KERTAS KERJA
KLINIK UPSR BAHASA INGGERIS 2019 DI BAWAH PROGRAM HIGH IMMERSIVE PROGRAM (HIP) SK BATU KITANG, PADAWAN
TARIKH
: 16 MAC 2019
HARI
: SABTU
MASA
: 0800-1230
TEMPAT
: DEWAN SRI KITANG, SK BATU KITANG