Kertas Kerja 2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 497
  • Pages: 5
KERTAS KERJA LAWATAN KE PULAU LANGKAWI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINNG (KMPP) 1 September 2006 – 3 September 2006

1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) untuk memohon pertimbangan bagi kelulusan aktiviti dan kewangan bagi menjayakan Lawatan ke Pulau Langkawi.

2.0 LATAR BELAKANG Program ini dirangka atas tuntuan sosial yang seharusnya dipenuhi. Program ini melibatkan semua ahli praktikum di mana semua ahli dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama tanpa kekangan-kekangan lain. Program ini antara lain dapat memberi peluang kepada ahli praktikum untuk mendapat mendedahan kepada dunia luar memberi pendedahan kepada kepada dunia luar, selaras dengan matlamat kolej iaitu ****. Diharapkan dengan jayanya program ini, ia menjadi simbol kesungguhan warga kolej dalam merealisasikan matlamat rersebut.

1

3.0 OBJEKTIF 3.1

Sebagai salah satu ruang untuk ahli-ahli praktikum lebih mengenali antara satu sama.

3.2 Mewujudkan medan integrasi yang lebih kukuh dalam usaha menjana perpaduan yang lebih utuh di kalangan 3.3 Memberi pengalaman dan latihan kepada ahli jawatankuasa praktikum dalam mengendalikan program. 3.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar serta pihak pentadbiran.

4.0 TARIKH Program ini akan diadakan pada 1 September 2006 hingga 3 September 2006

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pelaksanaan program ini melibatkan ahli jawatankuasa praktikum dan akan disokong oleh jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi memastikan kesinambungan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sila rujuk Lampiran 1

6.0 KONSEP PROGRAM Program yang dijalankan adalah berkonsepkan rekreasi.

2

7.0 TENTATIF Pengisian program disusun dengan rapi, selaras dengan objektif program untuk memberi manfaat kepada ahli praktikum. Justeru, pengisian yang dimuatkan dalam program ini diselaraskan bersesuaian dan tidak begitu padat di mana program ini berkonsepkan rekreasi dan tidak memberi tekanan kepada ahli praktikum. Rujuk lampiran 2.

8.0 PELAKSANAAN PROGRAM Setiap aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan dengan kerjasama semua ahli praktikum dengan dibantu oleh mentor dan pensyarah. Setiap aktiviti dikendalikan oleh jawatankuasa pelajar yang berasingan bagi memastikan kelancaran aktivitiaktiviti tersebut..

9.0 PENYERTAAN Program ini adalah program dalaman di mana ia hanya melibatkan ahli-ahli praktikum seramai 30 orang berserta pengiring dan mentor. Sila rujuk lampiran 3.

3

10.0SUMBER KEWANGAN Perbelanjaan program ini diperolehi daripada beberapa sumber termasuk yuran penyertaan, pengurusan kolej, tajaan dan sumbangan daripada individu dan syarikatsyarikat tertentu. Selain daripada, praktikum akan mengadakan beberapa aktiviti yang telah dicadangkan bagi menambahkan kewangan praktikum., sebagai sumber alternatif dalam memperoleh sumber kewangan bagi menjayakan program ini. Sila rujuk lampiran 4.

11.0ANGGARAN PERBELANJAAN Perbelanjaan diperlukan bagi menampung kos pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman. Perbelanjaan yang cukup diperlukan untuk memastikan kelancaran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang lawatan. Perbelanjaan juga diperlukan untuk menjaga kebajikan peserta-peserta lawatan. Sila rujuk lampiran 5.

12.0PENUTUP Setinggi-tinggi harapan daripada pihak ahli jawatankuasa praktikum untuk Tuan Pengarah meluluskan kertas kerja serta lampiran kewangan yang dibentangkan. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif secara optimum.

4

Disediakan oleh, ……………………………… (MUHAMMAD NOOR NAIM B MOHD YUSOF) Setiausaha, Praktikum F4P1/LDK 68, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Disemak oleh, ………………………… (PN ENA MARZIANI BT SUANDI) Mentor, Praktikum F4P1/LDK 68, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Diluluskan oleh, ……………………………………….. (TN HJ ABDUL WAHAB B SUNGIP) Pengarah, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

5

Related Documents

Kertas Kerja Pengakap 2
October 2019 22
Kertas Kerja 2
November 2019 7
Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44