KERTAS KERJA KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM PAPAR (KIBAR SMAIP) PROGRAM KHUSUS UNTUK SEMUA CALON PEPERIKSAAN STAM DAN SMU SMAI PAPAR Oleh: Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit
MUKA DDI MAH
Pada era globalisasi dan era teknologi komunikasi maklumat (ICT) dewasa ini, kebolehan dan kemampuan bertutur dan menguasai pelbagai bahasa adalah menjadi pemangkin ke arah hidup yang lebih cemerlang dan berketrampilan. Untuk menghasilkan generasi yang mempunyai kemahiran tersebut, maka ianya amat wajar didedahkan dan diperluaskan di peringkat alam persekolahan, di mana mereka diberi pendedahan yang sepatutnya. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah macamanapun tidak mampu untuk melahirkan mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menuturkan apa-apa bahasa yang diajar. Pendekatan hendaklah dibuat untuk meningkatkan keyakinan pelajar bertutur bahasa-bahasa yang diajarkan di sekolah. Selalunya yang menjadi penghalang dan penyebab kemampuan bertutur ini terbantut ialah, faktor persekitaran yang memaksa mereka berkomunikasi menggunakan “dialek” daerah masing-masing sehingga terbawa-bawa ke sekolah bahkan mempengaruhi kemampuan mereka dalam membuat karangan dan sebagainya. Justru, langkah menwujudkan persekitaran yang peka terhadap pengamalan bahasa itu mestilah diungkayahkan, dan sekolah adalah tempat yang paling strategik untuk merealisasikan hasrat murni ini. Maka “Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR)” dijangkakan boleh menjadi pemangkin untuk mengatur langkah ke arah persekitaran ciptaan ini. 2. RASI ONA L: Penguasaan satu-satu bahasa itu adalah sinonim dengan praktik atau amalan yang berterusan tanpa memikirkan perasaan malu kerana takut salah. Para pelajar sering bergelut dengan perasaan malu bertutur kerana takut ditertawakan oleh kawan-kawan, sama ada takut salah atau dituduh mengada-ngada dan sebagainya. Ekoran dari perasaan sedemikian maka kebanyakan pelajar segan lalu tidak mahu bercakap. Sebenarnya rata-rata pelajar mempunyai kemampuan tersendiri yang bersesuaian dengan tahap pelajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Mereka sering menyatakan yang mereka faham akan apa yang diucapkan oleh penutur satu-satu bahasa itu sama ada kawan-kawan, guru-guru atau sesiapa sahaja, dalam masa yang sama mengaku tidak mahu cuba "respon" atau menjawab dalam bahasa yang sedang dituturkan oleh penutur itu. Akan tetapi mereka akan marah jika digolongkan dalam golongan yang tidak faham atau tidak tahu bertutur. Justru, potensi mereka mestilah disingkap, digilap disamping diberi bimbingan, galakan dan sokongan yang berterusan demi mengikis sikap negatif yang telah lama bersarang dalam jiwa mereka. Kata-kata pujangga arab ada menyebut;
" "تحيا اللغة بالعمال وتموت بالهمال Yang bermaksud: "Hidupnya bahasa itu adalah dengan praktik yang berterusan dan matinya bahasa itu apabila ia diabaikan" Para pemgamal bahasa telah menyarankan kepada mereka yang ingin memperbaiki mutu pertuturan mereka dalam apa bahasa sekalipun dengan ungkapan; "Untuk memantapkan penggunaan satu-satu bahasa itu seseorang itu mestilah berupaya "Thinking" iaitu berfikir mengikut bahasa itu sendiri". Apa yang menjadikan para pelajar begitu rumit untuk menuturkan satu-satu bahasa itu ialah kerana mereka gagal "Thinking" dalam bahasa yang ingin dituturkan. Kebanyakan pelajar mengamalkan proses pengucapan ayat yang terlebih dahulu dibina dalam bahasa ibunda mereka sendiri kemudian diolah seterusnya diterjemah kebahasa yang dikehendaki. Selepas proses ini barulah ungkapan cuba dilafazkan. Pada masa yang sama mereka tidak begitu yakin akan ketepatan ayat yang akan dilafazkan, lalu mereka mengambil jalan mudah iaitu malas untuk melafazkannya kerana berbagai alasan yang dihantui oleh perasaan. Untuk mengatasi masalah ini para pelajar mestilah ikhlas membuat pengakuan bahawa salah dan silap bukanlah penghalang untuk kita terus mencuba. Kita boleh mengambil iktibar bagaimana anak kecil mula belajar bercakap. Mulai dari sebutan yang "pelat" kerana kekurangan vokal, diikuti dengan penggunaan ayat yang tidak tersusun yang kalau diambil kira, mereka sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Begitulah keadaan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi kerana kecekalan dan ketabahan serta belajar daripada kesalahan dan kesilapan tersebut akhirnya kita mampu bertutur dengan baik. Oleh itu kita hendaklah mencuba dan terus mencuba sedaya upaya tanpa merasa jemu dan bosan. Ketepikanlah perasaan yang ingin mengagalkan keinginan kita untuk berjaya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang gagal mencuba. 3. OB JE KTI F AM: 1. 2. 3.
