Kertas Kerja Action Song Pbd.docx

  • Uploaded by: Hawani Mustafa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Action Song Pbd.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 571
  • Pages: 4
PANITIA BAHASA INGGERIS SK SERI PANGKOR, 32300 PULAU PANGKOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

Pbd Implementation Timeframe BAHASA INGGERIS (ACTION SONG)

1.0

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka di sekolah. Oleh itu, kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. Namun demikian, dalam mengejar kecemerlangan, murid-murid sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada murid kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program PBD Bahasa Inggeris ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti di kalangan warga guru. Malah diharap teristimewanya dapat menggerakkan tenaga guru-guru yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka dapat diguna pakai oleh seluruh warga pendidik dan murid-murid di SK Seri Pangkor. 2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN/PENYATAAN ISU/CADANGAN

Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018, kualiti pencapaian murid dalam subjek Bahasa Inggeris adalah berada pada tahap yang membimbangkan. Justeru itu, satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang perlu segera diambil pada peringkat awal ini bagi memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan lagi potensi dan keazaman diri dan seterusnya membantu murid-murid menguasai dan lulus dalam semua subjek terutamanya Bahasa Inggeris pada tahun ini. Atas dasar itu maka Program PBD Bahasa Inggeris ini perlu diadakan dan insyaAllah semoga murid-murid terlibat berpeluang lulus dalam subjek Bahasa Inggeris. 3.0

MATLAMAT

3.1

Memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi muridmurid yang dapat dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

3.2

Mewujudkan suasana yang kondusif dan strategi menarik minat murid pada mata pelajaran teras.

3.3

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

4.0

OBJEKTIF

4.1

Meningkatkan kualiti mata pelajaran dan mengurangkan jumlah murid belum menguasai tahap minimum. Menyelaraskan bahan pengajaran- pembelajaran mengikut aras dan keperluan murid-murid yang berbeza. Memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.

4.2 4.3

5.0

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. 6.0

PELAKSANAAN Februari 2019 hingga March 2019

7.0

JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI

: Megat Nor Shahfiee Bin Megat Hussin (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1

: En. Abdul Hamid Bin Abdul Manap (Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2

: Pn. Nurshazillah Binti Mohd Shariff (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 3

: En. Azman Bin Mat Husin (Penolong Kanan Kokurikulum)

PENYELARAS PROGRAM : En. Muhamad Amir Dhiyauddin Bin Zulkepli AJK

8.0

: Cik Thaevakumari A/P Anndy Cik Nurhawani bt Mustafa Kamal En. Muhd Iqbal Ubaidullah Bin Abdol Aziz Pn. Noor Hanani Bt Badrol Hisham Pn. Nor Syazani Izzati Bt Foozi Pn. Noryana Bt Abdul Razak

TEMPAT Dewan Saujana Indah SK Seri Pangkor

9.0

MASA 9.00 pagi – 11.00 pagi

10.0

ANGGARAN KOS

Hadiah Bil 1 2 3

Item Hadiah tempat pertama Hadiah tempat kedua Hadiah tempat ketiga

Jumlah RM 60 x 1 RM 35 x 1 RM 25 x 1 Jumlah Besar RM 120

11.0 PENUTUP Semoga Program PBD Bahasa Inggeris ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terlibat bagi menyediakan ilmu yang berkualiti dan berkesan kepada murid dan juga untuk memastikan matlamat pencapaian murid dalam PBD dapat dipertingkatkan.

Disediakan oleh, ………………………..……………………………………….……… (MUHAMAD AMIR DHIYAUDDIN BIN ZULKEPLI) Setiausaha, Panitia Bahasa Inggeris, SK Seri Pangkor

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

…………………….……………………………….… (NURHAWANI BT MUSTAFA KAMAL) Ketua Panitia Bahasa Inggeris, SK Seri Pangkor

………………………………………..…………….………….… (MEGAT NOR SHAHFIEE BIN MEGAT HUSSIN) Guru Besar, SK Seri Pangkor

Related Documents

Action Song
May 2020 6
Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44

More Documents from ""