Menyingkap dan menggilap potensi pelajar. Menanam keyakinan terhadap kebolehan diri. Meningkatkan kemampuan sedia ada.
2
4. OB JE KTI F KHAS :
1. 2. 3.
Penglibatan optimum khasnya para pelajar sasaran dan amnya semua warga SMAIP dalam meningkatkan kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Penampilan wibawa serta imej cemerlang, gemilang dan terbilang oleh semua warga SMAIP. Peningkatan prestasi dalam semua peperiksaan khasnya STAM dan SMA.
5. KURSU S IN TE NS IF BAHA SA ARAB (KIB AR ): SMAI Pantai Manis Papar bercadang akan mengadakan "KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (KIBAR)” untuk calon peperiksaan SMA dan STAM. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyingkap dan menggilap potensi pelajar demi meningkatkan kemampuan mereka menguasai Bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang perlu diutamakan memandangkan lebih 60 peratus subjek yang diajar di sekolah ini adalah dalam Bahasa Arab. Kursus ini dijangka akan dapat membantu calon-calon peperiksaan di sekolah ini dalam usaha meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan khasnya peperiksaan SMA dam STAM. Demi menjamin keberkesanan program ini maka para pelajar akan diminta melafazkan ikrar semasa majlis pelancaran (lihat contoh ikrar). Untuk menguatkan azam dalam mematuhi segala syarat dan merealisasikan ikrar dapat ditunaikan sepenuhnya maka hukuman atau denda tertentu akan dikenakan kepada mereka yang didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan (lihat hukuman atau denda kepada mereka yang melanggar syarat "KIBAR"). Manakala untuk mengesan para pesalah yang melanggar syarat-syarat "KIBAR" beberapa orang "Perisik" akan dilantik secara rahsia yang akan mencatatkan nama dan jumlah perkataan yang diucapkan (lihat borang "Perlantikan sebagai Perisik KIBAR"). Selain daripada perisik yang dilantik secara rahsia, para pengawas, ketua dan penolong ketua kelas serta ketua dan penolong ketua kumpulan (Peserta akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan), adalah secara automatik diberi tugas mengesan pesalah sebagai "Polis" (lihat borang kesalahan/saman "KIBAR"). Semua "Polis" diberi kuasa mengeluarkan saman kepada para pesalah tanpa berselindung dan pilih kasih (lihat keistimewaan sebagai "Polis"). Segala saman hendaklah dijelaskan sebelum Majlis Penangguhan. Manakala perisik akan menyenaraikan nama dan kesalahan tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali dirinya sendiri dan Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab (yang ditauliahkan dan diamanahkan untuk mengandalikan perjalanan "KIBAR" – lihat: AJK Pelaksana “KIBAR” dan Peranan Guru Penasihat Kelab Bahasa). Selain itu, semua murid digalakkan bercakap sebanyak mungkin sesuai dengan objektif "KIBAR" diadakan dan dilarang diam membisu. Untuk memastikan murid-murid tidak kehabisan idea untuk berbual maka bahan-bahan yang boleh membantu hendaklah disediakan oleh Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab sebanyak yang mungkin. Para pelajar juga digalakkan menulis apa-apa perkataan atau ayat yang mereka ingin ucapkan sekiranya tidak mampu mengungkapkannya dalam Bahasa Arab, mereka boleh meminta jasa baik guru yang berkenaan untuk mengalihbahasakannya ke Bahasa Arab. Sepanjang “KIBAR” dijalankan para peserta dikehendaki mempraktikkan Bahasa Arab di lokasi-lokasi serta masa yang ditetapkan (lihat tintatif “KIBAR”). Status penggunaan bahasa sepanjang “KIBAR” adalah seperti berikut:(a) Bahasa Arab adalah WAJIB. (b) Bahasa Inggeris adalah MAKRUH (boleh menggunakannya untuk pelengkap ayat atau menyelitkan sepatah dua perkataan dalam Bahasa Inggeris (tidak dikira bersalah) apabila gagal menemuinya dalam Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, adalah dilarang dan dikira bersalah dan layak dihukum jika sekiranya melafazkan satu ayat lengkap dalam Bahasa Inggeris) (c) Bahasa Melayu HARAM (dilarang sama sekali- akan dikira bersalah dan dikenakan denda).
(d)
Bahasa Isyarat HARUS (tidak dikira sebagai bersalah).
MAJ LI S PELA NCAR AN/ PE NUT UP AN “KIB AR” Sebagai tanda bahawa program yang sedang dilaksanakan mendapat restu dari Bahagian Pendidikan JHEAINS dan juga ibu bapa pelajar, Penolong Kanan HEP atau Setiausaha Ko-Kurikulum hendaklah menghantar surat pekeliling/rasmi memaklumkan perkara tersebut. Sebaik-baiknya “KIBAR” hendaklah dilancarkan (besar-besaran) dalam satu majlis yang melibatkan AJK PIBG, ibu bapa, jemputan khas (Bahagian pendidikan setempat, Pengetua-pengetua serta Guru-guru Besar sekolah yang difikirkan sesuai) serta dirasmikan oleh mereka yang difikirkan sesuai (seperti KPP Bah. Pendidikan JHEAINS dan sebagainya). Untuk memastikan majlis pelancaran/penutupan berjalan lancar, maka AJK Pelaksana hendaklah dibentuk dari kalangan guru dan juga AJK PIBG SMAIP. Keputusan boleh dibuat dalam mesyuarat khas Sekolah atau PIBG (lihat contoh: AJK Pelaksana Majlis
3
Pelancaran KIBAR SMAIP). Aturcara Majlis Pelancaran/Penangguhan hendaklah juga diputuskan dalam mesyuarat tersebut (lihat contoh: Aturcara Majlis Pelancaran/Penangguhan “KIBAR” SMAIP). Walau bagaimanapun, jika ianya dilancarkan secara sederhana sahaja pun tidak mengapa, yang penting pelancaran tersebut mendapat restu semua pihak yang berkepentingan demi mengelak daripada program ini terpaksa dibatalkan apabila terdapat rungutan daripada mereka yang berkepentingan. Yang dimaksudkan dengan pelancaran secara sederhana ialah, pelancaran itu dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa dan pihak-pihak tertentu melalui surat. 6. SYARA T-SY AR AT SEP AN JANG “KIBAR ”
1. 2. 3. 4. 5.
Hendaklah diadakan selama sekurang-kurangnya seminggu penuh dalam masa cuti persekolahan. Bahasa yang dituturkan hendaklah Bahasa Arab. Pada masa, hari dan kawasan yang ditetapkan, murid-murid diwajibkan bertutur dalam Bahasa Arab. Mereka yang didapati bertutur dalam bahasa selain dari bahasa yang ditetapkan, akan dikenakan denda atau hukuman. Mereka wajib bertutur dalam Bahasa Arab sesama murid (peserta) dan guru yang bertugas.
Mereka diwajibkan memiliki bahan-bahan yang disediakan sempena "KIBAR" untuk dipraktikkan. Dengan bahan tersebut, tiada alasan mengapa mereka tidak dapat mematuhi syarat yang digariskan. Bahan tersebut boleh didapati dari Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab dengan bayaran yang berpatutan. Bayaran dikenakan untuk setiap bahan bertujuan supaya mereka menghargai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Hasil yang diperolehi dari penjualan bahan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung Kelab Bahasa Arab dan akan disimpan di dalam Akaun Sekolah untuk kegunaan yang difikirkan sesuai. Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab atau sesiapa yang terlibat menghasilkan bahan layak/patut menerima saguhati sebanyak 20% (cadangan) dari jumlah hasil penjualan bahan, setelah selesai Program “KIBAR". 7. PENGEC UAL IA N DA RI SY AR AT
123-
45-
Kesalahan tidak boleh dicatatkan samada oleh "Polis" atau "Perisik" “KIBAR” ketika murid-murid berada di luar kawasan yang ditentukan atau bukan pada waktu yang ditetapkan. Kesalahan tidak akan dicatatkan terhadap mana-mana murid yang bercakap dengan mana-mana guru lain (bukan guru bertugas) dalam bahasa yang dilarang, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, kerana menggalakkan mereka bertanya tentang apa yang mereka tidak faham. Kesalahan juga tidak akan dicatatkan jika mana-mana murid bercakap dengan para pelawat dalam bahasa yang dilarang, kerana menggalakkan mereka berbudi bahasa terhadap pengunjung. Ketika itu jika murid terpaksa bercakap dengan sesama murid demi layanan terhadap pengunjung itu, juga tidak dianggap bersalah. Walau macamanapun selebihnya akan dikira sebagai kesalahan. Apabila berlaku satu-satu perkara yang dianggap kecemasan semua murid tidak tertakluk dengan syarat yang ditetapkan. Lain-lain yang dianggap munasabah seperti terperanjat atau latah.
8. DENDA TE RHAD AP PESA LAH 1. 2. 3. 4.
5. 6. 7. 8.
9.
Setiap satu patah perkataan bagi kesalahan hari pertama dikenakan denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja). Pesalah yang mengulangi kesalahan pada hari kedua akan dikenakan tambahan denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja) menjadi RM00.10 (sepuluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkatan. Jika pesalah yang sama melakukan kesalahan pada hari ketiga dendaan akan berganda menjadi RM00.20 (dua puluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan. Pada hari keempat pesalah yang sama akan dikenakan denda sebanyak RM00.40 (empat puluh sen sahaja) bagi tiaptiap satu patah perkataan. Pada hari kelima jika pesalah yang sama masih melakukan kesalahan denda maksima akan dikenakan iaitu sebanyak RM01.00 (satu ringgit sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan. Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap panjang (bercakap dalam masa yang lama) yang menyulitkan "Polis" atau "Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan denda maksima iaitu RM01.00 (satu ringgit sahaja) untuk sekali saman oleh "Polis" atau sekali catat oleh "Perisik". Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap sederhana panjang (berbual dalam masa yang sederhana) yang menyulitkan "Polis" atau "Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM00.50 (lima puluh sen sahaja) untuk sekali saman oleh "Polis" atau sekali catat oleh "Perisik". Bagi pesalah yang kesalahannya telah disaman oleh "Polis", "Perisik" tidak berhak untuk mencatatkannya. Jika sekiranya pesalah tersebut terdapat dalam catatan "Perisik" maka ia dianggap batal. Semua denda yang dikenakan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada Majlis Penangguhan. Kegagalan menjelaskan denda dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan/digantikan dengan hukuman yang ditetapkan (lihat: Hukuman terhadap pesalah "KIBAR")
4
10. Murid- murid yang dianggap degil, tidak memberikan kerjasama terhadap "Polis" seperti enggan mengakui kesalahan atau lain-lain yang seumpamanya, akan dikenakan tindakan disiplin (Tindakan Disiplin oleh Badan Disiplin Sekolah) 11. Murid-murid berhak untuk memilih samada membayar denda atau menerima hukuman. 9.
1. 2. 3. 4.
5. 10 .
HUKUMA N TE RHA DAP PESA LAH Hukuman hanya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan saman atau denda dalam tempoh yang ditetapkan. Walau macamanapun mereka berhak meminta tangguh kepada Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab, dan terpulanglah atas budi bicara beliau untuk mempertimbangkannya. Hanya hukuman yang sesuai (mengikut pandangan Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab dan restu Pengerusi “KIBAR” – iaitu PK HEM) sahaja boleh dikenakan terhadap pesalah. Pesalah juga boleh memilih sendiri hukuman yang disediakan atas kerelaan dirinya sendiri dan sebarang resiko adalah tanggung jawab pesalah itu sendiri. Setiap pesalah yang sengaja mengelak dari melaksanakan sebarang hukuman yang telah ditetapkan akan diambil tindakan disiplin. Hukuman bukanlah berupa penderaan sama ada mental atau fizikal. Sebaliknya hukuman tersebut adalah merupakan "Tarbiah Islamiah" sebagai bukti kasih sayang para pendidik terhadap anak didik kesayangan mereka.
JE NI S HU KUMAN TE RHAD AP PESAL AH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda RM:05.00 (lima ringgit) ke bawah dalam tempoh yang ditetapkan, hukumannya ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan dan berjanji akan melunaskannya pada tarikh yang ditetapkan. Nama dan pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab "KIBAR”. Dengan pengakuan tersebut maka pesalah berkenaan akan diampunkan, den ga n sy ara t dia berjanji melunaskan denda yang dikenakan. Jika yang berkenaan didapati gagal melunaskan dalam tempoh yang dijanjikan, tindakan disiplin akan diambil dan denda tersebutt akan dituntut secara bersurat kepada ibu bapa. At au …. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu - secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas ata u membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram. Setelah melaksanakan hukuman mereka dianggap bebas dan denda yang sepatutnya dibayar akan dibatalkan. Ata u… Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – mana-mana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar (mata pelajaran yang difikirkan sesuai), ata u menulis karangan bertajuk "Aku, kawan-kawan dan “KIBAR”-satu pengajaran" (atau lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 patah perkataan atau lebih, atau lain-lain pelajaran berbentuk hafazan (mengikut pilihan murid sendiri). Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda lebih dari RM:05.00 (lima ringgit) ke atas dalam tempoh yang ditetapkan, hukumannya ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan dan berjanji akan melunaskannya pada tarikh yang ditetapkan. Nama dan pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab "KIBAR”. Dengan pengakuan tersebut maka pesalah berkenaan akan diampunkan, de ng an sya rat dia berjanji melunaskan denda yang dikenakan. Jika yang berkenaan didapati gagal melunaskan dalam tempoh yang dijanjikan, tindakan disiplin akan diambil dan denda tersebut akan dituntut secara bersurat kepada ibu bapa. Ser ta…. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu - secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas ata u membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram. At au ….. Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – mana-mana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar(mata pelajaran yang difikirkan sesuai), atau menulis karangan bertajuk "Aku, kawan-kawan dan Minggu Bahasa-satu pengajaran" (atau lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 perekataan atau lebih, atau lain-lain pelajaran berbentuk hafazan (mengikut pilihan murid sendiri).
*B ez a pes al ah ya ng ga ga l menj ela sk an den da kura ng da ri RM5 .(a ) dan ya ng berj umla h RM5 . ke atas (b) . **(a ) Pili h 1 ata u 2 ata u 3. **(b)1 da n pil ih 2 atau 3* Semua hukuman hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru yang berkenaan. 7. Mana-mana pesalah yang gagal melaksanakan hukuman seperti yang dijadualkan tanpa alasan yang munasabah akan diambil tindakan disiplin disamping hukuman terhadapnya akan dijadualkan semula dan boleh diberi hukuman tambahan jika perlu. Manakala mereka yang mempunyai sebab yang munasabah seperti sakit, hukuman terhadapnya akan dijadualkan semula tanpa hukuman tambahan.
5
8. 9. 11.
Penjadualan semua hukuman hendaklah bermula setelah “KIBAR” selesai dijalankan. Segala jenis hukuman adalah tertakluk kepada pindaan yang dianggap sesuai dari masa kesemasa.
PO LI S TUGAS DAN KEI ST IM EW AANN YA
Polis "KIBAR" adalah terdiri dari: 1. Semua Pengawas SMAI PMP.
2. 3.
Semua Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Semua Ketua dan Penolong Ketua Kumpulan. Kesemua mereka adalah secara otomatik dilantik menjadi "POLIS KIBAR" sepanjang "KIBAR" dijalankan. 12 . TU GAS DAN TANG GUNG JAWAB SEB AGAI PO LI S KI BA R DAN KEI ST IMEW AANN YA. 12 .1. 1. 2. 3.
Bi da ng Tug as , Kua sa dan Tang gu ng jawa b: Mereka bertanggung jawab mengeluarkan saman kepada setiap pesalah yang melakukan kesalahan. Saman hendaklah dikeluarkan ketika kesalahan itu dilakukan. Mereka hendaklah mencatatkan jumlah kesalahan, masa, tempat dan cadangan denda atau hukuman yang patut dikenakan. 4. Mereka hendaklah mencatatkan kesalahan tersebut dalam dua salinan. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada pesalah untuk urusan pembayaran kepada Penasihat Kelab Bahasa Arab yang menyelia perjalanan “KIBAR” atau wakilnya yang dilantik, selewat-lewatnya pagi (sebelum loceng masuk) hari berikutnya. Satu salinan hendaklah disimpan sebagai bukti saman telah dikeluarkan. Kedua-dua salinan hendaklah ditanda tangani oleh pesalah dan "Polis KIBAR" yang bertugas, yang dilengkapi dengan nama, tanda tangan dan tarikh. 5. Mereka diberi kuasa mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja di kalangan murid, termasuk kepada sesama "Polis KIBAR" (yang mereka kenali), "Perisik KIBAR" (yang mereka tidak kenali) dan murid-murid lain. Kecuali "Polis KIBAR" yang sedang melaksanakan tugasnya mengeluarkan saman (kerana keistimewaan yang diberi). 6. Masa, tempat dan cadangan denda atau hukuman adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 7. Mereka dikehendaki menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab. 8. Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang kekasaran atau kekerasan dalam apa jua tindakan, samada perkataan atau perbuatan. 9. Mereka tidak dibenarkan melayani kekerasan yang cuba ditimbulkan oleh pesalah. Sebaliknya memberi amaran bahawa pesalah akan dikenakan tindakan disiplin jika cuba bertindak keterlaluan. Setelah amaran diberikan, sekiranya pesalah masih berdegil dan tidak mahu mengakui dan menanda tangani borang saman, mereka berhak mencatatkan bahawa pesalah enggan memberi kerjasama dan borang saman tersebut hendaklah dihantar sendiri kepada Penasihat Kelab Bahasa Arab yang bertanggung jawab atau wakilnya yang dilantik untuk tindakan lanjut. 10. Mereka mesti mengamalkan budi bahasa yang baik, konpromi, toleransi dan tanpa diskriminasi ketika menjalankan tugas. 11. Semua Polis KIBAR dikehendaki melafazkan ikrar semasa Majlis Pelancaran, dan menandatangani "watikah perlantikan".
12 .2.
Ke is tim ewa an seb ag ai "Poli s KIB AR" 1. Ketika mereka sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman, mereka tidak tertakluk kepada syarat-syarat "KIBAR". Mereka dibenarkan bercakap menggunakan bahasa yang disukai sehingga tugas mengeluarkan saman selesai. Selain dari masa (bertugas mengeluarkan saman) itu mereka adalah sama (taraf) dengan murid-murid lain. 2. Jika sekiranya mereka melakukan kesalahan dan kesalahan mereka dicatatkan oleh "Perisik" atau disaman oleh "Polis" lain. Mereka hendaklah akur dan sedia menerima sebarang denda atau hukuman yang dikenakan. Walau macamanapun mereka berhak mendapat hak-hak keistimewaan dari pihak pengendali jika difikirkan sesuai. Ini demi mengelak dari mereka sewenang-wenangnya menggagalkan 'KIBAR". 3. Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira jumlah tangkapan dan denda yang diperolehi sepanjang menjalankan tugas, bila-bila masa setelah "KIBAR" selesai. 4. Pihak penganjur juga akan memilih "Polis Terbaik" sepanjang "KIBAR", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan. 5. Pihak penganjur juga akan mendapatkan undian (dari semua murid) untuk memilih "Polis Mithali" yang akan diberikan anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat Cemerlang-Sempena KIBAR". 6. Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Polis Terbaik" dan "Polis Mithali", semua "Polis KIBAR" akan diberi hadiah saguhati dan sijil penghargaan.
6
7.
Semua hadiah dan anugerah akan diumumkan dan disampaikan pada " Majlis Penangguhan/ Majlis Hari Ucpan dan Penyampaian Hadiah". Nama para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan. Penal hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah muktamat.
13 . TU GAS DAN TANG GUNG JAWAB SEB AGAI PER IS IK DA N KE IS TI ME WAAN NY A 13 .1.
1. 2. 3. 4.
5. 6. 7.
8.
9. 10. 11. 12.
Tug as dan Tang gu ng jawa b se ba gai Peri sik "Perisik KIBAR" akan dipilih di kalangan pelajar yang bukan menjawat jawatan "Pengawas" atau "Ketua/Penolong Ketua Kelas" dan bukan “Ketua/Penolong Ketua Kumpulan. Mereka hendaklah golongan yang disahkan mempunyai sifat bertanggung jawab, tegas dan amanah oleh majoriti guru khasnya guru kelas, Penolong Kanan HEM dan Penasihat Kelab Bahasa Arab (Juru Penilai) Atau mereka yang difikirkan sesuai oleh juru penilai. Perisik yang telah diketahui atau dikenali (rahsia terbongkar) oleh murid akan digantikan dengan perisik yang lain. Setiap kelas hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua orang "Perisik" untuk sepanjang "KIBAR", iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Perisik hendaklah teguh memegang rahsia sehingga "KIBAR" selesai. Perisik hendaklah mencatatkan nama pesalah, tarikh, masa dan tempat kesalahan dilakukan. Perisik tidak disediakan borang yang khusus seperti borang "Saman" untuk "Polis", sebaliknya terpulang kepada perisik untuk mencatatkannya pada sekeping kertas yang dianggap sesuai dengan kesempatan yang ada demi mengelak dari diketahui oleh pelajar lain. Mereka hanya boleh menghantar catatan yang telah selesai dicatatkan dengan sempurna (seperti yang dikehendaki) termasuk menuliskan nama dan menandatanganinya, selewat-lewatnya pada pagi hari berikutnya sebelum loceng masuk berbunyi, kepada PK HEM atau Guru Penasihat Kelab Bahasa Arab atau wakil yang sah tanpa diketahui oleh orang lain. Terpulang kepada "Perisik" memilih masa yang sesuai untuk menghantar catatannya kepada yang berwajib dalam tempoh yang ditetapkan. Pastikan tidak ada sesiapa dapat mengesan peranan mereka sebagai perisik. Pastikan mereka mencatat kesalahan yang dilakukan bersesuaian dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Catatan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dianggap batal oleh pihak penganjur.
13 .2. Ke is tim ewa an seb ag ai Per isi k KIB AR 1. Sebarang kesalahan yang dicatatkan oleh "Polis" atau "Perisik" lain terhadap seseorang "Perisik" akan ditampal di papan kenyataan sama dengan pesalah yang lain, tetapi kesalahan "Perisik" tidak akan diambil kira oleh penganjur, atau dianggap telah membayar (ditampal dipapan iklan-mereka yang telah membayar) dendanya, demi merahsiakan identitinya. Walau macamanapun mereka tidak dibenarkan sewenang-wenangnya bercakap bahasa yang dilarang demi mengelak dari rahsianya terbongkar. 2. Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira jumlah denda yang diperolehi sepanjang menjalankan tugas, bila-bila masa setelah selesai "KIBAR" yang akan diserahkan secara rahsia. 3. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Terbaik" sepanjang "KIBAR", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil penghargaan, yang akan diumumkan pada Majlis Penangguhan/Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. 4. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Mithali", yang akan diberikan anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat CemerlangSempena KIBAR", yang akan diserahkan pada Majlis Penangguhan/Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. 5. Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Perisik Terbaik" dan "Perisik Mithali", semua "Perisik KIBAR" akan diberi hadiah saguhati dan sijil penghargaan, yang akan diserahkan pada Majlis Penangguhan/Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. 6. Nama para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan. Penal hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah muktamat.
13.
GURU PENAS IH AT KE LAB BAHA SA AR AB TUGAS DAN TANGGUN G JA WAB SE PAN JAN G “K IBA R”
Kelab Bahasa Arab adalah terlibat secara langsung dengan "KIBAR". Penasihat Kelab Bahasa Arab bertanggung jawab menjadi penganjur atau pengendali "KIBAR" yang dijalankan.Guru Penolong Kanan HEM adalah teraju utama mempengerusikan AJK Pelaksana Program “KIBAR”. Semua AJK Pelaksana hendaklah bermesyuarat, berbincang serta merancang dengan sebaik mungkin agar "KIBAR" dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mereka juga mesti benar-benar memahami segala "Pra-syarat KIBAR” jika ingin melihat "KIBAR" benar-benar bermanfaat dan membawa makna serta menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar khasnya calon-calon STA dan STAM sekolah ini.
7
Tuga s da n Tan gg un g Ja wa b Gu ru Pe na sih at Kel ab Bah as a Ar ab se pa nja ng KIBAR seb ag ai Pen ganj ur , Pe ny ela ra s, Pen ge ndal i da n Pe lak sa na 14 .1.
Se be lum KIB AR Menyediakan watikah perlantikan untuk para "Polis" dan "Perisik" mengikut keperluan sepanjang "KIBAR".
1. 2. 3. 4. 5.
Mengenal pasti mereka yang layak dilantik sebagai "Perisik KIBAR". Menyediakan "Borang Saman" secukupnya untuk "Polis KIBAR”. Menyediakan "Kain Rentang" untuk Program "KIBAR". Menyediakan "Slogan" (setiap hari dua kali – sekali sebelum loceng masuk dan sekali semasa rehat) serta pembacanya mengikut jadual yang terancang. Menyediakan "Lafaz Ikrar" untuk semua murid untuk dibaca semasa Majlis Pelancaran.
6. 7. 8.
9. 10. 11. 12.
Merancang dengan teliti dan sempurna jika satu-satu pertandingan ingin dilaksanakan sepanjang "Program KIBAR". Pastikan semua borang-borang pertandingan yang ingin dilaksanakan telah sedia untuk dimiliki oleh semua murid dengan kadar harga yang berpatutan. Menyediakan dan memilih tempat yang sesuai untuk melekat/menampal bahan-bahan tampalan yang sesuai dan diperlukan sepanjang "KIBAR". Menyediakan "Bahan Perbualan Lazim" untuk murid-murid sepanjang "KIBAR" serta memastikan semua murid memilikinya dengan harga yang berpatutan. Memilih lokasi yang sesuai untuk menampal nama-nama pesalah yang dikehendaki melunaskan denda mereka. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
14 .2. Se ma sa Pro gr am KIBAR dijal an ka n 1. Pastikan "Kain Rentang" telah dipasang. 2. Pastikan semua "Perisik" telah dilantik dan semua "Polis" telah dibekalkan dengan "Borang Saman" secukupnya. 3. Pastikan semua murid telah membaca syarat-syarat "KIBAR" dan memiliki semua "Bahan Perbualan Lazim". 4. Pastikan semua "Slogan" dan "Pembacanya" telah dijadualkan dan dapat dikumandangkan mengikut jadual. 5. Pastikan semua bahan-bahan tampalan/iklan telah dilekat/ditampat ditempat yang sepatutnya. 6. Pastikan nama-nama pesalah yang dikehendaki menjelaskan denda telah ditampal. 7. Pastikan mereka yang layak dikenakan tindakan disiplin telah dipanggil dan memilih hukuman yang bersesuaian. 8. Pastikan mereka yang gagal membayar denda yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dipanggil untuk memilih hukuman atau tindakan disiplin yang disediakan. 9. Pastikan satu-satu pertandingan yang telah dirancang dan dijalankan dapat dilaksanakan dengan sempurna. 10. Pastikan Jemaah Hakim Pertandingan telah dilantik dan keputusan boleh dibuat, dan diumumkan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan (membaca - misalnya) Sempena “KIBAR” (sila tentukan tarikh) selewat-lewatnya pada Majlis Penangguhan KIBAR. 11. Bersedia menerima dan cuba mengatasi sebarang komen, rungutan, cadangan dan sebagainya. 12. Bersedia menjawab sebarang pertanyaan berkaitan "KIBAR" yang diajukan oleh murid pada bila-bila masa.
13. 14 .3.
1. 2. 3. 4.
5. 6. 7. 8.
9.
Bersedia "Mengalihbahasa" catatan murid (yang mencatatkan apa yang mereka tidak tahu istilah/bahasanya) kebahasa Arab demi menjayakan "KIBAR".
Se tel ah se le sa i KI BA R Pastikan semua pihak berpuas hati dengan "KIBAR" yang telah dijalankan. Dapatkan komen semua pihak mengenai "KIBAR" yang telah dijalankan dan merekodkannya ke dalam fail untuk tindakan pada masa akan datang. Pengerusi pelaksana hendaklah mengadakan Mesyuarat Postmoterm terhadap "KIBAR" yang telah dilaksanakan. Pastikan mereka yang tersenarai sebagai pesalah yang patut menjelaskan denda dapat melunaskan segala denda. Pastikan mereka yang layak menerima hukuman atau tindakan disiplin telah memilih hukuman yang disediakan dan jadual pelaksanaan hukuman hendaklah segera disiapkan supaya hukuman dapat dilaksanakan. Pastikan nama-nama "Polis dan Perisik" yang dicalonkan meraih gelaran "Polis dan Perisik Terbaik dan Mithali" dikenal pasti. Pastikan semua nama mereka diseneraikan untuk dibuat pemilihan seterusnya di tetapkan pemenang dan merekodkannya untuk penerimaan hadiah, penghargaan dan augerah. Pastikan Majlis Penyampaian semua hadiah ditetapkan tarikh dan masa yang bersesuaian, termasuk hadiah untuk satu-satu pertandingan yang dilaksanakan. Cuba memikirkan bersama apa-apa yang patut dibuat pada masa-masa akan datang demi menjamin "KIBAR" dapat dilaksanakan lagi dengan manfaat dan hasil yang lebih cemerlang.
8
10.
Dan lain-lain yang difikirkan perlu.
15 . AK TI VI TI SEP ANJ ANG KIB AR Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan seiring dengan "KIBAR" adalah seperti (cadangan) berikut: 1. Pertandingan Membaca. 2. Pertandingan Menghafaz.
3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Pertandingan Menulis. Pertandingan Membuat Nota. Pertandingan Melukis Karekator (untuk bahan tampalan). Pertandingan Kuiz. Pertandingan Conteng-conteng. Pertandingan Pengucapan Puisi (syair Arab). Pertandingan Bahas. Pertandingan Pidato/syarahan.
Pertandingan Nasyid. 12. Dan lain-lain yang dianggap sesuai. Semua aktiviti adalah melibatkan guru Bahasa Arab dan mata pelajaran, tetapi hendaklah disesuaikan dengan Program KIBAR yang sedang berjalan. Aktiviti di atas tertakluk kepada ubah suai dan tokok tambah yang difikirkan sesuai.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA AMIN!
9